“Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang saleh.”
(al-Mu’minun: 51)
Berfirman Allah:
FirmanNya lagi:
Dan firmanNya:
FirmanNya lagi:
“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih
utama baginya.”
Ketahuilah bahwa keterangan yang halal dan yang haram itu dapat
dipelajari perinciannya di dalam kitab-kitan fiqh. Seorang murid tidak perlu
lagi kepada huraian yang lebih lengkap, sebab di situ telah pun diterangkan
mana-mana makanan yang telah difatwakan hukumnya sebagai yang halal, dan
ia tidak lagi perlu mencari makanan selain dari yang telah ditentukan itu.
Tetapi bagi orang yang memang sikapnya suka memakan bermacam-macam
makanan, maka sudah tentulah ia memerlukan untuk mendalam ilmu agama
yang menentukan mana yang dikatakan halal, dan mana pula dikatakan haram.
Kini kita suka menunjukkan satu kesimpulan dalam pokok
pembahagiannya; iaitu sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat
benda itu sendiri, ataupun kerana sesuatu punca dalam cara memperolehinya.
Bahagian pertama: Adapun yang dikatakan haram kerana sesuatu sifat
pada zatnya ialah seperti arak, daging babi dan lainnya. Dan keterangan
selanjutnya, bahwasanya semua benda-benda yang dimakan yang terdapat di
atas muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian:
(1) Merupakan benda galian (ma’din) seperti garam dan tanah atau
sebagainya.
(2) Benda tumbuh-tumbuhan (nabati)
(3) Binatang
BENDA GALIAN:
Adapun benda galian itu daripada berbagai-bagai bahagian bumi dan
segala yang keluar dari bumi, maka hukumnya tidak haram memakannya,
kecuali jika ia mendatangkan mudharat bagi orang yang memakannya atau
kerana pada sebahagiannya terdapat bahan-bahan yang sama seperti racun.
Pendekkata, jika roti sekalipun bila memudharatkan orang yang memakannya
tetap haram hukumnya. Begitu juga dengan tanah, jika ada orang yang biasa
memakannya tidak haram hukum memakannya, hanya diharamkan kerana ia
boleh memudharatkan pemakanannya saja.
TUMBUH-TUMBUHAN:
Segala tumbuh-tumbuhan tidak haram hukum memakannya,
melainkan yang mempunyai unseur-unsur yang boleh merosakkan akal fikiran
ataupun yang boleh memusnahkan kehidupan, atau menganggu kesihatan.
Adapun yang boleh merosakkan akal fikiran itu seperti ganja, arak dan segala
benda-benda yang boleh memabukkan. Yang memusnahkan kehidupan pula
ialah segala jenis racun. Dan yang mengganggu kesihatan ialah memakan ubat
bukan pada masa-masa yang ditentukan. Pokok pengharaman yang
disebutkan ini ialah disebabkan ia mendatangkan kemudharatan kepada diri,
kecuali arak dan benda-benda lain yang memabukkan, maka hukumnya tetap
haram sama ada ia diminum sedikit saja, atau pun memang orang yang
meminumnya itu biasanya tidak mabuk.
BINATANG
Manakala binatang pula, maka is terbahagi kepada yang boleh dimakan
dan yang tak boleh dimakan. Keterangan lanjut mengenai binatang-binatang ini
ada disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, sila rujuk kepadanya. Hanya yang
dikatakan binatang yang boleh dimakan itu, bila ia disembelih dengan
sembelihan yang ditunjuk oleh syariat, dengan syarat-syaratnya yang
ditentukan ke atas penyembelih, alat penyembelihan dan tempat-tempat
penyembelihan yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh. Binatang yang bukan
disembelih menurut syarat-syarat syariat, ataupun yang mati begiti saja,
adalah haram memakannya dan dikira seperti bangkai, sedangkan memakan
bangkai itu, tidak halal, kecuali bangkai ikan dan belalang saja.
Bahagian kedua: Adapun yang dikatakan haram kerana punca
meletakkan tangan ke atasnya, yakni memperolehinya, terbahagi kepada dua
bahagian lagi:
(1) Sesuatu yang diperolehi tanpa ada pemiliknya, seperti memperolehi
galian dari tanah atau menghidupkan tanah yang mati, memburu, mengutip
kayu-kayan, mengambl air dari sungai dan memotong rumput, maka semua ini
adalah halal dengan syarat segala yang diperolehi dari benda-benda yang
tersebut tadi tidak terkhusus kepunyaan seseorang, tegasnya tidak ada
pemiliknya yang sah.
(2) Sesuatu yang diperolehi secara paksa dari orang-orang yang tiada
dilindungi oelh hukum agama, seperti fai; iaitu harta pampasan dalam
peperangan atau, ghanimah; iaitu pembahagian harta yang diperolehi dalam
peperangan. Begitu juga dengan harta kekayaan orang-orang kafir yang masuk
berperang dengan kaum Muslimin. Maka harta benda-harta benda seumpama
itu semuanya halal bagi kaum Muslimin, setelah dikeluarkan daripadanya
seperlima bahagian sebagai zakatnya, kemudian boleh dibahagikan-
dibahagikannya kepada orang-orang yang berhak secara adil dan jujur. Harta
benda yang dirampas dari orang-orang kafir yang telah dilindungi oleh
Pemerintah Islam, atau yang telah diberikan keamanan dan perjanjian oleh
Pemerintah Islam, tidak halal untuk dimiliki, melainkan harus dikembalikan
kepada yang mempunyainya.
(3) Sesuatu yang diperolehi dengan jalan tukar-menukar dengan syarat
masing-masing, maka hukumnya halal juga dengan syarat harta warisna yang
akan diwarisi itu didapati dengan cara yang halal (bukan haram). Harta
warisan itu hanya boleh dibahagi-bahagikan, setelah ditunaikan segala piutang
si mati, dan sesudah djalankan wasiat yang ditinggalkannya terlebih dulu.
Manakala pembahagiannya kepada ahli waris pula, mestilah dijalankan dengan
adil menurut syariat; iaitu sesudah dikeluarkan hak-ahak atas si mati, seperti
haji yang wajib, zakat yang belum dikeluarkan atas hartanya dan kaffarah
(denda yang mesti dfibayar) dan sebagainya.
Masih ada lagi bahagian-bahagian yang lain, tetapii memadailah di sini kami
terangkan pokok-pokok yang penting saja. Walau bagaimanapun, perlu bagi
setiap murid mengetahui, bahwa segala yang dimakannya itu benar-benar dari
jurusan-jurusan yang diredhai Allah. Kalau tidak, maka sewajarnya dia
menanyakan seorang alim yang mengetahui tentang perkara itu. Awas jangan
sekali-sekali memberanikan diri membuat sesuatu dengan kajahilan, sebab
sebagaimana orang alim itu akan disoal: Mengapa engkau telah menyalahi
ilmumu bila melakukan sesuatu, maka orang jahil juga akan disoal: Mengapa
engkau tetap dalam kejahilanmu dan tidak mahu belajar, sesudah engkau
mengetahui bahawasanya: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.
Tingkatan halal dan haram
(1) Wara’ dengan menjauhkan diri dari segala perkara haram yang
difatwakan oleh para fuqaha.
(2) Wara’ dengan menghidarkan diri dari perkara yang syubhat kerana takut
kemungkinannya berasal dari yang haram.
(3) Wara’ terhadap perkara yang tiada samar lagi tentang penghalalannya,
tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram; iaitu seperti meninggalkan
perkara yang harus dilakukan.
(4) Wara’ melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa yang
menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya atau
diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa kepada
Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadaNya.
Diceritakan suatu peristiwa dari Ibnu Siri, bahwasanya ia telah menolak untuk
menerima dari kongsinya wang sebanyak 4,000 dirham, kerana terlintas di
dalam hatinya bahwa orang itu tidak bersih, meskipun para alim ulama dalam
zamannya telah bersepakat mengatakan bahwa tidak ada apa-apa yang harus
diragukan tentang wang tersebut.
Peristiwa yang lain diceritakan oleh setengah orang, bahwa seorang alhli salaf
harus menerime hutanganya sebanyak 100 dirham dari seseorang yang
berhutang. Apabila hutang itu mahu diselesaikan, dia hanya menerima 99
dirham saja, dibiarkan satu dirham yang baiki pada si putang, kerana dikhuatiri
barangkali dengan menerima secukupnya 100 dirham itu nanti terdapat
kelebihan dari hak yang mesti diterimanya.
Ada setengah mereka pula, bila dalam perniagaan, mereka sentiasa menerima
kurang sebutir dalam timbangan dan bila menjual mereka sentiasa melebihkan
sebutir pula.
Di antaranya ada pula yang menjaga betul-betul tentang berang-barang atau
relakan oleh orang, sama ada yang berupakan kelebihan atau kekurangan,
kerana jika telah direlakan memanglah halal hukumnya. Tetapi dikhuatiri cara
begitu akan membuka pintu, atau menjadi tabiat baginya untuk membuat
perkara yang serupa kepada orang lain, sehingga tabiat itu menjadi biasa pula;
iaitu bila memberi suka mengurangkan dan bila menerima suka dilebihkan.
Dengan begitu, tak dapat tidak jiwanya akan jauh dari bersifat wara’.
Membicarakan tentang kewara’an lagi, ada setengah orang sampai enggan
mengambil debu dari tembok rumahnya sendiri, bila rumah itu sewaan, kerana
dikhuartiri dia tiada berhak di atas debu itu.
Pernah diceritakan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada suatu masa ketika
beliau menyukat minyak wangi bagi kaum Muslimin, beliau menutup hidung
supaya tidak tercium baunya. Setelah selesai menyukat, beliau lalu berujar
kepada orang ramai di situ: Ya bukankah minyak wangi itu tidak ada
manfaatnya selain dari baunya saja.
Cerita yang lain tentang kewara’an ialah ada seorang yang sedang menunggu
orang yang sakit tenat, lalu pesakit itu pun meninggal duni pada malamnya.
Maka berkatalah orang yang menunggu itu tadi: Kini matikanlah lampu-lampu
yang ada, kerana lampu-lampu dan minyaknya sekarang telah berpindah milik
kepada para waris.
Yang lain lagi ialah mengenai peristiwa al-Hasa bin Ali r.a. ketika masih kecil,
telah memakan sebiji kurma sedekah, maka Rasulullah s.a.w. pun mengorek
mulutnya seraya berkata: Kakh…Kakh, yakni keluarkan ia… keluarkan ia!
Pernah diceritakan sebelum ini bahwa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah
memuntahkan susu yang diberi minum oleh hamba sahayanya, semata-mata
kerana ia hasil upah dari ramalan yang dibuatnya oleh hamba sahayanya itu.
Beliau telah melakukan itu kerana takut perutnya dimasuki sesuatu yang
haram, ataupun yang haram itu akan menambah kekuatan dalam badannya,
padahal bila meneguknya beliau tiada mengetahui sumber minuman itu dari
mana, dan menurut hukum tidak wajib memuntahkannya semula. Akan tetapi
membersihkan perut dari segala yang jelek itu adalah suatu sifat wara’ para
siddiqin.
Sebagai kesimpulan mengenai perkara yang dibicarakan ini maka setiap kali
seseorang hamba itu menjaga diri dengan tegas dari yang diragukan
kebersihannya, setiap itulah bebanannya akan menjadi ringan kelak di Hari
Kiamat, dan ia akan terjauh dari neraca kejelekan, manakala neraca
kebajikannya akan menjadi lebih berata pula.
Kini andan telah mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka terserahlah
kepada anda untuk membuat pilihan. Anda boleh mengambil sikap berhati-hati
dan memelihara diri, ataupun boleh juga mengambil sikap mempermudah dan
meringankan. Tetapi sebaliknya hendaklah anda berjaga-jaga kalau perkara itu
bagi kepentingan diri sendiri dan tak mengapalah dipermudahkan kalau perkara
itu menyentuh kepentingan orang lain.
Peringkat-peringkat syubhat
“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata,
dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang
kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri
dari perkara-perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah
melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam
perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang
haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar
tempat larangan , akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu.”
Hadis tersebut merupakan suatu nas yang menunjukkan tiga bahagian
dari peringkat-peringkat hukum, iaitu:
(1) Perkara syubhat, iaitu peringkat yang paling rumit sekali antara tiga
bahagian itu. Perkara syubhat ini biasanya banyak orang ramai tidak
mengetahui, oleh itu haruslah ia diberikan penerangan seluas-luasnya, sebab
perkara yang tiada diketahui pula orang sedikit, jadi patutlah ia dijelaskan
kepada orang ramai.
(2) Perkara halal mutlak, atau halal yang sudah jelas hukumnya iaitu
perkara yang telah sunyi zatnya (bendanya) dari segala sifat yang menyebabkan
pengharaman pada benda itu, dan ia terlepas dari sebab-sebab yang
menghukumkan pengharaman atau kemakhruhannya.
(3) Perkara haram mahadh, atau haram yang sudah jelas hukumnya; iaitu
perkara yang ada padanya sifat yang mengharamkan yang sudah tidak payah
diragukan lagi, seperti arak kerana terlalu berat pengaruhnya terhadap diri,
atau air kencing kerana sudah terang kenajisannya. Ataupun yang diperolehi
dengan cara-cara yang terlarang sama sekali oleh agama, seperti penghasilan
sesuatu dengan jalan penganiayaan atau riba atau yang seumpamanya.
Dua perkara yang halal dan yang haram itu telah jelas hukumnya. Kemudian
akan dimasukkan ke dalam dua kategori ini man yang telah ternyata
perkaranya, tetapi besar kemungkinan berubah keadaannya kelak, dan
kemungkinan perubahannya tidak ada sebab-sebab yang tertentu yang boleh
menunjukkan kepada perubahan itu. Kemungkinan yang tiada dapat dicarikan
dalilnya, sama seperti kemungkinan yang tiada pada bendanya.
Ada pun perkara syubhat itu ialah segala sesuatu yang belum jelasnya
perkaranya, umpamanya dua keyakinan yang timbul dari dua sebab yang
berkaitan dengan kedua-dua keyakinannya tadi.
Dalam persoalan syubhat ini ada beberapa hal yang harus diperhatikan, iaitu:
Pertama: Adanya keraguan pada sebab-sebab yang menghalalkan atau yang
mengharamkan. Kiranya kedua-dua kemungkinan halal dan haramnya itu sama,
maka hukumnya dikembalikan kepada hukum yang telah ada sebelumnya, dan
hukum inilah yang harus dipegang, dan tidak boleh ditinggalkan perkaranya
terbiar di dalam keraguan terus-menerus. Kemudian andaikata suatu
kemungkinan baru ditimbulkan, mengalahkan (mengatasi) kemungkinan yang
telah ada serta dibuktikan dengan dalil-dalil yang kuat dan mu’tabar (sah),
maka hendaklah dihukumkan menurut kemungkinan yang baru yang telah
mengatasinya itu.
Perkara-perkara serupa ini tidak akan jelas melainkan dengan contoh-contoh
dan dalil-dalil yang terang, maka oleh itu kami bahagikan kepada empat
bahagian:
(1) Perkara yang telah nyata pengharamannya sebelum itu, kemudian
timbullah keraguan dalam dalil atau hujah untuk menghalalkannya. Perkara
serupa inilah yang dikatakan syubhat yang harus dijauhi dan diharamkan
memberanikan diri untuk menghalalkannya.
(2) Perkara yang sudah diketahui penghalalannya lalu timbullah keraguan
dalam dalil atau hujah untuk mengharamkannya. Maka hukumnya yang
diberatkan ialah halal dan harus dipegang dengan hukum yang tersebut.
(3) Perkara yang asalnya sudah jelas haram, akan tetapi timbullah sesuatu
sebab yang mewajibkan perkara itu menjadi halal dengan suatu sangkaan yang
kuat, sedangkan perkara itu masih juga dalam keraguan, hanya yang patut
diberatkan ialah penghalalannya. Dalam perkara serupa ini haruslah
diperhatikan sebabnya terlebih dulu. Kiranya kemungkinan penghalalannya
bersandar kepada suatu sebab yang mu’tabar dalam hukum syariat, maka
hukum yang dipilih untuknya ialah halal, hanya menjauhinya dikira suatu
kewara’an. Misalnya: Seseorang pemburu memanah seekor buruan, tetapi
binatang itu dapat melarikan diri sehingga bila ditemui di dapati binatang itu
sdudah mati, dan tidak ada tanda-tanda lain pada badan binatang itu hanya
anak panah pemburu itu saja, padahal berkemungkinan sekali bahwa binatang
itu mati kerana jatuh terhempas atau kerana sebab-sebab lain, bukan kerana
anak panah pemburu tadi. Maka dalam hal yang serupa ini, hukum yang dipilih
oleh syariat ialah halal, kerana luka tersebab anak panah tadi adalah sebab
yang lahir yang menjadikan binatang itu mati, dan yng demikian itu telah
terbukti. Jadi diberatkan hukum matinya binatang itu kerana terkena anak
panah, dan bukan kerana sebab-sebab yang lain, dan kemungkinan matinya
oleh sebab-sebab yang lain itu masih diragukan dan tidak ada buktinya. Dalam
istilah hukum syariat, sesuatu yang telah ditentukan keyakinannya tidak boleh
ditolak dengan lahirnya keraguan yang belum tentu betul.
(4) Perkara yang sudah diketahui penghalalannya akan tetapi timbul
sesuatu yang baru dalam kemungkinan yang memberatkan pengharamannya,
bergantung atas sebab yang mu’tabar dalam syariat, maka hendaklah ditolak
hukum asalnya yang halal dan dihukumkan haram. Misalnya: Seorang yang
meneliti keadaan dua bejana, lalu dengan ijtihadnya bersandarkan kepada
sesuatu tanda yang tertentu, dia dapat menentukan kemungkinan salah satu
dari dua bejana itu mengandungi najis, maka dalam hal serupa ini hendaklah
dihukumkan haram meminum air dari bejana itu, sepertimana diharamkan
mengambil wudhu’ dari air tersebut.
Kedua: Syubhat yang timbul kerana adanya percampur adukan antara yang
halal dengan yang haram, sedangkan perkaranya tidak boleh diperbedakan,
ataupun dipisahkan antara satu dengan yang lain.
Percampuran itu ada bermacam-macam contohnya:
(1) Percampuran yang berlaku dengan bilangan yang tertentu, misalnya seekor
bangkai yang bercampur aduk dengan seekor binatang yang disembelih,
ataupun bercampur aduk dengan sepuluh ekor binatang yang disembelih.
Misalannya yang lain: Seorang saudara perempuan sesusuan bercampur aduk
dengan sepuluh orang wanita lain (yang tiada dikenali mana satu). Inilah
syubhat yang wajib dijauhi menurut ijma’ para ulama, kerana amat sukar dan
tidak ada jalan sama sekali untuk menyiasat atau berijjtihad lagi, apatah lagi
jika tanda-tandanya tidak dapat dikenali.
Menurut dasar hukum, yang bercampur aduk dengan bilangan yang tertentu
(kecil) jadilah ia seperti benda yang satu, dan kemungkinan keyakinan
penghalalanya dan pengharamannya sama sedarjat. Dengan itu hujah untuk
memberatkan penghalalannya menjadi lemah, sedangkan wajah laranngannya
dianggap lebih berat dalam kacamata syariat Islam, maka oleh itu hukum
larangannya lebih diberatkan.
(2) Percampuran haram yang desikit dengan halal yang banyak. Misalnya:
Jika bercampur seorang saudara perempuan sesusuan atau sepuluh saudara
perempuan sesusuan dengan sekelian penduduk wanita sebuah negeri yang
luas. Maka hukumnya tiadalah dilarang ia untuk berkahwin dengan sesiapa saja
yang dipilihnya dari wanita-wanita negeri itu. Alasannya ialah kemungkinan
halalnya lebih berat, dan keperluan kepada perkahwinan pula tidak boleh
ditahan. Seorang yang kehilangan saudara sesusuannya atau adik beradiknya,
atau mahramnya kerana sebab beripar-ipar, ataupun kerana sebab-sebab lain,
tiadalah wajar untuk ditutup kepadanya pintu perkahwinan.
Begitulah pula, jika ia meyakini bahwa semua harta kekayaan dunia ini telah
bercampur aduk dengan yang haram, tidaklah wajib baginya meninggalkan
membeli barang atau memakan sesuatu, kerana yang demikian itu akan
menimbulkan kesukaran pada jiwa dan diri.
Perihal semacam ini pernah berlaku dalam zaman Rasulullah s.a.w. iaitu pernah
dicuri perisai dalam zamannya ataupun pernah digelapkan sehelai baju ‘aba’ah
dari harta rampasan perang, maka tiada seorang pun yang menahan dirinya dari
membeli perisai atau baju ‘aba’ah dalam dunia. Begitu pula halnya kepada
segala barang-barang curian yang lain. Demikianlah halnya dengan keadaan
Rasulullah s.a.w., baginda mengetahui adanya orang yang ber mu’amalah
dengan riba (bunga) pada hartanya, dirhamnya atau dinarnya tetapi Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat tidak ernah meninggalkan penggunaan dirham datu
dinar sekali.
Adapun jika bercampur antara haram yang banyak dengan halal yang banyak
yang tak dapat dihitung banyaknya, iaitu sebagaimana yang berlaku pada
zaman kita ini, maka hukumnya tiadalah terlarang menggunakan sesuatu hanya
semata-mata disebabkan percampuran itu, sama ada berkemungkinan ia dari
yang haram ataupun yang halal, sehingga dapat dikesan atau terbukti pada
benda itu tanda-tanda yang menunjukkan ia itu haram.
Jika ada oarng yang mendakwa, bahwa kebanyakann harta kekayaan pada
zaman kita ini haram, maka itu adalah suatu dakwaan yang salah dan keliru.
Mungkin dakwaan itu timbul kerana kebanyakkan manusia hari ini telah rosak
moralnya, dan mereka membanggakan keadaan itu, sekalipun perkara ini,
jarang-jarang berlaku pada sesuatu tempat yang tertentu. Mungkin sekali
kerana ia menganggap bahwa penzina-penzina dan peminum-peminum arak
telah berleluasa di mana-maa tempat, sebagaimana berleluasanya perbuatan
perkara-perkara haram yang lain, sehingga ia mengira orang-orang yang
membuat kesalahan ini lebih banyak dari yang lainnya. Ternyata sangkaan
serupa ini adalah salah, kerana mereka ini adalah sedikit bilangannya, jika
dibandingkan dengan yang lain-lainnya, meskipun jumlahnya semakin
bertambah.
Kesimpulannya, sesuatu benda itu dihukumkan halal selagi tidak ada padanya
tanda-tanda yang tertentu yang menunjukkan bahwa ia itu haram.
Ketiga: Syubhat yang sebab penghalalannya berkait dengan maksiat, iaitu
seperti berjual beli di waktu azan sembahyang Jum’at, atau menyembelih
bintang dengan pisau yang dirampas atau dicuri, atau berjual beli ke atas
barang yang sudah dibeli atau dijual kepada orang lain, ataupun menawarkan
harga yang lebih atas harga yang ditawar oleh orang ramai. Semua ini adalah
terlarang dalam cara berakad jual beli, meskipun akad jual beli itu tidak rosak,
yakni tetap sah. Hanya larangan melakukan seumpama ini dikira sebahagian
dari hukum wara’ saja, sebab mendapatkan keuntungan dengan melakukan
perkara-perkara seumpama ini adalah makruh, sedangkan maksruh itu hampir
dekat dengan haram.
Misal yang lain ialah umpamanya membuat sesuatu yang boleh menarik kepada
maksiat, seperti menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata
kepada perompak atau lanun.
Para ulama bertelingkah pendapat dalam perkara mengesahkan penjualan
serupa itu, dan pada menentukan halalnya harga yang diterima dari penjualan
itu. Tetapi kias yang diberatkan, ialah penjualan itu saha dan harganya halal,
hanya orang yang melakukannya dikira menderhakanya orang yang
menyembelih dengan pisau yang dirampas atau dicuri, maka penyembelihan itu
tetap dikira halal. Walau bagaimanapun, si penjual itu tetap dihukumkan
menderhaka kerana di atelah menolong orang lain untuk melakukan maksiat.
Perbuatannya itu tiada bergantung sama sekali dengan akad jual beli itu
sendiri, manakala harga yang diterimanya itu dihukumkan makruh secara berat
sekali. Meninggalkan melakukan serupa ini, dikira suatu tanda kewara’an.
Suatu peringatan
Ketahuilah, bahwa setiap orang yang bertaubat sedang dalam tangannya masih
ada lagi harta yang bercampur aduk dengan yang haram, maka tugas utamanya
ialah membedakan yang haram dan memisahkannya tersendiri. Sesudah itu,
ada suatu tugas lain, iaitu mengeluarkannya dan membelanjakannya. Kedua
perkara ini harus diperhatikan oleh orang itu.