Anda di halaman 1dari 3

Tema dan persoalan

Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seseorang bapa


kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading.
Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat
menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di
kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya
dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar
mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi
pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Persoalan

Kepentingan pendidikan demi masa depan


Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar
Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup
Cabaran hidup di bandar
Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa
Nasihat ibu bapa kepada anak

Nilai murni

Kasih sayang
Kesungguhan
Kegigihan
Ketabahan
Ketaatan
Hemah tinggi
Berdikari
Kesabaran
Kebijaksanaan

Pengajaran
Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa

mendoakan kesejahteraan mereka


Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apaapa yang kita sukai
Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi
kegunaan pada masa depan
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan
demi mematangkan diri
Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan
mereka selepas berpindah ke bandar
Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri
yang mulia di mana-mana sahaja kita berada
Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri
supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain

Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang

menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental


Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa
keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan

Anda mungkin juga menyukai