Anda di halaman 1dari 6

DIALOG ANTARA PERADABAN

DEFINISI :
Dialog peradaban manusia bermaksud hubungan,pertemuan,komunikasi dan lain-lain yang
berlaku antara kelompok,masyarakat dan seterusnya negara.
* Hashim Musa,dalam bukunya Merekonstruksi Tamadun Melayu(Musa,H.,2002) menjelaskan
bahawa peradaban mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
1.

Mesti bersetuju atas segala perbezaan.Tidak boled bersikap relativisme,iaitu menganggap


semua agama betul atau benar.Kena bersetuju dengan perbezaan agama dan worldview
masing-masing.

2.

Bukan untuk membuat pilihan.Dialog bertujuan untuk memahami adat dan budaya orang
lain.

3.

Elakkan singkritisme,iaitu menyesuaikan agama lain dengan agama sendiri atau agama
yang lain

4.

Bersikap pluralisme,masing-masing ada kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri.

TEORI HUNTINGTON:
Dalam The Clash Of Civilization, Huntington menyatakan konflik antara Islam dan Barat
semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, pertumbuhan penduduk Muslim
yang cepat telah meningkatkan jumlah pengangguran sehingga menimbulkan ketidakpuasan di
kalangan kaum muda Muslim.
Kedua, kebangkitan Islam telah memberikan keyakinan baru kepada kaum Muslim akan
keistimewaan dan ketinggian nilai dan peradaban Islam, berbanding nilai dan peradaban barat.
Ketiga, secara bersamaan, Barat berusaha meletakkan nilai dan institusinya sebagai nilai dan
institusi sejagat untuk menjaga kepentingan ketenteraan dan ekonominya, dan turut campur
dalam konflik di dunia Muslim. Hal ini telah menimbulkan kemarahan kepada kaum Muslim.
Keempat, dengan runtuhnya Komunisme, Islam dan Barat merasakan mereka akan mengancam
kedudukan antara satu sama lain.

Kelima, meningkatkan interaksi antara Muslim dan Barat telah mendorong perasaan baru pada
pihak masing-masing akan identiti mereka sendiri, dan bahawa mereka berbeza dengan yang
lain. Bahkan, menurut Huntington, dalam kedua-dua masyarakat iaitu Islam dan Barat , sikap
toleran terhadap satu sama lain telah merosot pada dekad 1980-an dan 1990-an.
Konflik antara Islam dan Barat, menurut Huntington, berlaku disebabkan adanya perbezaan
hakikat dan peradaban yang dibangunkan oleh Islam dan Barat. Pada satu sudut yang lain,
konflik antara Islam dan Barat lahir daripada perbezaan, terutama konsep Muslim yang
memandang Islam sebagai way of life yang menyatukan agama dan politik. Konsep ini
bertentangan dengan konsep Kristian yang memisahkan kekuasaan tuhan dan kekuasaan Raja
(sekularisme).
Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut yang lain pula konflik itu tercetus daripada
persamaan. Kedua-duanya merasakan sebagai agama yang benar , kedua-duanya sama-sama
agama misionaris yang mewajibkan pengikutnya mengajak orang kafir agar mengikuti ajaran
yang dianutinya, Islam dan Kristian disebarkan melalui penaklukan wilayah ,kedua-duanya juga
mempunyai konsep jihad dan crusade sebagai perang suci.
PUNCA KONFLIK:
Disebabkan perbezaan intelektual dan keagamaan, tradisi intelektual manusia turut berbeza.
Proses pemahaman agama juga kadangkala mengundang masalah dan konflik. Masalah yang
dihadapi bukan hanya mencakupi isu sosial atau masyarakat tetapi lebih berpihak kepada
masalah teologi yang turut disempitkan oleh fahaman tradisi dan ikatan primodial.
Sungguhpun begitu, titik temu antara agama boleh dilakukan bagi membendung permusuhan dan
peperangan yang berpanjangan.
Timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh kejahilan yang disertai dengan rasa
kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain yang telah menghalang mereka daripada
menjalinkan hubungan yang berkekalan dan berkembang maju.

Memandangkan keganasan kaum semakin memuncak dalam keadaan masyarakat pelbagai kaum
dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa pentingnya dialog antara kaum, agama,
antara budaya atau peradaban diadakan pada masa ini.
Contohnya ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada interaksi yang berasaskan
sikap yang beranggapan pihak masing-masinglah yang paling benar. Masing-masing
menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk menyebarkan
dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan menyukarkan kewujudan situasi
yang saling memahami dan menghormati antara Islam dan Kristian. Kadang-kadang kesukaran
semakin bertambah kerana didorong oleh kepentingan politik mahupun teologi.
Oleh itu, dialog harus difokuskan kepada titik-titik persamaan antara kedua-dua agama.
Perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan harus dihindari. Antara titik persamaan yang
boleh diketengahkan ialah penciptaan suatu kehidupan bermoral yang mengunjung tinggi nilainilai keagamaan dalam segala aspek kehidupan dan peradaban manusia.
Setiap pemeluk agama bertanggungjawab untuk membudayakan sikap keterbukaan, menerima
perbezaan dan menghormati kemajmukan, disertai oleh ketaatan dan komitmen terhadap agama
masing-masing. Islam bukan hanya bertujuan mempertahankan kewujudannya sebagai agama,
tetapi juga mengakui kewujudan agama-agama lain dan memberikannya hak untuk hidup
berdampingan sambil menghormati penganut agama lain.
KEPENTINGAN DIALOG:
Seperti kata Alwi Shihab dalam bukunya Islam Inklusif, soal mana yang paling benar atau salah
bukan tujuan dialog. Semua itu urusan Allah. Yang menjadi fokus utama dalam setiap dialog
antara agama ialah mencari titik temu.
Namun fenomena untuk mencari titik temu demi keamanan sejagat agak sukar kerana dihalangi
oleh sikap fanatik sesetengah penganut agama masing-masing.

Di Ireland Utara, penganut Katholik dan Proteston saling bermusuhan. Di Timur Tengah, ketigatiga cucu Nabi Ibrahim umat Yahudi, Kristian, dan Islam saling menggunakan bahasa
kekerasan. Di Sri Lanka, kaum Buddha dan kelompok Hindu bercakaran. Yang paling
menyayatkan hati, agama dijadikan elemen utama dalam mesin penghancuran manusia suatu
kenyataan yang sangat bertentangan dengan ajaran semua agama di atas permukaan bumi ini.
Sudah tiba masanya umat beragama meninggalkan era menolog untuk beranjak kepada era
dialog-meminjam istilah Leornard Swidler, penerbit Journal Ecumenical Studies, dan Profesor
Pemikiran Katholik di Universiti Temple. Dialog yang dimaksudkan adalah untuk saling
mengenali dan saling menimba pengetahuan baru tentang agama mitra dialog. Dialog tersebut
dengan sendirinya akan memperkayakan wawasan kedua-dua belah pihak dalam rangka mencari
persamaan-persamaan yang dapat dijadikan landasan hidup rukun dalam suatu masyarakat.
Selanjutnya, ada dua komitmen penting yang harus dipegang oleh pelaku dialog yang digariskan
oleh para ahlinya iaitu toleransi dan pluralisme. Toleransi pada dasarnya merupakan cara untuk
menahan diri daripada mencetuskan konflik.
Namun dialog yang disusuli oleh toleransi tanpa sikap pluralistic tidak akan menjamin
tercapainya kerukunan antara umat beragama yang diharapkan.
Pentingnya dialog antara Islam dan Kristian, adalah untuk mencari titik temu antara kedua-dua
agama wahyu ini, bukan saja menyangkut masalah akidah dan ibadah, bahkan ia juga melibatkan
masalah peradaban yang menjadi akar masalah daripada kedua-dua agama tersebut.
Di samping untuk mengetahui sejauhmanakah perlunya sikap keterbukaan bagi memenuhi
tuntutan kemasyarakatan antara penganut agama, terutamanya Islam dan Kristian di Malaysia.
Pola pemikiran tersebut menjadi sangat penting bagi mengukur asas atau percubaan untuk
mengadakan dialog antara agama bagi mendapatkan persefahaman dan kefahaman sikap
penganut Islam terhadap agama-agama lain. Melalui kefahaman inilah dijangka dapat
mengurangkan salah faham dan prasangka buruk terhadap penganut agama lain.

Apabila masyarakat Islam memahami bentuk dan sifat penganut agama lain, mereka dipercayai
boleh menerima lain-lain agama sebagai pilihan penganutnya. Ini seterusnya dapat menbantu
bukan Islam memahami gaya hidup dan falsafah kehidupan orang Islam dan hubungan yang
komunikatif akan membolehkan imej Islam dapat diperbetulkan. Islam difahami secara lebih
baik dan usaha untuk melabelkan para penganutnya sebagai negative dapat diperbetulkan.
Perbuatan negatif bukanlah hak eksklusif sebuah masyarakat atau hak orang Islam. Perilaku
negatif merupakan perbuatan yang melampau sempadan dan pegangan agama. Perbuatan negatif
ini berlaku di mana-mana, oleh sesiapa saja yang tidak mengikuti garis panduan kehidupan
beragama, secara lebih praktikal dan mendalam.
Ini tidak boleh disamakan dengan anggapan bahawa dialog sebagai kaedah untuk menentukan
agama mana yang paling benar. Kalau kata agama difahami secara konkrit, bukan secara
metafizik, maka dialog antara agama bererti dialog antara orang yang beragama. Hal ini
demikian kerana hanya di sinilah dialog mendapat tempat sebagai fungsi kritis yang tidak
terlepas daripada kehendak setiap orang untuk mencari kebenaran terus-menerus.
TUJUAN DAN BENTUK DIALOG:
Dialog ini bertujuan memperjuangkan masyarakat yang lebih adil, lebih merdeka, lebih
manusiawi.
Bentuk dialog berdasarkan pengalaman keagamaan yang meletakkan peranan agama dalam
setiap konteks persoalan global seperti alam sekitar, peperangan, moral, hak asasi manusia dan
keadilan yang dihadapi oleh bangsa manusia pada abad ke-21.
Manakala perwatakan dialog merupakan suatu percakapan antara dua pihak atau lebih, yang
mengandungi unsur keterbukaan, sikap kritis dan keupayaan untuk saling mendengar, saling
belajar dan memahami antara satu sama lain secara mendalam.
Peserta dialog mestilah mempunyai sikap keterbukaan, iaitu kedua-dua belah pihak atau lebih
yang terlibat dalam dialog tersebut mestilah bersedia untuk mendengar.

Keterbukaan dan kejujuran dalam dialog merupakan syarat yang amat penting. Perbezaan
pendapat dalam dialog adalah wajar, malahan perbezaan itulah yang menimbulkan dialog. Tetapi
perbezaan pendapat itu tidak boleh dianggap sebagai alasan untuk menempatkan suatu keputusan
dan memberikan penilaian yang berat sebelah.
Tegasnya, dialog menuntut kedua-dua belah pihak memilih untuk bekerjasama daripada
berkonfrontasi dan saling menyalahkan dan mengalahkan.
Wifred Cartwell Smith seorang pemikir terkemuka yang juga merangkap Ketua Pengarah Centre
for the Study of World Religion di Harvard mengatakan bahawa, misi dan dialog itu akan saling
bertemu dan ini merupakan tugas dan kepentingan kita untuk mengakuinya. Masanya telah tiba
untuk kita saling memahami, menghormati dan membantu antara satu sama lain bagi mencipta
dunia yang dapat diterima. Dengan demikian misi kita saat ini adalah untuk bekerjasama dengan
seluruh umat manusia.

Anda mungkin juga menyukai