Anda di halaman 1dari 1

BERKAT KEJUJURAN

 
 

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya   merantau ke
Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak  menghalang cita-cita murni
Abdul Kadir meskipun keberatan  melepaskan anaknya berjalan sendirian
beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata
bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan
dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul
kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke
Baghdad.   

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta


kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka
dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa
yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam
pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian
Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.   

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui


wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji
kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku.
Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan
menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak
mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah
Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak
lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti olehpengikut-pengikutnya.    
                         

MORAL & IKTIBAR    


 

 Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.  


 Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.  
 Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang
lain 
 Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah 

Anda mungkin juga menyukai