Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERMAINAN MONOPOLI

(Briefing untuk peserta dan bankers)

Permainan ini dimulakan di petak START/GO dan berjalan seterusnya mengikut angka yang
ditunjukkan pada dadu.. Pemain yang berhenti diatas sebuah tanah bangunan yang belum dimiliki
oleh lain pemain, berhak membelinya dari bank dgn harga yg telah ditentukan di papan permainan.
Jika pemain tersebut tidak berhasrat membeli tanah bangunan tadi maka bank berhak menjualnya
kepada penawar yg tertinggi. Tujuan utama memiliki tanah bangunan sebanyak mungkin ialah
memungut sewa dari pemain yg berhenti diatas tanah milik tersebut. Wang sewa dapat dipungut
lebih banyak lagi jika diatas tanah bangunan didirikan rumah-rumah atau hotel. Hanya kalau sudah
memiliki 1 kompleks tanah bangunan (lihat huruf abjad yg bersamaan), pemain dibenarkan untuk
membina rumah-rumah atau hotel. Petak2 Community Chest dan Chancesdiberi apabila pemain
sampai di petak berkenaan dan pemain mesti melakukan apa yang diarahkan oleh kad tersebut.

ALAT-ALAT PERMAINAN
1. Token - Setiap pemain diberikan satu token yang digerakkan sekeliling papan permainan
mengikut jumlah bilangan yang diperolehi dengan membalingkan dua buah dadu.
2. Dadu - Dua buah dadu disertakan dengan permainan Monopoly.
3. Sebuah papan permainan yang dilengkapi dengan petak-petak menerangkan tanah
bangunan,stesen,sewa beli, chance, community chest dan penjara.
4. Kad geran tanah untuk setiap keping hartanah yang diterakan di atas papan permainan. Kad
geran tanah diberikan kepada pemain yang membeli hartanah tersebut pada harga yang
ditetapkan. Kad geran tanah boleh ditukar milik mengikut persetujuan pemain.
Keempunyaan tanah membolehkan pemain mengutip sewa daripada pemain yang singgah di
atas tapak hartanya mengikut kadar sewaan yang dituliskan di atas kad geran tersebut. Kad
geran tanah memberikan harga (nilai) harta waktu dibeli, kos
pembinaan rumah ataupun hotel di atas harta tersebut, harga sewaan yang bergantung kepada
berapa banyak rumah ataupun hotel yang dibina di atas harta tersebut.
4.1 Hartanah meliputi 22 harta di jalan-jalan tertentu dibahagikan kepada 8 kumpulan
mengikut warna dengan dua ataupun 3 harta bagi setiap kumpulan. Pemain mestilah
melengkapkan harta dalam sesuatu kumpulan (ada monopoly bagi kumpulan warna
itu) untuk membolehkan dia memajukan harta tersebut dengan pembinaan rumah ataupun
hotel.

4.2 Pemain juga dikira menguasai Monopoly dengan mempunyai geran untuk kedua-dua
syarikat utility (air dan elektrik) ataupun kesemua stesen kereta api semasa permainan.
Syarikat utiliti dan stesen kereta api tidak boleh dimajukan dengan rumah ataupun hotel.
4.3 4 stesen kereta api . Pemain mendapat kadar sewaan lebih tinggi jika mempunyai lebih
daripada satu stesen kereta api.
4.4 2 syarikat utiliti (air dan elektrik). Pemain akan mengutip sewaan pada kadar lebih tinggi
sekiranya mempunyai kedua-dua syarikat utiliti.
5. Wang kertas Monopoly jumlah wang yang boleh dikeluarkan oleh bank secara teorinya
tidak had, dan jurubank boleh mengeluarkan surat kredit ataupun lain-lain cara untuk
merekodkan kewangan (kebiasaannya jurubank mengeluarkan I.O.U. kepada pemain).
6. 32 buah rumah diperbuat daripada plastik dan 12 buah hotel juga diperbuat daripada plastik.
Bilangan rumah tidak boleh ditambah semasa permainan, dan jika kesemua rumah sudah
digunakan, pemain yang hendak memajukan hartanya tidak boleh membina rumah sehingga
ada pemain lain yang menjual rumah mereka. Keadaan yang sama juga diguna pakai untuk
pemain yang hendak memajukan hotel di atas harta mereka.
7. 16 keping cards Chance dan 16 keping kad Community Chest. Pemain membuka kad
berkenaan apabila sampai ke tapak Chance ataupun Community Chest dan mengikut
arahan yang tertera di atas kad berkenaan.

PERSEDIAAN
Setiap pemain akan diberikan wang Monopoly sebanyak $1500 yang akan dibahagikan kepada
nilaian wang berikut:
2x $500, 2x $100, 2x $50, 6x $20, 5x $10, 5 x $5 dan 5 x$1.

PERMULAAN
Permulaan membuang dadu secara bergilir-gilir, pemain yang membuang dadu yang paling
banyak angka akan memulakan permainan dahulu. Permainan dimulai petak START/GO.
Setelah itu,pemainan akan dijalankan mengikut aliran sesuai dengan angka dadu ke petak-petak
menurut arah panah. Jika token pemain terhenti di satu tapak tanah atau bangunan, petak itu
dapat dibeli oleh pemain dan pemain perlu membayar sewa jika tapak tersebut telah dimiliki
oleh pemain yang lain, atau membayar pajak dan sebagainya.

KEADAAN JIKA DADU MENUNJUKKAN NILAI YANG SAMA


Pemain dapat terus berjalan , akan tetapi pada lembaran ketiga jika angka dadu tetap menunjuk
angka yang sama, maka pemain harus segera masuk PENJARA
GAJI:

Setiap pemain yang melalui petak START diberi honararium (gaji) sebanyak $200 oleh bank.

PEMAIN YANG BERHENTI DITANAH BANGUNAN YANG BELUM DIMILIKI


ORANG
Bila seseorang pemain berhenti diatas TANAH BANGUNAN yang belum dimiliki orang lain,
dengan cara melempar dadu maupun dengan paksaan KAD CHANCE atau KAD COMMUNITY
CHEST ,pemain tersebut mendapat hak untuk membeli tanah bangunan tersebut, dengan harga
yang sudah ditetapkan, melalui bank. Setelah membeli tanah bangunan dan mendapat kad hak
milik dari bank, kad tersebut harus di letakkan diatas meja. Jika pemain tidak mahu membeli tanah
bangunan yang menjadi haknya, ia harus mengembalikan kepada bank untuk dijual kepada
penawar yang tertinggi. Semua pemain berhak mengajukan penawaran ,tidak terkecuali yang
menolak pembelian tadi.
BERHENTI DITANAH BENGUNAN YANG DIMILIKI ORANG
Bila seseorang pemain berhenti ditanah bangunan yang telah dimiliki pemain lain, dengan
perantaraan dadu maupun karena diharuskan oleh kad CHANCE atau COMMUNITY CHEST
,pemilik tanah bangunan mana berhak memungut sewa atas tanah tersebut sesuai dangan tarif
yang telah ditetapkan di kad hak milik. Selanjutnya kalau diatas tanah bangunan itu didirikan
rumah-rumah atau hotel sewanya dapat dipungut lebih tinggi dari tanah yang belum dibangun.
Tanah yang didagang kepada bank tidak berhak memungut sewa dan kad harus diletakkan
terbalik. PERHATIAN : Seorang pemilik tanah kalau alpa memungut sewa waktu giliranya
kehilangan haknya. (sewa tidak dapat di pungut lagi)
BERHENTI DI CHANCES ATAU COMMUNITY CHEST
Pemain haruslah mengambil kad yang paling atas setelah menurut arahan yang tertera pada kad
tersebut, kad itu perlu dikembalikan dibahagian bawah sekali himpunan kad2 community chest
yg lain.. Hanya kad keluar dari penjara dapat ditahan hingga terpakai atau dijual kepada lain
pemain.
BERHENTI DIATAS PETAK PAJAK
Perlu membayar sewa kepada tuan tapak/premis terbabit.

BANK
Tugas bank ialah membayar gaji-gaji dan hadiah-hadiah serta menjual tanah-tanah bangunan,
rumah-rumah, hotel-hotel, dan meminjamkan uang dengan cara hipotik.
PENJARA
Pemain harus masuk penjara disebabkan perkara yang berikut:
1)

Buah permainan yang mewakili permain berhenti di petak arahan untuk masuk ke penjara.

2)

Mendapat perintah masuk penjara dari kad CHANCE

3)

Kedua-dua buah dadu menunjukkan angka sama sebanyak 3x. Jika pemain masuk penjara ia
tidak berhak menerima $20.000 dari bank tiap-tiap kitaran. Kalau seorang pemain berhenti di petak

PENJARA karena lemparan dadu. Pemain tidak perlu dipenjarakan hanya melalui sahaja dan tidak
dikenakan hukuman penjara.

KELUAR DARIPADA PENJARA


Seseorang pemain dapat keluar dari penjara apabila :
1)

Lemparan dadu menunjukkan angka yang sama.

2) Membeli sebuah kad keluar dari penjara dari pemain lain yang mendapatnya.
3) Memberi wang denda $5000 kepada bank sebelum tiba gilirannya.
4) Pemain diberi kesempatan 3x lempar dadu untuk mendapat angka yang sama, setelah itu ia harus
segera membayar dendanya $5000 kepada bank dan berjalan terus menurut angka dadu.

RUMAH-RUMAH
Rumah dapat dibeli dari bank hanya jika seorang pemain memiliki tanah bangunan 1 kompleks (
dijelaskan dengan huruf abjad) rumah-rumah harus didirikan dengan jumlah yang sama setiap
petak. Dengan memiliki 1 kompleks TANAH BANGUNAN dengan rumah, pemain dapat dapat
memungut sewa 2x ganda. Rumah dapat dibeli pada bila-bila saja dengan jumlah menurut
kemampuannya, akan tetapi harus merata tiap petak 1 rumah dan seterusnya.
HOTEL-HOTEL
Setiap pemain harus memiliki 4 rumah dalam 1 siri TANAH BANGUNAN sebelum ia dibenarkan
membeli sebuah hotel. Harga hotel telah ditentukan di kad hak milik tanah. Setelah membeli hotel
tersebut pemain harus menyerahkan ke-4 rumahnya kepada bank, (diatas tanah bangunan hanya
diperbolehkan membangun 1 hotel).
KEKURANGAN BANGUNAN
Diwaktu bank telah kehabisan rumah untuk dijual kepada pemain, mereka yang hendak
mendirikan rumah harus menanti hingga salah seorang pemain mengembalikan rumahnya
kepada bank. Kalau pembeli lebih dari 1 orang, maka rumah tersebut dilelang.
MENJUAL HARTA KEKAYAAN
Bagi tanah bangunan yang belum dibangunkan, stesen perusahaan-perushaan dapat dijual
belikan sebagai transaksi peribadi antara pemain dan pemain dengan harga tidak terbatas. Tanah
bangunan dilarang dijual belikan bilamana 1 kompleks tanah bangunan masih terdapat rumahrumah yang belum dikembalikan kepada bank. Rumah dan hotel dapat dijual kembali kepada
bank, dengan syarat bank hanya membeli separuh harga. Mengenai hotel yang di jual, bank
hanya membayar separuh harga hotel ditambah dengan separuh jumlah dari harga 4 rumah.
MORTGAGES (Tanah digadaikan kepada bank)
Harga kekayaan hanya dapat dicagarkan kepada bank. Harga cagaran telah ditetapkan di kad

hak milik, dan bunganya talah ditetapkan 10% dibayar setelah cagaran ditebus. Tanah bangunan
yang dicagarkan : setelah ditawarkan kepada lain pemain, dapat ditebus oleh pemilik kad ini,
dengan syarat disamping membayar wang cagaran harus juga membayar bunga 10%. Kalau
pemilik baru gagal menebusnya, ia harus tetap membayar bunga 10% dan kalau kelak ia berhasil
menebusnya, disamping membayar bunga 10% wajib pula membayar harga pokoknya.

BANGKRUPCY/MUFLIS
Pemain akan diisytiharkan muflis kalau ia hutang tidak dapat dibayar. Segala harta kekayaan
harus diserahkan kepada creditor (pemberi hutang) dan perlu berhenti dari permainan.

KETERANGAN LAIN
Jika seorang pemain hutang kepada yang lain, ia dapat membayar hutangnya berupa wang tunai
& lagi dengan kekayaannya. Pihak pemiutang pada kebiasaannya sering membeli kad hak milik
lebih tinggi dari harga cagaran, dengan niat untuk mengelakkan pemain lain memiliki tanah
bangunan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai