Anda di halaman 1dari 1

Contoh refleksi

refleksi
Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil (invasion
game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih
mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini. Kami juga dapat berIikir
dengan lebih kreatiI dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk
membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga
bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu
dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Yazid bin
Deraman untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan
ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja
dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan
lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini
dengan jayanya.



Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum
membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya
menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja
kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai