Anda di halaman 1dari 2

JANGAN GADAI MARUAH

BANGSA

Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW

SEDAR atau tidak bahawa tanah tanah pertanian di Sabah sudah lebih
kurang 50 peratus jumlahnya sudah beralih tangan kepada ‘orang luar’
dari Semenanjung Malaysia melalui beberapa syarikat gergasi seperti
Yayasan Melaka yang mendapat kira-kira lebih 25 ribu ekar tanah
pertanian di Sabah.

Sedangkan rakyat Sabah yang terlebih dahulu tinggal di kawasan Hutan yang
sebelum diwartakan sebagai Hutan Simpan

Masyarakat Murut yang tinggal di Mukim Dalit dan masyarakat Rungus di


Kudat pernah suatu ketika dulu telah dihalau keluar daripada kawasan
tersebut, malah rumah-rumah mereka turut dibakar tanpa peri kemanusiaan.

“Apakah tindakan kerajaan UMNO-BN ini adil untuk rakyat atau menyeksa
rakyat?,” demikian dinyatakan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Haji
Mohd Noor Mansor ketika berucap di majlis Induksi ahli-ahli baru SAPP
Kemabong, di Hotel Perkasa dekat Tenom baru-baru ini.

Beliau menyifatkan keadaan pemerintahan kerajaan UMNO-BN di Sabah agak


keterlaluan dari segi batas-batas kemanusiaan kerana kalau pun mereka
menghulurkan bantuan tetapi hanya kepada pengikut-pengikut mereka sahaja
yang terdiri daripada PATI yang telah dikitar semula menjadi ‘Rakyat Sabah’.

Selain masalah ekonomi yang semakin serius, masalah pengangguran di


kalangan para belia dan beliawanis di Sabah turut terabai dan semakin menjadi
jadi seperti yang disiarkan dalam akhbar beberapa bulan lalu yang
mengatakan beribu belia Sabah terpaksa merempat di Kuala Lumpur setelah
lari daripada ditindas majikan mereka.

“Bila kita tanya dan tegur pemimpin-pemimpin BN Sabah, terutamanya


Menteri terbabit, mereka cepat-cepat menafikannya. Pada hal insiden itu
benar-benar berlaku dan sepatutnya kerajaan negeri melalui Kementerian
terbabit pantas bertindak dan bukan membuang masa berdolak-dalik,” tegas

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
Matnor.

Malahan ada di antara belia-belia Sabah yang bekerja di Singapura dan


Semenanjung, kata Matnor, terlibat dengan masalah jenayah serius termasuk
ada yang menanti masa dan ketikanya ke tali gantung kerana terlibat dengan
jenayah dadah seperti yang berlaku di Singapura.

Sesungguhnya tragedi berlaku atau dilakukan mereka (belia) bukanlah atas


kehendak para pemimpin kerajaan Sabah, namun ia berpunca daripada
kelemahan mereka dari segi menyusun atur pentadbiran yang tidak
mengambilkira masalah penempatan belia-belia menganggur, termasuklah
lepasan graduan.

“Semua ini berlaku kerana kelalaian mereka yang langsung tidak menitik
beratkan soal belia yang menganggur dan begitu juga yang dihadapi para
graduan yang terus menganggur bertahun-tahun sukar mendapat pekerjaan.
Keadaan hidup mereka semakin serius dan tertekan mengakibatkan mereka
tiada pilihan selain bertindak melakukan penghijrahan mencari pekerjaan ke
Semenanjung,” tambah Datuk Matnor.

Matnor seterusnya menegaskan bahawa selagi sikap pemimpin-pemimpin


UMNO-BN terus ‘lupa diri’ terhadap tanggung jawab mereka memajukan
negeri ini dan sebaliknya mereka meneruskan amalan ‘Korupsi’ yang
mementingkan diri mereka termasuk kroni-kroni yang senantiasa menjejaki
mereka ibarat ‘lintah kelaparan untuk menghisap darah’ alamatlah apa yang
dilaporkan media kononnya Bank Dunia dipetik sebagai berkata, “Sabah di
antara negeri yang termiskin di Malaysia” akan menjadi kebenaran.

Oleh itu tegas Matnor, tiada siapa yang mampu mengubah keadaan sebegini
rupa selain daripada rakyat Sabah itu sendiri yang harus berani bangun untuk
mengubahnya secara demokrasi menerusi pilihanraya umum akan datang ini.

Jika tidak, kata Matnor, siapa lagi yang boleh berbuat sedemikian kerana
Sabah adalah hak milik rakyat Sabah dan adalah menjadi tanggung jawab kita
bersama untuk melakukan perubahan yang bakal dilakukan pada PRU13 kelak.

“Saya tua-tua bangka ini pun sanggup juga turun padang bersama anak-anak
sekalian untuk mempastikan kita rakyat Sabah sama-sama bangun membina
semangat baru untuk terus berjuang mendapatkan kembali hak dan kuasa
autonomi kita di Sabah. Jika kita lambat bertindak selagi itu masalah hak kita
semakin terhakis. Ketika itu kita menangis hingga menitis air mata darah
sekalipun tidak berguna lagi,” tegas Matnor dengan nada serius.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2

Anda mungkin juga menyukai