Anda di halaman 1dari 10

ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut

dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di


bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Klik
bulatan di sebelah jawapan pilihan kamu. Setelah
selesai, klik butang semak.

Masyarakat hari ini mempunyai kecenderungan


mengamalkan pemakanan secara mudah. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi pada vitamin dan zat
galian untuk mendapatkan zat-zat tertentu. Mengikut
kajian, seorang daripada setiap enam orang
penduduk di negara-negara Barat memperoleh
penambahan zat dengan menelan pil-pil vitamin.

Dalam konteks negara kita, tidak sepatutnya kita


bergantung pada pil-pil vitamin. Kita harus menyedari
bahawa makanan asli lebih banyak membekalkan
khasiat. Amalan memakan pil vitamin atau galian
sebagai makanan tambahan akan mengakibatkan
kesan-kesan sampingan dan membahayakan
kesihatan. Ada penyataan pada label-label pil yang
tidak tepat. Iklan atau label tersebut sering mendakwa
bahawa kandungan pil-pil vitamin itu memberikan
kuasa tertentu. Pada hakikatnya, vitamin tidak dapat
berperanan seperti yang diakui oleh labelnya.

Dalam pasaran sekarang, terdapat pelbagai bentuk


pil vitamin atau zat galian yang dapat diperoleh tanpa
arahan doktor. Pil yang sering dimakan ialah pil
vitamin yang membekalkan vitamin A, B dan C. Yang
sebenarnya, dengan memakan nasi, roti kekacang,
susu, ikan, ayam, telur dan lain-lain, kita sudah dapat
memenuhi keperluan vitamin B. Untuk memperoleh
vitamin C pula, seseorang dewasa memerlukan 30
mg vitamin tersebut sehari. Daripada menelan pil,
lebih baik kita memakan sepotong betik atau sebiji
belimbing atau sepotong jambu batu. Hal ini demikian
kerana semua makanan ini lebih mendatangkan
khasiat kepada tubuh badan kita.

ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, pilih


jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang
berikut.

1. Pengusaha pil tidak menyatakan maklumat yang


tepat tentang barangan yang dijual
____________________.
(1)untuk mengelakkan salah faham pembeli
(2)untuk melariskan barangan jualan mereka
(3)supaya barangan mereka dapat bersaing di pasaran
(4)supaya pembeli tidak tertarik untuk membeli barangan lain

2. Kita tidak sepatutnya bergantung pada pil-pil


vitamin kerana __________________.
(1)label-label yang dinyatakan kesemuanya palsu
(2)rasanya kurang enak jika dibandingkan dengan makanan asli
(3)pil-pil vitamin sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh badan kita
(4)dapat mengakibatkan kesan sampingan yang membahayakan kesihatan

3. Makna memperoleh dalam petikan bermaksud


_______________.
(1)menguasai sesuatu
(2)cara untuk membuat sesuatu
(3)perbuatan memohon keizinan
(4)mendapat sesuatu dengan usaha

4. Perkataan yang berlawan dengan perkataan asli


ialah _______________.
(1)sah
(2)ganjil
(3)tiruan
(4)kurnia

5. Satu perkataan yang bermaksud menyebabkan dalam teks ialah


_______________.

(1)mendapatkan
(2)mengamalkan
(3) mendatangkan
(4)mengakibatkan

   Soalan A2 ( 5 markah)

Arahan :   Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan  bagi
melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian tulis huruf
jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

             A     ikat perut

            B     memerah otak

            C     gelombang hidup

            D     air pun ada pasang surutnya


            E     tangan mencencang bahu memikul

            F     ingat sebelum kena,jimat sebelum habis

            G     berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

            H     kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut

            I      kalau tidak ada berada takkan tempua bersarang rendah

               J      laut mana yang tidak berombak , bumi mana yang tidak ditimpa hujan

                            Keadaan hidup mereka yang susah telah memberi tekad kepada
Osman dan adik - adiknya untuk mengubah nasib mereka. Semenjak bapa
mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan diberhentikan
kerja, mereka telah ____(11)___ mencari jalan untuk menampung
perbelanjaaan seharian mereka. Selain ___(12)___ dan hanya makan dan
membeli apa yang diperlukan, mereka  tidak membuang masa dan
melakukan semua tugas mereka bersama bak kata orang, ____(13)___. Ini
termasuklah menolong ibu mereka menjual kuih dan nasi lemak sebaik
sahaja pulang dari sekolah. Mujur juga bapa mereka mengamalkan
tabiat___(14)___ semasa masih bekerja dahulu dan sempat mengumpul
sedikit wang yang boleh digunakan sehingga dia dapat pekerjaan semula.
Perniagaan ibu mereka juga mula bertambah maju. Mereka sedar,
___(15)___, pasti suatu hari mereka akan berjaya juga. Mereka bersyukur
kerana telah dapat bersama sama mengubah nasib mereka perlahan
perlahan.

  Soalan A3 ( 15 markah)

Arahan :   Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap
perkataan/frasa yang diberikan. Ayat kamu harus menunjukkan makna
perkataan/frasa tersebut. Kemudian tulis ayat kamu di Kertas Jawapan
yang disediakan.

  16      gelagat

17      meskipun

18      diabaikan
19      tidak keberatan

20      besar kemungkinan

Soalan A4 (10 markah)

Arahan: Isi tempat tempat kosong dalam petikan karangan yang berikut dengan
sepatah perkataan yang sesuai dengan jalan ceritanya. Kemudian, tulis
jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

                Teknologi  maklumat (IT) bukan hanya boleh digunakan untuk


meningkatkan daya penghasilan malah juga untuk meluaskan ruang kreativiti.
Bagi murid-murid Sekolah Rendah Princess Elizabeth, alat IT _____(21)______
untuk menghasilkan cetakan- cetekan batik. _____(22)_____ dengan
menggunakan alat pencetak, _______(23)____ itu kemudiannya menghasilkan
kemeja -T ______(24)_____ dihias dengan pelbagai ______(25)_____ batik.

                 Menurut Ketua Jabatan IT ______(26) _____tersebut, Encik Noor Isham


Sanif, kaedah baru ________(27) ________ bukan sahaja memberi peluang
_______(28)________ para penuntut menjana ilham _______(29)______ secara
kreatif, bahkan ia _______(30)_______  menghasilkan penuntut yang berbakat
usahawan dan berani mencipta.  Menurut Encik Noor Isham lagi, mereka
mempunyai rancangan untuk memasarkan hasil penjualan kemeja T ini kelak
untuk mengumpul dana bagi sekolah ataupun mana-mana projek kebajikan.

  BAHAGIAN B (10 markah)

Arahan:   Baca dengan teliti karangan berikut.

                 Minat terhadap muzik hip hop tersemai sejak beliau muda. Namun,
beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam usahanya untuk menyemai minat
yang sama di kalangan masyarakat Singapura. Oleh itu, apabila diberi peluang
menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, Sheikh Haikel tidak
teragak-agak menerimanya.
                 Ketika ditemui baru-baru ini, Sheikh Haikel, 27 tahun, mendedahkan
beliau telah lama menanti peluang untuk memperkenalkan seni dan muzik hip hop
di persada negara. Dalam acara NDP itu kelak, beliau akan beraksi semasa
segmen persembahan bagi mencerminkan kesediaan Singapura maju ke depan
dengan tenaga belia memainkan peranan membangun negara.

                 Dendangan rap Sheikh Haikel, yang bergabung dengan kumpulan Urban
Exchange, melambangkan kesediaan negara menerima irama hip hop sebagai
satu gaya hidup baru. Sudah lama saya menanti peluang ini. Sebagai seorang
penghibur hip hop, banyak cabaran yang telah saya lalui untuk perkenalkan muzik
ini kepada masyarakat Singapura. Mereka anggap muzik ini hanya sesuai untuk
remaja dan bukan golongan lain. Kata Sheikh Haikel.

                NDP adalah satu peluang baik kerana kami mempunyai lebih 60,000
penonton daripada semua lapisan usia di satu tempat untuk mendengar muzik
kami. jelasnya, yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya, Siti Triqka, Mei
lalu.Menurut Sheikh Haikel lagi, biarpun muzik hip hop merupakan satu kegilaan
di kalangan remaja, ia boleh dijadikan alat untuk menyampaikan mesej kepada
semua golongan. Ini termasuk menjadi saluran untuk ibu bapa mendekati anak-
anak remaja mereka dan menyampaikan nilai-nilai kehidupan.

                Tema lagu rap NDP tahun ini berkisar pada usaha membentuk remaja
yang menyumbang dalam membangunkan negara. Remaja adalah masa depan
kita dan mereka akan mainkan peranan besar dalam pembangunan negara. Jika
mereka minat muzik, ia harus digunakan untuk menyampaikan nilai-nilai baik bagi
membantu mereka dalam kehidupan, ujar Sheikh Haikel.

Arahan : Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab item-item yang


berikut dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf
jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

31             Sheikh Haikel ingin memperkenalkan seni dan muzik hip hop di persada
negara untuk
_____________________________.
 
A  mempersembahkan sesuatu yang baru
B  menunjukkan yang beliau minat pada muzik jenis ini
C  mengenengahkan muzik ini sebagai satu acara berlainan
D  memperjelaskan bahawa muzik ini sesuai untuk semua lapisan
masyarakat
 
32             Mesej yang ingin disampaikan dalam acara muzik hip hop itu ialah
_______________.
 
A   belia berperanan
B   belia boleh membangun negara
C   kesedian belia dalam memajukan negara Singapura
D   kesediaan Singapura maju ke depan dengan bantuan belia
 
33             Pada Sheikh Haikel yang menandakan bahawa negara Singapura sudah
bersedia menerima muzik hip hop ialah _________________________.
     
            A   dengan mengadakan acara muzik ini dalam perbarisan NDP kelak
            B   kerana ia akan memberinya peluang menyampaikan mesejnya nanti
            C   dengan memberinya peluang menunjukkan sebuah gaya hidup baru.
           D  dengan memberinya peluang untuk berganding tenaga dengan
Urban Exchange 
 
34             Cabaran yang dilalui Sheikh Haikel dalam mengembangkan seni muzik
hip hop ialah _____________________________.
 
A    untuk memperkenalkannya kepada belia
B    untuk memperkenalkannya kepada negara lain
C    untuk memperkenalkannya kepada setiap lapisan masyarakat
D    untuk memperkenalkannya kepada mereka yang menonton
perbarisan
       NDP
 
35             Menyampaikan nilai dan mesej melalui muzik melambangkan bahawa
_________________.
  
            A    muzik menjadi kegilaan remaja
            B    acara muzik itu lebih bermakna
            C    muzik  penting untuk masyarakat
            D    muzik boleh memainkan peranan yang penting
                                  

  BAHAGIAN C (30 markah)

Arahan:    Baca dengan teliti petikan karangan yang berikut.

                   Malam itu Kina membisu seribu bahasa di dalam bilik. Makanan
dihidang di dapur tidak ingin dijamah langsung. Biasanya waktu begini selepas
solat maghrib Kina akan mengadap rezeki bersama Atok, dan waktu itu jugalah
Kina akan berceloteh pada Atok tentang kawan-kawannya di sekolah, tentang Zaki
yang tak sudah-sudah menyakatnya ketika berbasikal pulang ke rumah pusaka
peninggalan arwah Tok Aki. Tapi suasana malam ini berbeza, Kina tidak akan
makan masakan Atok. Kina juga bertekad tidak akan keluar bilik. Kina sedih, Kina
geram, hati Kina merajuk. Sampai hati Atok buat Kina macam ni, getus hatinya.
Atok dah tak sayang Kina. Sampai hati Atok buang Kina sedangkan selama ini
mereka tidak pernah berenggang walau ke mana-mana pun. Kalau Atok ke sawah,
Kina ikut. Kalau Atok ke kebun untuk mengutip sayur, Kina ikut. Tapi bila Kina
terpaksa pergi ke tempat lain, tempat yang tidak ingin langsung dia jejak, Atok
langsung tidak ingin menemaninya. Atok jahat!

                   "Atok, kita kena pergi mana tok? Kalau pergi sehari dua Kina nak
ikutlah, lama-lama tak boleh sebab Kina kena pergi sekolah. Kita nak pergi KL ya
Tok? Seronoklah, kita pun dah lama tak pergi jalan-jalan...kan, tok?" kata Kina
sambil memandang wanita yang berumur lebih kurang awal 40an di depannya.
Terkejutnya dia apabila wanita ini mendakwa sebagai ibunya. Hmm... wajahnya
ada iras Tok Aki. Entah mengapa dia rasa kurang senang dengan kehadirannya,
perangainya amat tidak disenangi. Tapi Atok cuma membisu. Kina pelik, sejak
kepulangan dia dari sekolah Atok tidak bercakap walau sepatah pun. Agaknya
sebelum dia pulang dari sekolah lagi wanita ini sudah ada di sini, mungkin mereka
juga sudah berbincang sesuatu.

           "Kina akan tinggal dengan Mama, jadi Kina akan tukar sekolah di KL.
Jangan risau tentang sekolah, Mama akan uruskan. Kina ikut saja mama ya?" Kina
terkedu. Dengan perlahan Kina menghampiri Atuk dan memegang erat tangannya.
Atok bungkam.  "Betulkah Tok? Tidak mungkin Atok benarkan Kina ikut. Kina
tidak mahu ikut! Apa jadi pun Kina tidak mahu ikut!"

           Tapi Atok tetap diam. Melihat reaksi Atok Kina mula menangis, nampaknya
Atok memang setuju dia berpindah ke rumah wanita yang mendakwa dirinya
mama Kina. Atok tak adil! Dia memeluk Atok dengan kuat sambil teresak-esak. Dia
tidak mahu meninggalkan Atok. Tapi seketika kemudian dengan pandangan
kosong,  Atok dengan perlahan-lahan bangkit dari tempat duduk dan melangkah
menuju ke arah biliknya.Kina geram kerana  Atok tetap mendiamkan diri. Kenapa?
Kenapa Atok benarkan dia bersama dengan wanita itu? Dia cuma inginkan Atok
kerana Atoklah yang membesarkan dia selama ini.Dia cuma sayangkan Atok
seorang. Kenapa pula sekarang wanita ini harus datang? Dia tidak berhak,
langsung tidak berhak!

           Kina duduk di kaki tangga bersama Atok. Beg pakaian di kaki pintu sudah
padat berisi dengan baju-bajunya. Dia mengejip-ngejipkan matanya. Adui matanya
bengkak hasil dari tangisannya semalam. Rasa pedih, pening pun ada. Dia ingin
bersama Atok dan kawan-kawannya di kampung. Tapi kata Atok dia lebih baik
tinggal di sana, dia akan berjumpa lebih ramai kawan, makan minumnya terjaga
dan masa depannya akan lebih terjamin. Tapi bagi pandangan gadis yang
berumur 15 tahun itu Atoknya sudah tidak sayangkan dia. Mungkin Atok selama
ini berasa beban menjaganya.

(dipetik dan diubahsuai  dari cerpen Atuk,oleh Dasila, khazanah Melayu, Malaysian Multimedia
University,Februari, 2003)

 
Arahan :    Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan- soalan yang
berikut. Seberapa boleh , gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian
tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

36             Apakah yang biasanya dilakukan oleh Kina pada setiap waktu selepas
solat maghrib ?

37             Mengapakah Kina bertekad tidak mahu keluar dari biliknya ?

38             Kina tidak mahu mengikut Mama. Berikan dua sebab mengapa dia
berasa demikian.

39             Pada pendapat kamu, mengapakah Atok dengan perlahan-lahan bangkit


dari tempat duduk dan melangkah menuju ke arah biliknya ?

40             Kina melahirkan perasaan marah kepada Atok, mengapakah demikian?


Berikan dua sebab.

41             Jika kamu berada di tempat Kina, apakah yang akan kamu lakukan,
berikan sebab kamu.

Anda mungkin juga menyukai