Anda di halaman 1dari 5

ALAM SEKITAR ANUGERAH ALLAH YANG PERLU DIPELIHARA

( 20 JULAI 2007M / 05 REJAB 1428H )

ُ‫َح َم ُدهُ ُس ْب َحانَه‬ ِ َ‫اس ِع واْ ِإل ْمتِن‬ِ ِ ِ ِ ‫ِهلل قَ ِدي ِم اْ ِإلح‬ ِ ‫اَلْحم ُد‬
ْ ‫ أ‬,‫ان‬ َ ‫س ان ذي ال َْعطَ اء ال َْو‬ َ ْ ْ َْ
ِ
َ‫ك لَ هُ أَال‬َ ْ‫َش َه ُد أَ ْن الَ الَـهَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬ ْ ‫ َوأ‬.ُ‫َوأَ ْش ُك ُرهُ َعلَى َمآ أ َْولَ َده‬
ُ‫َن َس يِّ َدنَا ُم َح َّم ًدا َع ْب ُده‬ ْ ‫ َوأ‬.‫ب ال َْع الَ ِم ْي َن‬
َّ ‫َش َه ُد أ‬ ُّ ‫ْق َواألَ ْم ُر َتبَ َار َك اهللُ َر‬ُ ‫لَهُ الْ َخل‬
‫ك ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ َ ِ‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َعلَى َع ْب ِد َك َو َر ُس ْول‬ ِ
َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.‫َو َر ُس ْولُهُ اْألَم ْي ِن‬
.‫ان إِلَى َي ْوِم الدِّيْ ِن‬ٍ ‫َصحابِ ِه ومن تَبِع ُهم بِِإ ْحس‬
َ ْ َ ْ َ َ َ ْ ‫َوأ‬
‫اهلل َف َق ْد فَ َاز‬ ِ ‫ اَِّت ُق وا اهلل أ‬،‫اهلل‬
ِ ‫ُوص ْي ُكم وإِيَّاي بَِت ْق وى‬ ِ ‫اد‬ ِ
َ َ‫ َفيَا عب‬،‫أ ََّما َب ْع ُد‬
َ َ َْ َ ْ
.‫ال ُْمَّت ُق ْو َن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan
mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
dan ketahuilah bahawa orang-orang yang bertakwa itu, pasti
mendapat kemenangan di dunia dan juga di akhirat.

KAUM MUSLIMIM YANG DIMULIAKAN,


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita masih
lagi dapat menghirup udara yang nyaman, dikurniakan kesihatan,
hidup dengan penuh kemewahan dalam negara yang sejahtera serta
aman damai ini. Lebih-lebih lagi kita dikurniakan oleh Allah s.w.t.
dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam dan Iman. Justeru,
sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Tiada sebab untuk kita
lalai, kufur atau menderhaka kepada Allah s.w.t. yang telah
menciptakan kita sebagai manusia ( iaitu sebaik-baik kejadian ) di
samping kita dikurniakan dengan begitu banyak nikmat yang tidak
terhingga. Sebagaimana Firman Allah didalam surah at-Tin ayat 4 :-

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia


dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai
dengan keadaan-Nya) . "

1
Dan Firman Allah lagi didalam Surah Sajadah ayat 4 :

Maksudnya : " Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada diantara keduanya dalam enam masa, kemudian ia
bersemayan diatas Arasy, kamu tidak akan beroleh sebarang penolong
dan pemberi syafa'at selain dari Allah, oleh itu tidakkah kamu mahu
insaf dan mengambil ikhtibar ( untuk mencapai keredhiaan-Nya). "

Kedua-dua ayat yang telah dibacakan tadi menunjukkan kepada kita


betapa kekuasaan Allah s.w.t. bukan sahaja menciptakan manusia
yang dijadikan sebaik-baik mahkluk, bahkan Allah Taala jugalah yang
telah menciptakan mahkluk yang lebih besar, iaitu cakerawala, langit
dan bumi ( serta semua mahkluk yang ada diantara keduanya ),
semua ini bukti kekuasaan Allah s.w.t. serta menuntut kita sebagai
hamba supaya tunduk patuh kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Oleh itu para Jamaah yang dirahmati Allah sekalian, manusia dan alam
mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat rapat. Kehidupan
manusia di muka bumi ini memerlukan sumber alam untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya keperluan manusia untuk
makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya,
adalah bersumberkan tumbuhan-tumbuhan, binatang ternakan,
pokok-pokok kayu, hutan rimba belantara, hasil perut bumi, minyak,
gas, segala bentuk logam dan sebagainya, kesemuanya memberi
manfaat kepada kehidupan dan keperluan manusia dari dahulu hingga
sekarang. Subhana Allah, Maha Kaya dan Maha Agong kekuasaan
Allah s.w.t.

Manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran semenjak dari zaman


Nabi Adam a.s. sehinggalah sampai ke hari ini telah melalui perubahan
zaman, peradaban dan ketamadunan, dan zaman ini yang telah
mencapai Era pemodenan sains dan teknologi, telah membuktikan
kecerdikan akal manusia melalui penerokaan ilmu serta penghasilan
ciptaan-ciptaan atau rekaan-rekaan berbentuk material, kajian-kajian,
penemuan-penemuan baru dan sebagainya. Kesemua sumber alam ini
telah memberi manfaat dan asas kepada kita dalam mengejar
kemajuan, pembangunan dan kekayaan yang sedang kita nikmati
pada hari ini .

2
SAUDARA-SAUDARA YANG DIKASIHI,
Begitu panjang masa berlalu dan sumber alam dimanfaatkan ketahap
yang maksimum, maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini,
bumi telah mengalami pencemaran dari segala aspek baik di udara, di
darat mahu pun di lautan akibat dari aktiviti-aktiviti manusia yang
tidak terkawal. Hutan yang menghijau diteroka dan ditebang, bukit
bukau dirata dan digondol, pembangunan terus berlumba-lumba dan
tanpa disedari ianya mengundang bencana dan malapetaka kepada
manusia. Dan mungkin kita sebahagian diantara manusia yang
mengejar kemajuan dan pembangunan, telah melakukan kerosakan di
atas muka bumi sama ada kita sedari atau pun sebaliknya.

Kesedaran orang ramai terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam


sekitar masih ditahap randah, terutama sikap TAK PA terhadap
menjaga kebersihan. Apabila berlaku sesuatu musibah seperti
penularan wabak penyakit taun, denggi atau sebagainya disatu-satu
kawasan, puncanya kerana pengabaian terhadap aspek kebersihan,
atau berlakunya bencana alam apabila hujan lebat melanda
menyebabkan berlaku tanah runtuh atau banjir kilat, contohnya baru-
baru itu ibu kota dilanda banjir yang mengakibatkan kemusnahan dan
kerosakan harta benda yang banyak, begitu juga berlaku pembuangan
sisa-sisa toksik atau air tercemar yang tidak dirawat oleh kilang-kilang
industri, melakukan pembakaran secara terbuka dan sebagainya, yang
mana gambaran-gambaran ini menyebabkan berlakunya pencemaran,
maka barulah kita sedar bahawa alam sekitar yang dikurniakan
kepada kita ini perlu dipelihara. Allah s.w.t. menjelaskan didalam
surah al-Rum ayat 41 :

Maksudnya : " Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala


bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan
oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan
buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan
bertaubat ). "

Oleh itu, kita mesti rasional dan menerima kenyataan ini secara
terbuka, di samping mengenepikan sikap menuding jari dan tuduh
menuduh, bukanlah alas an kita untuk duduk berdiam diri atau
berpeluk tubuh sahaja. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang
lalu seharusnya menjadi panduan serta pengajaran berguna dalam

3
mengatur dan merancang sesuatu plan pembangunan. Diantara faktor
yang perlu dihalusi ialah :

1. Plan pembangunan yang dirancang hendaklah tidak hanya


memikirkan nilai komersial semata-mata, tatapi perlu
mengambil kira faktor-faktor keselamatan, pencemaran atau
taksiran kerosakan alam sekitar dan ekologi sistem yang
mungkin berlaku pada masa yang akan datang.

2. Sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak


yang berkuasa dalam melaksanakan sesuatu plan
pembangunan.

3. Sentiasa merujuk kepada pakar-pakar yang dapat memberi


khidmat nasihat dalam bidang-bidang berkaitan seperti
jurutera-jurutera berpengalaman, pakar Geologis iaitu
berkaitan kaji bumi dan batuan, pakar Ekologis iaitu berkaitan
kaji hayat dan alam sekitar serta sebagainya.

4. Pemantauan berterusan dan penguatkuasaan undang-undang


yang lebih tegas terhadap sesiapa sahaja atau mana-mana
pihak yang melanggar peraturan dan menyebabkan kerosakan
atau terjejasnya alam sekitar.

5. Menghentikan pembangunan yang berisiko tinggi serta


membawa kerosakan sekiranya pembangunan tersebut
diteruskan.

KAUM MUSLIMIM YANG DIRAHMATI ALLAH,


Pembangunan yang kita kejar tida ertinya, sekiranya kita hanya
memberi keuntungan di sebelah pihak sahaja, sedangkan di sebelah
pihak yang lain terpaksa menanggung derita dan kesusahan ataupun
kerugian. Demikianlah Islam mengajar kita bukan sekadar memikirkan
kepentingan, keuntungan dan faedah diri sendiri sahaja, bahkan kita
dituntut menjaga dan memelihara kepentingan orang lain.
sesungguhnya penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar ini menuntut
kita menjalankan usaha yang bersepadu kerana kita semuanyalah
yang bertanggungjawab memakmur dan memelihara anugerah Allah
ini. Sekiranya baik dan betul cara kita dalam melakukan satu-satu
tindakan, maka eloklah hasilnya yang kita perolehi. Jika berlaku
sebaliknya, maka amat malang sekali bagi diri kita dan juga anak-
anak cucu generasi kita yang akan datang.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Di sebalik apa yang telah berlaku sawajarnya dijadikan ikhtibar dan
mendorong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kita hendaklah
membuktikan sikap dengan menjadi orang yang bertanggungjawab
4
terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan segala nikmat
yang dikurniakan seharusnya disyukuri agar ia terus terpelihara.

.‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : " Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi


sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya,
dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau
tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap ( supaya
makbul ) sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang
sentiasa memperbaiki amalannya " .

( Surah Al-A'raf ayat : 56 )

‫آن ال َْع ِظ ْي ِم َو َن َف َعنِي َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه ِم َن األيَ ات‬


ِ ‫ب ار َك اهلل لِي ولَ ُكم فِى الْ ُق ر‬
ْ ْ َ ْ ُ ََ
‫ أَ ُق ْو ُل‬.‫يع ال َْعلِ ْي ُم‬ ِ َّ ‫ِوال ِّذ ْك ِر الْح ِك ْي ِم وَت َقبَّل ِمنِّي و ِم ْن ُكم تِالوتَ هُ إِنَّهُ ُه و‬
ُ ‫الس م‬ َ َ ْ َ َ َ َ َ
‫ات‬ِ ‫َق ولِي َه َذا وأَس َتغْ ِفر اهلل الْع ِظ ْيم لِي ولَ ُكم ولِس ائِ ِر الْمس لِ ِم ْين والْمس لِم‬
َ ُْ ََ ُْ َ َْ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ ْ ْ
‫اس َتغْ ِف ُر ْوهُ إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر‬ ِِ ِ ِ ِ
ْ َ‫َوال ُْم ْؤمنِْي َن َوال ُْم ْؤمنَات األَ ْحيَاء م ْن ُه ْم َواألَ ْم َوات ف‬
.‫الر ِح ْي ُم‬
َّ

Anda mungkin juga menyukai