Anda di halaman 1dari 7

SEJARAH KOMPUTER

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula


selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi
evolusinya :
Generasi Pertama (1940-1959)
Generasi Kedua (1959-1964)
Generasi Ketiga (1964-1980)
Generasi Keempat (1980 - Sekarang)
Generasi Kelima (Masa Depan)

GENERASI PERTAMA

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya
dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat
yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai
Kerangka Utama (Mainframe).

Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub
vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah
tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak
sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak
sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.

Tiub Vakum ENIAC


Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic
Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia
mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt
tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000
pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia
mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar.
ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.

Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara
Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang
menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.

EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang
dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih
ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia
adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.

Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC
(Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan
mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan
konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan
Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan
pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan
bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci
Penduduk, Amerika Syarikat.

Atanasoff-Berry Computer 1939, magnetic drum memory of the


from IEEE Atanasoff-Berry Computer 1939, Whirlwind core memory 1951, first computer bug 1945, from IEEE
from Smithsonian NMAH from IEEE

UNIVAC 1951, from Smithsonian UNIVAC I ca. 1955, from UNIVAC ad 1955/01/17 from UNIVAC ad 1955/02/28 from
NMAH Smithsonian Time Time

UNIVAC I of 1951 was the first business computer made in the U.S. "Many people saw a
computer for the first time on television when UNIVAC I predicted the outcome of the
1952 presidential elections."
Bendix G-15 of 1956, inexpensive at $60,000, for science and industry but could also be
used by a single user; several hundred were built - used magnetic tape drive and key
punch terminal

GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan
tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar
berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan
ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik.
Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini
menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.

Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan
pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih
mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula
meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula
mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih
kakitangan mahir.

Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan.
Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan
lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang
pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International
Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.
stor, from Smithsonian NMAH "First transistor (model), December Regency transistor radio 1954 (TL), Regency transistor radio 1954, from
1947. Constructed by John Bardeen, Zenith transistor hearing aid 1952, from Smithsonian NMAH
Walter Brattain and William Smithsonian NMAH
Shockley at Bell Laboratories," from
Smithsonian NMAH
Maico hearing aid before and
Morton, Shockley, White who after transistors, from Fortune
developed transistor, from Fortune 1953/03
1953/03

Philco and Emerson transistor


radios, from Smithsonian NMAH

GENERASI KETIGA

IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu
System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna
dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri
pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru
termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi
stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan
Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu
melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz


mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses
Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar
terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik
komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam
kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik
jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana
saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia
mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal
seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data
perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C,
Logo dan PL/1.
Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built
In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa
pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi
menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang
pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

IC, from Smithsonian NMAH Polaroid IC 1961, from Smithsonian


NMAH

GENERASI KEEMPAT

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada
generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat
penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu
transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat
Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan
satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1
yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa
pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi
membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang
amat besar.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64
juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti
Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku
rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer
Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.
Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu
menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar
diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga
telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja
seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian
Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International
Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih
canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah.

Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian


bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah.
Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu
membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

Apple II personal computer 1978 with IBM 5151 personal computer 1981, from Seagate ST-251 5-inch 40 MB hard
5.25-inch Disk drives, from SDCM - cu SDCM - cu drive 1978, from SDCM - cu

GENERASI KELIMA

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan.
Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti
projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia.
Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait.
Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang
membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di
dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan
sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam
kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan
menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi
pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan


Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah
epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya. Komputer juga dijangka menjadi
suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan
digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

Nokia 9210 Communicator The raveMP player sells world's first production body scans to buy clothes
is part of the latest wave of for $269 and can store microchips made of
web cell phones more than an hour of MP3 silicon-on-insulator (SOI)
music transistors and copper
wiring by IBM (AP
5/22/00)

Microsoft Reader Michael Crichton displays a digital insertion ad


handheld computer with his latest wearable computers
bestselling novel "Timeline" in
Microsoft Reader form on the
screen (AP 5/23/00)

Anda mungkin juga menyukai