Anda di halaman 1dari 3

Bersama: MOHD.

FARID RAVI ABDULLAH


SOALAN 1
Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah
haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.
Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak
dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang
menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB.
Soalan saya:
1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?
2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat
saya itu?
3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah
wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan
dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan
bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun,
bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?
JAWAPAN: Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding
Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;
* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas
dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:
*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah
tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.
*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.
Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh
kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah
dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan
tempat-tempat tersebut.
Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:
Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak
tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah
dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah
memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah
wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.
Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain)
tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah
menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan
menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.
Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang
(dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna
kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.
Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan
berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak
dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).
Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan
terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa
mengira status agama, bangsa dan sebagainya.
SOALAN 2.
Saya mendapati ada fatwa yang menyebut tentang hukum insurans nyawa. Saya mengambil
insurans dengan sebuah syarikat insurans tetapi skim berlandaskan Islam (menurut agen
insurans saya). Harap ustaz dapat beri penjelasan tentang hukum insurans ini, sebab saya
memang keliru.
JAWAPAN: Mengikut keputusan majlis fatwa kebangsaan disebut insurans nyawa
sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini
adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan
prinsip-prinsip jual beli dalam Islam;
a. mengandungi gharar (ketidaktentuan)
b. mengandungi unsur judi.
c. mengandungi muamalah riba
Secara puratanya kebanyakan ulama tidak menyetujui konsep insurans nyawa hari ini kerana
terdapat unsur perjudian, ketidaktahuan dan ketidaktentuan dalam kontrak tersebut.
Sistem takaful telah dibincangkan secara intensif oleh para ulama mutakhir dalam mencari
penyelesaian terhadap produk atau muamalah yang boleh menangani atau mengurangi
kesulitan individu apabila berlaku kecelakaan.

Ia diimplimentasi pada hari ini dan sewajarnya menjadi pilihan untuk menghadapi risiko pada
masa akan datang. Syarikat-syarikat Takaful yang menawarkan produk ini mendapat
sambutan yang memberangsangkan sehingga memaksa institusi lain (insurans konvensional)
menerbit dan melancarkan produk takaful mereka walaupun mungkin sebahagiannya tidak
mendapat pengiktirafan daripada Badan Penasihat Syariah yang berautoriti.
Oleh kerana itu, setiap pelanggan perlu bertanya secara mendalam tentang maklumat produk
khususnya berkaitan sijil pengiktirafan syariah daripada badan yang berautoriti, contohnya
Bank Negara Malaysia. Pastikan kita meminta untuk melihat sijil ini kerana sebahagian agen
sendiri mungkin agak keliru terhadap sistem insurans nyawa konvensional dengan takaful.

Anda mungkin juga menyukai