Anda di halaman 1dari 15

Kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir serta pencapaian kimia pelajar Tingkatan

Empat.

Manniseh Yakun
Pengenalan
Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat
menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains
dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai-nilai murni.
Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang
alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran proses sains
asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua ketiga belas kemahiran
ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif.
Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan
pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk
yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita membuat
generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu.
Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam pendidikan sains. Kaedah makmal adalah
satu-satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya melalui
aktiviti amali atau eksperimen. Tumpuan diberikan kepada strategi pelaksanaan kaedah
eksperimen dan demonstrasi kerana lazimya, kedua-dua kaedah inilah yang dominan
digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam makmal.
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada
sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen
kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan
kemahiran proses asas bersepadu.
Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai
kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan
nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses
sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi,
kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran
mengeksperimen.

Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu,
pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu
dapat digunakan dengan berkesan.
Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada
tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.
Latar belakang kajian
Secara ringkasnya, amalan pendidikan sains di sekolah masa kini lebih kepada
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru kerana sistem pendidikan
Malaysia yang mementingkan peperiksaan piawai iaitu Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Guru sains merasakan mereka mesti
menyampaikan sebanyak mana fakta dan maklumat kepada pelajar bagi persediaan untuk
peperiksaan (Rose Amnah Abd Rauf, Abd Rashid Johar, Lilah Halim & Siti rahayah Arifin,
2004).
Pelajar-pelajar sentiasa didedahkan dengan pengajaran yang sebegini mengakibatkan sikap
kebergantungan kepada guru sebagai pemberi maklumat adalah tinggi dan akhirnya pelajar
menerima bulat-bulat apa yang disuapkan oleh guru mereka tanpa banyak soal. Penekanan
terhadap penguasaan kemahiran proses sains tidak dilaksanakan oleh guru kerana dianggap
tidak begitu penting jika dibandingkan dengan pemerolehan fakta.
Subjek sains merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Jesteru itu
matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh
semua pelajar. Salah tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu
matapelajaran yang susah dan sukar untuk memahaminya. Ini kerana bidng sains
merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal,
menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap
susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada pemerhatian
kita.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh
kepada buku teks antara factor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan
hilang minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun
terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa
seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan
pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif.
Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara
amali. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Ini
adalah selaras dengan seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan
perkembangan secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Falsafah pendidikan sains juga telah menggariskan Sains merangkumi tiga komponen
utama iaitu proses, hasil dan sikap. Sains sebagai suatu proses. kemahiran proses sains adalah

asas untuk mempelajari sains. proses menitikberatkan cara untuk memperolehi pengetahuan
sains. menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk menerangkan
fenomena alam semesta. melibatkan pengalaman hands-on dan minds-on.
melibatkan pembentukan hipotesis , merancang , mengeksperimen , mengumpul dan
menganalisis data serta membuat rumusan.
Sains teras di menengah atas dibangunkan untuk menghasilkan pelajar yang literate
dalam sains, inovatif dan boleh menggunakan pengetahuan saintifik dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Mata pelajaran elektif Sains,
iaitu kimia, biologi, sains tambahan dan fizik adalah membantu pelajar untuk lebih memahmi
proses sains bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang sains. Kumpulan
pelajar ini menjadi pilihan utama bekerja dalam bidang sains dan teknologi dan memainkan
peranan dalam pembangunan kebangsaan. (Pusat Pembangunan Kurikulum, 2005)
Pernyataan masalah
Dalam era ini, pendidikan menjadi salah satu yang penting dalam kalangan masyarakat.
Malah sesetengah masyarakat mengukur seseorang berdasarkan pencapaian akademik. Oleh
yang demikian, keadaan ini menjadikan ibu bapa memaksa anak-anaknya untuk mendapatkan
keputusan peperiksaan yang tinggi tanpa meghiraukan perubahan tingkahlaku pelajar itu.
Apatah lagi cara pelajar berfikir.
Menurut Edward de Bono (2006,p.13), pendidikan bukan hanya satu sistem pendidikan
sahaja, malah lebih kepada mengajar pelajar bagaimana berfikir. Ini adalah sejajar dengan
keperluan kurikulum Kimia.
Sains melibatkan bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik serta nilai moral.
Kesepadaun antara tiga perkara ini adalah sangat penting untuk menentukan kualiti
pendidikan sains. Dalam bidang pengetahuan dan ilmu, Sains menyediakan satu keranga
konsep yang membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka.
Seperti yang dinyatakan dalam silibus kimia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005),
Sains juga merupakan satu proses inkuiri dan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian,
sains membina kemahiran dalam mengkaji tentang persekitaran. Ini melibatkan kemahiran
berfikir, strategi berfikir dan kemahiran saintifik. Pengetahuan semestinya hasil utama dalam
sesuatu kajian tersebut. Inkuiri sains juga menginginkan dan membolehkan pelajar membina
sikap saintifik dan nilai moral.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dalam pendidikan sains, kemhiran proses Sains
asas perlu dikuasai dahulu sebelum menguasai kemahiran proses sains bersepadu. Isu sains
dan matematik yang dibawa oleh Wan Fuzaini (2007), sifat keterbukaan kurikulum. Beliau
mengungkapkan bahawa, kurikulum haruslah sejajar dengan keperluan masyarakat setempat.
Oleh itu, kurikulum haruslah mampu menyediakan masyarakat yang diperlukan oleh
pembangunan masyarakat diingini. Selain itu agensi-agensi luar seperti PETROSAINS,
Planetarium, dan Pusat Sains Negara perlu mengambil tanggungjawap bagi memupuk minat
dalam bidang sains (dalam Robiah Sidin, 2003 dan Wan Fuzaini, 2007).

Namun demikian, adalah usaha untuk membudayakan sains dan teknologi ini
membantu pelajar dalam menguasai proses sains yang asas? Menurut Anizah(2004), tahap
kemahiran pelajar mengendalikan peralatan makmal adalah ditahap sederhana. Sedangkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, kemahiran ini adalah asas untuk melakukan
sesuatu penyiasatan tentang persekitaran.
Kassim, Abu Hassan (2003) dalam kajiannya, menyatakan bahawa aspek kemahiran
saintifik iaitu membuat inferens dan mengawal pembolehubah hanya dilaksanakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap sederhana. lebih menyedihkan lagi adalah
aspek membuat ramalan dan membuat hipotesis adalah di tahap yang lemah.
Walau bagaimanapun dalam kajian yang lain, Kasim, Abu Hasan dan Rohana Hussin
(2003) tahap penguasaan aspek membuat hipotesis, mentafsir maklumat dan membuat
ramalan oleh pelajar adalah di tahap yang baik. Sedangkan kemahiran membuat inferens
masih di tahap yang sederhana.
Oleh yang demikian, seandainya kurikulum bersepadu sains yang dibangunkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum ini diteliti dan diamalkan oleh para pendidik, ia
sememangnya mampu menghasilkan pelajar berdaya saing yang diingini.
Berdasarkan kepada situasi dan saranan dalam KBSM, kajian ini ingin meninjau tahap
penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir pelajar dan kesannya terhadap
pencapaian kimia.
Kemahiran saintifik yang ingin dikaji adalah menjurus kepada kemahiran membuat
inferens. Kemahiran ini juga mengarahkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. KBKK yang ingin dikaji berdasarkan kemahiran membuat inferens ialah,
kemahiran menginferens, menganalisis, membezakan dan kemahiran menghubungkait.
Objektif kajian
Objektif dalam kajian ini adalah ditetapkan seperti berikut:
a)

Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran membuat inferens.

b)

Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar dari aspek menghubungkait.

c)

Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar dari aspek membezakan.

d)

Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar dari aspek menganalisis.

e)

Mengenalpasti kesan kemahiran membuat inferens terhadap KBKK yang ditentukan.

f)

Mengenalpasti kesan KBKK terhadap pencapaian kimia

g)

Menyatakan perbezaan tahap kemahiran proses sains mengikut jantina

Soalan Penyelidikan/ Hipotesis.

i.
Apakah tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains, dalam aspek
membuat inferens pelajar?
ii.

Apakah tahap kemahiran menghubungkait pelajar dalam kimia?

iii.

Apakah tahap kemahiran membezakan oleh pelajar dalam proses sains?

iv.

Apakah tahap kemahiran pelajar dari segi aspek menganalisis?

v.
vi.

Apakah kesan kemahiran proses sains terhadap kemahiran berfikir pelajar?


Apakah kesan kemahiran berfikir terhadap pencapaian kimia?

vii.
Adakah perbezaan antara tahap pencapaian kemahiran proses sains antara perempuan
dengan lelaki?
Signifikan kajian
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembelajaran sains meliputi proses, sikap dan nilai.
Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dalam pembelajaran sains. Namun demikian, pembelajaran
sains banyak menumpukan dalam aspek proses. Oleh yang demikian, kemahiran proses sains
adalah lebih diutamakan dalam proses pembelajaran sains.
Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan
Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita
falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada
pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan
penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan
memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan
mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru
mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan
JPN akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan
kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata
pelajaran lain amnya.
Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul
pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri.
Apakah perlunya kita mengutamakan penguasaan kemahiran proses sains? Berdasarkan
Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan, kemahiran proses sains melibatkan pemerhatian,
pengkelasan, pengukuran, berkomunikasi, menggunakan nombor, membuat inferens,
membuat ramalan dan penggunaan perhubungan ruang-masa.

Kesemua kemahiran yang dinyatakan adalah kemahiran yang digunakan untuk


mendapatkan pengetahuan daripada alam sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini diaplikasikan
dalam penyelesaian masalah. Selain daripada itu, ia digunakan untuk mencari jawapan
daripada persoalan-persoalan yang timbul daripada kehidupan harian pelajar.
Di Malaysia, Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah menggunakan strategi
penyelidikan terarah. Melelui inkuiri ini, pelajar dibimbing untuk menjalankan proses sains
tersebut. Strategi ini adalah untuk menyediakn pelajar untuk lebih menguasai kemahiran
proses sains peringkat tinggi seperti membuat inferens, membuat ramalan dan penggunaan
perhubungan ruang-masa. Proses ini amat bernilai dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran kimia.
Justeru itu, kajian ini menyingkap tahap pencapaian kemahiran proses sains pelajar
sekolah menengah. Ini adalah membantu guru untuk memberikan peluang kepada pelajar
menguasai proses sains ini semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Selain daripada itu, memberikan peluang kepada pelajar untuk menigkatkan lagi
usaha dalam mendapatkan pengetahuan sains memlalui proses sains tersebut. Dengan cara
ini, pelajar mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Hasil kajian ini juga boleh membantu para pendidik memberikan penekanan kepada
aspek yang dikaji semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Memandangkan
kemahiran proses sains asas perlu dikuasai oleh pelajar untuk memudahkan penguasaan
kemahiran proses bersepadu.
Seperti Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia, mereka
memberikan fokus pengajaran dalam kemahiran proses berbanding dengan pengetahuan isi
kandungan semata-mata. Namun ia juga merangkumi aspek-aspek lain seperti penyelesaian
masalah harian melalui teknologi, sains dalam konteks budaya dan sosial serta peluang untuk
perkembangan kendiri.
Tidak ketinggalan di Malaysia, berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyatakan perkembangan secara meyeluruh dan merangkumkan aspek budaya dan sosial
dalam pendidikan Sains. Pengenalan PPSMI juga telah membantu pendidikan dalam
penyelesaian masalah melalaui teknologi.
Oleh yang demikian, kajian ini boleh membantu pelajar dalam perkembangan kediri
berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan.
Definisi Istilah
Pencapaian
Dalam kajian ini pencapaian merujuk kepada pencapaian peperiksaan penggal dan ujian
topikal. Matapelajaran kimia diberi keutamaan dalam pencapaian peperiksaan pelajar.

Selain daripada itu, pencapaian dalam kajian ini merujuk kepada tahap pencapaian
pelajar dalam menguasai kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains yang diuji adalah
aspek membuat inferens.
Membuat inferens
Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yan gmungkin
benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Kemahiran
membuat inferens ini juga menggunakan pengalaman lepas atau himpunan data terdahulu
kearah membuat kesimpulan dan membuat penerangan terhadap apa yang telah berlaku.
Ringkasnya membuat inferens ialah penerangan terhadap pemerhatian.
Lazimnya, proses membuat inferens ini sering menggunakan perkataan sebab dan
kerana. Dalam satu pemerhatain, inferens mungkin lebih daripada satu dihasilkan. Terdapat
tiga jenis inferens iaitu inferens bebas, inferens terkawal dan inferens jitu.
Inferens bebas memberikan penerangan munasabah terhadap pemerhatian. Manakala
inferens terkawal pula adalam penerangan yang munasabah tentang pemerhatian berdasarkan
satu ransangan yang diberi. Inferens jitu pula adalah pernyataan inferens yang tepat dengan
menyatakan pemerhatian tambahan.
Kemahiran berfikir
Seperti yang dinyatakan dalam KBSM, Kemahiran proses sain tidak berdiri sendiri untuk
mendapatkan pengetahuan sains. Oleh yang demikian, kemahiran proses sains ini sentiasa
seiring dengan kemahiran berfikir.
M. Najib (1959), defini yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana
kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang
pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh bersetuju bahawa
pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir adalah potensi yang dimiliki oleh seseorang untuk menyelesaikan
persoalan dalam pelbagai cara. Kepelbagaian ini menghasilak lebih daripada satu jawapan
yang diterima.
Dalam kajian ini, kemahiran berfikir yang diperhatikan ialah, membeza dan
membanding, menganalisis, menghubungkait dan membuat inferens
Membeza dan membanding
Proses yang digunakan untuk mencari kesamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti
cirri-ciri, unsur, keadaan dan kualiti sesuatu konsep atau sesuatu kejadian.
Proses ini boleh diukur melalui penyampaian idea pelajar terhadap kesamaan atau
perbezaan kosep yang digunakan.

Menganalisis
Proses menganalisis ialah proses menguji informasi dengan lebih terperinci. Proses pengujian
ini adalah dengan cara mebahagi-bahagikan informasi tersebut kepada bahagian yang lebih
kecil untuk mendapatkan makna yang lehih implicit. Dalam masa yang sama, proses ini
adalah unrk mendaptkan hubungan setiap informasi yang deiperolehi.
Menghubungkait
Kebolehan pelajar menghubungkaitkan sesuatu situasi untuk menentukan struktur atau
patern hubungan situasi, informasi dan konsep.
Skop Kajian
Daerah Kota Belud terdiri daripada pelbagai suku kaum. Mengikut perangkaan pada tahun
2000, penduduk daerah Kota belud adalah kira-kira 72,7337 penduduk.
Berdasarkan Sistem Maklumat Murid pada tahun 2008, daerah Kota belud terdiri
daripada 8 buah sekolah menengah. Bilangan pelajar dalamkelapan-lapan buah sekolah
menengah ini adalah 8880 pelajar.
Hanya 289 pelajar tingkatan empat yang berada dalam kelas sains. Dalam kajian ini, hanya
sebuah sekolah yang dipilih iaitu SMK Narinang. Sekolah ini terdiri daripada 53 pelajar
tingaktan empat yang mengambil matapelajaran kimia pada tahun 2009.
Oleh yang demikian skop kajian hanya terdiri daripada 30 orang pelajar yang dipilih secara
rawak bertujuan. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat sahaja.
Selain daripada itu, pemilihan sampel kajian ini juga tertumpu kepada pelajar sains yang
mengambil SPM kimia pada tahun 2010. Kajian ini menjurus kepada penentuan tahap
pencapaian dan penguasaan pelajar kepada kemahiran proses sains.
Batasan kajian
Untuk mendapatkan kajain seperti yang dirancangkan, beberapa batasan kajain telah
digariskan. Antara batasan kajian ini adalah seperti berikut;
1.
Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan empat sahaja dari sebuah sekolah di
daerah Kota Belud. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Narinang.
2.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar sahaja. Pemilihan adalah 15
orang lelaki dan 15 orang perempuan.
3.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian topikal yang
mempunyai item membuat inferens. Selain itu, laporan eksperimen yang dijalankan oleh
pelajar dalam makmal juga dijadikan instrumen kajian.
4.
Kekangan masa menyebabkan kajian in hanya terhad kepada sebuah sekolah sahaja
dalam daerah Kota Belud. Oleh sebab itu, kajian ini hanya sah kepada sekolah yang dikaji

sahaja. Dari segi pemboleh ubah yang dikaji, kajian ini membataskan kemahiran proses sains
membuat inferens sahaja. Manakala kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pula tertumpu
kepada kemahiran membezakan dan membanding, menganalisis, menghubungkait dan
membuat inferens.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kajian ini menjurus kepada kajian yang melibatkan kemahiran proses
sains dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian ini juga menggunakan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia untuk mengenal pasti dan mengira tahap
pencapaian kemahiran proses pelajar.
Selain daripada itu, kajian ini juga menggunakan laporan amali pelajar untuk menilai
pencapaian pelajar. Cara pemarkahan Penilaian Berasaskan Sekolah yang telah disyorkan
Kementerian Pelajaran Malaysia digunakan sebagai alat mengukur pencapaian pelajar
melalui laporan pelajar ini.
Daripada pencapaian pelajar dalam ujian yang dijalankan di peringkat sekolah, dapat
dikaitkan KBKK yang diuji, iaitu, kemahiran membuat inferens, menganalisis, membanding
dan membeza serta kemhiran menghubungkait. Melalui analisis yang dijalankan nanti dapat
diperhatikan sama ada kemahiran proses sains ini memberi kesan terhadap pencapaian kimia
pelajar atau tidak.
Antara batasan kajian ini adalah hanya pelajar tingaktan empat dari sebuah sekolah
sahaja. Data akan dianalisis mengikut jantina untuk melihat perbezaan pencapaian mengikut
jantina.
TINJAUAN LITERATUR
Pengenalan
Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita.
Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih-lebih lagi terhadap apa saja yang ada
disekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan
menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya
akan membawa kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri
pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan dalam proses mencari jawapan ataupun
penemuan. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau
konstruktif. Konstruktif merujuk bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan
bukan hanya menerima pengetahuan orang.
Pembelajaran inkuiri
Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar
berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh
sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah
menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang

beranggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang
mereput . Redi kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan
hipotesisnya. Ujikajinya telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak
andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas.
Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan
diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik
(Martin 1985).

Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun
khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk
menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri
penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik
mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan
sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan
menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna
pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya,
kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains
berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh
yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat
memahami sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur.(Martin 1985)
Tinjauan kajian lepas
Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana
pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa
mereka.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat
keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model
mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu
melangkau maklumat yang diberikan Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah
memperkenalkan pembelajaran penemuan.
Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia
dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini.
Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada
mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan
peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar
dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.
Menurut Zahari (1992), Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta
menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan
menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat
dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang
digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994)

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap
diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan
apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai
apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya
pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.
Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita
supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan
pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat
berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil
penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun
mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik
berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.
Kesimpulan
Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi
melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang
perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan
potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan
untuk mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini juga
menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat
penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri menggunakan kemahiran
proses sains.
Reka bentuk kajian.
Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan skor. Menurut
Majid (1993), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang yang
belum atau kurang diterokai. Best dan Kahn (1998) pula menyatakan bahawa kajian deskripsi
dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan keadaan
atau perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang
dibangunkan. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam
usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa
terhadap perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap, maklumat
demografi, suasana dan prosedur.

Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Setiap pelajar diberi ujian
yang sama. Selepas ujian pra, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai
bilangan dan tahap pencapaian yang setara.
Kumpulan pertama kan diberi tugasan eksperimen dalam tajuk yang ditentukan. Semasa
eksperimen, pelajar-pelajar diwajibkan memberikan inferens mereka sendiri. Kumpulan yang
kedua pula diberi eksperimen yang sama namun guru akan memberikan inferens terhadap
pemerhatian dalam eksperimen tersebut.
Kumpulan kedua adalah sebagai kumpulan kawalan, yang mana pelajar tidak diberi peluang
untuk membuat inferens mereka sendiri. Semua pelajar akan diarahkan membuat laporan
amali yang telah dijalankan.
Kemudian itu, semua pelajar diberikan soalan ujian. Soalan bagi ujian pos ini, adalah sama
dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. Soalan-soalan bagi soalan pra dan
pos diambil daripada buku- buku rujukan yang sedia ada. Soalan membuat inferens,
menghubungkait, menganalisis dan kemahiran membanding beza digunakan untuk
membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. Perbandingan skor diambil kira
untuk mengukur tahap kefahaman pelajar.
Populasi dan sampel
Daerah Kota Belud terdiri daripada pelbagai suku kaum. Mengikut perangkaan pada tahun
2000, penduduk daerah Kota belud adalah kira-kira 72,7337 penduduk.
Berdasarkan Sistem Maklumat Murid pada tahun 2008, daerah Kota belud terdiri
daripada 8 buah sekolah menengah. Bilangan pelajar dalamkelapan-lapan buah sekolah
menengah ini adalah 8880 pelajar.
Hanya 289 pelajar tingkatan empat yang berada dalam kelas sains. Dalam kajian ini, hanya
sebuah sekolah yang dipilih iaitu SMK Narinang. Sekolah ini terdiri daripada 53 pelajar
tingaktan empat yang mengambil matapelajaran kimia pada tahun 2009.
Oleh yang demikian skop kajian hanya terdiri daripada 30 orang pelajar yang dipilih secara
rawak bertujuan. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat sahaja.
Selain daripada itu, pemilihan sampel kajian ini juga tertumpu kepada pelajar sains yang
mengambil SPM kimia pada tahun 2010. Kajian ini menjurus kepada penentuan tahap
pencapaian dan penguasaan pelajar kepada kemahiran proses sains.
Instrumen
Instrumen yang digunakan ialah peperiksaan penggal pertama yang disediakan oleh pihak
sekolah. Disamping itu ujian topikal yang disediakan juga merupakan salah satu instrumen
yang digunakan untuk mendapatkan data.
Data pencapaian daripada ujian topikal dan peperiksaan pertengahan tahun dia ambil
untuk menentukan tahap kemahiran proses sains dan kemahiran membuat inferens pelajar.

Laporan amalai yang dibuat pelajar sebaik sahaja habis menjalankan amali dalam makmal
juga merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian. Skala pemarkahan adalah mengikut
skala yang diberikan oleh penggubal PBS dari KPM yang juga digunakan dalam penilaian
PEKA.
Prosedur pengutipan data
Aktiviti pengumpulan data adalah seperti berikut:
Mendapatkan kebenaran daripada EPRD.
Berjumpa dengan guru tngkatan untuk tujuan kajian dan mendapatkan senarai nama pelajar
aliran sains yang mengambil kimia di tingkatan empat.
Menjalankan pemilihan sampel berdasarkan keputusan Sains PMR dan ujian topikal kimia
yang setara.
Mentadbir ujian pra kepada pelajar berdasarkan tajuk eksperimen yang akan diberikan
kepada pelajar.
Menganalisis data-data yang diperolehi.
Memberikan ujian post berdasarkan tajuk yang dipilih dalam eksperimen yang dijalankan
oleh pelajar.
Mendapatkan keputusan peperiksaan kimia pertengahan tahun.
Menganalisis data dengan t-test dengan SPSS.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan proses pengumpulan data kajian. Ianya lebih
menumpukan kepada reka bentuk kajian, populasi dan pemilihan sampel kajian, penyediaan
instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data.
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat tambahan kepada para guru
dan murid serta ibu bapa dalam mengenalpasti tahap kemahiran proses sains dan kemahiran
membuat inferens pelajar dalam mata pelajaran kimia.

Posted by omisay at 12:08 AM


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)


FOLLOWERS
There was an error in this gadget
ABOUT ME

omisay
View my complete profile
DIGITAL CLOCK
DAILY CALENDAR
BLOG ARCHIVE
2015 (1)
2014 (1)
2013 (17)
June (3)
March (8)
Wawasan 2020 Semester 2 Pengajian Am
Kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir sert...
Kajian Tindakan: Projek 100 hari Pengajian Am, ...
Mengenalpasti Stail pembelajaran Pelajar Sains Tul...
Carta Pai Bertingkat (tong)
Alih Bentuk Komunikasi
Feeling Sabahan during uncertain
How my Students See Me
January (6)
2012 (25)

2009 (3)
2008 (1)

Picture Window template. Powered

Anda mungkin juga menyukai