Anda di halaman 1dari 26

MAKLUMAT KERJAYA

Oleh:

PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH


Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, MALAYSIA
Tel: 603-89468167 (PEJABAT), 012-2126312 (HP)
Faks: 03-89435386
E-Mail: smn@educ.upm.edu.my
sideknoah@yahoo.com

DEFINISI MAKLUMAT
KERJAYA
Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai datadata yang sah dan berguna mengenai sesuatu
pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan
termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan
untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi
kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran
dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada
masa akan datang dan sumber-sumber untuk
mendapatkan keterangan lanjut mengenainya

KEPENTINGAN MAKLUMAT
KERJAYA
Menolong individu menambah perbendaharaan
kata yang berkaitan dengan nama-nama
pekerjaan serta maklumat lain yang berkaitan
dengan pekerjaan
Membantu individu memperkembangkan
pengetahuan mereka mengenai potensi diri
atau kekuatan dan kelemahan diri serta
hubungannya dengan sesuatu pekerjaan

KEPENTINGAN MAKLUMAT
KERJAYA sambungan
Untuk membimbing individu di dalam membuat
perancangan yang efektif di dalam membuat
sesuatu keputusan yang berkaitan dengan
sesuatu kerjaya
Membantu individu membuat persediaan awal
untuk peralihan dari zaman persekolahan ke
dunia pekerjaan yang sebenar

KEPENTINGAN MAKLUMAT
KERJAYA sambungan
Menyediakan individu mengenai persiapanpersiapan diri yang harus dilakukan bagi
menghadapi dunia pekerjaan yang lebih tinggi
(maklumat pra-pekerjaan), pekerjaan itu sendiri
(maklumat pekerjaan) dan peranan-peranan
selepas bersara (pasca pekerjaan)

KEPENTINGAN MAKLUMAT
KERJAYA sambungan
Menyedarkan individu mengenai pentingnya
perubahan di dalam bidang pendidikan dan
pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan
keperluan semasa
Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya
seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan
menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN


MAKLUMAT PRA PEKERJAAN

Maklumat Diri
Maklumat mengenai diri termasuklah maklumat yang berkaitan dengan
kesihatan fizikal, pencapaian akademik, personaliti diri, minat kerjaya,
nilai pekerjaan, konsep kendiri, sikap dan motivasi diri

Maklumat Kerjaya

Maklumat mengenai kerjaya ini pula mencakupi maklumat yang berkaitan


dengan jenis-jenis latihan, tempat mendapatkan latihan, keperluan
kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume,
cara memohon kerja, jenis-jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang
pekerjaan dan prospek kerja di masa depan. Semua maklumat-maklumat
ini penting bagi membolehkan individu membuat keputusan akhir mengenai
sesuatu pekerjaan.

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN


MAKLUMAT DALAM PEKERJAAN

Maklumat dalam pekerjaan meliputi maklumat-maklumat yang


perlu diketahui oleh individu yang berkaitan dengan dunia
pekerjaan sebenar.
Maklumat-maklumat yang tergolong sebagai maklumat dalam
pekerjaan termasuklah tangga gaji, kemudahan cuti, peluang
kenaikan pangkat, skim kemudahan perubatan, skim pinjaman
perumahan, skim pencen, skim simpanan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dan skim insuran pekerja.
Maklumat-maklumat ini perlu diketahui oleh individu agar ia boleh
merancang perkembangan kerjayanya ketahap yang lebih tinggi
dan cemerlang dalam sesuatu pekerjaan yang diceburinya.

PENGUMPULAN MAKLUMAT
KERJAYA

Sumber maklumat kerjaya adalah merujuk kepada sumber-sumber sama


ada berorientasikan manusia atau bukan berorientasikan manusia.

Maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada dua sumber utama iaitu media
cetak dan media elektronik.
Maklumat kerjaya daripada jenis media cetak termasuklah buku-buku
kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti, surat khabar,
pamplet agensi pekerjaan dan buku skrap kerjaya.
Maklumat kerjaya daripada jenis media elektronik termasuklah videovideo kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, kesetkeset kerjaya dan maklumat-maklumat kerjaya yang telah diprogramkan
di dalam komputer yang boleh diakses melalui internet.

KAMUS PENGKELASAN PEKERJAAN


DOC

Maklumat kerjaya yang berupa media cetak paling utama di


Malaysia ialah Dictionary of Occupational Classification (DOC)
yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian
Sumber Manusia.
Kamus ini menyenaraikan dan menerangkan 2,610 pekerjaan yang
wujud di Malaysia. Kamus yang pertama dalam bahasa Inggeris
dan telah diterbitkan pada tahun 1969. Pada tahun 1992,
Jabatan Tenaga Rakyat telah mencetak edisi pertama dalam
bahasa Malaysia yang dikenali sebagai Kamus Pengkelasan
Pekerjaan.
Kamus ini mengandungi definisi pekerjaan, menerangkan tugas yang
dilakukan oleh pekerja, tujuan mengapa pekerja melakukannya
dan cara bagaimana kerja tersebut dilakukan.

LAIN-LAIN SUMBER MAKLUMAT


KERJAYA
Buku Kompass Merah, Dictionary of Occupational Titles (DOT),
Occupation Outlook Hand Book (OOH) adalah beberapa contoh lain
sumber maklumat kerjaya media cetak yang penting. Buku Kompass
Merah diterbitkan oleh Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang
mengandungi maklumat pekerjaan yang wujud di kilang-kilang di bawah
persatuan tersebut.
DOT diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Amerika Syarikat.
Individu boleh merujuk kamus ini di perpustakaan-perpustakaan besar
yang ada di Malaysia ataupun di pusat sumber Kedutaan Amerika
Syarikat di Kuala Lumpur. Kamus ini mengandungi senarai, keterangan
dan definisi lebih 20,000 jenis pekerjaan yang wujud di negara
tersebut.

Internet adalah satu lagi sumber maklumat kerjaya yang penting dan
terkini. Melalui internet individu boleh melayari laman-laman web
tertentu yang mengandungi maklumat-maklumat terkini mengenai
kerjaya.

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT


KERJAYA
Maklumat kerjaya yang dikumpul mestilah tepat
dan sah. Oleh itu maklumat mestilah
dikumpulkan daripada sumber-sumber yang
boleh dipercayai.
Maklumat-maklumat kerjaya boleh diperoleh
daripada berbagai-bagai agensi sama ada
agensi kerajaan, swasta atau agensi dari luar
negara yang berada di Malaysia.

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT


KERJAYA - Sambungan
Antara agensi tersebut ialah Jabatan Tenaga Rakyat,
Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan
Makaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kedutaan, Pejabat
Suruhanjaya Tinggi negara asing di Malaysia, Universiti
dan Institusi Pengajian Tinggi tempatan, MACEE
(Malaysian American Council for Educational Exchange),
British Counsil, Institut-institut Latihan Kemahiran,
Pusat-Pusat Latihan, Kilang-Kilang, Agensi-agensi
Pekerjaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya
Sekolah dan Agesi dan Internet.

PENYUSUNAN MAKLUMAT
KERJAYA
Cara Pengkelasan Maklumat Kerjaya

Susun nama pekerjaan ikut abjad daripada A hingga


Z. Menggunakan kaedah ini nama pekerjaan disusun
mengikut abjad A diikuti oleh B, C dan seterusnya
hingga huruf Z.
Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut jenis
pekerjaan iaitu profesional, separa profesional,
berkemahiran, separa berkemahiran dan buruh.
Kaedah ini mengambilkira kelayakan untuk menjawat
jawatan tersebut kerana setiap kumpulan pekerjaan
memerlukan kelayakan yang berlainan.

PENYUSUNAN MAKLUMAT
KERJAYA
Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut bidang
pekerjaan seperti bidang Perniagaan, Pertanian,
Perlombongan, Perkhidmatan, Perubatan, Sains atau
menggunakan pengkelasan Holland iaitu Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan
Conventional.
Penyusunan dibuat mengikut kumpulan kerja seperti
pengkelasan yang dibuat oleh Jabatan Tenaga Rakyat
dalam Kamus Pengkelasan Pekerjaan. Kumpulan 1
misalnya ialah kumpulan kerjaya Profesional dan
Pengurusan, sementara kumpulan 9 pula adalah kumpulan
kerjaya Buruh.

PENYUSUNAN MAKLUMAT
KERJAYA - Sambungan
Penyusunan dibuat berasaskan sama ada ia
merupakan maklumat kerjaya atau maklumat
akademik. Maklumat kerjaya mestilah
dipisahkan dengan maklumat akademik.
Maklumat akademik dalam negeri dan luar
negara juga sangat perlu dipisahkan untuk
memudahkan pencarian maklumat.

PENYEBARAN MAKLUMAT
KERJAYA
Perantaraan Media Massa

Melalui media cetak seperti Kamus Pengkelasan


Pekerjaan, buku-buku kerjaya, majalah-majalah
kerjaya, prospektus universiti dan institusi pengajian
tinggi, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan, buku
skrap kerjaya.
Melalui media elektronik seperti internet, video-video
kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid
kerjaya, keset-keset kerjaya, dan maklumatmaklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam
komputer.

PENYEBARAN MAKLUMAT
KERJAYA
Secara Terus Kepada Individu

Melalui mata pelajaran Pendidikan Kerjaya di sekolah di mana


semua pelajar terpaksa mengikutinya.
Membuat lawatan sambil belajar ke tempat kerja di mana individu
berpeluang melihat dan berinteraksi dengan mereka yang terlibat
dalam sesuatu pekerjaan.
Bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk mendapatkan
pengalaman secara peribadi mengenai sesuatu pekerjaan yang
diminati.
Menemuduga individu yang sedang bekerja dalam sesuatu bidang
yang telah dikenalpasti sebagai satu atau salah satu bidang
pekerjaan yang diminati.

PENYEBARAN MAKLUMAT
KERJAYA
Menggunakan Bantuan Teknikal

Hari Kerjaya atau Minggu Kerjaya


Seminar, Kem, Bengkel dan Ceramah Kerjaya
Aktiviti ujian kerjaya termasuklah ujian
personaliti, ujian minat kerjaya dan ujian nilai
pekerjaan yang kendalikan oleh Jabatan atau Unit
Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah
Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya
Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

PENILAIAN MAKLUMAT
KERJAYA
MAKLUMAT YANG BAIK
Maklumat mestilah menarik dan kemas
Maklumat mestilah ringkas dan padat
Elak daripada mengemukakan maklumat yang
panjang tetapi berbelit-belit.

PENILAIAN MAKLUMAT
KERJAYA sambungan
MAKLUMAT YANG BAIK
Maklumat mestilah lengkap dengan segala
butiran dan keterangan yang perlu.
Maklumat mestilah disusun dengan sistematik,
berupaya memikat hati pengguna dan seelokeloknya disertakan gambar dan ilustrasi.
Maklumat mestilah mengandungi butiran yang
lengkap.

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK


Maklumat berkecamuk iaitu terlalu banyak
maklumat dan tidak disusun secara teratur dan
sistematik
Keterangan berbelit-belit di mana maklumat
disampaikan menggunakan bahasa yang berbelitbelit dan sukar difahami
Maklumat yang dimuatkan panjang tetapi tidak
lengkap di mana keterangan yang diaggap
penting tidak dimuatkan

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK


Tidak teratur dan tidak sistematik di mana
maklumat yang ada tidak disusun dengan baik
Tiada gambar dan ilustrasi yang boleh membantu
individu melihat pekerjaan atau kerjaya secara
visual. Gambar dan ilustrasi boleh memberikan
gambaran kepada individu tentang sesuatu
pekerjaan serta kerja-kerja yang dilakukan

KEBERKESANAN PENYEBARAN
MAKLUMAT KERJAYA

Melalui kajian atau penyelidikan yang dijalankan


oleh kaunselor sama ada menggunakan soal
selidik, pemerhatian atau temuduga.
Komen daripada pelajar yang pernah menerima
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya.
Komen beberapa pihak sekolah yang ada di
sekolah termasuklah komen oleh pengetua, guruguru, pelajar dan kakitangan lain sekolah.

KEBERKESANAN PENYEBARAN
MAKLUMAT KERJAYA sambungan

Komen pihak lain yang terlibat secara tidak


langsung di sekolah atau agensi seperti
Persatuan Ibubapa Guru (PIBG), persatuan
pekerja dan lain-lain.
Dapat diperhati secara tidak langsung melalui
sambutan pelajar terhadap aktiviti kerjaya
yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling Kerjaya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai