Anda di halaman 1dari 16

JANGAN ABAIKAN

ANAK KURANG PANDAI


• APAKAH perasaan seorang ayah atau ibu sekiranya
mendapati anak mereka gagal di bidang pendidikan
akademik? Atau anak mereka tidak dapat memenuhi
kehendak mereka untuk menjadi seorang yang berjaya
dalam peperiksaan yang diduduki di sekolahnya.

• Keadaan tidak selesa akan berlaku setelah si ayah merasai


segala usaha yang telah dilakukan sama ada secara mental
dan fizikal selama ini tidak mendapat pulangan atau hasil
sebagaimana yang diharapkan.
• Segala pengorbanan yang telah dilakukan tidak dapat
memberikan hasil sebagaimana yang diimpikan, iaitu
berjaya di bidang akademik sebagaimana anak-anak
jiran, saudara mara dan sebagainya.
• Lantaran itu ramai ibu bapa akan meletakkan
kelemahan tersebut ke atas bahu anak-anak, guru
ataupun pihak sekolah. Jika tidak pun pihak kerajaan
yang merangka sukatan pelajaran yang dilaksanakan di
sekolah-sekolah.
• Sebenarnya terlalu banyak faktor yang perlu
diambil, atau yang boleh menjadi punca kenapa
seseorang anak tidak dapat untuk mengikuti
pelajaran yang diajarkan kepadanya. Mungkin
juga ia berkaitan dengan sifat semula jadi anak itu
sendiri, keadaan persekitaran, atau sikap orang
tuanya sendiri selain daripada cara atau tugas
seseorang guru dalam proses penyampaian
pelajaran di sekolah-sekolah.
• Dalam hal ini sepatutnya ibu bapa menyiasat dan
mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak
sekolah, terutamanya guru-guru yang terlibat
secara terus dengan anak-anak mereka. Bagi
mencari jawapan yang tepat kepada persoalan,
kenapakah anak mereka tidak menjadi pandai
seperti juga anak-anak orang lain yang belajar
bersama-samanya, sama ada dalam kelas yang
sama, atau dengan guru yang sama, di sekolah
yang juga sama.
• Tindakan tersebut lebih baik dan positif, malah mampu
membantu untuk memperbaiki keadaan jika dibandingkan
dengan cara yang tidak menentu seperti; memberikan kesan
negatif kepada anak, atau kepada mereka yang terlibat
dalam proses pembelajaran di sekolah.
• Kadangkala terdapat juga anak-anak yang agak sukar untuk
difahami jiwanya. Pada peringkat awalnya mereka memang
kelihatan tidak bermaya atau bodoh. Malah sering
menunjukkan sifat-sifat yang bertentangan dengan keadaan
biasa, tetapi sebenarnya mereka tidaklah sebodoh yang
disangkakan oleh kebanyakan.
• Mereka ini pada peringkat kanak-kanaknya tidak
dapat menuruti kehendak ibu bapanya untuk
mengikuti pelajaran akademik secara rasmi
sebagaimana anak-anak yang lain. Malah ada
kalanya mereka melahirkan sifat negatif atau
membenci kepada pelajaran yang disampaikan
oleh guru-guru ketika di sekolah. Mereka tidak
mengendahkannya sehinggalah mereka menjadi
terbiar dan jauh ketinggalan dan dianggap sebagai
seorang yang dungu, bodoh dan pemalas.
• Tetapi anehnya, pada suatu masa nanti, setelah
mereka meningkat dewasa dan agak matang
pemikirannya, mereka telah mencipta pelbagai
kejayaan yang baik di bidang yang mereka minati,
dengan usaha mereka sendiri. Tanpa bantuan
orang lain yang sudah pasti tidak yakin dengan
usaha atau perancangan seorang yang dianggap
dungu oleh masyarakatnya.
• Keadaan demikian bukanlah sesuatu yang
pelik atau luar biasa, kerana ia telah berlaku
dalam sejarah peradaban manusia di dunia.
Mereka yang berjaya tersebut telah melalui
pelbagai cabaran dan dugaan untuk mencipta
namanya, dengan penuh susah payah dan serba
kekurangan. Lantaran tindakan yang luar biasa
dan tidak mengikut rentak arus perdana.
• Pereka kuasa elektrik dan pencipta gramofon yang
terkenal iaitu: Thomas Alva Edison, tidak mampu
untuk meneruskan pelajaran sekolahnya melebihi tiga
bulan dan gurunya sendiri pun telah menolaknya dan
menganggapnya sebagai anak yang terlalu bodoh
sehingga tidak boleh diajar langsung, adalah manusia
yang kononnya dungu. Tetapi rupa-rupanya kedunguan
tersebut hanyalah pada pandangan masyarakat
sezamannya. Sebenarnya beliau tidaklah sedungu yang
disangkakan. Tanpa si dungu tersebut dunia mungkin
masih tidak memiliki elektrik.
• Pengarang terkenal dan terbesar Rusia, Leo
Tolstoy yang telah mengarang novel War And
Peace, juga merupakan seorang kanak-kanak
yang dianggap bodoh oleh gurunya.
• Albert Enstein, yang dianggap sebagai bapa
nuklear fizik dan laser itu pula adalah seorang
yang gagal dalam peperiksaan untuk masuk ke
sekolahnya. Tetapi semasa berumur 12 tahun
telah mempelajari sendiri matematik tinggi
dalam masa enam bulan sahaja.
• Maharaja Perancis yang masyhur, Napoleon
Bonaparte bukanlah orang yang bergeliga
otaknya mengikut ukuran masyarakat semasa.
Ketika belajar di sekolahnya, beliau hanya
mendapat nombor 42 dalam darjahnya. Tetapi
mempunyai kebolehan yang luar biasa pula di
bidangnya.
• Seorang budak kuli di kilang gandum dan
miskin sehingga tidak mampu belajar ketika
berumur 12 tahun, telah berjaya mengumpul
harta AS$600 juta dengan cara dan kebolehan
sendiri, telah terkenal sehingga ke hari ini
terutamanya kepada mereka yang memerlukan
motivasi, beliau ialah Dale Carnegie.
• Seorang ahli perubatan terkenal di dunia, iaitu
Louis Pasteur, telah memperkenalkan susu
Pasteurised kepada dunia merupakan murid
yang biasa sahaja. Beliau biasanya mendapat
angka 15 dalam kelasnya yang mengandungi
murid berjumlah 22 orang.
• Prof. Arthur Bernstein dalam tahun 1970 pernah
menasihatkan seorang pelajarnya supaya memilih mata
pelajaran selain daripada perniagaan, sebagaimana yang
sedang dipelajarinya ketika itu, kerana didapati pelajar
tersebut tidak mungkin akan berjaya.
• Tetapi sebelas tahun kemudian pelajar yang dimaksudkan
telah menemuinya kembali sebagai seorang peniaga yang
berjaya untuk memaklumkan kepadanya bahawa beliau
telah mengambil alih sebuah syarikat milik profesor, di
mana profesor tidak lagi diperlukan untuk menjadi
pengerusinya.

Anda mungkin juga menyukai