Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS


SESI 7 TAHUN 2010

Hari ini merupakan hari pertama Program Bina Insan Guru iaitu pada hari
Selasa 27 April 2010 . Kami diarahkan untuk mendaftar pada jam 2.30 petang di
gymnasium. Setelah tamat proses pendaftaran, kami dibahagikan kepada kumpulankumpulan kecil. Kami diberi taklimat oleh Encik Adam Prakash selaku kem
komander dan juga Encik Baharudin selaku pengurus program ini. Setelah diberi
sedikit penerangan, kami dibahagikan untuk pemberian khemah. Kami diberi
kelonggaran untuk memilih ahli khemah sendiri. Khemah tidak dapat didirikan pada
hari pertama kerana cuaca tidak mengizinkan. Pada jam 5.00 petang, kumpulan
yang bertugas untuk menyediakan makanan ialah kumpulan saya iaitu kumpulan
satu. Sementara kumpulan saya memasak, peserta lain dikehendaki menguruskan
diri untuk solat asar dan seterusnya makan malam. Tepat jam 6.30 petang, kami ke
astaka Lembah Lestari untuk menjamu selera. Kami makan bersama-sama. Di sini,
semangat kerjasama dapat di lihat antara peserta. Pada jam 7.30 malam, kesemua
peserta diminta ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Peserta program yang
bukan beragama Islam menjalani kelas moral sewaktu kami bersolat. Selesai
bersolat, kami mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh pensyarah IPIK di
gimnasium. Pada jam 9 malam, kami menjalani sesi ice breaking bersama Puan
Norliza. Tepat jam 11 malam, kami dibenarkan untuk masuk tidur. Hari ini, kami tidak
dibenarkan untuk tidur di khemah kerana cuaca tidak mengizinkan. Peserta
perempuan ditempatkan di bilik tarian manakala peserta lelaki di gimnasium.

Pada hari kedua iaitu hari Rabu 28 April 2010, semua peserta bangun pada
jam 5.30 pagi untuk menguruskan diri dan bersiap untuk solat subuh. Pada jam 6
pagi, kami solat berjemaah di surau tadib. Selesai solat, kami mendengar kuliah
subuh oleh pensyarah dari JAPIM. Selepas itu, kami bersarapan bersama dan
bersedia untuk menjalani aktiviti seterusnya. Pada hari ini, kami akan melawat
Taman Warisan di Putrajaya. Kami bertolak ke sana tepat jam 9 pagi menaiki bas.
Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit untuk tiba di destinasi. Lebih kurang jam
10.00 pagi kesemua peserta tiba di Taman Warisan Putrajaya. Kami dikenakan
bayaran RM3 seorang untuk masuk ke Taman ini. Taman ini merupakan taman
pertanian.
Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di dalam taman ini. Kami dipandu arah oleh
seorang pekerja di sini, Encik Khairul. Beliau memberi penerangan tentang taman
dan seluruh isi taman ini kepada kami. Saya menjalani penglaman yang indah
walaupun penat berjalan. Kami diberi tugasan untuk mencari nama-nama sebilangan
tumbuhan herba di taman ini. Kami juga diminta mencipta satu lagu kanak-kanak
berkaitan buah-buahan tempatan untuk dipersembahkan nanti. Label-label di setiap
tumbuhan memudahkan kami untuk mengenalpasti nama tumbuhan-tumbuhan ini.
Setelah selesai melawat taman ini, kami diminta untuk mempersembahkan hasil
karya kami. Kesemua peserta melakukan tugasan dengan amat baik. Kami bertolak
pulang ke IPIK pada jam 2.00petang. Kira-kira jam 2.30 petang, kami tiba di IPIK.
Kami menguruskan diri dan bersolat sejenak tiba di institut.

Pada jam 3 petang, kami menjalani sesi LDK bersama Puan Mokhlisa
berkenaan ciri-ciri dan keterampilan guru. Semua pelajar harus melibatkan diri
dalam aktiviti ini. Selesai sesi LDK pada jam 5 petang,kami diminta mendirikan
khemah di tapak perkhemahan Lembah Lestari. Setelah siap khemah dipasang,
kami menguruskan diri untuk solat asar di surau. Kumpulan yang bertugas diarahkan
menyediakan makanan unutk makan malam. Pada jam 6.30 petang, kami makan
malam bersama. Setelah itu, kami ke surau untuk solah maghrib berjemaah.
Kemudian, kami mendengar kuliah maghrib di gimnasium. Pada jam 9 malam, sesi
LDK diteruskan oleh Puan Norliza. Banyak aktiviti yang melibatkan kerjasama yang
kuat antara kumpulan diperlihatkan. Tepat jam 11.30 malam kami pulang ke khemah
masing-masing.

Pada hari ketiga pula iaitu hari Khamis, 29 April 2010, seperti biasa, kami
bangun pada jam 5.30 pagi. Selesai menguruskan diri, kami ke surau untuk solat
subuh. Kami mendengar kuliah subuh setelah tamat bersolat. Selepas itu, kami
bersarapan dan bersedia untuk menjalani aktiviti water confident atau keyakinan diri
dalam air. Aktiviti ini dipimpin oleh pensyarah dari Jabatan Sains Sukan, Encik
Jalaluddin dan Puan Jamaliah. Aktiviti berakhir pada jam 11 pagi. Setela itu, kami
pergi menguruskan diri dan menyediakan makan tengah hari. Kami menjamu selera
pada jam 2.15 petang. Pada jam 3 petang, kami menjalani sesi LDK bersama Dr.
Rorlinda. LDK

kali ini berkenaan personaliti diri. Kami diminta membuat ujian

tentang personaliti dan kerjaya yang bersesuaian. Pada jam 5 petang, kami bersiap
untuk solat dan makan. Selesai semua, kami diberi masa selama beberapa minit
untuk berbincang tentang persembahan malam kebudayaan. Pada jam 9 malam,
setelah selesai solat, kami bersedia untuk membuat persembahan. Majlis itu dihadiri
oleh warga-warga dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Muhd Nurul Sholihin dan Aliff
Hakimi bertindak sebagai juru acara. Kesemua peserta memberi persembahan yang
baik. Selepas psembahan kami semua menjamu minuman malam dan seterusnya
tepat pada jam 11.00 malam, kami ke khemah masing-masing untuk tidur.

Hari ini merupakan hari terakhir di kem iaitu pada hari Jumaat, 30 April 2010.
Seperti biasa, kami bangun pada jam 5.30 pagi dan menguruskan diri. Kami solat
subuh berjemaah dan kemudian mendengar kuliah subuh di gimnasium. Setelah
tamat, kami bersarapan dan bersedia untuk sesi LDK terakhir yang dikelolakan oleh
Cik Chong dari Jabatan Ilmu Pendidikan. LDK kali ini berkenaan dengan mengenali
kawan. Nilai persahabatan dapat dipupuk melalui aktiviti ini. Pada jam 12.00 tengah
hari, kami bersedia untuk majlis penutupan. Pada majlis ini, saya bertugas sebagai
juru acara bersam Sharifah Fakhira. Kelas saya, G1.11 bertugas menyediakan
tempat untuk acara iaitu di Lembah Lestari. Majlis ini dihadiri oleh para mentor, Encik
Ikmal Hisam bin Hj Daroji, Puan Rozila Mat Isa dan juga Encik Razak. Encik Adam
Prakash selaku kem komander turut hadir di majlis itu. Majlis penutupan
disempurnakan oleh Encik Amiruddin Zainuddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.
Setelah selesai upacara penutup dengan menanam pokok pisang sebagai simbolik,
peserta BIG membuat persembahan nyanyian bersama. Kem ini tamat pada jam
1.30 petang sebaik sahaja kami selesai mengemaskini kawasan dan khemah.

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR

LAPORAN KEM BINA INSAN GURU


(BIG)

NAMA

: ABDUL HADI BIN KHALID

KUMPULAN

: G 2.11

NAMA TUTOR

: IKMAL HISAM BIN HJ. DAROJI

Anda mungkin juga menyukai