Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN YDP PIBG SMK UNDANG JELEBU

DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42

Yang Dihormati saudari pengacara majlis,


Yang Berhormat Dato Haji Zainudin Bin Haji Ismail ,ahli parlimen Jelebu.
Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Osman , pengetua SMK Undang Jelebu.
Yang Berusaha
Jelebu

wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol Dan

Encik Gan Tan Aik Naib Yang Dipertua PIBG SMK Undang Jelebu dan ahli-ahli
jawatankuasa PIBG.
Barisan Guru Penolong Kanan SMK Undang Jelebu,
Guru-guru,
Para jemputan, para ibu bapa, para hadirin, dan murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,Salam 1 Malaysia dan Salam
Sehati Sejiwa.
Saya melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah
rahmat dan izin-nya jua, kita dapat bersama-sama dalam majlis perasmian
mesyuarat agung PIBG SMK Undang Jelebu kali ke-42. Saya mengalu-alukan
kehadiran Yang Berhormat Dato yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari
ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. DATO masih dapat meluangkan masa untuk
hadir dalam majlis ini . Kami berasa amat berbesar hati dan merakamkan setinggitinggi terima kasih atas sokongan dan keprihatinan YB DATO terhadap kami.
Bagi pihak PIBG sekolah ini, saya berkeyakinan bahawa dengan kehadiran YB.
DATO, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa SMK Undang Jelebu
untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan yang dijalankan oleh
pihak sekolah ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua ibu dan bapa
1

yang sudi meluangkan masa dan menghadirkan diri dalam mesyuarat PIBG kali
ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan keprihatinan terhadap
pendidikan anak-anak.
YB DATO dan hadirin sekalian,
Tidak dapat dinafikan, dunia pendidikan banyak mengalami perubahan dari
semasa ke semasa. Peluang pendidikan yang terbuka luas mutakhir ini perlu
digunakan dengan sepenuhnya oleh generasi masa ini bagi menguasai ilmu,
kemahiran, dan membina personaliti yang cemerlang demi melahirkan warga
negara yang memiliki jati diri yang tinggi. Kepemimpinan negara kita amat
mengharapkan lahirnya generasi yang berminda kelas pertama. Tanpa kelulusan
dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan
yang cerah. Tambahan pula, anak-anak kita hidup dalam zaman yang semakin
mencabar kerana terdedah kepada permasalahan sosial yang begitu kompleks
dan kesuraman ekonomi global yang tempiasnya mengena terhadap mana-mana
jua negara di dunia ketika ini. Sehubungan dengan itu, peluang pendidikan yang
ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita mahukan anak-anak kita cemerlang
dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat kolej atau
universiti. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ; kuat
ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya.
YB DATO dan hadirin sekalian,
Tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Undang Jelebu atas
kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan awam baru-baru ini.
Berdasarkan keputusan PT3 2015 Gred Purata Sekolah telah meningkat dari 4.47
pada tahun 2014 kepada 3.93 .Tahniah diucapkan kepada murid murid yang
mendapat keputusan yang terbaik. Antaranya Nur Damia Farisa Binti Shahrul
Bahari yang mendapat 7A, Shieakh Walid Bin Shieakh Mallek (5A) , Muhammad
Fitri Bin Radzali 5(A) dan Nur Faraain ( 5A).
Bagi SPM 2015 pula, SMK Undang Jelebu juga telah mencatatkan
peningkatan dari segi peratus iaitu peratus lulus sebanyak 74.40 berbanding
73.0% pada tahun 2014. Antara murid yang mendapat keputusan yang terbaik
ialah Loh Shan Shan 6 (A), Usaf Adilah Binti Ridzuan 4(A), Pu Shu Xuan 3(A) dan
Nurul Fazilah Ab.Zail 3(A). Tahniah dan syabas diucapkan. Saya juga bersyukur
kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan warga sekolah
2

yang sanggup menggalas tugas dengan penuh komitmen bagi kecemerlangan


pelajar umumnya. Harapan saya agar sekolah kita mampu terus menjana
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
YB DATO dan hadirin sekalian,
Mesyuarat agung PIBG yang dijalankan diharapkan dapat menjadi medan
yang bermakna bagi pihak guru-guru dan ibu bapa memberikan pendapat dan
cadangan demi memastikan kecemerlangan sekolah terus dapat dikekalkan.
Pihak ibu bapa khususnya PIBG merupakan tulang belakang bagi kekuatan
sekolah dalam mengerakkan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang.
Tanpa sokongan pihak ibu bapa dan PIBG, segala perkara yang kita lakukan tidak
akan membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Pihak sekolah juga seharusnya
sentiasa bersama- sama dengan PIBG dengan merancang dan melaksanakan
program kebajikan, membantu keperluan pelajar yang berpotensi tinggi untuk
berjaya dan memastikan segala keperluan yang tidak dapat diselesaikan oleh
pihak sekolah dibantu dan dapat diselesaikan melalui saluran PIBG. Saya
percaya , tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan kecuali
dengan kerja keras dan kerjasama semua pihak.
YB DATO dan hadirin sekalian,
Dalam usaha kita bergerak seiring dengan aspirasi Kementerian Pelajaran
Malaysia, pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan
sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan
semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu
usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang
berusaha meletakkan masa depan murid di sekolah ini berada di landasan yang
betul demi melahirkan anak-anak SMK Undang Jelebu yang berjaya. Saya
mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada
semua pihak, terutamanya daripada YB DATO dalam hal ini. Sokongan ibu bapa
kepada saya selaku yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya
harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak
kita .

Saya percaya di bawah kepemimpinan dan keprihatinan YB. DATO, kita


boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata,
saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. DATO yang sudi
bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun sepuluh jari
memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap dalam
ucapan saya ini. Apa-apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang
ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa yang lebih lama lagi kerana
rasanya semua sudah tidak bersabar lagi untuk mendengar ucapan daripada YB
DATO.
Banyak kelok ke penarik,
Kelok tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Mangkuk jorong pinggang jorong
Si jorong berisi buah jati,
Dua tiga kata terdorong
Jangan masuk ke dalam hati.
Sekian. Wabillahi
hiwabarakatuh.

taufiq

wal

hidayah

wassalamualaikum

warahmatullah

Anda mungkin juga menyukai