Anda di halaman 1dari 2

KENAPA SABAH PALING MISKIN DI MALAYSIA 

Rabu, Ogos 6, 2008, 07:18 PM MUKIM SOOK

Umumnya kita mengetahui bahawa suatu ketika dahulu, sabah pernah menduduki rengking
pertama sebagai negeri terkaya di Malaysia. Itu fakta. Anehnya, mengapa dari kedudukan
tangga pertama tiba-tiba jatuh terpuruk ke tangga yang terakhir dalam senarai negeri termiskin
di Malaysia. Ini bukan suatu perkara yang boleh dibiarkan kerana ini sangat menyangkut soal
perkapita penduduk sabah, pembangunan gobal negeri sabah dan juga menyangkut maruah
kinabalu itu sendiri.

Sabah dikenal sebagai negeri yang kaya dengan sumber daya alam. Kayu balak, getah, minyak,
kelapa sawit, tembaga dan sebagainya ada di perut bumi sabah. Suatu ketika bangunan Yayasan
Sabah begitu identik dengan kekayaan negeri sabah. Sebut saja yayasan sabah, maka di fikiran
terlintas “sabah kaya”.

Kita percaya bahawa kekayaan sabah suatu ketika dahulu banyak disebabkan oleh pola
pengurusan dana negeri, pegawalan wang keluar, penjagaan harta bumi serta pengendalian
sistem pengurusan yang cukup baik. Teorinya mudah saja, jika banyak harta tapi tidak tahu urus,
bakal jadi bankrapsi. Walaupun sedikit harta tapi pandai urus, bakal jadi banyak dan terus
bertambah”. Inilah yang berlaku kepada sabah.

Ketika zaman PBS dahulu, pengurusan sumber daya alam negeri sabah boleh disebut telah
berjaya kerana pada zaman itulah negeri sabah menjadi negeri paling kaya di Malaysia.
Pengawalan pengeluaran kayu balak dilaksanakan sesuai format FMP (Forest Management Plan),
di mana kayu-kayu balak yang belum boleh ditebang, tidak boleh ditebang. Kawasan balak di
sini belum boleh dikeluarkan, belum boleh dikeluarkan. Ertinya melalui FMP sabah mengatur
sebaik-baiknya pengendalian pengurusan sumber daya alam negeri ini.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah, nyaris terjadi sistem penghapusan spesis balak di sabah.
Mulai dari kayu yang tua sampai yang masih bayi pun semua dibelasah habis. Walaupun
demikian, persoalannya kenapa kedudukan rengking sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia
tidak pernah berubah juga. Malah tetap kekal sebagai urutan negeri miskin terbawah sekali.
Kejatuhan drastik negeri sabah ini bermula sejak BN mengambil alih pemerintahan sabah
selepas PBS kalah. Datuk Osu Sukam dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah ketika itu yang
akhirnya mencacatkan nama sendiri apabila disaman oleh sebuah badan casino akibat hutang
judi.

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
Bermula dari situlah kekayaan negeri sabah mulai terhakis, terhakis, terhakis dan terus terhakis
meskipun Ketua Menteri Sabah saling berganti tetapi hasilnya malah semakin memburuk
sampai pada hari ini, mereka masih gagal mengembalikan semula kedudukan rengking miskin
sabah ke tempat seperti dahulu.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dibuat satu rumusan bahawa sabah sangat malang sekali kerana
mendapat pemimpin yang tamak haloba. Kenapa disebut demikian? Kerana bukti sudah nyata
bahawa kemiskinan negeri sabah disebabkan oleh sikap pemimpin yang hanya mahu urus diri
sendiri, mahu kaya sendiri tetapi membiarkan rakyat sabah ini berada dalam kemiskinan yang
kian menghimpit. Itulah buktinya, sabah sebagai negeri paling miskin di Malaysia padahal
sumber daya alam negeri jauh lebih baik dan lebih banyak daripada negeri-negeri lain di
Malaysia. Tepat sekali untuk disebut bahawa sumber daya manusia sabah iaitu barisan
pemimpin BN Sabah TIDAK BOLEH DIHARAP LANGSUNG!!!

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2

Anda mungkin juga menyukai