Anda di halaman 1dari 6

MAMPUKAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL KEKAL DI SABAH TANPA

PTI?

Masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah mencapai krisis


kemuncak apabila ia mendatangkan ancaman terhadap
keselamatan negara. Berakar sejak tahun 1976, PATI memasuki
Sabah dan berjaya menyerap dalam segenap aspek penghidupan
rakyat - politik pilihan raya, ekonomi dan sosial.

Kini PATI dikaitkan dengan sindiket kad pengenalan palsu dan


didakwa menjadi antara tunggak kekuatan pengaruh Umno di
Sabah.

Ikuti wawancara wartawan Harakah, Taufek Yahya dengan aktivis


masyarakat Mutalib MD yang juga seorang aktivis persatuan
pengguna di negeri itu.

Pemberita sambilan ini menghadapi cabaran dan rintangan besar


termasuk ancaman bunuh kerana berjuang memastikan Sabah
bebas daripada 'penjajahan' PATI. Mutalib juga pengarang kepada
buku "IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah", "Pengundi Untuk
Disewa" dan "IC Projek-Agenda tersembunyi Mahathir?"

Sejauh mana seriusnya masalah pendatang asing tanpa izin (PATI)


di Sabah?

Senario PATI di Sabah memasuki fasa paling serius dalam sejarah


pencabulan hak asasi manusia dan kedaulatan negara kerana PATI
telah mula mengungguli bidang politik dan mendominasi bidang
ekonomi serta mengancam keselamatan negara. Jenayah fizikal,
terancang dan menyebabkan kematian melibatkan PATI sebagai
penyumbang utama terutama di koloni setinggan.

Faktor-faktor pendorong kedatangan PATI di Sabah?

Tiga faktor utama yang mendorong kemasukan PATI ke Sabah


adalah ekonomi, keselamatan dan politik. Kumpulan pertama PATI
daripada Indonesia dan Filipina yang masuk selepas Merdeka
mensasarkan ekonomi sebagai tujuan utama kerana ketika itu
Sabah yang sedang membangun menawarkan peluang pekerjaan
yang banyak. Kumpulan kedua yang masuk sekitar 1976
merupakan pelarian perang daripada Selatan Filipina dan datang
ke Sabah atas faktor keselamatan. Walaupun Malaysia tidak
pernah menandatangani Konvensyen Berhubung Orang Pelarian,

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
namun atas dasar peri kemanusiaan Sabah menerima kemasukan
beramai-ramai sekitar 60,000 orang, namun anehnya jumlah
tersebut kini sudah beranak pinak dan mencapai angka tidak rasmi
300,000 orang. Ironinya, Malaysia menolak pelarian perang
Vietnam dengan penutupan Pulau Bidong dan Pelarian Rohingya.
Gelombang ketiga ialah mereka yang dibawa masuk oleh sindiket
untuk dijadikan 'haiwan politik' iaitu menjadi warganegara segera
dan pengundi untuk disewa.

Ancaman yang dihadapi Sabah dan Malaysia umumnya dengan


kehadiran PATI?

Masalah kedaulatan adalah masalah utama kerana mereka berhak


menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan. Buktinya sejak
1994 pilihan raya di Sabah ditentukan oleh peti undi dan bukannya
oleh pengundi. Begitu juga dengan Umno dan parti politik yang
bersekutu dengannya terpaksa menerima hakikat bahawa mereka
tidak lagi berkuasa untuk hidup atau kekal tanpa sokongan PATI
yang mendapat kad pengenalan projek. Soal keselamatan juga
sudah mencapai paras bahaya apabila PATI yang tidak mempunyai
sebarang dokumen bebas keluar masuk atau menyusup ke negara
ini sama ada melalui pintu hadapan atau belakang kerana rasuah
berleluasa.

Selain faktor politik, apakah faktor lain yang mendorong wujudnya


sindiket IC palsu ini?

Ekonomi. Ramai pegawai pendaftaran yang terlibat dengan


sindiket berkenaan mengambil kesempatan dengan mengklonkan
nombor kad pengenalan yang dikhususkan untuk PATI sehingga
bertindih-tindan dan ada kes satu nombor dikongsi oleh 20 orang
PATI. Setiap kad pengenalan dijual dengan harga antara RM300
hingga RM1,000. Beberapa ahli sindiket seperti Datu Akjan
memperoleh antara RM3 juta hingga RM10 juta daripada sindiket
berkenaan. Adanya permintaan dan penawaran yang seimbang
menyebabkan ramai jutawan yang dihasilkan dan ajaibnya mereka
dilindungi undang-undang!

Menurut sumber, dianggarkan terdapat 1.75 juta rakyat asing di


Sabah, di mana kira-kira 750,000 daripadanya dikatakan
pendatang tanpa izin. Adakah saudara bersetuju dengan angka ini?

Angka hanya tinggal angka jika kerajaan tidak berbuat sesuatu.


Tidak ada siapapun yang dapat memberikan angka rasmi. Setiap

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2
hari 500,000 orang keluar masuk ke Sabah melalui Sandakan,
Sahabat, Lahad Datu, Kudat, Tawau, Dumpas dan Sungai Nyamuk.
Tidak ada satu pihak mahu mengesahkan angka sebenar terutama
lebih 300,000 PATI yang bersembunyi di ladang milik kerajaan dan
konglomerat seperti FELDA, FELCRA, Lembaga Tabung Haji,
Golden Hope, IOI dan sebagainya. Tetapi yang pasti, hampir
600,000 memiliki kad pengenalan PROJEK yang dikeluarkan
melalui sindiket yang ditumpaskan kerajaan.

Saudara menerbitkan sebuah buku bertajuk "IC PROJEK-Agenda


Tersembunyi Mahathir?"; apa yang mendorong saudara untuk
menulis buku itu?

Seruan Illahi melalui ayat Iqra' kerana apa yang hendak dibaca jika
tidak ada sesiapa yang menulis dan 'hubbul watan minnal Iman'
iaitu cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman. Saya ingin
membantu kerajaan menyelesaikan isu PATI yang sudah sebati dan
sinonim dengan Umno dan Sabah. Buktinya ada saya kemukakan
di dalam buku tersebut. Buku ini adalah pelengkap kepada trilogi
iaitu IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk
Disewa dan IC PROJEK-Agenda tersembunyi Mahathir?

Pernah saudara diancam bunuh kerana memperjuangkan isu-isu


ini, adakah ancaman itu berterusan hingga kini?

Ancaman dan ugutan sudah menjadi mainan saya sejak diserang


dan dicederakan orang upahan Wakil Rakyat Lahad Datu, Datuk
Haji Mohd Yusof Amat Jamlee ketika saya menjadi wartawan
Berita Sabah lagi. Di Lahad Datu bom ikan dan pukul curi adalah
mainan PATI yang tidak mempunyai apa-apa dokumen melainkan
tiket loteri atau resit pajak gadai. Saya sering diancam untuk
dibunuh dan dicederakan baik melalui telefon atau fizikal. Namun
berpantang maut sebelum ajal, dengan izin Allah saya masih hidup
sehingga ke hari ini. Kadang-kadang mereka menghantar mesej
dan email yang bukan-bukan dan berbau ancaman, namun saya
abaikan kerana jika saya membuat laporan polispun, tidak
diendahkan. Laporan polis saya 1997 sehingga sekarang tidak
diambil sebarang tindakan.

Adakah pendedahan-pendedahan yang saudara lakukan


menampakkan tanda positif, contohnya tindakan daripada pihak
berkuasa?

Sukar untuk melakukan tindakan positif kerana kerajaan sekarang

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 3
adalah kerajaan yang diwarisi daripada adunan kerajaan
autoritarian yang diasaskan oleh Mahathir yang menggunakan
PATI untuk menumbangkan kerajaan PBS. Umpama mengepam
keluar darah dari tubuh manusia, begitulah sukarnya BN untuk
menghapuskan isu ini. Bak kata pepatah, diluah mati bapa, ditelan
mati emak. Kuasa polis dan Imigresen berada di tangan kerajaan
Persekutuan seperti kata Datuk Harris Salleh, Mantan Ketua
Menteri Sabah yang menjadi dalang IC Projek: "Kerajaan
Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pendatang dalam masa
tiga minit, tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun. Tidak ada undang-
undang yang menetapkan tempoh dan jika kerajaan Persekutuan
ingin mengubah corak pengundi di Sabah untuk selamanya, maka
ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen".

Namun sebagai penulis, saya tetap akan menulis dan membongkar


kejalangan kerajaan bagi memastikan tidak ada lagi kad
pengenalan dikeluarkan kepada PATI. Semoga yang sudah berlalu
tidak akan berulang dan kejadian masa kini dijadikan teladan.

Pada pandangan saudara, apakah langkah paling sesuai untuk


membanteras sindiket kad pengenalan palsu?

Hukum karma dan kisas. Bak kata pepatah, "Jika undang-undang


buta, Tuhan akan menentukan bentuk hukumannya". Saya telah
mencadangkan 20 formula untuk membasmi gejala yang sudah
berakar umbi dalam buku terbaru saya. Namun rasuah, salah guna
kuasa dan faktor lain yang menyumbang kehadiran mereka perlu
dibasmi terlebih dahulu terutama 'kehilangan' lebih 50,000 orang
warga China dan 30,000 orang warga India yang tidak dapat
dikesan sehingga kini. Walaupun mereka masuk secara sah, namun
mereka tinggal lebih masa dan tidak keluar dari negara ini. Ke
mana mereka?

Bagaimana mereka boleh hidup jika tidak dilindungi oleh rakan


sebangsa mereka? Sikap melindungi mereka iaitu Filipina dan
Indonesia oleh PATI yang berkoloni di setinggan dan ladang, China
dan India oleh peniaga China dan restoran India menyebabkan
sindiket kad pengenalan mula memperalatkan mereka. Nama
mereka dikesan muncul di dalam senarai parti dominasi bangsa
mereka. Salah siapa?

Satu cara yang terbaik ialah memburu mereka. Kerajaan berjaya


menumpaskan sindiket kad pengenalan projek dengan memberkas
15 pegawai pendaftaran dan 25 orang awam, namun sehingga kini

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 4
belum ada seorangpun yang ditangkap, apatah lagi hampir
keseluruhan mereka sudah memegang Mykad. Jika JPJ boleh
memburu lesen terbang kenapa JPN dan Polis gagal memburu 'IC
terbang' (projek dan palsu). Yang sering menjadi masalah ialah
pendakwa raya yang tidak faham undang-undang. Jika PATI
didakwa memiliki kad pengenalan palsu, sudah pasti mahkamah
membebaskan mereka kerana dokumen mereka dikeluarkan oleh
JPN. Mereka sepatutnya dituduh memalsukan keterangan diri
untuk mendapat kad pengenalan. Saya rasa mereka kebal kerana
suaka politik dan kuasa yang berjubahkan Ketuanan Melayu!

Apakah seruan dan harapan saudara kepada rakyat Sabah?

Saya menyeru rakyat Sabah agar bersikap terbuka dan menyokong


usaha NGO dan Suhakam yang merayu kerajaan Malaysia
menubuhkan Suruhanjaya Khas Siasatan Di-Raja berhubung soal
kerakyatan dan kedaulatan undang-undang.

Saya telah mengambil masa lebih 15 tahun untuk mengumpul


bukti sebelum menulis buku "IC Projek Agenda Tersembunyi
Mahathir?" dari sudut kewartawanan yang mengutamakan bukti
yang melampaui keraguan munasabah.

Saya telah lama mengisytiharkan perang terbuka kepada


petualang negara yang berselindung di sebalik parti politik dan
menyalahgunakan jentera kerajaan sehingga kegiatan memalsukan
kad pengenalan diri dianggap remeh dan bahan sandiwara
sehingga saya masih menerima ugutan dan tekanan daripada
pelbagai pihak.

Walaupun pihak berkuasa seperti Polis dan Imigresen telah


menunjukkan keikhlasan membantu kerajaan mengurangkan
kegiatan pemalsuan dokumen pengenalan diri, namun mereka
terbatas oleh kekangan politik dan merebaknya gejala rasuah
sehingga sukar menghapuskan isu ini sehingga ke akar umbi.

Saya kesal kerana siasatan polis menjadi sukar disebabkan


penduduk tempatan dan warga 'segera' bertindak menjadi
pelindung Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga
menganggap diri mereka sebagai Pendatang Asing Dengan Izin
(PADI).

Sehubungan itu, saya menggesa agar warga Malaysia bersikap


lebih terbuka dan cintakan negara dengan memberi kerjasama

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 5
kepada Kerajaan Malaysia membasmi PATI dan PADI ini dengan
lebih telus dan tulus.

Melindungi PADI dan PATI atas alasan apa sekalipun tidak akan
memberikan manfaat, malah mengancam keselamatan negara
terutama merebaknya gejala jenayah yang dilakukan mereka dan
mengancam keselamatan negara dan saya akui Polis agak sukar
mengambil tindakan pantas kerana kekurangan logistik dan
campur tangan politik.

Saya menggesa agar kerajaan Malaysia menyiasat kes yang


memalukan negara iaitu seorang ahli jawatankuasa sebuah parti
politik yang sebelum ini ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara
kerana memiliki dokumen palsu dan masuk semula ke negara ini
dengan menggunakan pasport pelawat.

Agak menghairankan, baru-baru ini orang ini telah menyertai


pertandingan merebut jawatan ahli jawatankuasa bahagian dan
menang. Polis mungkin tidak berupaya memberkas dan mendakwa
orang ini yang agak kebal kerana kad pengenalannya disahkan
benar dan kes ini amat mengancam kedaulatan negara apabila
undang-undang dipersenda.

Masih ramai PADI dan PATI bersetinggan dan berselindung di


dalam parti politik termasuk MIC, UMNO, PBS dan sebagainya
tanpa sebarang usaha untuk mengenyahkan mereka daripada
senarai keahlian.

Jika Perlembagaan negara kita abaikan dan pemimpin yang rasuah


kita kekalkan, maka kita tidak mungkin akan dapat menampan
ledakan globalisasi dan menangkis kemasukan lebih ramai warga
asing untuk mendapat suaka politik dan ekonomi di negara ini.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 6

Anda mungkin juga menyukai