Anda di halaman 1dari 3

skrip persaraan

Mengumumkan ketibaan insan yang dirai Puan hajah ilani Ashari Guru
cemerlang bahasa inggeri ssekolah menengah kebangsaan mahmud
mahyidin
(DIIRINGI PALUAN KOMPANG)
Bismillah
Rabisrahli..
ASSALAMUALAIKUM
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai
Yang di rai Puan hajah Ilani Ashari guru cemerlang Bahasa Inggeris
SMKMM
Yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf
Tuan pengetua sekolah menengah kebangsaan Mahmud mahyidin
Puan Noor Adlina Gooi Bt Abdullah penolong kanan pentadbiran
En. Mohd Nozlan Bin Omar Penolong kanan Hal Ehwal Murid
Puan Hajah Noor Azlina Omar Penolong Kanan Ko KURIKULUM
Puan Sharina Samsudin penolong kanan tingkatan enam,
Barisan guru-guru kanan
Barisan warga pendidik serta putera puteri smk Mahmud mahyidin yang
dikasihi sekalian
.bak air yang mengalir akhirnya kita tiba di muara waktu, perpisahan
mengimbaumakna sebuah rindu pada jejak-jejak yang lalu seribu liku
hadirin yang di hormati sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan
waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di dataran
cemerlang ini untuk meraikan majlis persaraan guru yang amat kita
kasihi iaitu puan hajah ilani bt ashari. Sesunngguhnya jasa dan bakti yang
beliau sumbangkan alam bidang pendidikan amat bermakna untuk
membantu anak bangsa maju khususnya dalam bidang bahasa Inggeris.

Setelah mencurah bakti selama


27 tahun
maka beliau
mengambil keputusan untuk menoktahkan kerjayanya dalam usia 50
tahun
Bacaan doa

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis bermakna di pagi yang berbahagia ini, marilah kita saama-sama menadahkan tangan
untuk bermunajat dan ber doa memohon restu dari yang maha Esa agar majlis dirahmati.
Majlis mempersilakan Ustaz Azhar bin Che Harun bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz.
terima kasih Al Fadzil Ustaz Azhar bin Che Harun atas pimpinan ketulusan pembacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung dirahmati oleh Yang Maha Agung.
ucapan pelajar
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan pelajar pembuka bicara
Didataran cemerlang kita bersua
HADIRIN YANG DI HORMATI SEKALIAN MAJLIS DENGAN SUKACITANYA
MEMPERSILAKAN nik nurliyana nik Mohd Fauzi menyampaikan ucapan sebagai
mewakili pelajar SMKMM
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada nik nurliyana nik Mohd Fauzi yang telah
menyampaikan ucapan sebagai mewakili pelajar SMKMm
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput puan hajah faridah
mat noor guru kanan bahasa untuk menyampaikan sepatah kata bagi mewakili
warga SMk Mahmud mahyidin
Dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Hajah Faridah Mat Nor guru kanan bahasa yang telah
menyampaikan sepatah kata bagi mewakili warga SMk Mahmud mahyidin
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha tuan
haji wan Ibrahim bin wan yusuf tuan pengetua smkmm untuk menyampaikan
ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf tuan
pengetua smkmm yang telah sudi menyampaikan ucapan
selamat datang persaraan
kerana segalanya hanya sementara
melengkapi sebuah perjalanan..sebuah kehidupan
Belum sempat senja menjengah
Kau terpaksa melangkah pergi
Nyata masa singkat sekali
Kami akur demi pilihanmu
Patah tumbuh hilang berganti,
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi....Buatmu HJH ILANI ASHARI

Hadirin yang dihormati,


Sampai masa yang kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan amanat DARI INSAN
YANG DIRAI IAITU PUAN HAJAH ILANI ASHARI. , majlis dengan segala hormat
mempersilakan
Demikian... satu penyampaian dan pengucapan yang telus membawa mesej dan makna dari
hatinya yang paling dalam,..hajah Ilani Ashari
PERSEMBAHAN PELAJAR
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Seterusnya ialah majlis penyampaian cenderamata tanda kenangan agar ingatan tak luput di
hati, kepada yang DIRAI HJH ILANI ASHARI
BACA IKUT SUSUNAN
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.
PERGI SUNGAI MENCARI LOKAN
TERUS KE HUMA MENCARI PADI
SELAMAT BERSARA KAMI UCAPKAN
TERUS BERBAKTI MANABUR BUDI
tiba masanya menyusun jemari
membuang segala kerikil dihati
yang terkhilaf dimaafi
yang sesal dimaafi
yang sesal diinsafi
yang lebih dibahagi
yang kutang dilengkapi
agar saat perpisahan ini indah
terlerai segala durja gundah
tersirna cebisan amarah terurai segala yang ber canggah
( adaptasi sebahagian sajak karya dr ghazali lateh Sajak BAK AIR YANG MENGALIR)

Anda mungkin juga menyukai