Anda di halaman 1dari 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1.

Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana bunyi ________enjin kenderaan yang bertali arus di jalan raya. A desingan C dentuman B deruan D dengusan 2. Beberapa orang pelajar yang ______ di kompleks beli-belah itu turut ditahan oleh pihak polis. A bertaburan C berpelesiran B berhamburan D berserakan 3. Baju adik _______ kerana ketumpahan air Milo. A kusut-masai C huru-hara B comot-momot D serbah-serbih 4. Atlet itu berusaha untuk _______diri ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan. A melayakkan C layak B selayaknya D berkelayakan 5. Para peserta ekspedisi itu terpaksa ______ air sungai yang deras arusnya. A merentas C mengharung B melintas D menempuh 6. Puan Lee membeli tembikar itu sebagai _______ untuk rakan baiknya. A tanda harga C tanda hati B tanda mata D buah mulut 7. Tiada sepatah kata pun yang ________ daripada mulut ibu sebaik sahaja mendapat berita sedih itu. A terlepas C terpacul B terluah D tersembur 1

8. Penyelam itu________di permukaan untuk mendapatkan udara. A tampil C timbul B terbit D muncul 9. Saya akan ______ kelulusan dan pengalaman awak terlebih dahulu. kata pengurus itu kepada Cik Salwa. A menyiasat C meneliti B mengkaji D menyelidik 10. Ketua ekspedisi itu sedang memberikan_______kepada para peserta tentang aspek-aspek keselamatan. A ucapan C amanat B syarahan D taklimat 11. Pustakawan itu sedang _______ buku-buku itu kepada beberapa kategori. A mengelaskan C memperkelaskan B dikelaskan D pengelasan 12. Program______ kemiskinan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan oleh kerajaan itu diharapkan berjaya mencapai sasarannya A pembasmian C penghapusan B pemusnahan D penamatan 13. Penduduk kampung akan_______ untuk membuat rondaan di kawasan kediaman mereka. A bertolak-tolakan C bergilir-gilir B berduyun-duyun D berulang-alik 14. Adik terus merengek-rengek ________ kemahuannya tidak dituruti oleh ibu. A sebelum C semasa B selagi D sehingga

Anda mungkin juga menyukai