Anda di halaman 1dari 5

MOHD HAFISZUL AHMAD HAMDAN (860408388601)

CEE 524
ASSIGNMENT 11 & 12

Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Hari

: Rabu

Masa

: 1 (9.00 pagi 9.40 pagi)

Kelas

: 5 Cemerlang

Tajuk

: Kemahiran Sukan dan Rekreasi

Subtajuk

: Permainan Sepak Takraw

Hasil Pembelajaran : Murid dapat,


a) Melakukan kemahiran asas dalam permainan sepak takraw dengan
betul dan selamat.
b) Menyatakan tiga posisi yang terdapat dalam permainan sepak takraw
c) Menyatakan sekurang-kurangnya dua peraturan dan undang-undang
dalam permainan sepak takraw
Aktiviti

: i) Pelajar diberikan penerangan tentang kemahiran asas dan kemahiran


dalam sukan sepak takraw.
ii) Pelajar dikehendaki melakukan tiga kemahiran yang telah diajarkan
oleh guru.
iii) Pelajar diberikan penerangan tentang peraturan dan undang-undang.

KBKK:
Melakukan kemahiran dengan betul dan selamat.
Nilai:
1. Keyakinan Diri
2. Bekerjasama

MOHD HAFISZUL AHMAD HAMDAN (860408388601)


CEE 524
ASSIGNMENT 11 & 12

Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Hari

: Jumaat

Masa

: 1 (8.00 pagi 8.35 pagi)

Kelas

: 5 Cemerlang

Tajuk

: Kemahiran Sukan dan Rekreasi

Subtajuk

: Permainan Sepak Takraw

Hasil Pembelajaran : Murid dapat,


a) Menggabungkan kemahiran-kemahiran dalam permainan sepak takraw
Aktiviti

: i) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3


orang pelajar untuk setiap kumpulan.
ii) Guru akan menentukan perlawanan untuk setiap regu untuk
permainan 1 set sahaja.

KBKK:
Melakukan kemahiran dengan betul dan selamat.
Nilai:
1. Keyakinan Diri
2. Bekerjasama

MOHD HAFISZUL AHMAD HAMDAN (860408388601)


CEE 524
ASSIGNMENT 11 & 12

LAPORAN RINGKAS HASIL PELAJARAN KEMAHIRAN PERMAINAN.

Dalam permainan Sepak Takraw, guru akan membuat pengenalan kepada permainan
sepak takraw. Pelajar kemudiannya diterangkan kemahiran asas dan kemahiran-kemahiran yang
terdapat dalam sukan sepak takraw. Kemahiran ini melibatkan kemahiran individu. Antaranya
kemahiran membuat servis, kemahiran libas bola dan kemahiran menimbang bola takraw.
Seterusnya, pelajar dikehendaki mempamirkan atau menunjukkan kemahiran-kemahiran yang
telah diajarkan kepada mereka dengan betul. Sekiranya pelajar melakukan kesilapan atau
kesalahan, guru akan memperhentikan permainan dan menunjukkan kemahiran yang betul
kepada pelajar.
Bagi melatih pelajar untuk menepati sasaran ketika membuat servis atau melibas bola,
guru akan mengarahkan pelajar untuk menyasarkan sasaran kepada kon-kon yang diletakkan di
gelanggang sebelah jaring. Pelajar perlu memastikan bola tersebut mengena salah satu kon
tersebut. Jika berjaya mahupun tidak berjaya konsep ganjaran dan dendaan dilakukan. Tujuan
cara ini dilakukan ialah memastikan pelajar belajar dengan penuh semangat. Selain itu, pelajar
juga diberikan penerangan untuk peraturan dan undang-undang dalam permainan sepak takraw.
Contohnya, mereka hanya boleh menimbang atau menyentuh bola sebanyak 3 kali sahaja untuk
setiap kali bola yang masuk ke gelanggang. Pelajar tidak dibenarkan sesekali menggunankan
tangan untuk menerima servis daripada pihak lawan. Sekiranya ada pemain yang telah
melanggar peraturan permainan,guru akan berhentikan permainan untuk menerangkan kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka dan mengulangi kembali permainan tersebut.

MOHD HAFISZUL AHMAD HAMDAN (860408388601)


CEE 524
ASSIGNMENT 11 & 12

LAPORAN RINGKAS PERUBAHAN KEMAHIRAN PERMAINAN


Beberapa kemahiran asas dapat di bentuk setelah setiap individu memilih kemahiran
berdasarkan posisi yang sesuai. Dari segi kemahiran individu dapat dibahagikan kepada tiga iaitu
berdasarkan posisi dalam permainan sepak takraw seperti berikut:
1. Tekong
Kemahiran Individu
o Melakukan servis secara individu dengan cara bola digantung dengan tali.
Pelajar akan mempraktikkan hala tuju bola tersebut berdasarkan pukulan
dan arah servis.
Kemahiran Berpasukan
o Apit kanan akan membaling bola kepada tekong. Tekong akan meminta
bola berdasarkan kemampuan tekong. Lambungan yang cantik dan
menepati kriteria tekong akan menghasilkan servis yang padu.
2. Apit Kanan
Kemahiran Individu
o Pelajar akan melakukan libasan kepada bola yang digantung berdasarkan
aras kemampuan pelajar dengan menggunakan teknik yang betul.
Kemahiran Berpasukan
o Apit kanan akan menerima umpanan daripada apit kiri untuk melakukan
libasan. Terdapat beberapa jenis libasan yang padu. Namun, aspek
keselamatan amat dititikberatkan untuk melakukan libasan yang betul dan
selamat.
3. Apit Kiri
Kemahiran Individu
o Kemahiran apit kiri ialah dengan cara menimang bola dengan
menggunakan kedua belah kaki iaitu kiri dan kanan. Walaubagaimanapuan
kaedah yang sempurna ialah pelajar perlu memastikan timangan di angkat
lurus keatas dengan sendiri.
Kemahiran Berpasukan
o Kemahiran asas yang diperlukan oleh apit kiri ialah dapat memberikan
umpanan yang baik kepada apit kanan. Umpanan yang baik ialah umpanan
yang dilambungkan berhampiran dengan net untuk dilibas oleh apit kanan.
Dalam pasukan apit kiri memainkan peranan penting untuk mengelirukan
pihak lawan.

MOHD HAFISZUL AHMAD HAMDAN (860408388601)


CEE 524
ASSIGNMENT 11 & 12

Berikut merupakan perubahan yang dilakukan oleh saya untuk memastikan pelajar saya dapat
belajar berdasarkan kebolehan masing-masing. Walaubagaimanapun teknik asas amat diperlukan.
Cara mudah untuk mengajar pelajar melakukan teknik asas dengan mudah ialah sepak raga
bulatan. Kemahiran individu dan kumpulan amat penting dalam kemahiran permainan ini.

Anda mungkin juga menyukai