Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN PELAJAR ISLAM PERLIS

ISLAMIC STUDENT ASSOCATION OF PERLIS


NO. 24, TBA 4, TAMAN BERSATU ARAU,
02600 ARAU, PERLIS

Rujukan kami
: PERPIP/1516/01/PMGPs16(01)
Tarikh
: 16 DISEMBER 2015
Kepada:
(alamat)

Tuan/Puan,
PERMOHONAN TEMPAT PROGRAM PERKAMPUNGAN MENARA GADING
PERLIS 2016 (PMGPs 16)
Didoakan semoga Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera.
2.
Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan
Pelajar Islam Perlis (PerPIP) menjemput pihak Universiti Malaysia
Perlis untuk menganjurkan program bersama iaitu Perkampungan
Menara Gading Perlis 2016 (PMGPs 16).
3.
Untuk makluman pihak Tuan/Puan, program ini dianjurkan khas untuk
penyertaan pelajar lepasan SPM/STPM dan juga STAM bagi tujuan memberi
pendedahan awal kepada mereka tentang kehidupan di alam kampus serta
sistem pembelajarannya yang kompleks. Butiran program adalah seperti
berikut:
Tarikh
: 5 7 Februari 2016
Masa
: 2:30 ptg (5 Februari 2016) 3.00 ptg (7
Februari 2016)
Tempat
: Universiti Malaysia Perlis
Penyertaan
: 100 orang peserta dan 30 orang urusetia

4.

Objektif program ini ialah:


4.1
4.2

Mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta


sistem pendidikan yang kompleks.
Melaksanakan latihan yang membentuk peranan mahasiswa dari segi
kepimpinan dan keperibadian sebagai mahasiswa Islam yang unggul.

4.3
4.4

Memperteguh pembangunan diri dari segala aspek termasuk rohani,


jasmani, emosi dan intelektual.
Memperkukuh pembangunan sahsiah mahasiswa supaya berjiwa
ummatik yang
merangkumi 4 lingkung kebitaraan.

5.
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pengunaan
prasarana yang merangkumi kemudahan di dalam universiti seperti tempat
penginapan untuk para peserta dan urusetia, dewan kuliah, dewan makan,
surau serta alat siaraya untuk menjalankan program ini.
6.
Beserta surat ini, kami lampirkan bersama kertas kerja program sebagai
rujukan pihak tuan/puan. Turut disertakan adalah keperluan tempat semasa
program (Lampiran A). Untuk makluman tuan juga, terdapat juga segelintir
pelajar UiTM yang melibatkan diri sebagai jawatankuasa program ini. Senarai
nama pelajar pekajar menjadi sukarelawan program ini turut disertakan
dalam Lampiran B. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang
kemusykilan dan pertanyaan, pihak Tuan bolehlah menghubungi wakil
berikut:
I.
II.

Saudara Muhammad Akmal Bin Rasidi


3808019)
Saudari Atikah Zuhairah Binti Amir

(013(019-

4073172)

7.
Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar permohonan kami ini
dipertimbangkan dan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Tuan.
Pihak kami bersedia untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak tuan. Kerjasama dari pihak Tuan amatlah kami hargai dan
didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,

Yang Benar,

PERSATUAN PELAJAR ISLAM PERLIS


ISLAMIC STUDENT ASSOCATION OF PERLIS
NO. 24, TBA 4, TAMAN BERSATU ARAU,
02600 ARAU, PERLIS

(Falah Akmal Bin Ismail)


Pengarah Program,
Perkampungan Menara Gading Perlis 2016,

Anda mungkin juga menyukai