Anda di halaman 1dari 3

"SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA SIAPA BERMAIN CATUR?

Teringat ketika saya belajar disalah sebuah negeri di Semenanjung sekitar tahun 1974-
1982, sekarang baru terasa sangat glamour. Ketika itu kami macam biasa sahaja bila
kawan-kawan dari Semenanjung dan juga Sarawak mengatakan kami semua anak orang
kaya. Kerana hakikat yang sebenarnya saya dan rakan-rakan memang dari kalangan
anak-anak miskin.

Ibu bapa kami tidaklah boleh dikatakan dari golongan sederhana jauh sekali dari
golongan berada. Ini dapat kami nilai sendiri perbezaan di antara pondok/rumah kami
yang usang dibandingkan dengan apa yang kami lihat di depan mata kami, rumah-
rumah yang indah besar dan cantik.

Namun hampir semua rakan dari Semenanjung khasnya tidak percaya sekalipun pernah
saya lihatkan bukti gambar rumah kami yang sebenarnya. Mereka berkata; “Entah rumah
siapa yang awak gambar ni….”. Biarpun dikatakan dengan bersungguh-sungguh mereka
tetap menganggap kami cuba berbohong paling tidak mereka akan katakan bahawa
kami suka merendah diri.

Sebenarnya gambaran ini mungkin timbul apabila kami nampak serba mewah kerana
ditaja oleh Yayasan Sabah yang ketika itu terkenal kaya raya dengan perusahaan kayu
balaknya. Sampai ada kawan-kawan berkata “Alaa ni berapa sangat ler… baru daun kayu
balak, belum lagi ranting dan dahannya” bila saya belanja mereka makan. Memang
betul ketika itu anak-anak Yayasan Sabah bagaikan “ANAK EMAS”. Orang Sabah yang
belajar di Semenanjung bagaikan gambaran kekayaan Negeri Sabah ketika itu yang
dipimpin oleh Al-Marhum Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Ketika itu kekayaan bumi
Sabah memang menjadi buah mulut bahkan menjadi sebuah negeri yang dicemburui
lagaknya pada mata-mata orang tertentu.

Ketika itu saya tidak pernah terfikir bahawa Negeri Sabah bakal menerima nasib malang
apabila pimpinan USNO dikuburkan tanpa nisan dengan kemasukan UMNO ke Sabah.
Habis tunggang-langgang lintang-pukang pemimpin Sabah apabila dipaksa berkiblat ke
Semenanjung yang diterajui UMNO@BN. Tinggallah beberapa kerat manusia yang
masih berdegil mempertahankan Sabah dari terus dilapah dan dimamah oleh

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
UMNO@BN. Demi menjaga jangka hayat beberapa Parti di Sabah, ketua-ketua meraka
telah diberi kata dua oleh UMNO, sama ada menjadi komponen BN atau Parti mereka
akan dikubur. Oleh kerana tiada pilihan maka mereka memilih untuk menjadi komponen
BN yang mesti akur dan angguk terhadap apa juga agenda yang telah, sedang dan akan
dirancang oleh UMNO@BN untuk negeri Sabah.

Rakyat semua tahu, satu Malaysia tahu bahawa kemenangan UMNO di Sabah bukannya
kemenangan yang mutlak. Ada “Katak Lompat” yang kononnya dibeli dengan harga
yang bukan sedikit. Dengan masuknya “katak-katak” inilah mencukupkan kaki UMNO
untuk menerajui Sabah secara tipu muslihat. Kerja siapa? Faham-faham sajalah sendiri
siapa PM ketika itu.

Dengan terbitnya artikel berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/bumiputera-sabah-sarawak-lebih-
miskin.html

…maka sahlah apa yang didakwa oleh Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul,
yang telah menulis “Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Haji Musa
Haji Aman” seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/orang-unmo-ini-lagi-berani-dari-
saya-dh.html

“Surat Terbuka” ini dibuat apabila DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN membuat
Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/laporan-polis-terhadap-ketua-
menteri.html

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2
Dan berikut pula adalah Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO
Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah':
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/kenapa-saya-tentang-musa-
aman.html

Dan link seterusnya tidak kurang pentingnya untuk dibaca kerana ianya berkait rapat
dengan agenda memfaraidhkan segala khazanah negeri Sabah dilink berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/projek-ic-tun-mahathir-untuk-pti-
di.html

Kalaulah tiada perubahan pucuk pimpinan pada PRU akan datang maka status miskin
kini mungkin akan meningkat kepada ‘NEGERI YANG PALING PAPA KEDANA’ @ MUFLIS.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 3

Anda mungkin juga menyukai