Anda di halaman 1dari 1

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan sebuah perpustakaan.

Di
perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan. Antaranya, novel,
buku cerita, majalah dan ensiklopedia. Buku-buku yang terdapat di
perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan, kita
dapat meningkatklan pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita membaca
buku tentang sains dan teknologi, kiota dapat menambahkan
pengetahuan tentang sains. Pengetahuan yang ditimba itu dapat
digunakan dalam mata pelajaran sains di sekolah.
Selain itu, jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat
memanfaatkan masa lapang. Oleh itu, masa lapang kita tidak terbuag
begitu sahaja. Kita juga tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial seperti
bergaul dengan budak-budak nakal dan ponteng sekolah.
Di samping itu, membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan
dapat memberikan hiburan kepada kita. Contohnya, kita akan terhibur
dengan cerita-cerita lucu yang dibaca. Kita juga boleh mendapat
pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita juga akan
tenang dan gembira selepas penat belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan
dapat meningkatkan penguasaan bahasa kita. Contohnya, kita dapat
mempelajari kosa kata baharu yang boleh digunakan semula dalam
penulisan karangan. Jika kita tidak mengetahui makna sesuatu perkataan
pula, bolehlah dirujuk dalam kamus. Secara tidak langsung, kita telah
dapat menambahkan perbendaharaan kata.
Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu
dikunjungi oleh setiap murid. Janganlah kita mensia-siakan kemudahan
yang ada di perpustakaan.

Anda mungkin juga menyukai