Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MAJLIS PELANTIKAN PEMIMIPIN PELAJAR 2010

Pada hari Isnin, 8 Februari yang lalu, SMK Taman Melawati telah mengadakan Majlis Pelantikan
Pemimpin Pelajar untuk tahun 2010. Majlis yang bermula tepat pada jam 8 pagi itu telah
dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Mohd Fairus Irwan bin Majid. Selain untuk
menyerahkan manual tugas di samping memperkenalkan badan kepimpinan sekolah kepada
pelajar, majlis ini juga bertujuan untuk menanam nilai tanggungjawab dalam diri pemimpin-
pemimpin yang bakal mewarnai sistem disiplin SMK Taman Melawati kelak.

Seterusnya, Puan Jamsiah binti Talib dengan diiringi oleh Puan Rohana binti Abdul
Rahman telah menyampaikan manual tugas kepada ahli jawatankuasa dan exco Pengawas,
Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2010. Berikut merupakan
senarai ahli jawatankuasa bagi badan Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas
Pusat Sumber:

PENGAWAS PEMBIMBING RAKAN PENGAWAS PUSAT


SEBAYA SUMBER
PENGERUSI Aiman Farhan b. Mohd Aizuddin b. Salehhan b. Kassim
Johari How Ahmad Zaini (5 Bakti)
(5 Nekad)
NAIB PENGERUSI Adilah Nazneen bt. Maryam Jamilah bt. Nur Afifah Syahiroh
Abdullah Asha’ari bt. Marhaban
(5 Nekad) (5 Tekun)
SETIAUSAHA Ghavinash a/l Tina Marini bt. Wan Siti Nurdini bt.
Kanabathy Mahadi Wan Mohamad
(5 Nekad) (5 Harmoni)
PENOLONG Asiah bt. Fahmi Tunku Annur Naqiah Nur Shahira bt. Said
SETIAUSAHA (5 Maju) bt. Tengku Hamnet (4 Amanah)
BENDAHARI Anis Faiqa bt. Awang Anis Attirah bt. Noor Sazmin bt. Sazali
(5 Nekad) Mohammad Deen (5 Bakti)
PENOLONG Siti Aqilah bt. Abdul Salahuddin b. Siti Aqilah bt. Abdul
BENDAHARI Aziz Baharuddin Aziz
(4 Amanah) (4 Amanah)
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Ikrar Pemimpin Pelajar yang diketuai
oleh Aiman Farhan bin Johari How selaku Ketua Pengawas merangkap Ketua Pelajar SMK
Taman Melawati tahun 2010. Bacaan ikrar telah diikuti oleh para pemimpin pelajar yang hadir
pada hari itu dengan penuh bersemangat.

Majlis tersebut berakhir dengan jayanya tepat pada jam 8.15 pagi. Diharapkan semoga
majlis ini dapat menyuntik semangat mereka untuk menjalankan tugas masing-masing dengan
penuh dedikasi. Secara tidak langsung, mereka juga dapat membantu guru-guru menjalankan
tugas dalam hel ehwal disiplin dengan lebih mudah dan berkesan.

Disediakan oleh :

SITI NAQUIAH BT MOHD JAMEL (5 NEKAD)

PERSADA 2010

Anda mungkin juga menyukai