Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PENGETUA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29


SMK SUNGAI MANIK
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Yang Berbahagia Dato Haji Ibrahim bin Katop,


Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Abdul Rashid,


YDP PIBG SMK Sungai Manik

1.

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sungai Manik,


Barisan Guru Penolong Kanan SMK Sungai Manik,
Guru- guru Kanan Bidang,
Guru-guru dan
Ibu bapa sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita

berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29. Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa
PIBG SMK Sungai Manik, saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Haji
Ibrahim bin Katop serta tuan/puan ke majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran
YBhg. Dato dan tuan/puan semua dapat menyuntik semangat dan iltizam kami untuk
berusaha

meningkatkan

lagi

pencapaian

sekolah

ini.

Kehadiran

tuan/puan

menandakan sokongan tuan/puan terhadap SMK Sungai Manik, dan merupakan satu
titik permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti setempat.
Mesyuarat Agung PIBG merupakan antara aktiviti Sarana Ibu Bapa yang merupakan
satu inisiatif dalam Anjakan ke-9 PPPM 2013 2025. Selain itu, Program Penetapan
1

TOV dan Target SPM, Gotong-royong, Hari Interaksi juga antara program yang
memerlukan komitmen ibu bapa secara menyeluruh. Oleh itu, marilah kita sama-sama
berganding bahu dalam menyahut saranan pemimpin negara untuk merealisasikan
PPPM menjelang alaf baharu pada tahun 2020.
2.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran tuan/puan para ibu bapa pelajar yang sudi

meluangkan masa bagi memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini. Komitmen tuan/puan
akan dapat memberi keyakinan kepada kami khususnya dalam menjalankan tugas
kami, seterusnya dapat kami melaksanakan tugas terhadap anak bangsa dengan
jayanya. Saya berpendapat ibu bapa yang hadir pada hari ini ialah ibu bapa yang
benar-benar mengharapkan kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anakanak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan salah satu faktor
pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk memajukan diri dalam
pelbagai bidang. Tidak lupa juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada YDP PIBG, En. Abdul Halim bin Abdul Rashid dan
seluruh AJKnya yang telah banyak membantu pihak sekolah sama ada dari segi
sokongan moral, buah fikiran malah sumbangan tenaga. Tanpa sokongan tersebut agak
sukar juga untuk kami para guru mencapai apa-apa yang kami hasratkan.

Yang Berbahagia Dato dan hadirin sekalian,


3. Terlebih dahulu izinkan saya memaklumkan latar belakang SMK Sungai Manik
secara ringkas. Sekolah ini mempunyai seramai 46 orang tenaga pengajar, 9
orang staf sokongan dan lebih kurang 429 orang murid. Prasarana sekolah terdiri
daripada empat blok bangunan yang menempatkan 20 bilik darjah, 5 makmal

sains, pusat sumber, bilik kaunseling, bilik gerakan, bilik guru dan pejabat.
Terdapat sebuah makmal komputer, bengkel Kemahiran Hidup, koperasi, surau,
dewan dan kantin. Terdapat juga sebuah padang permainan dan gelanggang
serbaguna untuk keperluan para pelajar bersukan.
4.

Matlamat kecemerlangan sekolah akan sentiasa kami pertingkatkan

dengan transformasi sistem pendidikan negara di bawah Pelan

selaras

Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia. Selaku Pengetua SMK Sungai Manik, saya bertanggungjawab
dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

menjadi pemangkin

kepada kemenjadian pelajar di sekolah ini. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, semua
guru dan warga sekolah perlulah terlebih dahulu menghayati lima aspirasi sistem
pendidikan Malaysia di bawah PPPM 2013-2025.
5.

PPPM dimulakan dengan akses kepada pendidikan, iaitu setiap pelajar bermula

daripada tingkatan satu sehingga ke tingkatan lima mendapat peluang pendidikan yang
sama rata bagi membolehkan mereka mencapai potensi yang maksimum untuk
berdaya saing di peringkat global. PPPM menekankan pendidikan yang berkualiti
cemerlang lagi setanding dengan negara-negara maju. Selaku Pengetua, saya akan
memastikan kursus atau latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan di sekolah ini
menjurus kepada pemantapan kualiti guru. Guru yang berkualiti pastinya dapat
memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-muridnya.

PPPM turut

menekankan tentang ekuiti: hal ini bererti setiap pelajar tanpa mengira latar belakang
sosio-ekonomi berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. PPPM menekankan
Perpaduan: Sekolah merupakan tempat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
3

pelajar melalui interaksi sesama mereka. PPPM menekankan Kecekapan:

Saban

tahun peruntukan kerajaan untuk pendidikan amat tinggi berbanding sektor-sektor lain.
Peruntukan

yang

dikeluarkan

ini

seharusnya

setanding

dengan

peningkatan

keberhasilan pelajar.

Yang Berbahagia Dato serta hadirin sekalian,


6. Kelima-lima aspirasi sistem pendidikan yang saya ulas sebentar tadi bertujuan
untuk membolehkan setiap murid menerapkan enam aspirasi murid, iaitu
Pengetahuan :Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan
sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang
berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru. Kemahiran Memimpin:
Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui
peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan
informal. Etika dan Kerohanian: Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas
moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu
mereka,

dengan

berani

membuat

keputusan

yang

tepat.

Kemahiran

Dwibahasa: Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai


Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris digalakkan untuk mempelajari bahasa
tambahan. Identiti Nasional: Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama etnik
atau status sosioekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia.
Kemahiran Berfikir: Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan
mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan
mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia.

7. Pelan

Pembangunan

Pendidikan

yang

dirangkakan

oleh

Kementerian

Pendidikan merupakan satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja


mengenal pasti bidang-bidang utama dan meletakkan sasaran yang hendak
dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif penting yang akan dilaksanakan,
meliputi tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan.

Yang Berbahagia Dato serta hadirin sekalian,


8.

Seterusnya, saya ingin berkongsi dengan tuan/puan tentang aspirasi kami para

pendidik di sekolah ini. Kita mempunyai matlamat agar sekolah ini dapat mencapai
sasaran yang kita tetapkan sama ada dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid
mahupun kokurikulum. Dalam bidang akademik, kita sasarkan akan mencapai KPI
yang ditetapkan dari segi Gred Purata Sekolah, % Lulus dan bilangan pelajar yang
mendapat Semua A dalam peperiksaan PT3 dan SPM bagi tahun 2015. Untuk
peperiksaan SPM 2015, kami mensasarkan GPS ialah 4.50 dan 100% lulus SPM.
sementara pelajar Target SEMUA A SPM 2015 ialah Nor Naziatul Ayu Nazira binti
Mohd Najib, Nor Shuhada binti Mohd Saleham dan Siti Najiha binti Hussin. Bagi
merealisasikan sasaran akademik cemerlang, pihak sekolah telah merangka beberapa
program peningkatan kurikulum. Enam program utama bagi tahun 2015 adalah seperti
berikut: PLC, Perkongsian Pintar, Tuisyen PIBG (TUBA), Ulang kaji berfokus (UFO),
kelas MULIYA dan Cahaya Pagi.
9.

Dalam bidang HEM, sekolah telah merangka tiga program utama yang dijangka

dapat meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah murid. Program-program tersebut ialah

membasmi ponteng, keceriaan kantin dan keceriaan musholla. Program membasmi


ponteng dilaksanakan dengan pengeluaran surat amaran ketidakhadiran mengikut
prosedur dan ziarah mesra ke rumah pelajar yang kerap ponteng. Keceriaan kantin pula
bagi mewujudkan suasana kantin berinformasi, iaitu dipenuhi pelbagai maklumat
semasa yang relevan dengan para pelajar. Manakala program keceriaan musholla
bertujuan mewujudkan keceriaan dalam surau dan menarik minat para pelajar untuk
mengimarahkan surau sepanjang keberadaan mereka di sekolah.

Yang Berbahagia Dato serta hadirin sekalian,


10.

Masalah disiplin yang menjadi isu utama di sekolah ini ialah masalah ponteng

dan kes merokok. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan kami agar ibu bapa
dapat sama-sama memerhatikan tingkah laku anak masing-masing agar tidak terlibat
dengan isu disiplin yang berat. Sehubungan dengan itu, ibubapa yang menerima surat
amaran ponteng datanglah berbincang dengan pihak sekolah dan janganlah menunggu
sehingga amaran terakhir atau sehingga surat buang sekolah sampai. Jika diteliti
analisis kehadiran murid pada dua bulan ini, didapati lebih ramai murid tidak hadir pada
hari Rabu, kerana pada hari tersebut murid-murid pulang lewat kerana terdapat aktiviti
kokurikulum.
11.

Sementara dalam bidang kokurikulum pula, kita menyasarkan penyertaan yang

lebih banyak untuk pertandingan di peringkat daerah. negeri dan kebangsaan serta
meningkatkan lagi bilangan pelajar yang mendapat gred A dan B dalam kokurikulum.
Sedikit makluman tentang penyertaan aktiviti kokurikulum peringkat daerah setakat ini
ialah Kejohanan Merentas Desa MSSD (tempat ke-6 kategori lelaki 14 tahun),

Pertandingan Ping Pong MSSD (suku akhir bagi lelaki 18 tahun), Pertandingan Sepak
takraw MSSD (suku akhir lelaki 18 tahun) dan Pertandingan Bola Baling MSSD (Naib
Johan perempuan 18 tahun dan suku akhir lelaki 18 tahun). Pihak sekolah sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum dan sukan. Dalam hal ini, sekali
lagi

kerjasama

membenarkan

tuan/puan
penglibatan

sangat

diharapkan

anak-anak

dalam

agar

dapat

memastikan

aktiviti

sukan

dan

dan

kokurikulum

sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Yang Berbahagia Dato dan hadirin sekalian,


12.

Sesungguhnya, pihak sekolah diberi tanggungjawab memikul mandat kerajaan

melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat terakhirnya ialah


menghasilkan manusia bukan sahaja yang berilmu pengetahuan tetapi juga seorang
manusia yang berakhlak mulia dan berguna kepada keluarga, negara, bangsa dan
agama. Kita bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga
menekankan kemenjadian manusia. Justeru, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah mulai tahun 2012 secara berperingkat dengan hasrat untuk
menghasilkan

murid

yang

berkemahiran

selaras

dengan

keperluan

negara.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan murid dapat ditaksir kebolehannya,


ibubapa/penjaga MESTI memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada setiap hari
persekolahan agar anak-anak kita memperolehi kemahiran yang dihasratkan.
13.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, anak-anak kita bukan hanya menghadapi

persaingan sesama mereka tetapi juga kemudahan teknologi masa kini seperti
penggunaan telefon bimbit, internet dan pelbagai peranti / gajet yang mampu membawa

anak-anak tuan/puan mengelilingi dunia secara maya. Walaupun banyak kebaikan yang
diperolehi oleh anak-anak kita jika betul cara penggunaannya, tidak kurang juga mampu
meracuni fikiran dan tindak tanduk mereka. Justeru, pemantauan serta bimbingan
daripada kita semua amat perlu, pimpinlah mereka untuk terus memelihara kesantunan
bangsa dan budaya kita. Kita yakin dan percaya benteng yang paling ampuh untuk kita
semua adalah dengan pegangan agama serta pegangan nilai masyarakat yang kukuh.
14.

Akhir kata saya memohon maaf sekiranya ucapan saya tadi ada menyentuh hati

dan perasaan Yang Berbahagia Dato, serta tuan/puan. Untuk itu bagi pihak seluruh
warga SMK Sungai Manik saya sekali lagi memohon maaf kepada tuan/puan atas apaapa jua tindakan kami dalam melaksanakan tanggungjawab kami kepada anak-anak
tuan/puan.

Saya

sudahi

ucapan

ini

dengan

wabillahitaufik

wassalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekian terima kasih.

TN. HJ. KHAIRUZZAMAN BIN AMIR HUSSIN


PENGETUA SMK SUNGAI MANIK
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29

walhidayah,

Anda mungkin juga menyukai