Anda di halaman 1dari 9

Ada berapa hari raya yang disyariatkan di dalam Islam?

Ada dua sahaja iaitu hari raya fitrah ( ) pada 1 Syawal dan hari raya korban
( ) (pada 10 Dzul-Hijjah. Dalilnya ialah hadis dari Anas r.a. yang
menceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk
Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya
dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka;
Hari apakah yang kamu sambut ini?. Mereka menjawab; Dua hari yang kami
biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah.
Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;

( :

Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik
dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya
fitrah. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)
Kenapa hari raya dinamakan Id ( )dalam bahasa Arab?
Al-Id ( )adalah pecahan dari kalimah al-aud ( )(yang bermaksud kembali.
Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulangulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan
munculnya hari raya pada setiap tahun.
Apa yang sunat dilakukan pada malam hari raya?
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari
raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca
al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w.
bersabda;

Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban,
nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati. (Riwayat Imam atThabrani dari Ubadah r.a.)
Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang
berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti;
ketakutan hari kiamat.
Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana
doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafiie berkata di dalam
kitabnya al-Umm; Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; Sesungguhnya
terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari
raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam
nisfu Syaban. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu, 5/47).
Adakah harus berpuasa pada hari raya?
Diharamkan berpuasa pada hari raya sama ada hari raya fitrah atau hari raya
korban. Ini kerana hari raya adalah hari menikmati makanan dan minuman.

Terdapat hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan;

( :-(
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah dari berpuasa pada dua hari; hari
raya korban dan hari raya fitrah (Riwayat Imam Muslim).
Apakah amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari raya?
1. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah
Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan
melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. Sabda Nabi s.a.w.;

Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis. (Riwayat
Abu Naim dari Anas r.a.)
Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari
untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk
berseronok dan bersuka-ria semata-mata.
Takbir pada hari raya ada dua jenis;
a) Takbir Mursal atau Muthlaq ( ) iaitu takbir yang tidak terikat
dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalanjalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu
siang atau malam.
b) Takbir Muqayyad ( )iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat
sahaja.
Kedua-dua jenis takbir ini akan kita huraikan di hujung nanti di bawah tajuk
khusus.
2. Mandi sunat
Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis
solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan. Sunat
mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik
meriwayatkan dari Nafi yang menceritakan;


Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada
pagi hari raya. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta. Menurut Imam Nawawi;
atsar ini adalah soheh)
Begitu juga dikiaskan kepada mandi hari jumaat. Selain dari mandi disunatkan
juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang baubau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka
disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat.

Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma ulamak. (Lihat;
Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283).
Bilakah masanya untuk mandi?
Masuknya waktu disunatkan mandi ialah apabila tiba tengah malam. Berkata
Imam al-Muzani; Aku menyukai agar mandi hari raya itu dilakukan selepas terbit
fajar (al-Majmu, 5/10).

3. Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.


Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. cucu Rasulullah- yang menceritakan;
Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai
pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling
harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan
binatang paling gemuk yang kami miliki. (Riwayat Imam al-Hakim dan atThabrani).
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian
baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai
baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat.
Adakah berwangian dan berbaju baru itu hanya disunatkan untuk orang
yang ingin keluar mengerjakan solat hari raya sahaja?
Tidak. Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal di rumah
kerana hari raya adalah hari perhiasan () . Bagi yang memiliki hanya satu
pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga
hari jumaat.
4. Beramai-ramai menghadiri tempat solat hari raya
Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari
raya termasuk kaum wanita (sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau
belum berkahwin, yang suci atau dalam haid) untuk sama-sama bertakbir,
mendengar khutbah dan berdoa. Ummu Athiyyah r.a. menceritakan;
Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari
raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari
tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk
membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuanperempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk
di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa
bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut
dan kesuciannya (Riwayat Imam Bukhari).
Di mana ditempatkan wanita yang dalam haid?
Wanita yang kedatangan haid, mereka hendaklah ditempatkan di bahagian

belakang orang ramai dan dipisahkan dari tempat sembahyang atau masjid.
Menurut Imam Nawawi; kedudukan mereka hanya setakat pintu masjid sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w.; Adapun wanita-wanita yang haid, maka mereka hanya
turut sama menghadiri perhimpunan kaum muslimin dan doa mereka dan
mereka duduk terpisah dari tempat sembahyang orang ramai. (Riwayat Imam
Bukhari dari Ummu Athiyyah r.a.)
Dalam riwayat yang lain; Dan wanita-wanita haid hendaklah berada di belakang
orang ramai di mana mereka bertakbir bersama mereka (Riwayat Imam Muslim
dan Abu Daud dari Ummu Athiyyah r.a.).

Adakah harus wanita keluar dengan bersolek?


Tidak harus kaum wanita keluar dengan bersolek, bertabarruj dan berwangian.
Sabda Rasulullah s.a.w.; Janganlah kamu menegah hamba-hamba Allah yang
perempuan (yakni kaum muslimat) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Namun
hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak berwangian. (Riwayat Imam
Ahmad dan Abu Daud)
Adakah harus keluar jika dikhuatiri mendatangkan fitnah? Bagaimana
dengan wanita yang dalam eddah kematian suami?
Tidak harus mereka keluar jika dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah. Begitu
juga, tidak harus keluar wanita yang masih berada dalam iddah kematian
suaminya.
Adakah kanak-kanak juga sunat dibawa bersama?
Ya, sunat membawa bersama kanak-kanak yang telah mumayyiz.
5. Keluar awal ke tempat solat (kecuali imam)
Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi selepas subuh kecuali
imam di mana ia disunatkan hadir pada waktu solat hari raya hendak
dilaksanakan.
Imam disunatkan hadir lebih awal untuk memimpin solat- pada hari raya korban
supaya solat dapat dilakukan lebih awal dan dengan itu dapat memanjangkan
waktu untuk melaksanakan ibadah korban (kerana binatang korban sunat
disembelih selepas imama selesai dari solat hari raya). Adapun pada hari raya
fitrah, imam disunatkan melewatkan sedikit hadir untuk memimpin solat bagi
memberi lebih masa kepada kaum muslimin untuk membayar zakat fitrah
(kerana zakat fitrah afdhal dikeluarkan sebelum solat hari raya).
6. Menikmati juadah sebelum keluar (khusus bagi hari raya fitrah)
Disunatkan pada hari raya fitrah menikmati sedikit makanan sebelum keluar ke
masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat. Sebaik-baiknya memakan buah
tamar dan dengan bilangan yang ganjil. Adapun pada hari raya korban

disunatkan menahan diri dari makan sehinggalah pulang dari menunaikan solat
hari raya.
Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang
menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah
melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya
korban melainkan setelah beliau pulang. (Riwayat Imam Ibnu Majah dan atTirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)
Anas r.a. juga menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi hari
raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji tamar. Baginda
makan tamar-tamar itu dengan bilangan yang ganjil. (Riwayat Imam Bukhari)

7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang


Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki dalam
keadaan tenang. Apabila pulang, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan
yang dilalui ketika pergi tadi. Ibnu Umar r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w.
keluar untuk menunaikan solat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang
dengan berjalan kaki. (Riwayat Imam Ibnu Majah)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya
baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan
ketika pulang melalui jalan yang lain). Dari Ibnu Umar r.a.; Sesungguhnya
Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari
raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain. (Riwayat Imam
Abu Daud dan al-Hakim)
Antara hikmahnya menurut ulamak ialah; supaya kedua-dua jalan serta
penduduk sekitarnya dari kalangan manusia dan jin menjadi saksi kepada
baginda dan juga untuk menzahirkan syiar Islam.
8. Segera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya.
Disunatkan bersegera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya
dikerjakan. Ibnu Umar r.a. menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya
untuk mengerjakan solat. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Mengeluarkan zakat fitrah selepas selesai solat hukumnya adalah makruh di sisi
imam mazhab empat. Malah ada pandangan menyatakan; haram.
9. Menyembelih korban (bagi hari raya korban)
Digalakkan menyembelih korban pada hari raya korban dengan seekor kambing
atau sebagainya bagi orang-orang yang mampu.

Barra bin Azib r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada
kami pada hari raya korban di mana baginda bersabda; Sesungguhnya perkara
pertama untuk kita memulakan hari kita ini ialah dengan kita menunaikan solat
(yakni solat hari raya), kemudian kita pulang dan berikutnya kita menyembelih
korban.. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
10. Mengucapkan tahniah, menzahirkan kegembiraan dan bersalamsalaman
Digalakkan pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya,
melahirkan rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum
muslimin. Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah
amalan para sahabat, oleh itu ia disyariatkan. Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami
meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang
menceritakan; Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu
pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain;
Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu. (Fathul-Bari ala Soheh alBukhari)
Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.
yang bersabda; Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka
berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua
mereka sebelum mereka berpisah lagi. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a.
dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)
Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyebutkan; Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah
sedekah bagimu. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)
Adakah harus mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas
menunaikan solat hari raya?
1. Bagi imam, dimakruhkan melakukan sebarang solat sunat sebelum dan
selepas mengerjakan solat hari raya kerana berlawanan dengan sunnah Nabi
s.a.w.. Ibnu Abbas r.a. menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar
pada hari raya korban dan hari raya fitrah, lalu baginda menunaikan solat sunat
hari raya dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelumnya dan
begitu juga selepasnya. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Malah apabila ia sampai di masjid tidak perlu ia menunaikan solat tahiyyatalmasjid, akan tetapi terus memimpin solat hari raya. Solat tahiyyatal-masjid
dengan sendirinya terhasil bersama solat hari raya itu.
2. Adapun selain dari imam, tidaklah dimakruhkan mengerjakan solat sunat
sebelum atau selepas solat hari raya. Ini kerana waktu tersebut bukanlah waktu
yang ditegah mengerjakan solat. Selain itu, terdapat riwayat dari Abu Barzah
yang menceritakan bahawa Anas r.a., al-Hasan r.a. dan Jabir bin Zaid r.a.
mengerjakan solat pada hari raya sebelum keluarnya imam.
Adakah harus bergembira pada hari raya?

Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkaraperkara yang haram. Di dalam hadis Anas r.a. tadi diceritakan; tatkala Nabi s.a.w.
tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari
kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainanpermainan. Lalu baginda bertanya mereka; Hari apakah yang kamu sambut
ini?. Mereka menjawab; Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan
mengadakan permainan) pada masa jahiliyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda
kepada mereka; Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari
yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan
hari raya fitrah. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang
soheh).
Di kitab Subulus-Salam, Imam As-Sonani menyimpulkan berdasarkan hadis di
atas; hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan
ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syariat Allah kepada
hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat
sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan
(untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh
Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun
hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak
memalingkan dari ketaatan. (Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solatul-Idaian).
Takbir pada hari raya
Apakah dalil disunatkan bertakbir pada hari raya?
Diantara dalilnya ialah riwayat dari Ummu Athiyyah r.a. yang menceritakan;
Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat
solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami
mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersamasama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan
haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai;
bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan
doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan
kesuciannya. (Riwayat Imam Bukhari)
Siapakah yang disunatkan bertakbir?
Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak
(yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang
bermusafir. Termasuklah wanita-wanita yang haid atau lelaki-lelaki yang
berjunub. (al-Majmu, 5/42).
Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?
Ketika mengucapkan takbir disunatkan dengan suara yang tinggi untuk
menzahirkan syiar agama. Diriwayatkan dari Nafi yang menceritakan;
(
Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah;
ia bertakbir dan meninggikan suaranya. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-

Baihaqi)
Namun dikecualikan kaum wanita; mereka hendaklah bertakbir dengan suara
perlahan. Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya menjelaskan;
Disunatkan mengangkat suara dengan takbir bagi para lelaki sahaja, tidak bagi
perempuan. (Lihat halaman 151)
Berapa jenis takbir hari raya?
Takbir pada hari raya ada dua jenis;
1. Takbir Mursal atau Muthlaq ( ) iaitu takbir yang tidak terikat dengan
sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan
raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang
atau malam.
2. Takbir Muqayyad ( )iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja
(sama ada solat fardhu, jenazah atau solat-solat sunat).
Bilakah bermulanya takbir mursal dan bila pula berakhir?
Takbir mursal atau muthlaq bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada
malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia
berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan
solat hari raya. Firman Allah;

(
dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan
supaya kamu bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)
Berkata para ulamak; ayat di atas menjadi dalil disunatkan melaungkan takbir
pada hari raya fitrah dan dikiaskan kepadanya hari raya korban.
Bilakah bermulanya takbir muqayyad dan bila berakhir?
a) Bagi hari raya korban, takbir muqayyad bermula bermula dari solat subuh hari
Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik
terakhir (yakni hari raya ke empat).
Diriwayatkan dari Ali dan Ammar r.a. yang menceritakan; Sesungguhnya Nabi
s.a.w. bertakbir bermula dari hari Arafah (selepas) solat subuh dan
memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir
Tasyriq. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya
soheh)
b) Bagi hari raya fitrah, bermula dari solat maghrib pada malam hari raya dan
berakhir selepas solat subuh pada pagi hari raya.
Adakah takbir hari raya dilaungkan selepas zikir solat atau
sebelumnya?

Melaungkan takbir didahulukan dari membaca zikir-zikir selepas sembahyang


bagi takbir muqayyad. Adapun takbir mursal, membaca zikir-zikir selepas solat
didahulukan dari melaungkannya.

Anda mungkin juga menyukai