Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN TUAN PPD JEMPOL & JELEBU

DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41


YANG DIMULIAKAN SAUDARI PENGACARA MAJLIS,
YANG BERUSAHA TUAN HAJI NOR HASHIM BIN HAJI OTHMAN ,
PENGETUA CEMERLANG SMK UNDANG JELEBU.
YANG DIHORMATI ENCIK MOHAMAD AZMI BIN ABD AZIZ, YANG
DIPERTUA PIBG SMK UNDANG JELEBU,
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK UNDANG JELEBU DAN AHLI-AHLI
JAWATANKUASA PIBG,
BARISAN GURU PENOLONG KANAN SMK UNDANG JELEBU,
GURU-GURU,
PARA JEMPUTAN, PARA IBU BAPA, PARA HADIRIN, DAN PARA
PELAJAR YANG DIKASIHI.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia
Saya melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas
limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama dalam majlis
perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Undang Jelebu kali ke-41. Ucapan
penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada agensi-agensi
kerajaan dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam memberikan kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing
untuk membangunkan sekolah ini.
Bagi pihak PPD Jempol Dan Jelebu saya berkeyakinan tinggi
bahawa kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyemarakkan
lagi semangat ibu bapa dan guru-guru SMK Undang Jelebu untuk
melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan yang dijalankan
oleh pihak sekolah ini. Tidak dapat dinafikan, dunia pendidikan mengalami
banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan yang
terbuka luas mutakhir ini perlu digunakan dengan sepenuhnya oleh
1

generasi masa ini bagi menguasai ilmu, kemahiran, dan membina


personaliti yang cemerlang demi melahirkan warga negara yang memiliki
jati diri yang tinggi. Kepemimpinan negara kita amat mengharapkan
lahirnya generasi yang berminda kelas pertama. Tanpa kelulusan dan ilmu
yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan
yang cerah. Tambahan pula, anak-anak kita hidup dalam zaman yang
semakin mencabar kerana terdedah kepada permasalahan sosial yang
begitu kompleks dan kesuraman ekonomi global yang tempiasnya
mengena terhadap mana-mana jua negara di dunia ketika ini. Sehubungan
dengan itu, peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya.
Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya
melanjutkan pengajian ke peringkat kolej atau universiti. Hal ini bertepatan
dengan peribahasa Melayu yang berbunyi kuat ketam kerana sepitnya,
kuat manusia kerana ilmunya.
Hadirin sekalian,
Penumpuan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal
insan kelas pertama iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu,
mengukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan serta
inovasi dan memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral
merupakan langkah bijak yang harus didokongi bersama-sama. Dalam
membangunkan suatu tamadun yang besar, sudah pasti tidak akan mampu
dipikul oleh manusia yang rendah kualitinya, rendah akhlaknya. Tiada
tekad yang kuat serta wawasan yang tinggi. Tanpa kekuatan kualiti
generasi muda sama ada dalam aspek intelektual, akal, rohani dan
jasmani, cabaran- cabaran yang mendatang era globalisasi tidak akan
dapat ditangani dengan sebaik-baiknya sekali gus kita bimbang matlamat
melahirkan lebih ramai anak yang berpendidikan tinggi tidak mungkin
tercapai. Oleh hal demikian, bagi menjamin hasrat dan impian untuk
membina sebuah kegemilangan tamadun, tidak ada jalan lain selain
gemblengan tenaga dan kualiti generasi muda.
Hadirin sekalian,
Mesyuarat agung PIBG yang dijalankan ini diharapkan dapat
menjadi medan yang bermakna bagi pihak guru-guru dan ibu bapa
memberikan pendapat dan cadangan demi memastikan kecemerlangan
sekolah terus dapat dikekalkan. Pihak ibu bapa khususnya PIBG
merupakan tulang belakang bagi kekuatan sekolah dalam mengerakkan
2

kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang. Tanpa sokongan pihak ibu


bapa dan PIBG segala perkara yang kita lakukan tidak akan membuahkan
hasil seperti yang diinginkan. Pihak sekolah juga seharusnya sentiasa
bersama- sama dengan PIBG dengan merancang dan melaksanakan
program kebajikan, membantu keperluan pelajar yang berpotensi tinggi
untuk berjaya dan memastikan segala keperluan yang tidak dapat
diselesaikan oleh pihak sekolah dibantu dan dapat diselesaikan melalui
saluran PIBG. Saya percaya , tidak ada jalan mudah untuk mencapai
sesuatu kejayaan kecuali dengan kerja keras dan kerjasama semua pihak.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada
tuan-tuan dan puan yang sudi bersama-sama dengan kita pada hari ini.
Saya menyusun sepuluh jari memohon berbanyak-banyak kemaafan
sekiranya terdapat salah dan silap dalam ucapan saya ini. Apa-apa yang
saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat
kemajuan anak-anak kita jua. Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya
merasmikan mesyuarat Agung PIBG SMK Undang Jelebu kali yang ke-41.
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai