Anda di halaman 1dari 18

Soalan 1

1.1 PENGENALAN
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan
pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer,
pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang
diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang
sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer.
Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta
perisiannya.
Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut
seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut
untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut
kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu
sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi pengajaran
dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu bersesuaian.
Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh
dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid
serta guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara
pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang digunakan
itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan
keharmonian. Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut samaada bersesuaian
atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu mempengaruhi sejauh mana
murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam kelas untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

1.1.1 Simplisiti
Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak
terlalu berat komposisinya. Ianya juga adalah merupakan sesuatu rekaan grafik yang mudah dan
senang difahami untuk menjelaskan makna yang ingin disampaikan atau diterangkan.
Contoh gambar yang menerapkan elemen simplisiti
http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/8_9/circuits_conductors.shtml

Rajah yang digunakan di dalam gambar tersebut senang difahami dan diketahui bentuknya
kerana adanya elemen simplisiti yang ringkas dan mudah, membolehkan murid mengetahui
nama bahan yang digunakan. Setiap bahan yang digunakan pada rajah tersebut digambarkan
dengan jelas bagi memudahkan serta mempercepatkan murid membuat andaian awal tentang
sifat bahan itu Warna pada setiap bahan tersebut juga berlawanan dengan warna latar dan garisan
rajah.
Garisan pada rajah tersebut pula menggunakan garisan tebal berwarna putih serta latar berwarna
hijau muda yang membantu rajah tersebut timbul dan terang. Penggunaan gambar tersebut
memudahkan murid melihat dan senang untuk guru menyampaikan isi pelajaran yang ingin
disampaikan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen simplisiti


http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/8_9/moving_growing.shtml

Rajah yang digunakan di dalam gambar, walaupun tidak menggunakan objek sebenar, tetapi
dapat ditafsirkan oleh murid dengan mudah sebagai objek yang hidup. Elemen simplisiti dalam
objek tersebut membantu murid meneka gaya pergerakan setiap objek yang dipaparkan. Bagi
memudahkan pemahamam murid, rajah dipaparkan bukan sahaja secara audio visual, malah
setiap pergerakan objek ditunjukkan dengan jelas dan gambar yang bersesuiaan dengan tahap
pembelajaan. Penggunaan warna latar belakang yang kontra dengan objek dapat dilihat dengan
jelas. Elemen simplisiti yang terdapat pada gambar di atas telah membantu sesi pengajaran dan
pembelajaran guru dalam pengajaran mata pelajaran sains samada guru itu guru matapelajaran
atau guru lain
.1.1.2 Dominan
Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk
grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga
papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat
unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi
pusat perhatian. Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan

kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan. Objek atau item utama
yang ingin disampaikan perlu ditonjolkan.
Contoh gambar yang menerapkan elemen dominan
http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/6_7/forces_movement.shtml

Gambar yang dipaparkan mengandungi elemen dominan kerana tumpuan lebih tertumpu pada
sudut atas sebelah kiri gambar tersebut, berbanding pada sudut-sudut lain. Berdasarkan Peraturan
Satu Pertiga (Rule of Three), perhatian penglihatan adalah lebih tertumpu di sudut atas sebelah
kiri, berbanding daripada tempat-tempat lain. Penumpuan penglihatan tersebut adalah
disebabkan oleh keinginan untuk mengetahui apakah objek sebenar yang dipaparkan di dalam
gambar tersebut. Malahan, penggunaan warna yang berbeza dan berlawanan, serta bentuk yang
yang terdapat di dalam gambar tersebut juga berlawanan bagi mendapatkan impak yang dilihat
dan lebih menonjolkan perbezaan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen dominan


http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/5_6/pushes_pulls.shtml

Elemen dominan di dalam gambar ini terletak pada penggunaan warna dan juga saiz objek
tersebut, iaitu kontra. penumpuan penglihatan adalah sama, berdasarkan Peraturan Satu Pertiga
(Rule of Three), iaitu pada sebelah kiri di bahagian atas, berbanding pada bahagian-bahagian
lain. Secara tidak langsung, pemerhati gambar tersebut boleh membuat andaian di manakah
objek akan berhenti dari bergerak. Saiz objek juga lebih besar dari bahan yang diujikan, ini
membolehkan setiap pergerakan menjadi lebih mudah untuk diperhati. Ini kerana titik tumpuan
berada pada sebelah kiri, menyebabkan tumpuan penglihatannya lebih tertumpu di sebelah kiri.
1.1.3 Pola
Susunan yang menarik penglihatan ke arah item yang utama. Mengerakkan penglihatan mata
kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul serta dapat mengekalkan penglihatan mata dan
mengikut aliran persembahan. untuk mengekalkan perhatian serta mencari maksud di sebalik
objek yang dipaparkan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen pola


http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/5_6/growing_plants.shtml

Susunan objek pada gambar diatas mengandungi elemen pola kerana ia disusun dengan kemas
dan samarata serta menarik perhatian. Susunan pada objek yang terdapat di dalam gambar sangat
penting kerana ia berupaya menarik penglihatan mata ke arah objek utama. Penggunaan gambar
bentuk asal di dalam paparan gambar tersebut yang seakan betul serta penyusunan objek yang
teratur juga membolehkan mata akan tertumpu pada item utama gambar di atas, iaitu pokok
membesar.
Contoh gambar yang menerapkan elemen pola
http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/5_6/sorting_using_mate.shtml

Susunan warna yang terdapat pada


gambar di atas sudah mampu menarik
perhatian. Elemen pola yang wujud di
dalam

gambar

tersebut

mampu

menggerakkan penglihatan kepada keseluruhan gambar mengikut turutan yang betul. Penglihatan
akan bergerak dari mula bahan tersebut diuji sehinggalah ke akhir ujian. Warna yang menarik
pada gambar tersebut turut menarik perhatian dan membuatkan pemerhatinya berfikir apakan
yang bakal terjadi di dalam visual tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya membantu murid
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menguji keupayaan sesuatu bahan tersebut.
1.1.4 Seimbang
Seimbang terbahagi kepada 2 unsur. Pertama Seimbang formal (bisymmetrical). Iaitu
pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual, sama ada bahagian kiri dengan
kanan atau bahagian atas dengan bawah. Manakala yang kedua ialah Seimbang tidak formal
(asymmetrical). Seimbang tidak formal ialah pembahagian tidak sama rata antara item kiri dan
kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan, namun kedua-duanya berbeza pada bentuk
kandungannya.
Contoh gambar yang menerapkan elemen seimbang formal (bisymmetrical).
http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/8_9/keeping_warm.shtml

Objek yang terdapat di dalam gambar di atas telah dibahagikan sama rata dari semua sudut.
Walaupun penggunaan warna yang pelbagai, namun kesamaan pada taburan dan susunan warna
pada objek tersebut di setiap sudut samaada atas, bawah, kiri dan kanan adalah samarata. Ini
menunjukkan bahawa wujud prinsip seimbang di dalam gambar tersebut.
Contoh gambar yang menerapkan elemen seimbang formal (asymmetrical).
http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/10_11/see_things.shtml

Walaupun objek-objek yang terdapat di dalam gambar di atas tidak tersusun dari segi saiz dan
bentuk, namun secara amnya elemen seimbang tetap ada, kerana elemen seimbang yang terdapat
di dalam gambar tersebut adalah seimbang tidak formal. Penggunaan garisan yang berwarna
cerah dan terang pada setiap objek menyerlahkan lagi bentuk rajah tersebut. Susunan pelbagai
bentuk rajah-rajah tersebut juga teratur dan seimbang. Walaupun objeknya tidak diwarnakan
dengan warna yang terang agar lebih menyerlahkan lagi bentuknya, namun garisan berwarna
yang digunakan sangat sesuai dan menonjolkan bentuk objek tersebut. Murid juga akan dapat
meneka apa yang mungkin terjadi di dalam gambar tersebut.
1.1.5 Variasi
Menggunakan variasi (pelbagai elemen grafik) sebagai penguat dan penyokong pada pola dalam
penghasilan visual agar kelihatan hidup, meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan.
Contoh gambar yang menerapkan elemen variasi
http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/10_11/interdependence.shtml

Elemen variasi yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui susunan dan
penggunaan pelbagai haiwan sebagai objek. Urutan kepelbagaian haiwan akan membuatkan
pemerhatinya tidak merasa bosan. Dari segi saiz dan tekstur setiap haiwan juga turut berbeza.
Setiap rajah juga mempunyai elemen simplisiti. Selain itu, terdapat juga nilai kontras dan
dimensi.

Contoh gambar yang menerapkan elemen variasi


http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/6_7/plants_animals_env.shtml

Gambar

yang

menggunakan

objek

seolah-olah bergerak dan hidup akan menimbulkan minat pemerhati untuk melihat gambar
tersebut. Walaupun penggunaan haiwan adalah sama, namun gambar tersebut dari segi dimensi
dan susunannya adalah menepati konsep variasi. Malah, gambar tersebut juga seolah-olah
bergerak dan hidup apabila diperhatikan.
1.1.6 Harmoni
Penggunaan elemen grafik yang berkesinambungan antara satu dengan lain membolehkan mata
dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan visual. Ada hubungan antara elemenelemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Konsep visual harmoni ini juga
mampu menimbulkan rasa keyakinan dan menarik minat penonton untuk melihat.
Contoh gambar yang menerapkan elemen harmoni
http://www.bbc.co.uk/digger/5_7entry/9.shtml

Keharmonian pada gambar di atas adalah melalui adunan kekemasan dan simplisitinya.
Walaupun ringkas, namun ia mampu menarik perhatian. Penggunaan warna latar yang kontras
dengan warna objek mampu menonjolkan suasana. Pemilihan haiwan yang pelbagai warna
telah menjadikan setiap objek kelihatan sungguh nyata dan mudah untuk dikenalipasti malah
warna yang digunakan juga terang, berlawanan dengan warna latar.

Contoh gambar yang menerapkan elemen harmoni


http://www.bbc.co.uk/bitesize/ks1/science/properties_of_materials/play/popup.shtml

Pantai dengan berlatarbelakangkan laut serta kapal karam yang sungguh menarik. Dari segi
simplisiti, objek yang digunakan adalah berlawanan warnanya dengan warna latar menyebabkan
objek tersebut lebih terang dan mudah dikenali. Penggunaan objek yang besar juga dapat
menonjolkan objek tersebut serta mampu dilihat dari jarak yang agak jauh.
Penggunaan bahan berbantukan komputer di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pasti akan
lebih menarik sekiranya prinsip-prinsip reka bentuk visual itu wujud di dalam bahan pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Hal ini kerana, prinsip-prinsip reka bentuk visual
akan mampu menarik perhatian murid untuk lebih fokus di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Soalan 2
2.1 PENGENALAN
Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua
pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario
pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi penyelesaian
masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi
untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai strategistrategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya yang bakal menyediakan murid
untuk masa depan mereka.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan perkembangan daya
intelek individu agar diberi keutamaan berserta dengan perkembangan rohani, emosi dan
jasmani, maka penting bagi setiap guru merangsang daya pemikiran murid dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini kerana, kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada elemen
utama di dalam kurikulum sekolah. Melalui kemahiran berfikir yang diselitkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat mewujudkan daya berfikir yang baik dan
berkesan selain dapat mengelak daripada melakukan kesilapan di dalam berfikir. Secara amnya,
kemahiran berfikir terdiri daripada dua iaitu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK). Dalam kemajuan penggunaan teknologi media massa ketika ini, bidang pendidikan
tidak ketinggalan untuk turut sama dalam memanfaatkan kecanggihan pelbagai gajet dan saluran
yang tersedia bagi menyediakan dan melengkapkan murid-murid dengan arus globalisasi yang
semakin hebat gelombangnya.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer, guru perlu bijak
mencari laman web yang mampu merangsang minda murid-murid agar mereka didedahkan
dengan kemahiran berfikir secara langsung ataupun tidak langsung. Pemilihan laman web yang
bersesuaian dengan aras dan objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan agar sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dapat mencapai objektif serta mudah diikuti oleh
murid-murid. Saya telah memilih laman web http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ sebagai medium
tambahan dalam mengajar matapelajaran sains, yang berbantukan komputer. Laman web tersebut
juga menepati kehendak saya sebagai guru matapelajaran sains kerana terdapat beberapa ciri-ciri
reka bentuknya yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid seperti pelbagai
soalan yang disediakan dan permainan yang diwujudkan mampu merangsang kemahiran berfikir
murid-murid.
2.2 Ciri-ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir
Ciri yang pertama dan paling utama ialah, mempunyai permainan. Permainan yang
disediakan di dalam laman web tersebut, bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berkaitan
dengan topik yang terdapat di dalam buku teks KSSR maupun KBSR. Permainan yang
diwujudkan juga mampu merangsang kemahiran berfikir murid dalam menjawab soalan-soalan
yang disediakan. Di dalam kemahiran berfikir, terdapat dua bahagian utama yang perlu
didedahkan kepada murid, iaitu secara kritis dan secara kreatif. Melalui permainan matematik
yang terdapat di dalam laman web http://www.bbc.co.uk/ ini, murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang dirangsang melalui permainan yang
diwujudkan secara lebih praktik lagi, malah permainan-permainan yang ada juga dapat

meningkatkan kualiti pemikiran murid. Sebagai contoh, dalam salah satu permainan dalam
laman web tersebut berkaitan dengan topik sifat bahan. Murid diminta mencari bahan yang
mempunyai sifat bahan yang diarahkan. kemudian murid hanya perlu klik pada bahan itu
sekiranya betul jawapan itu kedengaran bunyi klik. Sekiranya jawapan salah sesuatu objek akan
jatuh dan menimpa kepala.
. Gambar di bawah adalah contoh permainan tersebut.

Ciri yang kedua ialah, laman web ini tidak hanya tertumpu kepada satu jenis mata pelajaran
sahaja. Di dalam laman web http://www.bbc.co.uk/ ini juga terdapat mata pelajaran lain seperti
matematik, sastera inggeris dan muzak. Dengan adanya mata pelajaran lain, maka kemahiran
berfikir murid dapat dikembangkan melalui kepelbagaian kecerdasan. Adakalanya sesuatu soalan
itu dibuat berdasarkan sesuatu fakta seperti berdasarkan fakta sains. Oleh kerana laman web ini
mempunyai pautan dengan mata pelajaran lain, maka mudahlah bagi murid untuk mengakses
masuk ke pautan yang

disediakan, sebagai contoh di dalam mata pelajaran matematik

bagi mencari maklumat serta mengesahkan maklumat yang diberi atau dicari adalah betul.
Dengan cara itu, maka kemahiran berfikir murid dapat ditingkatkan kerana murid akan
dirangsang berfikir melalui fakta yang terdapat pada soalan yang ingin dijawab, serta mencari
maklumat pada pautan yang disediakan, bagi mengesahkan sumber maklumat yang ada. Maka
dengan itu, murid telah membuat analisis untuk membuat keputusan sebelum menyelesaikan
masalah pada soalan yang berkaitan.
Gambar di bawah adalah contoh permainan tersebut.

Ciri yang ketiga ialah, laman web ini mengandungi pelbagai isi kandungan yang mampu
merangsang dan meningkatkan kemahiran berfikir murid. Kepelbagaian lembaran kerja yang
boleh dicetak, fakta-fakta yang berkaitan dengan topik-topik yang berkaitan malah dalam mata
pelajaran matematik pula disediakan paparan video untuk menyelesaikan sesuatu soalan seperti
operasi asas tolak, tambah, bahagi dan darab serta pecahan. Dengan adanya perisian dan
kandungan-kandungan tersebut, tugas guru untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir murid
menjadi lebih mudah dengan bantuan laman web ini. Malah, murid lebih mudah menggunakan
kemahiran berfikir serta menggabungkan kemahiran berfikir mereka secara kritis dan kreatif.
Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui
penglihatan. Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca
biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang
lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang
pujangga dan ahli falsafah cina;
kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya
tahu
Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan
keberkesanan media dalam pengajaran. Misalnya jika guru menayangkan filem serta mengaitkan
dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan

bertambah. Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan
untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi
pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan
disampaikannya.
Kepelbagaian laman web yang ada di internet pada masa ini sebenarnya membantu guru dalam
memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran, selain daripada menjadikan sesi tersebut lebih
menarik serta mampu menarik minat murid untuk lebih tumpuan terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Namun, tidak semua laman web yang tersedia itu mengandungi bahan yang
mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, sudah menjadi kelaziman di
dalam tugas guru untuk memastikan, bahan yang dipilih melalui internet itu mempunyai
kandungan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid serta bijak menggunakan bahan
tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran berfikir murid benar-benar
dapat dirangsang sebaik mungkin.
Ciri yang keempat ialah, laman web ini turut menyertakan banyak latihan-latihan berkaitan
topik yang diajar. Tidak kira samada latihan latih tubi mahupun latihan pengukuhan yang dapat
membantu merangsang kemahiran berfikir murid-murid. Melalui latihan-latihan yang disediakan
di dalam laman web ini juga, murid akan dapat menggabungkan kemahiran berfikir mereka, iaitu
gabungan aras rendah dan tinggi. Sebagai contoh, dalam soalan yang melibatkan formula dan
kaedah hafalan untuk mendapatkan jawapan, kedua-dua kemahiran tersebut digunakan oleh
murid untuk menjawab soalan-soalan di dalam latihan tersebut. Dalam kemahiran berfikir aras
rendah, kaedah hafalan dan mengingat formula merupakan merupakan salah satu daripada
contohnya manakala penggunaan pemikiran yang luas dan mendalam pula, terutamanya soalan
aras tinggi, murid akan terangsang untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kecerdasan murid dalam bidang logik seperti mata pelajaran matematik juga dapat
dikembangkan.
Ciri yang kelima ialah, laman web http://www.bbc.co.uk/ ini juga mempunyai beberapa
topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran seperti yang terdapat dalam sistem pendidikan
negara kita. Sebagai contoh, topik-topik dalam mata pelajaran sains. Dengan adanya topik-

topik yang berkaitan, maka mudahlah bagi seseorang guru itu untuk mengadakan sesi soal
jawab, perbincangan, komunikasi ataupun menjana idea bersama murid tentang perkaraperkara yang tidak difahami. Secara tidak langsung, sesi tersebut melibatkan pembelajaran
koperatif iaitu dari sudut interpersonal murid. Sesi ini mampu merangsang kemahiran
berfikir murid dengan mengajukan beberapa soalan yang tidak difahami. Oleh itu, murid
dapat memperkembangkan kecerdasan logik sains mereka dengan membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berkaitan sains. Sekiranya aktiviti dilakukan secara berkumpulan,
maka lebih banyak lagi idea yang dapat dikumpulkan oleh murid. Malah, melalui
perkongsian idea secara berkumpulan ini, maka murid-murid akan dirangsang dengan
menggunakan kemahiran aras tinggi, iaitu merancang dan menjana idea.. Sebagai media
pengajaran yang menghampiri konkrit video yang digunakan secara sistematik dapat
merangsang daya imaginasi dan perbincangan. Ia dapat menjamin proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah
tanggapan dan pentafsiran
Ciri yang keenam pula ialah, adanya soalan penyelesaian masalah. Soalan jenis penyelesaian
masalah adakalanya terlalu sukar bagi murid untuk dijawab. Namun, melalui laman web
http://www.bbc.co.uk/ ini, penggunaan grafiknya

yang

menepati

prinsip

reka

bentuk

visual seperti dari segi simplisiti dan variasi, soalan-soalannya menjadi lebih mudah untuk
dijawab malah, menarik minat murid. Secara tidak langsung, dengan adanya soalan jenis
penyelesaian masalah ini, maka murid-murid dapat menggunakan serta meningkatkan kemahiran
berfikir mereka. Murid akan membuat analisis seperti membanding, membeza, mengelas,
menilai, menyusun atur dan mentafsir. Melalui analisis yang dibuat untuk menjawab soalan
tersebut, murid dapat menjana idea mereka untuk mendapatkan jawapan.

(2954 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai