Mimpi adalah dunia khayalan alam tidur. Demikian beberapa orang bingkas
memberikan jawaban atau pendapat bila bercakap perihal mimpi. Memang kita
sudah dibiasakan dengan pendapat seperti itu. Ketika kita masih kecil, bila kita
bermimpi dan menceritakan kisah mimpi itu kepada kedua orang tua kita, lantas
mereka cuba mengalihkan perhatian kita dengan berkata bahawa semua itu
hanyalah perasaan dan sebagai dunia alam tidur.
Tidur dengan ditemani keindahan mimpi memang seronok. Tetapi bila kita
tidur ditemani mimpi yang menakutkan, ia akan menjadi mimpi dan igauan buruk
yang kadang-kadang akan menghantui kita dalam beberapa ketika. Saat kita
bingkas bangun, kita menggeletar kerana ketakutan, bermandi peluh dan ramai
yang akan berjaga sampai pagi kerana takut dengan mimpi ngeri yang baru sahaja
menunjukkan sisi kekuatan gelapnya. Menjelang dewasa, dengan pengetahuan kita
tentang alkitab, kita telah membuat satu tafsiran baru tentang mimpi. Bagi saya
secara perbadi, saya mengasingkan mimpi ini dalam dua kategori. Pertama, mimpi
yang saya kategorikan sebagai mainan mimpi. Mainan mimpi adalah mimpi yang
tiba-tiba menjelma sewaktu kita sedang nyenyek tidur. Adakalanya ia penuh dengan
misteri, fantasi dan sangat menyeronokkan. Saya pernah bermimpi terbang di
langit, saya pernah bermimpi melompat dari satu batu ke batu yang lain. Bahkan,
saya pernah bermimpi sedang memakan sesuatu yang sangat sedap tetapi
kemudian terjaga apabila saya sebenarnya sedang melahap tangan saya. Tetapi,
jika mimpi sebaliknya, ia meragut keindahan menjadi mimpi buruk yang sangat
menakutkan. Kita akan menarik selimut menutupi seluruh badan kita walaupun
cuaca malam sangat panas.
Dalam bab lain, ada satu mimipi yang kita anggap nyata. Saya anggap ia
sebagai mimpi rohani. Mimpi-mimpi rohani ini bersangkut paut dengan Tuhan dan
biasanya mengandung Pesan atau peringatan. Mimpi sebegini bukanlah mainan
fantasi alam tidur.
AKAN TERJADI PADA HARI-HARI TERAKHIR DEMIKINLAH FIRMAN TUHAN,
BAHAWA AKU AKAN MENCURAHKAN ROHKU KE ATAS SEMUA MANUSIA,
MAKA ANAK-ANAKMU LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN AKAN BERNUBUAT DAN
TERUNA-TERUNAMU AKAN MENDAPAT PENGLIHATAN-PENGLIHATAN DAN
ORANG-ORANGMU YANG TUA AKAN MENDAPAT MIMPI.
KISAH PARA RASUL 2 : 17
Salah satu fungsi mimpi yang rohani ini adalah untuk memberi pesan dan
juga peringatan. Banyak kisah dalam alkitab yang kita baca diperingatkan oleh
Tuhan dan juga menerima pesan Tuhan melalui mimpi. Misalnya Abimelekh yang
diperingatkan oleh Tuhan agar tidak mengambil Sara sebagai isterinya melalui
mimpi.
Tiba-tiba
saya melihat langit menjadi gelap. Saya mendengar bunyi yang boleh didengari
oleh semua orang yang ada di atas permukaan bumi. Bunyinya amat menakutkan
kerana gema bunyi itu seperti gema bunyi peperangan. Saat mendongak ke langit
dan saya melihat ada garis cahaya dimana bunyi itu berasal. Satu demi satu
kenderaan yang tak kelihatan bergerak di atas langit yang samar-samar ditutupi
oleh awan mendung tetapi sangat besar dengan bunyi gahnya seperti yang saya
pernah dengar dalam satu filem suatu ketika dulu. Ia bunyi kenderaan besi yang
gah dan besar seperti bunyi sebuah raksaksa robot dalam filem Battle : Los
Angelas Ia seperti satu persediaan akan hari besar. Bunyinya seperti kenderaan
perang sedang bersiap sedia.
Sedang saya melihat beberapa orang di bumi kehairanan akan fenomena itu,
saya melihat awan makin tebal dan semakin gelap dan bergerak seperti ombak
ganas di atas langit. Awan itu semakin menakutkan dan berkepul-kepul menutupi
bumi. Kemudian, sebuah lubang terbentuk di permukaan awan dan memancarkan
sinar emas kekuningan.
Saya melihat
banyak
burung
berwarna
putih
Gambaran burung-burung
terbang
dalam
berwarna putih
jumlah yang banyak menuju ke lubang awan di
berterbangan pulang.
langit yang bersinar itu. Semakin lama semakin
banyak jumlahnya seperti burung berebut-rebut
hendak pulang ke sarang. Ia datang dari seluruh
penjuru dunia sebelum akhirnya saya tahu
bahawa ia bukannya burung-burung yang berterbangan.
Saya pernah berdoa dan memohon kepada Tuhan untuk melihat malaikatmalaikatnya samada dalam mimpi atau alam nyata. Saya pernah sekali
dibangunkan oleh malaikat untuk berdoa pada jam 4.00 pagi ketika saya sedang
berdoa dan berpuasa pada tahun 2003/2004. Walau bagaimanapun saya tidak
pernah meihat susuk tubuh yang dipanggil malaikat. Saya pasti itu adalah malaikat
yang menepuk belakang saya dua kali kerana saya meminta Tuhan mengutus
malaikatnya membangunkan saya pada jam tersebut. Saya terjaga bila saya
merasa ia menepuk belakang saya dua kali dan mata saya tertuju tepat pada jam
meja saya. Ia tidak kurang seminit atau lebih seminit. Jam menunjukkan jam 4.00
pagi. Saya hanya didedahkan waktu kecil bahawa malaikat itu bersayap dan gagah
perkasa.
Bila makhluk yang saya anggap burung-burung itu
menghampiri lubang awan yang bersinar emas
kekuningan itu, saya lihat bahawa yang terbang itu
bukanlah burung-burung bersayap putih. Saya melihat
kumpulan malaikat dalam jumlah yang besar dan
waktunya sudah habis tulisan Gilbert Lumoindong. Saya membuka muka surat 213
dimana bab itu bertajuk SIAPAKAH YANG AKAN DIANGKAT? Saya belek lagi ke muka
surat berikutnya atau lebih tepat lagi muka surat 215. Dan saya melihat satu
ilustrasi lukisan yang hampir sama dengan kejadian yang baru berlaku dalam mimpi
saya. Cuma perbezaannya adalah, dalam lubang awan yang saya nampak itu
dipenuhi malaikat dan yang berterbangan masuk ke lubang awan itu adalah semua
malaikat yang baru dipanggil pulang.
Sesungguhnya, bagi saya mimpi ini adalah satu pesan dan peringatan
kepada saya secara individu bahawa masa Pengangkatan tidak lagi ditunda.
Masanya sudah dekat dan lebih dekat dari yang kita pernah pikirkan. Teka teki yang
berlegar dalam kepala kita tentang pengangkatan bakal terungap tidak lama lagi.
Bersiap sedialah. Sekarang bukan lagi waktu untuk menunda pertobatan anda.
Pertobatan itu bukan kerana kita telah menjadi orang Kristen. Banyak orang yang
mengaku kristen dan sudah lahir baru tetapi kenyataannya, perbuatan mereka tidak
sama dengan pengakuan pertobatannya.
Saya tidak mereka cerita mimpi ini. Saya menulis apa yang saya nampak
dan saksikan dalam mimpi saya. Samada mimpi ini dipercayai atau tidak, itu
terpulang kepada semua pembaca. Bagi saya, ini adalah peringatan peribadi yang
Tuhan khususkan kepada saya melalui mimpi.
Fridly
Gillig Bandal
09 April 2015
Sebuah ilustrasi
dalam buku Gilbert
Lumoindong. Ilustrasi
ini saya berjaya
temukan di google.