Anda di halaman 1dari 3

Lubuk Petua Warisan

Masalah Uban
January 27th, 2008 at 10:46 am (Petua Rambut)

Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak.
Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap
hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.

11 Comments

Luruskan Rambut Kerinting


December 8th, 2007 at 10:03 am (Petua Rambut)

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah
petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air
suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk.
Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci
bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Oleh, Suzana Abd Manan, Kajang Selangor.

62 Comments

Hapuskan Kutu
June 12th, 2007 at 4:03 pm (Petua Rambut)

Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air.
Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20
minit. Bilas.

5 Comments

Yogurt lembutkan rambut


June 12th, 2007 at 3:42 pm (Petua Rambut)

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60
celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih
kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam
dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Oleh, Aimi Zabudin, Kuala Lipis, Pahang

3 Comments

Keguguran Rambut
June 9th, 2007 at 6:25 pm (Petua Rambut)

   Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama
setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi
bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali.

Dari, Puan jaya, Seremban Negeri Sembilan

2 Comments

Merawat Rambut Berbuah Dan Bercabang


May 26th, 2007 at 9:25 pm (Petua Rambut)

Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan
pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam
baru dibasuh dan dibilas.

9 Comments

Melembutkan Rambut
May 26th, 2007 at 9:23 pm (Petua Rambut)

Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca
air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh
rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua
minggu.

Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan
airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini
membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

6 Comments

Meluruskan Rambut
May 26th, 2007 at 7:50 pm (Petua Rambut)

Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis.
Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim
ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala
sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati
rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman.
Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan
syampu sehingga bersih.

20 Comments

Mengelak Keguguran Rambut


May 26th, 2007 at 7:28 pm (Petua Rambut)

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan
kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala
seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas
kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Oleh azdriana9

3 Comments

Menghilangkan Kelemumur
May 26th, 2007 at 7:13 pm (Petua Rambut)

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa
jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain
itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Anda mungkin juga menyukai