Anda di halaman 1dari 2

Sejarah ramalan melalui tangan bermula sejak zaman prasejarah lagi.

Orang Cina sudah menggunakan kaedah ramalan ini sejak 5000 tahun lalu.
Aristu telah menulis risalah berkenaan ramalan melalui tangan ini pada 350
pra-Masehi. Ilmu ramalan melalui tangan ini turut dipelajari oleh orang
Rom, India (lihat Ramalan melalui Tangan Vedik), Cina (lihat Ramalan
melalui Tangan Cina), Arab, Ibrani, Melayu dan Mesir juga.

Terdapat dua pendekatan yang berbeza ramalan melalui tangan.


Cheiromancy ia meliputi pendekatan tilik nasib merujuk kepada retak tapak
tangan. Sementara cheirognomy pula dikenali sebagai analisis mengenai
kekuatan dan kelemahan keperibadian seseorang. Ianya termasuk cap jari
dan rajah kulit. Kebanyakannya lebih suka memilih kedua-duanya sebagai
pendekatan antara yang lama dan baru.

Dengan kelebihan websites ramalan melalui tangan yang ada tersedia, saya
sudah memutuskan untuk menunjukkan maklumat yang kurang dikenali
dan luar biasa. Orang yang suka menikmati pendekatan psikologik
seharusnya menjelajah ke website bagus Arnold Holtzman berkenaan
Psychodiagnostic Chirology.

Cincin di Jari
Memakai cincin di jari telunjuk menunjukkan anda mahu menguasai.

Memakai cincin di jari hantu menunjukkan anda selalu ambil berat yang
berkaitan dengan kesejahteraan dan keselamatan.

Cincin di jari manis menunjukkan anda berminat untuk hal-hal percintaan.

Cincin di jari kelingking menunjukkan anda berminat untuk hal yang


berkaitan dengan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.

Cincin dipakai di ibu jari menunjukkan kehendak anda menguasai


situasidengan keadaan kurang menyenangkan.

Menyilangkan tangan anda


Ibu jari mana berada di atas bila menyilangkan tangan? Kalau ibu jari
sebelah kanan tinggal di atas, bermakna anda suka sesuatu yang logik
daripada kreatif. Anda lebih suka membuat perancangan daripada untuk
menyesuaikan diri. Belahan otak sebelah kiri menguasai diri anda.

Kalau ibu jari sebelah kiri berada di atas, anda adalah tokoh kreatif yang
tidak ambil pusing untuk melakukan sesuatu dengan serta-merta. Belahan
otak sebelah kanan menguasai diri anda.

Jari kelingking.
Jari kelingking anda berkeadaan lekuk di jari manis?
Itu bermakna anda adalah seorang yang cerdik. Semoga anda gunakan
kecerdikan tersebut untuk tujuan kebaikan bukannya bertujuan untuk
kejahatan!

Jari kelingking anda berkeadaan keluar?


Anda tidak takut pada sesiapa pun dan selalu bertindak nekat.

Jika anda memegang tangan dengan longgar di atas meja atau di


berkeadaan tapak menghadap ke atas, dan jari kelingking masuk ke dalam.
Itu bererti anda seorang yang kuat menyimpan rahsia.

Jika jari kelingking anda pendek dan agak melengkung ke jari manis.Itu
bermakna anda sering mendapat kesusahan apabila membuat hubungan
atau perjanjian dengan orang lain.

Jari kelingking anda kelihatan agak terkeluar dari tangan?


Itu bermakna anda seorang yang suka kepada kebebasan. Jika berbuat
perjanjian, perjanjian tersebut tidak berjalan dengan lancar sebagaimana
yang diharapkan. Oleh itu berwaspada apabila hendak berbuat sesuatu.

Jari kelingking anda kelihatan agak tebal?


Itu bererti anda seorang yang suka bertengkar dan setiapkali pertengkaran
anda mesti hendak menang walau apa cara sekalipun. Anda juga sering
memberikan kata-kata pedih pada pihak lawan.

RAMALAN MELALUI KUKU


Kebanyakan orang mempunyai tanda-tanda putih di setengah atau semua
kuku mereka. Jumlah tanda berwarna putih atau kelabu menunjukkan
waktu tekanan dan keletihan dan kemungkinan tidak seimbangan zinc
dalam sistem badan anda dan beberapa ramalan lain.
Tanda putih tersebut bergantung pada letaknya ia pada kuku anda.
Jika ianya terletak di bahagian bawah kuku ia mengisahkan masa depan,
jika di bahagian tengah kuku ia mengisahkan masa kini dan bahagian atas
kuku ia mengisahkan masa lampau.
Jika tanda putih di ibu jari meramalkan anda akan mendapat hadiah atau
pemberian.
Jika tanda putih di jari telunjuk menunjukkan pengaruh kawan baik.
Jika tanda putih di jari hantu menunjukkan tindakan seorang musuh.
Jika tanda putih di jari manis menandakan pencinta baru atau perkahwinan.
Jika tanda putih di jari kelinking menunjukkan perjalanan.
Jika berwarna kebiru-biruan di kuku ianya meremalkan anda kan mendapat
sesuatu kecelakaan.

Anda mungkin juga menyukai