Anda di halaman 1dari 5

Latar belakang

Fotografi udara merujuk kepada mengambil gambar di tanah dari kedudukan tinggi. Istilah ini biasanya merujuk
kepada gambar di mana kamera tidak disokong oleh struktur yang berada di tanah. Kamera mungkin dipegang
tangan atau dilekatkan, dan gambar perlu diambil oleh juru kamera, triggereddicetus dari jauh atau secara
automatik. Pelantar bagi fotografi udara termasuk kapal terbang, helikopter, belon udara panas, blimp dan
dirigible, roket, layang-layang, galah, payung terjun, galah pada kenderaan. Fotografi udara tidak sepatutnya
dikelirukan dengan fotografi udara ke udara, bilamana kapal terbang merupakan pelantar foto dan juga subjek
gambar.
Isi kandungan

Sejarah
Honor Daumier, "Nadar levant la Photographie la hauteur de l'Art" (Gambar tinggi Nadarbagi Seni), diterbitkan di Le
Boulevard, 25 May 1862.

Fotografi udara pertama kali dilakukan oleh jurugambar Perancis dan juru belon Gaspard-Flix Tournachon,
dikenali sebagai jurugambar Nadar, pada tahun 1858 di Paris, Perancis. [1]
Kamera gambar bergerak pertama digunakan dipasang pada pesawat lebih berat dari udara berlaku pada April
24, 1909 di udara Rome dalam filem bisu sepanjang 3:28, Wilbur Wright und seine Flugmaschine.
Kamera udara separa automatik khas direka pada tahun 1911 oleh jurutera tentera Russia Colonel Potte V. F.
[2]

This aerial camera was used duringWorld War I.

Kegunaan fotografi udara bagi tujuan ketenteraan dikembangkan semasa Perang Dunia Pertama oleh ramai
penerbang lain seperti Fred Zinn. Salah satu pertempuran yang terkenal adalah semasa pertempuran Neuve
Chapelle.
Pemetaan udara mula digunakan dimedan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama. Pada Januari 1918,
Jeneral Allenby menggunakan lima juru terbang Australia dari AFC Squadron No. 1 untuk mengambil gambar
kawasan seluas 624 batu persegi (1,620 km2) di Palestine sebagai bantuan memperbetulkan dan membaiki peta
perbatasan Turki. Leftenan Leonard Taplin, Allan Runciman Brown, H. L. Fraser, Edward Patrick Kenny, dan L.
W. Rogers mengambil gambar blok tanah terbentang dari perbatasan hadapan Turki se dalam 32 batu (51 km)
ke kawasan belakang mereka. Bermula dari 5 Januari, mereka terbang dengan iringan pejuang bagi menghalau
pejuang musuh. Menggunakan kapal terbang Royal Aircraft Factory BE.12 dan Martinsyde, mereka tidak hanya
perlu mengatasi serangan udara musuh, tetapi turut melawan angin selaju 65 batu sejam, tembakan
antipesawat, dan peralatan yang rosak bagi menyempurnakan tugas mereka sekitar 19 Januari 1918.[3]
Dengan kemajuan kamera digital murah, ramai orang kini mengambil gambar biasa dari pesawat perdagangan
dan semakin banyak dari penerbangan awam semasa penerbangan rehlah peribadi.

Kegunaan gambar[sunting | sunting sumber]

Bayangan belon udara panas, separuh terhalang leh jeti, contoh fotografi udara altitude rendah

Kompleks piramid Giza, diambil dari belon Eduard Spelterini pada 21 November 1904

Fogo island gambar udara dari kokpit Airbus oleh juruterbangnya sendiri

Fotografi udara digunakan bagi kartografi[4] (particularly in photogrammetric surveys, which are often the basis
for topographic maps), land-use planning,[4] archaeology,[4] penghasilan filem, kajian alam semulajadi,
peninjauan, pengiklanan perdagangan, pengukuran peta, dan projek artistik. Di Amerika Syarikat, fotografi udara
digunakan dalam banyak Penilaian Tapat Persekitaran Fasa 1 bagi analisa harta tanah. Fotografi udara sering
kali diproses menggunakan perisian Sistem maklumat geografik ("Geographic information system - GIS".

Pelantar fotografi udara


Pesawat kawalan radio[sunting | sunting sumber]
Kemajuan dalam model kawalan radio telah membolehkan kapal terbang model untuk melaksanakan fotografi
udara altitude rendah. Ia menguntungkan pengiklanan harta tanah, di mana harta tanah perdagangan dan
perumahan merupakan subjek fotografi. Kapal terbang dikendali, bersaiz penuh dilarang daripada terbang
rendah di atas kawasan berpenduduk.[5] Kapal terbang model skala kecil sering kali meningkatkan capaian
fotografik kawasan yang sebelum itu dilarang. Kenderaan kecil tidak menggantikan kapal terbang bersaiz penuh,
kerana kapal terbang sebenar mampu terbang lebih lama, lebih tinggi, dan memiliki keupayaan beban peralatan
lebih besar. Ia bagaimanapun berguna dalam sebarang keadaan di mana kapal terbang sebenar bahaya untuk
diterbangkan. Contoh termasuk pemeriksaan di puncak talian penghantar kuasa dan penerbangan rendah,

perlahan di atas ladang pertanian, kedu-duanya boleh dilaksanakan oleh helikopter kawalan radio berskala
besar. Pelantar kamera distabil sistem giro, gred profesional sedia ada untuk kegunaan model sebegitu; model
helikopter besar dengan enjin minyak tanah 26cc mampu membawa muatan sekitar tujuh kilogram (15 lbs).
Pada 2006, peraturan FAA melarang penerbangan model RC perdagangan telah ditingkatkan kepada
memerlukan pengesahan FAA rasmi sebelum kebenaran untuk terbang pada sebarang ketinggian di USA.
Oleh kerana semua yang mampu dilihat dari ruang awam dianggap di luar ruang peribadi di Amerika Syarikat,
fotgrafi udara boleh secara sah merakamkan ciri-ciri dan peristiwa di harta tanah peribadi.[6]

Jenis fotografi udara[sunting | sunting sumber]


Gambar condong ("Oblique")[sunting | sunting sumber]
Gambar yang diambil pada sudut dikenali sebagai fotografi oblique. Jika ia diambil dari kapal terbang permukaan
bumi sudut kecil, ia dikenali sebagai oblique rendah dan gambar yang diambil dari sudut tinggi dikenali
sebagai tinggi atau oblique curam.[7]

Fotografi tegak[sunting | sunting sumber]


Fotografi tegak di ambil lurus ke bawah.[8] Ia biasanya digunakan dalam fotogrametri dan penafsiran imej.
Gambar yang akan digunakan bagi fotogrametri biasanya secara tradisi diambil menggunakan kamera format
besar khas yang dilengkapi dengan ciri-ciri kaliberasi dan geometrik dokumentasi.

Gabungan[sunting | sunting sumber]


Fotografi udara seringkali digabung. Bergantung kepada matlamatnya, ia boleh dilaksanakan menurut beberapa
cara, di mana sebahagian darinya disenaraikan di bawah.

Panorama boleh dihasilkan dengan mencantum beberapa gambar yang diambil dengan kamera
pegangan tangan.

Dalam pictometri lima kamera dipasang kaku memberikan satu gambar tegak dan empat gambar
condong yang boleh digunakan bersama.

Dalam sesetengah kamera digital bagi imeh fotogrametri udara daripada beberapa unsur pengimej,
kadangkala dengan lens berbeza, tepat secara geometrik dan digabung kepada satu imej dalam kamera.

Orthofoto[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Orthophoto

Pteryx UAV, UAV awam bagi fotografi udara dan foto pemetaan dengan kepala kamera stabil olengan

Gambar tegak sering kali digunakan bagi mencipta orthofoto, gambar yang telah dibetulkan secara
geometrik agar boleh digunakan sebagai peta. Dalam erti lain, orthofoto adalah simulasi gambar yang di
ambil dari jarak jauh, melihat langsung ke bawah dari nadir. Perspektif pastinya perlu disingkirkan, tetapi
variasi permukaan bumi perlu dibetulkan juga. Banyak transformasi geometrik digunakan pada imej,
bergantung kepada kaitan pembetulan perspektif dan mukabumi yang dikenakan pada bahagian tertentu
imej.
Orthofoto biasanya digunakan dalam sistem maklumat geografik, seperti yang digunakan oleh agensi
pemetaan (contohnya. Pengukur Ordnance) bagi mencipta peta. Apabila imej telahpun diselaraskan, atau
didaftar, dengan kordinate dunia sebenar yang diketahui, ia boleh digunakan secara meluas.
Set orthofoto besar, biasanya dihasilkan dari pelbagai sumber dan dipecahkan kepada "jubin" (seiap satu
biasanya bersaiz 256 x 256 pixel), dan digunakan secara meluas pada sistem pemetaan di talian
seperti Google Maps. OpenStreetMap menawarkan kegunaan orthofoto yang serupa bagi menghasilkan
data peta baru. Google Earth menindan orthofoto atau imej satelit pada model elevasi digital bagi simulate
permukaan 3D.

Video udara[sunting | sunting sumber]


Dengan kemajuan teknologi video, video udara semakin popular. Video Orthogonal diambil dari kapal
terbang memeta garis paip, ladang tanaman, dan titik minat yang lain. Menggunakan Sistem Kedudukan
Sejagat ("GPS"), video ini boleh dibenam dangan data meta dan kemudiannya diselaraskan dengan
program pemetaan video.
Multimedia Spatial ini adalah gabungan media digital termasuk gambar kaki, video bergerak, stereo, set
gambar panorama, pembinaan media pendam, audio, dan data lain dengan maklumat lokasi dan tarikhmasa dari GPS dan rekabentuk lokasi lain.
Video udara kini muncul sebagai Multimedia Spatial yang boleh digunakan bagi memahami latar dan
menjejak objek. Input video ditangkap oleh pelantar udara terbang rendah dan biasanya terdiri daripada
jajaran kuat dari struktur kapalterbang bukan di bumi. Penyatuan video digital, Sistem Kedudukan
Sejagat ("GPS") dan pemproses imej automatik akan meningkatkan pengumpulan data dan pengurangan.
Beberapa pelantar udara berlainan sedang dipertimbang bagi pengumpulan data

1.

History of Aerial Photography Professional Aerial Photographers Association (retrieved December 21, 2007)

2.

Panjat Great Soviet Encyclopedia, Article "" (eng. aerial camera)

3.

Panjat http://www.southsearepublic.org/2002_1999/afc_aces_taplin.htm#top Retrieved 24 February 2011.

4.

Panjat ke:4.0 4.1 4.2 "Aerial Photography and Remote Sensing". University of Colorado Boulder. 2011 [last update].
Diperoleh pada March 25, 2011. Check date values in: |date= (bantuan)

5.

Panjat United States Federal Aviation Regulations FAR part 91 section 119(14CFR91.119)

6.

Panjat California v. Ciraolo, 476 U.S. 206 (1986)

7.

Panjat "Lecture 6.1: Classification of Photographs". The Remote Sensing Core Curriculum. University of
Maryland, Baltimore County. 1999 [last update]. Diperoleh pada 2011-03-25. Check date values in: |

date=(bantuan)
8.

Panjat Short, Nicholas (2010-04-28). "Elements of Aerial Photography". Remote Sensing Tutorial Page 101. NASA. Diperoleh pada 2011-03-25.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Fotografi_udara

Anda mungkin juga menyukai