Anda di halaman 1dari 15

Soalan A

1.0

Baharu-baharu ini terjadi beberapa kejadian konflik budaya di sekolah-

sekolah dan telah digembar-gemburkan oleh media massa.

Berdasarkan salah satu isu yang tersebut di atas, huraikan bagaimana


seseorang guru itu boleh mewujudkan pemahaman dan meningkatkan
perhubungan dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang sosiobudaya.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Cetakan 2010, muka
surat 814, konflik didefinisikan sebagai perselisihan atau pertentangan antara
individu, idea dan kepentingan manakala budaya ditakrifkan sebagai tamadun atau
peradaban yang berkaitan kemajuan fikiran, akal budi dan perlakuan seseorang
individu atau sesuatu kelompok masyarakat. Tuntasnya, konflik budaya adalah suatu
bentuk percanggahan dalam sistem budaya yang pelbagai dalam suatu kelompok
masyarakat yang berbilang kaum. Berdasarkan Mohd Taib Osman (1988),
memperlihatkan budaya sebagai suatu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta
dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling. Malinowsky dalam bukunya A
Scientific Theory of Culture mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas
terhadap keperluan manusia. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya di sekolah
merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat.

Antara polemik yang hangat didiskusikan dalam media massa yang


melibatkan arena pendidikan negara masa kini ialah sikap pilih kasih seseorang guru
terhadap status ekonomi sosial murid di sekolah yang telah dilaporkan dalam keratin
akhbar Berita Harian, 6 Jun 2010. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat Cetakan 2010, pilih kasih ditakrifkan sebagai mengasihi sebelah
pihak atau berat sebelah dalam membuat keputusan manakala status ekonomi

sosial adalah taraf kekayaan dan kebendaan yang dimiliki dalam mewujudkan
perhubungan komuniti bermasyarakat. Sikap pilih kasih dalam sesebuah kelompok
masyarakat sekolah terutamanya senario yang berlaku antara guru dan murid yang
mempunyai status ekonomi yang tinggi menyebabkan pelajar yang mempunyai latar
belakang hidup yang sederhana ataupun miskin tersisih daripada pelajaran yang
seharusnya disampaikan secara adil dan saksama untuk semua murid dalam
sesuatu bilik darjah tanpa wujudnya diskriminasi kelas ekonomi sosial mahupun latar
belakang murid tersebut. Sekiranya nilai profisionalisme dan integriti seorang guru
tidak diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan impak
negatif dalam bilik darjah iaitu memanifestasikan suatu senario pembelajaran dan
pengajaran yang tidak seimbang serta berlakunya gejala-gejala negatif yang
semakin menular dari hari ke hari. Tamsilannya, gejala ponteng yang berlaku di
sekolah tidak mengira jantina murid sama ada di sekolah rendah mahupun pada
peringkat sekolah menengah. Kenyataan saya ini telah disokong kukuh berdasarkan
kajian daripada Johari Hassan dan Nik Selma Mohammad (2008), Faktor-Faktor
Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Daerah
Kulaijaya,

Johor,

Fakulti

Pendidikan

Universiti

Teknologi

Malaysia

yakni

menyenaraikan empat faktor pemangkin kepada penularan gejala tidak sihat ini.
Salah satu daripadanya adalah faktor guru dimana berdasarkan dapatan kajian
Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar-pelajar berasa diri mereka disisihkan
oleh guru-guru apabila guru-guru mereka hanya memberi perhatian yang lebih
kepada sebilangan pelajar sahaja. Lebih parah lagi apabila keratan akhbar bertarikh
24 Mei 2010 dalam salah satu slot Soal Jawab Kaunseling Remaja bersama Pro
Madya Dr Sapora Sipon dimana satu responden telah mengutarakan isi hati dan
pendapat responden berkaitan gurunya yang bersikap pilih kasih terhadap murid
yang berada dalam golongan elit dan berstatus ekonomi yang tinggi sehinggakan
responden tersebut berasa tersisih daripada perhatian guru tersebut.

Isu-isu ini perlu dibendung dengan segera bagi mewujudkan pemahaman dan
mampu meningkatkan perhubungan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang sosiobudaya iaitu semua guru yang mengajar di dalam kelas
haruslah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional
dimana mereka seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa, jantina, status

ekonomi, tahap perbezaan individu ataupun latar belakang pelajar amnya. Guru
mestilah mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka
tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya setiap murid daripada kaum
berlainan dari segi jantina, status ekonomi mahupun tahap kecerdasan mereka
ditempatkan dalam satu kumpulan yang pelbagai supaya peluang untuk mereka
berinteraksi terbuka luas dan mampu mewujudkan kesefahaman dan nilai toleransi
antara mereka dapat dipupuk secara tidak langsung. Melihat kepada pandangan
yang diutarakan oleh Rohand Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan
perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Oleh
yang demikian, kelas sosial terutamanya taraf ekonomi murid juga harus diberikan
perhatian oleh guru. Ini tidak bermakna guru perlu mewujudkan jurang antara pelajar
yang kekurangan dari segi status ekonomi dengan murid yang dianggap golongan
atasan sebaliknya melalui pendekatan tersebut, guru dapat memilih strategi dan
kaedah pengajaran yang sesuai dan efektif bagi mengelakkan perspektif pilih kasih
atau berat sebelah wujud dalam bilik darjah.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosiol murid.


Murid yang datang daripada kelas sosiol yang rendah tidak harus diketepikan
seharusnya layanan mesra dan adil perlu diberikan secara sama rata dengan murid
yang lain. Perbezaan kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak
ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil
bahagaian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran di
dalam kelas. Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosiol murid akan
mewujudkan pergaulan bebas dalam konteks positif dan tidak berkelompok dalam
sesuatu masyarakat. Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi
sesame mereka tanpa wujudnya sekatan budaya dan masyarakat lain. Contohnya,
strategi pengajaran yang berfokuskan kepadapenglibatan murid secara aktif seperti
pendekatan pembelajaran secara koperatif dan kolaborasi antara pembabitan murid
dalam kumpulan-kumpulan kecil dimana setiap daripada kumpulan tersebut terdiri
daripada murid yang pelbagai dan berbeza-beza dari segi latar belakang sosiol,
gender, tahap kecerdasan dan sebagianya bagi mewujudkan kesefahaman yang gitu
antara mereka di samping dapat memupuk kerja berpasukan yang kukuh dalam jiwa

mereka. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk
dan akan menjadikan pembelajaran yang lebih menyeronokkan kepada mereka.
Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan para
pelajar tidak kira mereka pandai atau sebaliknya dan juga tidak mengamalkan sikap
pilih kasih antara pelajar. Corak hubungan guru yang mesra dapat menghasilkan
suasana pembelajaran yang sihat di samping obligasi guru dalam menghidupkan
suasana pembelajaran di sekolah dan setiap pelajar hendaklah diberi perhatian
sama rata tanpa memilih kasih atau memandang pada darjat serta kepintaran
pelajar itu sendiri.

Antara langkah yang perlu dipraktikan adalah dari segi pengurusan


persekitaran fizikal iaitu melibatkan satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama dan campur tangan ahli dalam mencapai objektif organisasi atau
kelompok dalam sesuatu gerakerja. Dengan erti kata yang mudah adalah amalanamalan yang perlu dipraktikan dalam sesuatu bilik darjah bagi mewujudkan
pembelajaran yang mesra budaya dan kondusif untuk didiami oleh murid sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah dalam pengurusan bilik
darjah yang mesra budaya perlu diwujudkan melalui pengurusan sosioemosi muird
dan guru. Dalam menguruskan emosi murid, hubungan yang positif antara murid
dan guru haruslah dibina terlebih dahulu. Pengurusan emosi guru dan murid secara
tidak seimbang dan teratur mampu memberikan kesan buruk terhadap pembelajaran
yang berlangsung pada ketika itu. Untuk itu, guru mestilah mengamalkan
kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong idea murid supaya murid
mampu melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran serta membina keyakinan
murid dalam mengutarakan idea atau pendapat yang bernas dan apa yang paling
penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni tanpa ada
prejudis atau berat sebelah. Selain itu, guru perlulah mengambil berat keperluan
fisiologi dan akademik murid dimana membantu guru mengetahui latar belakang dan
kehendak murid supaya murid sentiasa berada pada landasan yang sepatutnya iaitu
membantunya dalam mengembangkan kemahiran dan bakat yang dimilikinya.
Secara tidak langsung, murid berasa selesa dan tidak berasa terpinggir kerana sikap
guru yang peka terhadap keperluan murid diberi keutamaan tanpa menyebelahi
mana-mana murid yang lain

Di samping itu, amalan pilih kasih juga tidak wujud dalam kalangan guru
sahaja tetapi berlaku juga ke atas rakan sekelas mereka. Oleh itu, hubungan positif
dengan rakan sekelas perlulah dibina. Guru juga perlulah mengetahui keadaan
murid melalui rakan sebaya mereka. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial
sesama mereka dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Melalui cara ini, mereka
akan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan sebaya
supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan masa yang sama dapat
membentuk emosi murid.
Intipati yang seterusnya adalah guru perlulah mewujudkan perhubungan
antara kelompok etnik. Menurut Ralp Linton (1945) kebudayaan ialaha segala yang
dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli
masyarakat. Mesra pulah bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara
inidividu di dalam masyarakat. Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang
dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktirafkan
budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya
masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka. Melihat kepada
orientasi sosial dlaam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan
apakah perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dalam bilik darjah
terutamanya apabila berhubung dalam kelompok etnik yang berbeza. Ini
termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab guru dan orientasi penyesuaian dan
pergaulan. Sebagai contoh, guru haruslah memilih tajuk pembelajaran yang
berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia kerana setiap murid di dalam
kelas terdiri daripada pelbagai etnik perlu diberi peluang untuk berinteraksi dan
berbincang tentang amalan dan budaya kaum bagi mengelakkan sebarang
percanggahan dan ketidaksefahaman dalam komunikasi atau pergaulan. Setiap
etnik perlulah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Guru seharusnya adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka
terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang murid tersebut. Guru tidak
boleh memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid walaupun etnik mereka
terutama sekali di hadapan murid lain menyebabkan murid tersebut hilang keyakinan
diri dan mampu membawa perubahan sikap sama ada pasif atau agresif.

Di samping itu, kesefahaman antara murid dan guru dapat diwujudkan melalui
pengurusan pengajaran dan pembelajaran yakni peningkatan profesionalisme guru
dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran,
kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam
bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan
akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani dan jasmani. Guru perlulah bercita-cita
untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dimana memahami perasaan
dan kehendak hati nurani murid-murid. Hal ini boleh diaplikasikan melalui pedagogi
yang relevan budaya dan kepelbagaian kelompok. Konsep pedagogi ini adalah
menekankan kepada pengintegrasian pengetahaun, kemahiran asas serta memupuk
nilai-nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan
murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan. Guru perlulah mengambil kira
kepelbagaian aspek budaya murid supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses
pengajaran. Dalam konteks sosiologi, konsep kebudayaan perlualh dipelajari dan
diajar mengikut kesesuaian semasa sama ada disampaikan secara oral atau
sebaliknya bagi membantu murid memamahami setiap budaya termasuklah amalan
adat resam, kebudayaan, pantang larang dan sebagainya supaya mewujudkan
suasana yang harmonis dan bersatu padu. Bersesuaian dengan pandangan ahli
perspektif fungsionalisme, dimana sekolah dilihat berfungsi sebagai proses
sosiolisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru untuk memenuhi keperluan murid
tanpa sikap prejudis terhadap budaya murid yang berbeza.
Intipati terakhir adalah sikap profesionalisme dan integriti yang perlu
diserapkan dalam diri guru itu sendiri. Antara nilai yang perlu ditonjolkan dalam
meningkatkan kesefahaman dan perhubungan sosial dalam bilik darjah antara guru
dan murid adalah guru perlulah mempunyai empati dan komitmen dalam
menghargai murid dari segi kognitif dan afektif di samping menghayati intipati yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu menjamin perkembangan individu,
memelihara suatu masyarakat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan
berdisiplin. Apa yang paling penting adalah menerapkan nilai-nilai yang diunjurkan
dalam panduan Standard Guru Malaysia iaitu guru perlulah mewujudkan hubungan
yang positif dan menjadi teladan kepada murid-murid.

Bahagian B
2.0

PIPP & PPPM telah mengesan masalah-masalah dalam peluang

pendidikan yang dihadapi oleh kumpulan indigenous dan minoriti.


Adalah wajar untuk kita menangani isu-isu dan mengurangkan ketaksamaan
peluang pendidikan dan meningkatkan kualiti pendidikan kepada golongan
tersebut.
Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustafa et.al (2010), konsep diskriminasi atau
ketaksamaan didefinisikan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif
seseorang atau kelompok etnik terhadapa anggota atau kelompok etnik lain yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Manakala, peluang
pendidikan ditakrifkan sebagai kebebasan dalam memperolehi pengetahuan dan
kemahiran secara formal. Indigenous adalah merujuk kepada penduduk pribumi di
pedalaman Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat
indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di
pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Manakala
masyarakat minoriti dianggap sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah
masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil dan memperolehi pendidikan
secara tidak formal melalui keturunan dan warisan nenek moyang.
Berdasarkan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah
diperkenalkan dan dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16
Januari 2007. Beliau menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia
dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan
12,000 peserta ambil bahagian. Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari
pelbagai individu dan pertubuhan. Beliau menyifatkan

Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan citacita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan ini mengutarakan sebelas anjakan yang telah digariskan
antaranya adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa, memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris, melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai,
meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion

pilihan, memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah,


mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran,
mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran,
memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta,
memaksimumkan

pulangan

bagi

setiap

ringgit

yang

dibelanjakan

serta

meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam.


Bersesuaian dengan objektif pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan ini adalah satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga
aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP
adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan
utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu pendekatan pertama adalah
menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang
pendidikan. Kedua, memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan
saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang asli dan suku
minoriti lain, memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan
akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Perluasan ke
semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar
mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Seyogianya, adalah wajar
pelaksanaan PIPP ini diwujudkan bagi membantu masyarakat minoriti dan
indigenous dalam memperolehi peluang pendidikan yang sama rata dengan
kelompok masyarakat yang lain tanpa wujudnya diskriminasi dan ketaksamaan
peluang pendidikan.
Melalui program tersebut juga, bakal membantu dua golongan tersebut
mmeperolehi kesaksamaan dalam peluang pendidikan bersesuaian dengan Fasal 8
Perkara (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa keadlian dan
kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia. Di dalam buku Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menetapkan dasar bagi merapatkan jurang pendidikan yang wujud seperti
antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Oleh itu, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysi telah pun mengenal pasti jurang pendidikan yang

perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran
dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang wujud adalah seperti, jurang
antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian
pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta juang
sosioekonomi.Jurang

bandar

dan

luar

bandar

adalah

merujuk

kepada

ketidaksamarataan yang berlaku. Contoh jurang yang wujud adalah daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar.
Kekangan sebegini berlaku terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah
Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman.
Selain itu juga, jurang bandar dan luar bandar ini merujuk kepada tahap atau taraf
perbezaan dalam pelbagai aspek yang dicapai oleh kawasan bandar dan kawasan
luar bandar adalah berbeza. Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan
daripada segi kemudahan-kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awan dan
sebagainya serta dari pelbagai aspek lain.
Seterusnya, wujud juga jurang digital. Jurang digital merupakan perbezaan
daripada segi akses kepada kemudahan

Information dan Communication

Techology (ICT). Jurang digital ini biasanya wujud di lokasi yang memiliki keadaan
geografi yang berbukit bukau serta di kawasan pedalaman. Hal ini demikian kerana
perkhidmatan bagi mengakseskan internet adalah terhad. Selain itu, jurang digital ini
menunjukkan kepada tahap pencapaian tenaga pengajar dalam bidang ICT.
Kebiasaannya, tahap pencapaian tenaga pengajar adalah berbeza disebabkan
pelbagai aspek antaranya kurang pengalaman dan pengetahuan dari segi
penggunaan ICT, kurangnya kemudahan dan banyak lagi. Menurut Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2001 pula, jurang
digital telah ditafsirkan sebagai satu jurang yang wujud di antara individu, isi rumah,
perniagaan dan kawasan geografi pada peringkat sosio-ekonomi yang berbeza
untuk mendapatkan peluang menggunakan internet dan mengakses ICT.
Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula ialah kesulitan pelajar dalam
menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan
pelajar sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai
faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran. Selain itu, kegagalan
mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) merupakan salah satu faktor daripadanya. Keadaan ini akan
menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem
pendidikan. Kekangan ini dihadapi oleh golongan indegenous dan golongan minoriti
yang menetap jauh daripada kawasan bandar atau tinggal di kawasan pedalaman
sehingga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pendidikan secara formal
melalui pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efisien lagi.
Antara jurang lain pula ialah jurang sosial. Jurang ini merujuk kepada
perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan
termasuklah kemiskinan dalam bandar dalam jurang sosial ini, lebih tertumpu
kepada jurang kemiskinan. Kemiskinan biasanya sering menjadi faktor utama yang
menyebabkan berlakunya jurang sosial yang ketara terutamanya antara kawasan
luar bandar dan kawasan bandar.
Sesungguhnya adalah wajar program Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
dan Pelan Pembangunan Pendidikan malaysia diperkenalkan dan dilaksanakan bagi
emmbantu mewujudkan kesamarataan dan keadilan dalam peluang pendidikan
terhadap dua golongan tersebut daripada terpinggir daripada mendapatkan peluang
pendidikan yang lebih bermakna dan lebih efisien. Selain itu, melalui program ini
juga secara tidak langsung mengurang jurang ketaksamaan dalam kelompok
masyarakat pedalaman dan bandar yang sering dikaitkan dengan niali diskriminasi
dalam peluang pendidikan sehingga kumpulan minoroti dan indegenous ini terpinggir
daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Soalan 2.1
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kumpulan tersebut dan
bincangkan setakat mana usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu
kedua-dua kumpulan tersebut untuk mencapai peluang pendidikan.
Ketaksamaan

peluang

pendidikan

terutamnya

bagi

golongan

minoriti

dan

indegenous ini adalah merupakan satu daripada isu yang lapuk namun masih
kurang jelas dari segi usaha dalam membanteras kekangan-kekangan yang wujud
bagi meletakkan kedua golongan tersebut berada di kelas yangs ama dengan
masyarakat atau komuniti yang lain. Oleh itu, pelbagai program atau laporan yang
telah dicanang bagi membendung masalah tersebut oleh pihak kerajaan. Anatara
masalah-masalah yang dihadapi oleh dua golongan tersebut adalah corak
penmbelajaran yang masih primitif dan tradisional dimana ketaksamaan dalam
pendidikan berlalku dalam masyarakat indegenous kerana sisitem pendidikan
sekolah yang dikembangkan ditanah air belum menyentuh sisitem belajar asli atau
lebih dikenali sebagai indigeneous learning system . sistem ini berkonsepkan
kepada niali-nilai aspek positif iaitu mempertahankan niali budaya tanpa kehilangan
kemampuan memeplajari sesuatu. Masalah yang ketara adalah persepsi golongan
tersebut yang primitif dan jumud kerana mengganggap bahawa mereka cukup
selesa dengan corak kehidupan sedemikian dan tegal dalam melindungi dan
mempertahankan kebudayaan sedia ada yang diwarisi sejak turun temurun dan
menganggap aliran atau perkembangan pendidikan luar mampu meregangkan
institusi kebudayaan mereka. Sesetengah daripada mereka masih belum bersedia
menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada
budaya hidup tradisional.
Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi dua golongan ini
adalah kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu satu bidang.
Pertumbuhan pusat urban yang lembab juga memberikan kesan kepada sistem
pendidikan di akwasan berkenaan. Ini merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan
untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif.
Suasana persekitaran fizikal dan sosiobudaya bagi kawasan pedalaman juga
kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi

akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT
dalamkalangan guru. Keadaan ini meyebabkan murid tidak berminat untuk belajar
apatalagi kebanyakkan murid di akwasan pedalaman terutamanya di Sabah dan di
Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka
sendiri. Kebanyakkan golongan tersebut masih terpinggir dalam arus pendidikan
kerana infrastruktur dan prasarana kurang lengkap dikawasan tempat tinggal
mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan berturap masih
belum disempurnakan dengan baik. Biasanya pembekalan kemudahan seperti itu
terhenti sebelum sampai ke kawasan penempatan mereka. Di sekolah pula, bekalan
elektrik tidak mencukupi dan memyebabkan pembelajaran berjalan dengan kurang
selesa dan tidak kondusif.
Selain itu, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina,
taraf sosioekonomi dan tahap kecerdasan murid. Jurang ini menyebabkan
perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan
bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang
kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara
penduduk

luar

bandar

mendapat perhatian

dan

kerajaan

bandar.
sejak

Usaha

Rancangan

menangani

jurang

ini

terus

Malaysia

Ketiga

(RMK-3):

merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya


dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian
sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama.
Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai
satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu.Hal ini juga turut mengakibatkan
murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri
mereka sendiri.Sikap ibu bapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran
anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.
Isu kelima ialah berkenaan dengan kekurangan motivasi untuk belajar
dantiada daya saing kerana bilangan pelajar yang sedikit. Ini ditokok tambah dengan
taraf sosioekonomi yang rendah dan ibu bapa yang mempunyai pendapatan rengah
tidak mampu menyediakan kelengkapan asas untuk anak anak mereka. Juga,
murid murid di pedalaman kurang minat belajar kerana ibu bapa mereka tidak
menekankan kepentingan belajar dalam diri anak anak. Oleh itu, kerajaan

berusaha merapatkan jurang pendidikan antara masyrakat bandar dengan luar


bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan dengan adil dan saksama.
Jurang digital merupakan perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT
anatar lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Jurang antara
tahap pencapaian pula merujuk kepada kesulitan menguasai kemahiran 4M iaitu
membaca, mengira, menulis dan menaakul, kegagalan dalam mencapai standard
minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada system pendidikan.
Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu kedua-dua kumpulan
tersebut untuk mencapai peluang yang lebih besar dan kesamaan peluang
pendidikan melalui kejayaan pelan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan yang
kebanyakkan daripada kejayaan pelaksanaan program PIPP dan PPPM adalah atas
dasar kekuatan kerjasama dalam dan luar Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui
Kementerian Pelajaran akan berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi
merapatkan jurang dalam kalangan pelbagai kaum dan etnik. Sementara itu, dalam
konteks pendidikan anak-anak golongan minoriti dan indigenous, kementerian
pelajaran memberikan fokus dan penekanan kepada keperluan mendefinisikan
semula persekolahan mereka. Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kemudahan
infrastruktur yang sempurna melibatkan kemudahan sekolah yang mempunyai
asrama dan kelengkapan di dalam dan di luar bilik darjah, penggunaan bahan bantu
mengajar yang terbaik oleh guru diharapkan dapat membantu golongan indigenous
dan minoriti ini. Ini bererti apa jua kemudahan yang disediakan perlu disamaratakan
secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigenous atau kaum minoriti.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tindakan kolektif dengan mengadakan
Program Outreach Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak bagi
Menangani Isu-isu Pendidikan Anak Orang Asli dan Indegenous. Anta kemudahan
yang diberikan adalah seperti pemeriksaan gigi, menggalakkan tabungan dan
sebagainya.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk mengatasi setiap
kepincangan dan kelemahan yang terdapat dalam system pendidikan negara. PIPP
yang dirancang oleh kementerian dapat memberikan peluang yang sama kepada
setiap kewarganegaraan untuk merapatkan jurang pendidikan. Dalam PIPP,
kemeterian merancang membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan

luar bandar. Antara strategi yang dirancang adalah menambahbaik Program


Pembangunan Pendidikan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak. Pelan tindakan yang
driancang adalah dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas melalui
projek seperti berikut termasuklah bilik darjah, asrama, rumah guru, menyediakan
bekkalan elektrik 24 jam dan menyediakan bekalan air ke semua sekolah. KPM
sentiasa melibatkan pelbagai pihak dalam perancangan dan pelaksanaan program
dan projek pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk menjayakan PIPP dan PPPM,
KPM perlu meningkatkan kefahaman kedua-dua pihak berkepntingan tentang dasar,
focus, startegi dan pelan tindakan supaya dapat disinergikan dengan kuasa,
kepakaran dan keupayaan mereka. Justeru dalam tempoh RMKe-9, KPM akan
meningkatkan komunikasi, hubungan serta kerjasama dengan semua pihak
berkepentingan termasuklah agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), Perbendaharaan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dan sebaginya
memastikan

kementerian

memperolehi dana dan sumber kewangan yang

mencukupi dengan padanannya. Kerajaan Negeri, kerajaan Tempatan, pejabat


Daerah dan pejabat Tanah agar KPM diberikan tapak yang sesuai bagi
pembangunan institusi pendidikan, Kementerian, agensi dan Abadan-badan lain
seperti

KPTM,KeKKWa,

KBS,

KKM Kementerian

Kerja

Raya,

Kemeterian

pengangkutan, PDRM, Jabatan Bomba dan penyelamata dan sebagainya.


Kerajaan telah memberikan perhatian khusus kepada usaha melonjakkan
pendidikan luar Bandar bagimerapatkan jurang anatara Bandar dan luar Bandar
suapaya semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk
cemerlang. Kerjasama dengan badan-badan kerajaan telah menyediakan beberapa
projek berimpak tinggi seperti memperluas program pendidikan prasekoalh dengan
menyediakan lebih daripada 2 400 kelas prasekolah di luar Bandar bagi hamper 61
000

kanaka-kanak

termasuklah

penyediaan

latihan

perguruan

prasekolah,

memeprbaiki penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik sepanjang temph


24 jam bagi 900 buah sekolah dan bekalan air bersih, meningkatkan kemudahan
bilik darjah luar Bandar supaya mencukupi dan berkualiti dengan menyediakan
sekolah baru. Melalui Pelan Induk pembangunan Pendidikan, bangunan tambahan
dan agntian serta mengubahsuai dan menaiktaraf lebih 2 600 sekolah rendah dan
menengah. Antara usaha yang dijalankan adalah seperti menyediakan asrama
sekolah baru dan memperbaiki asrama sedia ada bagi menampung keperluan

penghuni asrama di sekolah luar Bandar, mempertingkatkan kelas pemulihan di luar


bandar bagi menguasai penguasaan kemahiran 4M, memperluas penawaran mata
pelajaran vokasional sekoalh laur bandar bagi murid yang kurang cenderung dalam
akademik, membestarikan sekolah luar bandar yang mesra ICT seperti kemudahan
makmal akses internet, kelengkapan web-TV dan aebagainya, menyediakan insentif
bagi guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar.

Anda mungkin juga menyukai