Anda di halaman 1dari 5

Tragedi Double 6.

Ada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu apa itu Tragedi Double 6.

Secara ringkasnya, Double 6  Tragedy ini menjadi tragedi setelah berlakunya


nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah.
Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan
penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian
nahas ini.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang


bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti
minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Come on la, tidakkah
kamu rasa tragedi tersebut merupakan KONSPIRASI?

Hot stuff, huh? But i’ll make sure i will behave this time. Nanti ada pula pihak
yang terasa dan sumbat aku dalam penjara. Kan? Kan? Kan? Bukannya mahu
membongkar X-Files tapi ternyata perjuangan mereka yang terkorban ini
ibarat sengaja dilupuskan dari minda kita. Tiada maklumat dari internet, tidak
dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada
pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku. Percayakah anda
kalau aku katakan tugu peringatan DOUBLE 6 di Sembulan tidak disertakan
dengan cerita nahas tersebut? Kononnya peringatan sejarah yang penting.
Takkan nak buat cerita pasal nahas tu pun susah? Di mana hormatnya
pemimpin Sabah sekarang kepada Bapa Kemerdekaan negeri ini? Atau
mereka takut rahsia lama terbongkar kembali? Ehem. Ehem…

Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih
segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak ungkit cerita
lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita
orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam
ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian
juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat
untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan
kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu
SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-
baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Korban Tragedi Nahas:


1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)  

Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh
dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam kemasukan Sabah ke dalam
Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun tidak
meninggalkan rakyatnya lebih awal…

Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai


agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan
minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah
pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada
pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan
bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang. Sialan kan?

Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan


kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam
tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya?
Ada berani jawab?

UPDATE (Thanks for xccal from sabahforum.com):

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2
Arrow point to the
place of old kk airport.

2 teams of experts doing investigation on crashed plane.

searching…?

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 3
Body of crashed
plane.

Discussion..?

Body of crashed
plane view.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 4
Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 5

Anda mungkin juga menyukai