Anda di halaman 1dari 5

Draf Ucapan Perasmian Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung

PIBG SMK Cheras Jaya Tahun 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera


Terima kasih puan pengerusi majlis.

Yang Berbahagia Encik Azman bin Idris,


Yang Dipertua PIBG SMK Cheras Jaya.

Yang Berbahagia Puan Sofia Nor bt Molhit,


Penolong Kanan Kurikulum SMK Cheras Jaya.

Yang Dihormati Encik Othman bin Omar,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Anita Mazlina bt Azman Arash,


Penolong Kanan Kokurikulum.

Encik Termizi bin Mohd Tahir,


Penolong Kanan Petang SMK Cheras Jaya.

Yang dihormati Timbalan Pengerusi PIBG,serta ahli-ahli jawatankuasa, para ibubapa, guru-guru, dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran pada hadrat ilahi


kerana limpah dan kurnia-Nya Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 9 ini berlangsung dengan jayanya. Saya juga ingin merakamkan
ucapan

tahniah

kepada

barisan

guru-guru

yang

bertungkus

lumus

merealisasikan majlis ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih atas kehadiran
para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa mencerminkan
komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dan pihak
sekolah.

Hadirin sekalian

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar


yang telah berjaya dalam peperiksaan. Namun, kepada pelajar yang tidak
Berjaya, teruskan usaha, jangan berputus asa. Rebutlah peluang yang ada di
sekeliling kita, baik dalam bidang akademik mahupun bidang kemahiran. Kepada
pelajar lepasan SPM, teruskan perjuangan anda, tuntutlah ilmu setinggi yang
mungkin. Kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaaan PT 3 dan
SPM, jadikanlah kejayaan abang-abang dan kakak-kakak ini sebagai sumber
inspirasi untuk mencapai keputusan lebih cemerlang. Tahniah!

Hadirin yang dihormati,

Sebenarnya, kehadiran ibu bapa pada majlis seperti ini membuktikan


bahawa ibu bapa mempunyai sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap
isu-isu yang melibatkan anak-anak mereka. Kepekaan dan keprihatinan inilah
yang akan menjadi aspirasi dan pendorong yang paling bermakna buat anakanak kita agar berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi tinggi dan cemerlang,
di sekolah baik dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan
komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru ibu bapa dan yang
utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat penting antara
ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi
kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan
tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti
menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha
ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Sesungguhnya, dalam usaha merealisasikan cita-cita ke arah wawasan


negara, kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi
masa kini serta cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam.Namun
kita seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan rintangan ini. Justeru, kita
sebagai ibu bapa perlu mengorbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit
dalam merencana perancangan yang lebih strategik bersama pihak sekolah bagi
mencari jalan penyelesaian, agar dapat membentuk generasi atau modal insan
yang mampu meneruskan perjuangan murni bangsa, agama dan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Peranan

PIBG,

tidak

dapat

dinafikan

dalam

usaha

membantu

meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang seperti akademik,


kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan modal insan. Ibu bapa
haruslah peka dan membantu kepimpinan PIBG supaya dapat menwujudkan
satu pasukan yang mantap untuk menghadapi cabaran era globalisasi ini.,
kerana PIBG merupakan satu wahana yang amat berkesan bagi ibu bapa
berbincang dan memberi pandangan yang perlu demi kecemerlangan akademik
anak-anak, pun tidak dilupakan peranan dan pengorbanan guru amatlah besar,
yang telah menjadikan semua manusia menjadi orang yang mampu berfikir,
bertindak dan mewarnai dunia.

Hadirin sekalian,

Besarlah harapan saya agar ibu bapa serta guru-guru bergabung tenaga
bagi memastikan kejayaan anak-anak didik di SMK Cheras Jaya. Akhir kata,
saya mengucapkan syabas kepada PIBG sekolah ini

atas komitmen yang

ditunjukkan. Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan


interaksi yang dijalinkan antara guru dan ibu bapa. Mudah-mudahan semangat
dan komitmen yang tinggi akan dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah akan
mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.

Anda mungkin juga menyukai