Anda di halaman 1dari 6

AL-QURAN MELAHIRKAN UMAT CEMERLANG

( 28 September 2006 / 16 Ramadhan 1428 H )












.



















.









.


Muslimim yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah kita sama-sama tingkatkan
ketaqwaan kepada Allah SWT, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi
larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa setiap individu Muslim itu sendiri.
Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, kita seharusnya bersyukur ke hadrat
Allah SWT yang memanjangkan usia kita semua sehingga ke saat ini dan dapat
pula meneruskan ibadah puasa Ramadan di hari yang ke enam belas dalam
keadaan sehat dan tanpa sebarang keuzuran.
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
Pada Jumaat yang lalu, mimbar ini telah membicarakan tentang kelebihan
Ramadan sebagai bulan memerangi hawa nafsu dan peningkatan kualiti ibadah.

maka pada hari ini, mimbar Jumaat akan membicarakan tajuk: "Al-Quran
Melahirkan Umat Cemerlang". Bersempena nuzul Al-Quran yang Insyaallah akan
kita sambut esok sebagai pemangkin ke arah melahirkan ummah yang cemerlang.
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan melalui malaikat Jibril AS kepada
junjungan Nabi Muhammad SAW, sejak lebih 1400 tahun yang lalu sebagai
petunjuk dan pedoman bagi manusia, khususnya umat Islam dalam mengatur
kehidupan. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi:

Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan
menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah".
Berdasarkan ayat tersebut, telah dibuktikan dalam sejarah bahawa sejak Al-Quran
diturunkan ia telah berjaya mengubah sejarah manusia yang dikenali sebagai umat
jahiliyah yang hidup tanpa sebarang peraturan dan sistem akhlak sehingga menjadi
umat yang terbaik dan dicontohi dalam segala bidang.
Hal ini telah dibuktikan sendiri oleh Rasulullah SAW selama 23 tahun Baginda
memimpin umat Islam berpandukan Al-Quran. Ajaran Al-Quran amat bersesuaian
dengan fitrah kejadian manusia, bukan sahaja mampu membangun kekuatan
rohani malah juga menggerakkan secara aktif kekuatan fizikal dan mental,
sehingga umat Islam pada zaman kepimpinan Rasulullah SAW, zaman kepimpinan
Khulafa

ar-Rasyidin

dan

sesudahnya

berjaya

mencipta

satu

tamadun

kegemilangan yang merentasi zaman di mana Islam mampu memimpin hampir tiga
perempat dunia.
Muslim Yang Berbahagia,

Kita sedia maklum bahawa tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah untuk
mengEsakan Allah SWT dan menjalani kehidupan mengekut landasan yang benar.
Di samping itu, Al-Quran menganjurkan umatnya supaya menyuburkan nilai akhlak
dalam kehidupan termasuklah nilai kasih sayang sesama manusia, hormat
menghormati, toleransi, keadilan dan keamanan yang merupakan nilai-nilai sejagat
serta sesuai dengan kehendak fitrah manusia itu sendiri.
Kerana itulah, kandungan Al-Quran mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia
termasuklah kerohanian, akidah, akhlak, perundangan dan pelbagai panduan hidup
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Justeru, tuntutan memahami
dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dan membudayakan Al-Quran dalam
kehidupan adalah kesuatu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerana AlQuran itu sendiri jelas mempunyai hubung kait dengan kehidupan manusia,
sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Isra ayat 9 yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat


betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang
yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala
yang besar".
Muslimin Yang Dimuliakan,
Selain meyakini bahawa Al-Quran merupakan kitab pedoman umat Islam yang
perlu diterjemahkan melalui penghayatan dalam diri dengan nilai-nilai yang
terkandung di dalamnya bagi melahirkan umat cemerlang dan terbilang, umat Islam
juga dituntut untuk meyakini bahawa Al-Quran sebagai penawar segala penyakit
samada bersifat dalaman mahupun luaran di samping menjadi tempat rujukan
segala masalah yang dihadapi.
Tetapi sayangnya tidak semua yang mahu dan bersedia mengekut ajaran Al-Quran
atau terdapat segelintir umat Islam yang masih tidak mahu beramal dengan Al-

Quran, mereka hanya membaca Al-Quran tetapi tatalaku kehidupan seharian


mereka bertentangan dengan ajaran Al-Quran, mereka mendengar Al-Quran, tetapi
memekakkan telinga dengan tidak menghayati tuntutannya, mereka memahami isi
kandungannya, tetapi tidak mahu melaksanakan ajarannya, mereka mengetahui
kebenaran Al-Quran, tetapi mereka masih tidak takut untuk melanggar kebenaran
tersebut bahkan sanggup memperkecilkan janji dan azab Allah SWT.
Justeru, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam dalam menghayati dan
menterjemahkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan mereka secara tidak langsung
telah menyumbang kekeliruan kepada penganut agama-agama lain terhadap
Islam, malah lebih malang lagi kepada umat Islam itu sendiri. Kerana apabila
mereka tidak mematuhi ajaran Al-Quran, mereka dengan sendirinya mengekut
jejak langkah syaitan. Hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT yang berbunyi:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama


Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut
jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Surah al-Baqarah: 208)
Muslimin Yang Berbahagia,
Satu perkara lagi yang perlu dihayati kita semua penurunan Al-Quran sebenarnya
telah memberi nilai tambah dan membina kualiti pembangunan modal insan melalui
penghayatan Al-Quran, sekaligus akan meletakkan diri dalam golongan yang
disebut sebagai




iaitu orang-orang yang suka melakukan kebaikan.

Di samping seruan supaya menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Al-Quran,


terdapat seruan agar ayat-ayat Al-Quran dikaji dan diteliti kerana ia mampu
menghasilkan ilmu pengetahuan bagi kehidupan manusia yang disebut sebagai "

" .

Dan ini telah dibuktikan oleh ilmuan-ilmuan Islam dalam

mencipta dan menghasilkan penemuan-penemuan baru dalam bidang seperti ilmu


falak atau astronomi, ilmu perubatan (Tib), ilmu kimia, ilmu hisab atau al-Jibra dan
sebagainya. Begitu juga mereka mengkaji tumbuh-tumbuhan, mengkaji alam
binatang, bahasa pertuturan, dan lain-lain lagi. Ilmuan-ilmuan seperti Ibnu Rusydi,
Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Khawarizmi, al-Kindi dan lain-lain adalah merupakan
nama-nama besar dalam sejarah kecemerlangan umat Islam suatu ketika dahulu.
Namun kecemerlangan dan ketamadunan yang dipelopori oleh umat Islam dahulu
hanya tinggal kenangan. Ianya tiada kesinambungan yang dapat diwarisi oleh umat
Islam kini. Segala-galanya perlu dipelajari semula dari kemajuan dan kemodenan
barat. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi dan puncanya kerana kesilapan umat Islam
itu sendiri kerana asyik bergelumang dengan konflik dan perbalahan sesama
sendiri, hidup berpuak-puak, tidak ada semangat kesatuan dan akhirnya
menjadikan umat Islam begitu lemah, hilang daya saing dan segala kekuatan, di
mana akhirnya umat Islam dijajah.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulannya, hari ini kita sebagai umat Islam yang mendukung wawasan AlQuran, bukan hanya setakat merayakan "Nuzul Al-Quran" dengan mengadakan
ceramah, forum dan sebagainya. Tetapi kita seharusnya menyedari bahawa
penurunan Al-Quran sebenarnya membawa dimensi baru dalam melahirkan
ummah yang cemerlang seperti di masa lalu. Kecemerlangan itu telah terbukti dan
dibuktikan oleh generasi lampau dan ianya bukan kesuatu yang mustahil untuk
dirialisasikan pada hari ini.
Daripada contoh-contoh kecemerlangan umat Islam terdahulu, dapat kita
mengambil pengajaran dan iktibar yang boleh diguna pakai untuk dilaksanakan di
dalam kehidupan kita. Insyaallah kecemerlangan dan kegemilangan Islam akan
lahir melalui penghayatan Al-Quran.

Maksudnya: "Alif Lam Ra, ini ialah kitab (Al-Quran) kami turunkan dia kepadamu
(wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari
gelap gelita kepada cahaya imam dengan izin Allah Tuhan mereka ke jalan Allah
yang Maha Kuasa Lagi Maha terpuji".
)(Surah Ibrahim ayat: 1











.

Anda mungkin juga menyukai