Anda di halaman 1dari 42

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda


tentang kepentingan menjaga kesihatan. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan .
RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan
Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam
kehidupan manusia. Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja
untuk menjaga kesihatan. Sikap mengambil berat tentang kesihatan
perlu diamalkan demi kesejahteraan hidup

2.0 Isi / fakta

2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang


Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat
menjamin kesihatan Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol
dan tinggi gulanya. Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi
dapat dihindari.

2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan Dengan


bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot
akan bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik
Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas
di pejabat atau sekolah. Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi
merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat
Malaysia menjalankan aktiviti senaman.
2.3 Rehat dan tidur yang cukup
Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam
sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang
yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan
kerja mereka dengan baik, mudah berasa letih dan senang jatuh
sakit. Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat
dan tidur.

3.0 Penutup

Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan.


Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.
Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan
manusia. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan
mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu
diamalkan agar kehidupan kita sejahtera.
Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan
mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang
seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat
menjamin kesihatan. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi
kandungan gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko
menghidapi penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Ingatlah sesal dahulu
berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan terutama jika
kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalani
aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini
membolehkannya berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan
dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Sebagaimana
yang disiarkan melalui televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi
merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalani aktiviti
senaman. Maklumlah otak yang cerdas berada dalam badan yang sihat.
Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah
dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang
daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang tidak
mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik, malah mereka
mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa
selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur.
Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada
rakyat. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan sendiri. cogan kata
berbunyi mencegah lebih baik daripada merawat.
Pemarkahan:
PERINGKAT A:
A: (26
(26 –– 30
30 Markah)
Markah)

 Isi cukup dan dikembangkan


 Pengolahan menarik dan berkesan
 Bahasa baik dan lancar
 Kosa kata luas
 Pemerengganan betul
 Penggunaan tanda baca betul
 Hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa
KARANGAN YANG KURANG / LEBIH DARIPADA 250
PATAH PERKATAAN

JUMLAH PERKATAAN MARKAH MAKSIMUM

180 -199 B1 – 25
160 – 179 C1 – 20
140 – 159 C2 – 17
< 140 D1 - 15

Bagi karangan yang lebih daripada 250 patah perkataan,


karangan akan diperiksa seperti biasa. Walau
bagaimanapun calon diingatkan supaya akur dengan
peruntukan masa bagi bahagian ini iaitu 45 minit.
Analisis Soalan Karangan Berpandu 2005-2010(Jun)

 2005(N) Gejala vandalisme


 2006(J) Sijil Pelajaran Malaysia
 2006(N)Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
 2007(J) Aktiviti masa lapang
 2007(N)Tanggungjawab menjaga kebersihan
 2008(J) Kegiatan dalam bidang pertanian
 2008(N) Punca-punca pencemaran sungai
 2009(J) Bantuan kepada mangsa banjir
 2009(N)Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
 2010(J) Punca pencemaran udara
 2010(N) 
Analisis soalan SPM (2004-2009)
NOV 2004

Bhg A: Pendapat Isu Pembangunan & Alam Sekitar. ( Negara)

Bhg B:
 1 Perbincangan Peranan remaja untuk mencapai hasrat negara . (Individu)

 2 Fakta Tokoh sanjungan. (Masyarakat)

 3 Rencana Persediaan pelajar menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang (Individu)

 4 Syarahan ‘Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni’ (Keluarga/Masyarakat)

 5 Pendapat Usaha-usaha untuk memartabatkan golongan yang terlibat dalam bidang sastera
(KOMSAS)
 JUN 2005
Bhg A: Pendapat Masalah tanah terbiar Negara

 Bhg B :
 1 Pendapat Cabaran untuk mencapai cita-cita dan langkah mengatasinya.
(Individu)
 2 Komen Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada
kegagalan institusi keluarga. (Masyarakat)
 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. (Masyarakat/Negara)
4 Perbincangan Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran
wajar dipelihara. (Negara/Antarabangsa)
5 Pendapat Peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional.
(KOMSAS)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
NOV 2005

Bhg A : Pendapat Usaha menangani masalah vandalisme. ( Masyarakat )

Bhg B

1 Ulasan Remaja suka mengikut trend semasa yang mempengaruhi budaya hidup masyarakat.
(Individu)

2 Pendapat Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. (Keluarga.)

3 Rencana Usaha Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan bagi meningkatkan mutu
sukan. (Negara.)

4 Pendapat Persengketaan dan peperangan telah menjejaskan keharmonian sosial dan


perkembangan ekonomi dunia. (Antarabangsa)

5 Cerpen Berdasarkan maksud peribahasa; menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat


majmuk . (KOMSAS)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 JUN 2006

 Bhg A : Pendapat Peluang untuk melanjutkan pelajaran Individu

Bhg B

 1 Syarahan Amalan Gaya Hidup Sihat Masyarakat

 2 Pendapat Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha sendiri mempengaruhi
kejayaan seseorang Keluarga

 3 Pendapat Aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat
mengukuhkan perpaduan antara rakyat Masyarakat

 4 Perbincangan Peranan negara untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan


dunia antarabangsa

 5 Pendapat Saranan mengalakkan remaja membaca karya bertemakan semangat patriotik


Individu
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 NOV 2006

 Bhg A : Pendapat Usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja.


(Individu)

 Bhg B

 1 Pendapat Faedah menguasai ICT. (Negara)

 2 Ceramah Menghargai jasa ibu bapa. (Keluarga)

 3 Pendapat Peranan pelbagai pihak memajukan pertanian. (Masyarakat)

 4 Perbincangan Cara menangani masalah jerebu. (Antarabangsa)

 5 Pendapat Penghayatan nilai-nilai murni berperanan membentuk peribadi yang baik.


(Masyarakat)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 JUN 2007

 Bhg A : Aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang. (Masyarakat)

 Bhg B

 1 Perbincangan Cara anda melaksanakan amalan berjimat cermat. (Individu)

 2 Pendapat Kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka. (Masyarakat)

 3 Rencana Kesan buruk tabiat merokok terhadap kesihatan. (Individu/Masyarakat)

 4 Perbahasan Kemasukan pekerja asing membawa kebaikan kepada negara – (pencadang)


(Negara)

 5 Pendapat Pembacaan karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran


menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai murni dalam diri murid . (KOMSAS)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 NOV 2007

 Bhg A : Pendapat Usaha-usaha yang dapat di lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan
persekitaran. (Masyarakat/Negara)

 Bhg B

 1 Syarahan ‘Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti’. (Masyarakat/Negara)

 2 Penjelasan Kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu


(Keluarga/Negara)

 3 Pendapat Institusi pendidikan berasaskan kemahiran. (Masyarakat/Negara)

 4 Saranan Bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu
negara-negara miskin. (Antarabangsa)

 5 Cerpen/Skrip Drama Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog.
(KOMSAS)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 JUN 2008

 Bhg A : Pendapat Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia. (Individu/negara)

 Bhg B

 1 Penjelasan Kebaikan-kebaikan amalan kitar semula. (Masyarakat/Negara)

 2 Perbincangan Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan


sesebuah keluarga. (Keluarga)

 3 Pidato ‘Dadah Membawa Padah’. (Negara)

 4 Pendapat Peranan rakyat Malaysia di luar negara untuk mempromosikan negara kita
dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa. (Antarabangsa)

 5 Cerpen Peribahasa ‘Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ (KOMSAS)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 NOV 2008

 Bhg A : Pendapat Punca-punca pencemaran sungai. (Masyarakat/Negara)

 Bhg B

 1 Laporan Laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah. (Individu)

 2 Penjelasan Ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman keluarga. (Keluarga)

 3 Huraian Faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya demam denggi dan langkah-langkah


bagi menanganinya. (Masyarakat/Negara)

 4 Pendapat Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa
dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. (Antarabangsa)

 5 Perbincangan Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat (pantun


diberi sebagai pernyataan soalan) (Masyarakat)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 JUN 2009

 Bhg A : Pendapat Sumbangan-sumbangan kepada mangsa banjir. (Masyarakat/negara)

 Bhg B

 1 Penjelasan Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam temu duga
biasiswa ke IPT. (Individu)

 2 Syarahan “Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-anak” (Keluarga)

 3 Huraian Kebaikan menyertai sukan lasak. (Masyarakat/Negara)

 4 Pendapat Usaha-usaha meningkat pengeluaran bahan makanan. (Negara)

 5 Huraian Langkah-langkah mempromosikan seni dan budaya ke luar negara.


(antarabangsa)
Analisis soalan SPM (2004-2009)
 Nov 2009
 Bhg A
Faedah-faedah yang diperoleh apabila menyertai kegiatan kokurikulum. (Individu)

 Bhg B

 1. Usaha ibu bapa melahirkan insan yang diharapkan. Keluarga.(keluarga)

 2. Kebaikan bercucuk tanam di kawasan rumah. (Masyarakat).

 3. Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara penting untuk memupuk rasa cinta akan
negara. (Negara)

 4. Rencana – Kesan pemanasan global terhadap bumi dan kehidupannya. (Antarabangsa)

 5. Pengajaran dalam novel yang anda baca yang boleh jadi pedoman kepada kita.
(KOMSAS)
JUN 2010
Bhg A
Punca pencemaran udara. (Negara)
Bhg B.
 1. Pengalaman menyertai pasukan sukarelawan membantu mangsa bencana
alam. (DIRI)
 2. Kepentingan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu dsb.
(KELUARGA)
 3. Rencana – Peranan pelbagai pihak untuk menangani isu kenaikan harga
barang.
(MASYARAKAT)
 4. Manfat yang diperoleh apabila pemimpin dunia menjalin hubungan berbaik-
baik.
(ANTARABANGSA)
 5. Kepentingan orang yang menguasai pelbagai bidang ilmu. (DIRI)
PENDAHULUAN - PENDAPAT

Bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang John F. Kennedy


berkata, “ Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda.
Sebaliknya bertanya apakah sumbangan anda untuk negara.” Kata-
kata ini jelas menunjukkan bahawa setiap rakyat di negara tercinta ini
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
supaya negara kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain dalam semua bidang. Sekiranya
rakyat negara kita mementingkan diri, maka kita tidak dapat
membangunkan negara dan kita akan ketinggalan dalam arus
pembangunan yang berlaku dengan begitu cepat. Setiap warga negara
ini perlu menyedari, memahami dan menghayati moto Hari
Kemerdekaan, iaitu “Keranamu Malaysia.”
 
SOALAN

Mengapakah aktiviti membaca payah


dijadikan hobi, sedangkan kita amat sedar akan
manfaatnya? Apakah disebabkan aktiviti ini
suatu aktiviti yang pasif? Atau bahan bacaan
yang ada di pasaran kita belum cukup menarik
untuk menambat hati kita ke arah aktiviti
membaca? Kita tidak dapat menafikan bahawa
terdapat pelbagai tujuan seseorang itu membaca,
dengan pelbagai teknik dan gaya yang boleh
digunakan oleh seseorang supaya hasilnya lebih
berkesan.
DEFINISI / MEMBERI TAKRIF

 
Membaca secara umum dapat ditakrifkan sebagai satu
proses pencernaan fakta dan pemikiran yang boleh
dijadikan sebagai satu alat untuk melatih ketajaman
intelektual seseorang bagi membolehkan mereka
membuat analisis yang kritis. Oleh sebab peranannya
begitu penting, maka wajarlah kegemaran membaca
ini disemai dan dipupuk, supaya minat ini akan dapat
melahirkan suatu masyarakat yang boleh berfikir,
membuat pertimbangan yang waras dan rasional.
SITUASI

 
Setiap kali keputusan peperiksaan rasmi diumumkan, kita
dapat melihat betapa cerianya wajah-wajah pelajar yang
berjaya. Ada yang melonjak riang. Ada yang menitiskan air mata
keriangan. Tidak kurang juga pelajar yang berpelukan sesama
mereka bagi melahirkan perasaan gembira meraikan kejayaan
yang diperoleh. Guru-guru dan ibu bapa mengucapkan tahniah
dan menjabat tangan tanda penghargaan, tetapi terfikirkah oleh
kita akan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka untuk
meraih kejayaan tersebut? Kecemerlangan tidak akan datang
dengan mudah tanpa usaha yang gigih dan berterusan. Banyak
usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang.
FAKTA SEJARAH

Penjajah barat yang menakluki dan menjajah Tanah


Melayu hampir lima dekad memandang rakyat negara ini
sebagai tidak berkemampuan membangunkan negara. Mereka
beranggapan bahawa rakyat negara ini adalah mudah untuk
ditewaskan dan boleh diperkotak-katikkan. Mereka juga
beranggapan penduduk negara ini boleh ditipu secara halus dan
mudah dicucuk hidung, tetapi pihak penjajah telah menerima
tentangan yang hebat daripada pemimpin tempatan seperti Dato
Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh dan Dol Said. Kini selepas
47 tahun merdeka, rakyat negara ini mampu meningkatkan
maruah bangsa dan negara di mata dunia sebagai sebuah
negara yang pesat membangun.
CERITA / ANEKDOT

“Merah padam muka En.Jamal selepas menerima


panggilan telefon daripada pengetua sekolah. Shamsudin
ponteng sekolah lagi. Puan Zarina yang meluru keluar dari arah
dapur terpaku sebentar mendengar rungutan suaminya tentang
anak tunggal mereka yang sering menimbulkan masalah.”
Begitulah senario hidup di kebanyakan keluarga kini. Dalam
banyak situasi masyarakat sering menyalahkan ibu bapa
apabila berlaku salah laku di kalangan remaja. Sebenarnya
terdapat banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Langkah mengatasinya haruslah diambil segera supaya
masalah ini tidak berpanjangan.
SEDUTAN PUISI

Ibarat telur sesangkar


pecah sebiji pecah semua
cubit paha kiri
paha kanan pun terasa
seikat seperti sirih
serumpun seperti serai
 
Nilai dan perpaduan dalam sesebuah masyarakat tergambar
jelas dalam perbidalan ini. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, budaya, dan kepercayaan ini perlu menghayati
falsafah ini demi mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang sedia
ada. Hal ini disebabkan perpaduan rakyat merupakan prasyarat kepada
kemajuan sesebuah negara.
 
FORMAT

 Format Ceramah:
 Kata-kata menghadap majlis - 2 markah
 Tuan-tuan dan puan-puan - 1 markah
 Penutup - 1 markah

 Format Laporan:
 Tajuk - 2 markah
 Pelapor - 2 markah

 Format Penulisan Skrip Drama:


 Tajuk - 1 markah
 Watak / Pelakon - 1 markah
 Latar - 1 markah
 Dialog - 1 markah
FORMAT
 Format Surat Kiriman Rasmi:
 Alamat pengirim - 1 markah
 Alamat penerima - 1 markah
 Tarikh - 1 markah
 Tajuk - 1 markah
 Kata menghadap surat - 1 markah
 Penutup surat - 1 markah
 Tandatangan - 1 markah
 Nama Pengirim - 1 markah
 
 Format Surat Kiriman Tak Rasmi:
 Alamat pengirim - 1 markah
 Tarikh - 1 markah
 Kata-kata menghadap surat - 1 markah
 Pembuka surat - 1 markah
 Pendahuluan - 1 markah
 Penutup surat - 1 markah
 Tandatangan - 1 markah
FORMAT

 Format Rencana:
 Tajuk - 2 markah
 Nama Penulis - 2 markah

 Format Perbahasan:
 Kata-kata menghadap majlis - 1 markah
 Memperkenalkan tajuk dan definisi - 1 markah
 Tuan-tuan dan puan-puan - 1 markah
 Penutup - 1 markah
FORMAT

 Format Syarahan / Pidato:


 Kata-kata menghadap majlis - 1 markah
 Memperkenalkan tajuk dan definisi - 1 markah
 Tuan-tuan dan puan-puan - 1 markah
 Penutup - 1 markah

 Format Wawancara:
 Pengenalan (Tujuan wawancara) - 2 markah
 Dikemukakan dalam bentuk dialog - 2 markah
 
MENCARI ISI
DIRI
KELUARGA / AGAMA

RAKAN SEBAYA

SEKOLAH

MEDIA MASSA

MASYARAKAT
EKONOMI SOSIAL
Pelaburan asing Pendidikan
Import Jenayah
Eksport Kesihatan
Perindustrian Pencemaran
Pertanian Perumahan
Pelaburan asing Prasarana
Kemelesetan ekonomi Pertahanan
Kebuluran
Pengangguran
Kemiskinan
Kesenian
POLITIK Pelancongan
Tempatan Perhubungan
Antarabangsa Pengangkutan
Hubungan Perpaduan
Diplomatik Sukan
Nilai
Agama/Kepercayaan
CONTOH TAJUK KARANGAN
Kerajaan ingin menjayakan Dasar
Kependudukan 70 juta menjelang
tahun 2020. Dasar ini membawa
kebaikan kepada rakyat dan negara.
Sejauh manakah anda bersetuju
dengan penyataan ini.
PENGGUNAAN BAHASA
PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA
PANTUN
PERBIDALAN
KATA-KATA HIKMAT
BUNGA-BUNGA BAHASA
Bunga-bunga bahasa

Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan bahas sebagai pemidato


pihak pencadang. Tajuk perbahasan ialah, “Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia
Menguntungkan Masyarakat dan Negara.” Sediakan teks bahas anda itu
selengkapnya.

Terima kasih saudara pengerusi majlis,


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Para hakim
yang adil lagi saksama, penjaga masa yang setia bersama waktunya, dif-dif
kehormat, pihak pembangkang yang saya hormati tetapi tidak ditakuti, tuan-
tuan dan puan-puan yang dihormati,
Berdirinya saya bukan untuk menonjol diri, bukan bermaksud memutar kata dan
bukan berniat membelai jiwa. Berdirinya saya mengorak langkah menyokong tajuk
perbahasan yang berbunyi, “ Pembinaan Lebuh Raya Menguntungkan Masyarakat Dan
Negara.” Kalau ummah mempunyai ajaran agama, dan pejabat mempunyai
kakitangannya, begitu jugalah dengan tajuk perbahasan kita pada pagi ini
mempunyai definisinya tersendiri. Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa Dan
Pustaka, “Lebuh raya” bermaksud suatu jalinan jalan raya yang besar. “Menguntungkan”
bermaksud membawa faedah. “Masyarakat” bermaksud rakyat negara ini - saya, tuan
hakim, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, manakala “negara”
bermaksud Malaysia yang dicintai.

Andai tidak kerana bulan,


Takkan bintang terbit tinggi;
Andai tidak kerana keyakinan,
Takkan saya berdiri di sini.
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
  Pembuka bicara telah disampaikan dan kini sampailah masa untuk saya
membentangkan hujah saya yang pertama di bawah lembayung kata “pembinaan lebuh
raya memberi keselesaan kepada kita.” …………………..................................................
………………………………….
Saudara dan saudari,

Pucuk pauh kelapa pandan,


Tumbuh ia berjalar-jalar;
Hujah kedua saya teruskan,
Agar sudilah tuan mendengar.

Kini saya meniti kepada hujah saya yang kedua di bawah kata kunci, “Pembinaan
lebuh raya menjimatkan masa perjalanan kita.” …..............................................................
……………………………..
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Kalau pantai dengan ombaknya, kalau irama dengan lagunya, kami barisan
pencadang dengan hujah-hujah kami yang padu, jitu lagi unggul tetap menegakkan
kebenaran tajuk perbahasan kita pada hari ini yang berbunyi “Pembinaan lebuh raya
menguntungkan masyarakat dan negara.” Nampaknya pihak pembangkang ingin
menegakkan benang yang basah. Usah kita risaukan mereka. Kini saya akan meniti
kepada hujah saya yang ketiga di bawah lembayung kata “mengurangkan kos
perjalanan.” ………………………………………………………………………………..
………………………………………………………..
Pak Leman pergi ke bendang,
Sebelum itu mengasah parang;
Berdirinya saya sebagai pencadang,
Tidak gentar kepada pembangkang.
 
Saudara dan saudari budiman sekalian,
 
Kini tibalah masa untuk saya membentangkan hujah saya yang keempat di bawah kata
kunci “punca pendapatan kepada negara.” ………………………………………………..
…………………………………………..
Tanya sama pokok, kenapa ia goyang; Nanti jawab pokok, angin yang goncang;
Tanya sama pencadang, kenapa pembangkang berasa bimbang; Nanti jawab pencadang,
hujah pembangkang semuanya songsang.
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kini saya akan membentangkan hujah saya yang terakhir di bawah kata kunci
“dapat menarik pelabur asing dan mencergaskan ekonomi negara.” ……………………..
…...........................................................................................................................
………………………………………………………………………
Hadirin yang saya muliakan,

Sebelum salam penutup bicara, saya ingin menegakkan pendirian kami kembali.
Berani Hang Tuah kerana Taming Sarinya, berani pemimpin kerana rakyatnya yang
setia, dan berani kami kerana hujah kami pihak pencadang yangh bernas, kukuh lagi
hebat.
  Jual kuih di luar sekolah,
Dibuat oleh si gadis jawa;
Undur saya bukan mengalah,
Undur saya ada pembela.

Sekian, terima kasih.


Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk
syarahan ialah, “Yang Bulat Takkan Datang Bergolek, Yang Pipih Takkan
Datang Melayang.” Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Kemerdekaan Tanah Melayu

Kejayaan mendaki Gunung Everest

Kejayaan memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi

Tembok Besar Cina


Kejayaan Thomas Alwa Edisson

Kalau ada jarum patah,


Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
RAMALAN 2010

 Kepentingan Hutan.
 Pelancongan.
 Masalah remaja.
 Usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu.
 Larangan telefon bimbit di sekolah.
 Globalisasi dan kesannya.
 Warga tua.
 Kepentingan menjaga kesihatan / Pemakanan.
 Budaya membaca.
 Isu pengangkutan awam.
 Kemalangan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai