Anda di halaman 1dari 11

Kesussateraan ialah karya seni yang kaya dengan unsur-unsur emosi, imaginasi, dan akal

budi ketiga-tiga unsur ini menyimpulkan pernyataan perasaan dan pemikiran penulis atau
pengarang, mencakup impian, harapan, aspirasi, cita-cita, serta hubungan sesame manusia dan
hubungan manusia dengan alam. Justeru itu, kesusasteraan juga hasil kebudayaan lain yang
mengutamakan nilai-nilai seni, estetik, dan keindahan, tidak terlepas daripada perhatian erta
penelitian pembaca. Kesusasteraan dengan mudah menjadi objek yang menggerakkan daya rasa
dan daya fikir untuk memperkatakan kelemahan dan kekuatan satu-satu karya dari kaca mata
masing-masing. Kesan daripada gerak kesedaran inilah lahirnya kritikan kesusasteraan, iaitu
untuk memberi huraian atau ulasan mengenai sesuatu karya sastera. Namun demikian, hasil
huraian atau ulasan sesebuah karya kesusasteraan yang mengutamakan nilai-nilai seni dan
keindahan, lebih banyak bergantung kepada cita rasa seseorang peneliti yan tentunya berbeza dan
tidak mutlak. Oleh itu, sejak kegiatan kritikan kesusasteraan pertama kali ditemui di Yunani oleh
Xenophanes dan Heraclitus sekitar tahun 500 s.m, kini ditemui berbagai-bagai definisi
mnengenainya.
M.H Abrams di dalam bukunya, A Glossary of Literary Terms, mendefinisikan kritikan
kesusasteraan sebagai satu cabang kajian berhubung dengan pengertian, penjenisan, penghuraian,
dan penilaian karya-karya kesusasteraan. Definisi ini diperluas serta diperjelaskan lagi di dalam
Encyclopaedia Britannica yang menambah, kritikan kesusasteraan ialah perbincangan kesenian
yang beralasan dan bersistem unutuk menghuraikan atau menilai teknik dan isi atau hasilnya.
Bagi memenuhi hakikat beralasan dan bersistem itu, semestinya kritikan kesusasyeraan
dimuatkan dengan pendekatan atau metodologi dan fungsi tertentu. Ini kerana kritikan
kesusasteraan walaupun pada dasarnya suatu seni menilai, sama ada mengecam atau memuji

satu-satu karya, tetapi kesan yang diharapkan daripada penilaian tersebut jauh lebih penting dan
bererti.
Menurut Hashim Awang (1985 : 80) kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan
menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang
mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Berdasarkan Glosari Istilah Kesusasteraan (1988:163)
penjelasan terhadap krtitik sebagai esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil
seni, biasanya sastera, dengan tujuan menentukan sifat yang dimiliki dan menuntut mutunya
menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritik jauh lebih
seirus, adil, dan bijaksana daripada ulasan. Sementara kritikan pula merupakan cabang pengajian
yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai, dan menilai karya
kesusasteraan.
Kritikan sastera merupakan suatu disiplin ilmu yang saintifik kerana ia ditumpukan kepada
penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya sastera. Kritikan sastera dikatakan
sebagai suatu ilmu yang saintifik kerana ia menggunakan pendekatan atau metadologi tertentu
dalam membuat kritikan. Sehubungan itu, kritikan sastera juga melibatkan penghayatan. Proses
penghayatan merangkumi apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan, serta
pemikiran yang terjelma sebagai reaksi terhadap sesuatu bacaan. Analisis dalam konteks kritikan
sastera bersifat menghurai, membincang, membedah, dan mendalami aspek penghayatan.
Pengalaman-pengalaman apresiasi dijelaskan dengan mengemukakan bukti, contoh serta hujah
yang konkrit dan munasabah.

Selain itu, kritikan sastera turut melibatkan proses penilaian. Berdasarkan penghayatan dan
penganalisisan, seseorang itu dapat memberikan pandangan, bahasan, dan keputusan sama ada
karya itu berjaya dan bermutu atau sebaliknya. Sesebuah penilaian dilakukan hasil daripada
pengamatan, pentafsiran, penganalisisan, pertimbangan serta penghakiman yang rasional, tepat,
adil dan menyakinkan. Dapatlah dirumuskan kritikan sastera sebagai cabang ilmu saintifik dan
merupakan satu kegiatan menghayati secara total, menganalisis secara interpretif serta
melakukan penilaian secara rasional. Proses kritikan melibatkan pengaliran semula reaksi
terhadap pembacaan sesebuah karya sastera atau menonton sebuah pementasan drama. Kritikan
sastera meruakan penelitian yang kritis, jitu dan memberi pertimbangan yang adil terhadap baik
atau buruk sesuatu karya sastera dengan memanfaatkan pendekatan tertentu ataupun tidak.
Kritikan sastera merupakan suatu yang memberi manfaat kepada khalayak pembaca, pengkaji
yang lain dan pengarang itu sendiri.
Dalam artikel yang berjudul "Menelusuri Jagat Kritikan Sastera Melayu: Bahagian Pertama"
(Dewan Sastera, Ogos 1998: 87-89) telah disenaraikan lapan fungsi kritikan sastera. Kesemua
fungsi itu, sesungguhnya ada kaitannya dengan proses penciptaan sesebuah karya sastera dan
apresiasi atau penghayatan terhadap karya sastera itu sendiri. Apabila menyebut tentang proses
berkarya bermakna kita merujuk kepada insan atau individu yang menghasilkan karya sastera
dalam apa genre pun, yang dikenali sebagai pengarang atau penyair atau dramatis.

Insan

pengarang itu menghasilkan karya sastera dengan motif tertentu, umpamanya untuk menghantar
mesej atau kritikannya terhadap masyarakat dengan memanipulasikan bahasa secara kreatif,
tentunya dengan ketrampilan yang menyerlahkan jati dirinya dan membina komposisi ceritanya,
dengan teknik penceritaan yang dikuasainya atau disenanginya. Sebagai pengkritik, seseorang itu
mempunyai tanggungjawab yang besar, berat dan ditangannya terletak status karya sastera itu,
3

terutama tentang buruk baik atau bermutu tidaknya karya itu. Umumnyua, setiap hasil penilaian
karya kesusasteraan sentiasa diharap dapat memberi panduan, membentuk pemikiran yang
cerdas, dan menjernihkan pertumbuhan yang kritis. Di sinilah pentingnya seseorang peneliti,
pengkaji, atau pengkritik memahami kritikan kesusasteraan.
Berdasarkan Hashim Awang ( 1988 : 5 ), beliau berpendapat bahawa pengkritik
berperanan untuk menolong dalam membezakan karya yang baik dan karya yang tidak baik.
Setiap karya yang dihasilkan sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri namun karya yang
dihasilkan tidak akan lari dari mendapat kritikan kerana pendapat dan pandangan individu adalah
berbeza. Seperti mana yang kita tahu bahawa setiap karya yang dihasilkan juga adalah mengikut
kreativiti atau pengalaman penulis yang disingkap dan ditulis seterusnya dijadikan tatapan dan
perkongsian buat pembaca. Untuk menghasilkan sebuah warkah atau buku, penghasilannya
boleh dikatakan agak lama yang memerlukan penelitian dari pelbagai aspek agar menjadi sebuah
karya yang baik. Pada pendapat saya, sebuah karya yang baik sudah tentu mempunyai ciri-ciri
yang tidak membosankan malah memberi kesan kepada pembaca apabila mentelaah karya
tersebut. Namun tidak semua karya yang dihasilkan mempunyai karya yang baik.
Dalam hal ini, Mana Sikana telah membantu dalam membezakan karya yang tidak baik dan tidak
bermutu dengan mengkritik novel yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad iaitu Sampah pada
tahun 1974 di mana novel ini tidak mendapat sambutan daripada pembaca. Mana Sikana telah
memberi tunjuk ajar dalam mengenalpasti karya yang tidak baik dari segi tema dan jalan cerita di
mana Mana Sikana telah mengkritik novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Mana Sikana telah
mengkritik tema yang dibawakan dalam novel ini iaitu bertemakan pengemis yang berpusat pada
watak dia yang sedang mencari suatu kedamaian yang yang abadi. Mana Sikana
memperkatakan bahawa temanya bukanlah suatu pemilihan yang dikira baik dan membawa
4

persoalan masyarakat hari ini kerana masalah pengemis sebenarnya masalah yang sudah lama. Ia
pernah disentuh oleh Pungguk, tentang sebab mengapa dikatakan manusia Melayu mengemis.
Hal ini juga pernah ditulis oleh Mansuri S.N. Jadi, benarlah bahawa tema yang dibawakan oleh
Shahnon Ahmad tidak bersesuaian dengan peredaran zaman malah tema yang disingkap juga
telah dibawakan oleh penulis lain. Ini menyebabkan kurangnya sambutan daripada pembaca
kerana karya yang dihasilkan memberi tatapan yang sama kepada pembaca di mana pembaca
pernah menelaah dan menyelami karya yang sama temanya melalui penulis lain.
Mana Sikana juga mengkritik mengenai plot cerita yang dibawakan oleh Shahnon Ahmad dalam
novel Sampah yang dikatakan terlalu mudah dan meleret-leret. Sehubungan itu, Mana Sikana
juga telah mengkritik dengan mengambil pendapat daripada Wayne C. Booth yang mengatakan
bahawa perjalanan plot novel ini lamban, lambat, malas dan lemah. Para pembaca yang sentiasa
dan biasa menatap novel realisme yang dihasilkan oleh penulis Malaysia yang sebelumnya, akan
mendapati novel Sampah begitu tawar dan menjemukan. Tidak ada unsur-unsur ketegangan,
ketergantungan, saspens atau tensi atau apa jua yang boleh merangsang jiwa pembaca seperti
yang didapati di dalam sebuah novel biasa. Dengan ini, novel yang dihasilkan akan menjemukan
pembaca. Saya sendiri berpendapat bahawa pembaca tidak akan meminati malah jauh sama
sekali untuk membaca novel yang mempunyai plot cerita yang meleret-leret ditambah dengan
tiada unsur saspen kerana novel seperti ini menjadikan mereka jemu untuk membaca tanpa ada
sebarang babak yang boleh menyebabkan mereka tertanya dan menenti kesudahan jalan cerita.
Sehubungan itu, pengkritik juga berperanan dalam memberi didikan kepada penulis
dalam menghasilkan karya yang baik dan bermutu. Dalam hal ini, pengkritik memberi kritikan
yang positif terhadap penghasilan karya yang ditulis oleh penulis dengan memuji dan
menjadikan kritikan positif terhadap penulisan tersebut sebagai contoh kepada penghasilan karya
5

yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mendapati bahawa karya
yang baik ialah karya yang memepunyai tema yang dapat menarik minat pembaca seandainya
bertepatan dengan jiwa mereka kerana mereka akan dapat menyelami perwatakan watak semasa
membaca karya tersebut dan menjiwainya sehingga akhirnya meninggalkan kesan yang
mendalam. Contohnya novel Novel Ombak Rindu karya Fauziah Azhaari yang telah dikritik oleh
Misran Rokimin dalam buku Kritikan Sastera Remaja, beliau mengkritik tentang dunia gelap
wanita yang biasa dilalui oleh wanita yang dapat dijadikan pengajaran dna meninggalkan kesan
kepada pembaca.

Selain itu, sesebuah karya itu akan menarik apabila jalan cerita yang

ditampilkan tidak terlalu meleret-leret dan menimbulkan beberapa unsur kejutan atau peristiwa
yang tidak diduga. Sehubungan itu, hasil karya yang menarik haruslah menampilkan gaya bahasa
yang indah dan mudah difahami. Dengan adanya ciri-ciri ini sudah tentu karya yang dihasilkan
adalah karya yang baik dan bermutu yang dimanati oleh pembaca.
Dalam hal ini, Mana Sikana telah mengkritik secara positif dan memuji hasil karya daripada
daripada Iwan Si-matupang iaitu novel Kering yang mengatakan bahawa plot cerita yang
dibawakan oleh beliau amat menarik dan perjalanan penceritaan yang dibawakan begitu cepat
dan licin dan tidak meleret-leret. Walaupun novel Kering tidak mempergunakan teknik realisme
yang biasa digunakan oleh novel lain, tetapi dia mempunyai kekuatan untuk memancing
pembaca untuk terus mengikutinya. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik penulisan yang
dihasilkan ini sengaja dikritik oleh Mana Sikana agar dapat dijadikan didikan dan panduan untuk
penghasilan karya baru yang lain. Sementara itu, dalam tulisan kritikannya itu Keris Melayu
memberi kritikan terhadap gaya bahasa pengarang Tun Seri Lanang. Menurut tinjauannya,
didapati bahasa Melayu Tun Seri Lanang jelas, sedap didengar dan asli. Keris Mas ini telah
mengkritik beberapa rangkap pantun dan hasil karya Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu.
6

Kritikan ini telah memberi aspirasi kepada pengkarya-pengkarya untuk menggunakan gaya
bahasa yang baik dan mudah difahami dalam menghasilkan sebuah karya. Jadi tidak boleh
dinafikan lagi bahawa dengan adanya pengkritik yang mengkritik hasil-hasil karya maka lahirlah
satu didikan dan panduan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu
kelak.
Sehubungan itu, pengkritik juga bukan sahaja berperanan dalam memberi didikan kepada
penulis untuk menghasilkan karya yang baik malah memberi nasihat dan peringatan kepada
penulis agar tidak membanggakan diri dan menghasilkan karya semata-mata untuk mendapat
nama dan pengiktirafan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir penulis menghasilkan karya
semata-mata untuk mendapat nama, pujian dan sanjungan. Senario ini dapat dibuktikan apabila
Yahaya Abdullah dalam tulisannya dengan tegas mengkritik Suhaimi Haji Muhammad yang
mendakwa dirinya yang membawa beratus-ratus model sajak barat dan sajak moden ke dunia
kesusasteraan Melayu tanpa diketahui oleh pengkritik-pengkritik. Dia juga mengakui bahawa
dialah penyair pertama menjadi penyair personal yang revolusioner dan dia jugalah penyair yang
pertama yang menggunakan kata-kata ku, mu, kau, dan aku dalam sajak-sajak Melayu.
Kenyataan ini menimbulkan ketidakpuasan hati Yahaya Abdullah lalu beliau mengkritik dengan
mengatakan bahawa penyair-penyair agung seperti Amir Hamzah tidak pernah mengatakan diri
sebagai Raja Penyair. Begitu juga Chairil Anwar tidak pernah mengharapkan orang memberi
gelaran Bapa Penyair Moden. Sebaliknya menurut Yahaya Abdullah, yang mengagungagungkan atau menyanjung para penyair itu adalah para pengkritik. Sanjungan seperti itu pula
hanya diberikan setelah penyair terkemuka itu meninggal dunia. Dengan kata lain, penyairpenyair terkemuka tidak pernah mengharapkan pujian dan sanjungan seperti yang diharapkan
oleh Suhaimi Haji Muhammad. Yahaya Abdullah menjelaskan lagi bahawa terdapat beberapa
7

kemungkinan mengapa para pengkritik memberi perhatian, pujian dan sanjungan kepada
penyair-penyair seperti Usman Awang, Kassim Ahmad dan A. Samad Said. Ini berkemungkinan
kerana sajak-sajak yang mereka hasilkan ternyata lebih baik dan menarik dari segi bentuk
mahupun isi. Tambahan pula, sajak yang dihasilkan ketiga-tige penyair itu memeprlihatkan
kematanagan dan ketajaman fikiran. Oleh itu, mereka mendapat sanjungan daripada pengkritik
dan penghasilan karya mereka dihasilkan dengan hati yang ikhlas untuk tatapan pembaca. Jadi
untuk menjadi seorang penulis atau seniman, penghasilan karya mestilah lahir dari hati tanpa ada
rasa riak dan takbur semata-mata untuk mendapat nama dan sanjungan. Tegasnya, dengan
adanya pengkritik yang memberi nasihat kepada penulis agar tidak menghasilkan karya sematamata untuk mendapat nama sudah tentu para penulis akan menghasilkan karya dengan seikhlas
hati tanpa mengharapkan balasan daripada orang ramai malah untuk tatapan dan pengajaran
kepada pembaca.
Di samping itu, pengkritik juga mempunyai tugas untuk menolong pembaca lain
menghayati hasil kesusasteraan, iaitu menerangkan tentang karya sastera dan pengarang yang
dikritik dengan jelas. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk mengangkat martabat penulis di
samping untuk memberi kemudahan kepada pembaca untuk memahami karya yang dihasilkan.
Contohnya Mohd. Yusof Hasan dalam makalahnya Riwayat Hidup Shahnon Ahmad ada
mengkrtitk sejarah hidup Shahnon Ahmad sebagai penulis yang berkaliber dalam penghasilan
karya yang dihasilkan. Pengkritik menceritakan bahawa penulis seorang yang mampu menerima
kritikan terhadap hasil karyanya malah tidak pernah berputus asa dalam menghasilkan karya
sehingga mampu memenangi pelbagai anugarah. Tamsilannya, pada 1971, 1972 dan 1973
Shahnon Ahmad telah memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang cerpen. Beliau juga
merupakan pemenang tunggal Hadiah Karya Sastera dalam bidang novelnya yang berjudul
8

Srengenge pada 1973. Pada 1990 Shahnon Ahmad mendapat Anugerah ASEAN Bidang
Kesusasteraan daripada COCI dan dianugerahkan Profesor Emeritus daripada Universiti Sains
Malaysia. Dengan pelbagai anugerah yang dimenangi ini, Shahnon Ahmad telah diangkat
sebagai sasterawan negara. Sehubungan itu, Mohd.Yusof Hasan juga telah mengkritik karya
Shahnon Ahmad dengan memudahkan lagi karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad kepada
pembaca agar pembaca dapat menghayati dan memahami karya tersebut dengan lebih baik. Ini
dapat dibuktikan apabila pengkritik membahagikan karya Shanon Ahmad kepada empat
bahagian di mana kesemuanya mengkritik perjalanan hidup Shahnon Ahmad sebagai penulis.
Contohnya Di Tengah Keluarga, Ranjau Sepanjang Jalan, Kalau Ibu Sampai Takah Tiga
dan Mimpi di Carroll Sreet. Dalam karya-karya ini, pengkritik telah mengkritik penulis yang
menyingkap kerinduan penulis iaitu Shanon Ahmad terhadap keluarga dan semua watak-watak
yang dimainkan dalam karya tersebut adalah watak yang ada dalam diri ibu dan bapa penulis.
Dengan ini, pengkritik telah membawa kemudahan kepada pembaca untuk menghayati karyakarya yang dihasilkan dan mengenali Shahnon Ahmad dengan lebih dekat lagi. Di sini jelaslah
bahawa pengkritik yang mengkritik sesuatu karya telah memainkan peranan yang amat besar
kepada pembaca kerana tanpa pengkritik, pembaca tidak mungkin dapat memahami sesuatu
karya dengan jelas malah tidak boleh untuk mengklasifikasi dan menghimpun karya yang sama
temanya untuk di kaji dan dibaca dengan lebih jelas dan faham hasil penulisannya.
Akhir sekali, seiring dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi ini, hasil karya bukan
sahaja menjadi bahan bacaan malah hasil karya ini telah dimodenkan dengan menjadikan karya
tersebut kepada bentuk muzik dan tayangan. Jika dilihat dan ditelusuri dunia hari ini, hasil karya
yang dimodenkan kepada bentuk muzik dan tayangan dapat memberi kesan yang lebih
mendalam kepada penonton berbanding karya yang ditulis. Jadi kritikan juga harus mengikut
9

peredaran semasa dimana kritikan tidak boleh hanya mengkritik hasil penulisan karya sematamata malah mengkritik karya yang di tayangkan di media elektronik. Hal ini demikian kerana
pada hari ini pelbagai gejala negatif telah timbul seperti kes pembuangan bayi, kes buli yang
melibatkan pelajar sekolah dan kurupsi. Ini semua hasil daripada isu yang dibangkitkan dalam
penghasilan karya yang difilemkan dan ditayangkan di setiap kaca televisyen. Ini dapat
dijelaskan apabila filem Ombak Rindu karya Fauziah Azhaari dan Lagenda Budak Hostel yang
mempunyai babak-babak yang boleh dikatakan lucah dan ganas telah mendidik penonton untuk
berkelakuan negatif. Golongan remaja ini sememangnya mudah terikut-ikut dengan apa yang
dilihat. Buktinya, negara telah dikejutkan dengan kes buli di asrama sekolah dan rumah anak
yatim malah kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Ini akan menyebabkan lahirnya modal insan
yang berperilaku tidak elok pada masa akan datang. Tuntasnya, peranan pengkritik amat penting
dalam mengkritik karya-karya yang difilemkan agar karya yang dihasilkan untuk ditayangkan
kepada penonton mempunyai pengajaran dan babak-babak yang baik.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan kritikan sastera sebagai cabang ilmu saintifik dan
merupakan satu kegiatan menghayati secara total, menganalisis secara interpretif serta
melakukan penilaian secara rasional. Proses kritikan melibatkan pengaliran semula reaksi
terhadap pembacaan sesebuah karya sastera atau menonton sebuah pementasan drama. Kritikan
sastera meruakan penelitian yang kritis, jitu dan memberi pertimbangan yang adil terhadap baik
atau buruk sesuatu karya sastera dengan memanfaatkan pendekatan tertentu ataupun tidak.
Kritikan sastera merupakan suatu yang memberi manfaat kepada khalayak pembaca, pengkaji
yang lain dan pengarang itu sendiri. Dengan adanya kritikan sastera sudah tentu dapat membantu
penulis dalam menghasilkan sebuah karya yang baik dan bermutu malah dapat membantu
pembaca memahami karya dengan lebih jelas.
10

RUJUKAN
Mohamad Mokhtar Hassan, 1995. Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden 1949-1979: Penerbit
Universiti Malaya
Hamzah Hamdani, Zeti Akhtar Jaffar, 2007. Shanon Ahmad dalam Esei dan Kritikan: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Azhar Hj. Wahid, 2013. Kritikan Intelektualisme Sastera Melayu: Universiti Pendidikan Sultan
Idris

11

Anda mungkin juga menyukai