Anda di halaman 1dari 25

SEJARAH 21

TUGASAN TINGKATAN 2
SMK SERI GOMBAK

TOPIK 10

SABAH DAN SARAWAK DALAM MALAYSIA:


SEJARAH, PEMERINTAHAN, EKONOMI DAN
KEUNIKAN

NAMA : NURUS SOFWA BINTI NAIM


KAD PENGENALAN : 040716020784
KELAS : 2 BESTARI

GURU MATAPELAJARAN : ENCIK MUHAMMAD


RUSHDAN BIN ZAINUDIN
PENGHARGAAN
Dengan rendah diri, saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan
limpah kurnianya maka dapat saya menyiapkan tugasan sejarah bagi kali ini..
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
tugasan ini. Terutama sekali kepada Encik Muhammad Rushdan Bin Zainudin paling
banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada saya. Setinggi-tinggi ucapan
terima kasih juga kepada Encik Naim bin Ahmad dan Puan Sharifah Noorulhuda
binti Habib Elias, iaitu kedua ibu bapa saya telah meyumbang daripada segi wang
ringgit, buku-buku kertas dan meyediakan kemudahan internet yang saya perlukan

Berkat dorongan dan tunjuk ajar guru, dan ibubapa maka akhirnya saya berjaya
melaksanakannya.Segala rintangan yang saya lalui dan pengetahuan yang ditimba
sepanjang membuat tugasan ini, saya akan abadikan sebagai satu dorongan untuk
berjaya pada masa hadapan dan juga panduan dalam kehidupan sehari-hari.
BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 1

3.0 KAEDAH KAJIAN 1

4.0 LATAR BELAKANG 1

4.1 SABAH: CIRI FIZIKAL DAN SEJARAH RUJUKAN 1

4.2 SARAWAK: CIRI FIZIKAL DAN SEJARAH RUJUKAN 2

5.0 HASIL KAJIAN 7

5.1 SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU 7

5.2 KEMUNCULAN PEMERINTAHAN TEMPATAN 9

5.3 KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT SARAWAK DAN SABAH 10

5.4 KEUNIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK DAN SABAH 13

6.0 RUMUSAN 16

7.0 LAMPIRAN 17

8.0 RUJUKAN 20
1.0 PENDAHULUAN
Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.
Alam Melayu juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu,
Istilah ini berbeza-beza mngikut peredaran zaman. Pada masa dahulu, gugusan tanah luas
terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan ini dikenali sebagai Pentas
Sunda. Sarawak dan Sabah merupakan sebahagian daripada Alam Melayu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan kajian ini dijalankan untuk
i. mengenal pasti ciri-ciri pemerintahan tempatan diantara Sabah dan Sarawak.
ii. menyenaraikan kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak dan Sabah.
iii. menghubungkaitkan masyarakat bumi putera sabah dan Sarawak dengan
kesenian,perayaan dan seni bina masing-masing.

3.0 KAEDAH KAJIAN


Kajian ini menerima pakai kaedah analisis kandungan bahan rujukan seperti buku,surat khabar
dan bahan-bahan berkaitan daripada internet. Selain itu, kaedah temubual dengan pengamal
undang-undang juga digunakan.

4.0 LATAR BELAKANG


4.1 Sabah: Ciri Fizikal dan Sejarah Rujukan
Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua
terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang
terbesar di dunia.

Asal Usul Nama


Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul.
Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia
dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang
Saba' oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat

1
Sabah. Mengikut teori Maxwell, perkataan Sabah itu merupakan perkataan Melayu Brunei yang
bermaksud hulu, disebabkan lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei. Terdapat juga teori
mengatakan bahawa ia datang daripada Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana
gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit.
Menurut pandangan Jaswinder, Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk
menentukan asal sebenar nama negeri ini.

Ciri Fizikal Sabah


Bahagian tengah dan timur Sabah secara amnya terdiri daripada banjaran gunung, dataran dan
juga bukit. Bahagian barat Sabah amnya adalah kawasan pergunungan dengan Banjaran Crocker
merupakan banjaran yang mempunyai tinggi sekitar 1,000 hingga 4,000 meter.

Pada ketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di negeri
Sabah. Gunung Tambuyukon yang berada berdekatan dengan Gunung Kinabalu yang mempunyai
ketinggian 2,579 meter dan merupakan puncak ketiga tertinggi di negeri ini. Bersebelahan
dengan Banjaran Crocker pula ialah Banjaran Trusmadi dengan puncaknya Gunung Trusmadi
yang merupakan gunung kedua tertinggi di negeri ini selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian
2,642 meter.

Sungai Kinabatangan bermula dari banjaran melalui kawasan tengah ke arah pantai timur
sehinggalah keluar ke Laut Sulu. Ia adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai
Rajang yang terdapat di Sarawak. Hutan di sekeliling lembah sungai juga mengandungi pelbagai
habitat hidupan liar.

Lain-lain kawasan hidupan liar yang penting di Sabah termasuk Lembangan Maliau, Lembah
Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok. Tempat-tempat ini adalah sama ada ditetapkan
sebagai taman negara, rizab hidupan liar, hutan rizab, atau hutan simpan.

Lebih tiga suku daripada penduduk manusia mendiami dataran pantai. Bandar-bandar utama dan
pusat bandar telah tumbuh di sepanjang pantai Sabah. Kawasan pedalaman masih jarang
berpenghuni dan lebih tertumpu kepada perkampungan sahaja.

Sejarah
Penghijrahan manusia ke rantau ini dipercayai berlaku kira-kira 20,000-30,000 tahun dahulu.
Dipercayai, bahawa manusia awal ini adalah daripada bangsa Australoid dan juga Negrito.
Gelombang penghijrahan manusia yang seterusnya dipercayai adalah daripada bangsa
Austronesia Mongoloid yang berlaku sekitar 3000 SM.

2
Empayar Brunei
Merujuk "East Malaysia and Brunei", pada awal abad ke-7, sebuah komuniti yang dikenali sebagai
Vijayapura, juga berkaitan dengan Empayar Srivijaya telah dijangkakan mempunyai kaitan
dengan Empayar Brunei yang wujud di sekitar pantai laut Borneo. Satu lagi kerajaan yang disyaki
telah wujud awal abad ke-9 adalah Po Ni, kerajaan ini telah dipercayai wujud pada muara Sungai
Brunei dan merupakan pendahulu kepada Kesultanan Brunei. Kesultanan Brunei bermula selepas
pemerintah Brunei memeluk Islam.

Menurut Saunders (2002), semasa pemerintahan sultan kelima yang dikenali sebagai Bolkiah
antara 1473-1524, wilayah kekuasaan sultan merangkumi Sabah, Kepulauan Sulu dan Manila di
utara, dan Sarawak sehinggalah Banjarmasin di selatan.

Rozan mengatakan (2013), Pada tahun 1658, Sultan Brunei menyerahkan bahagian utara dan
timur Borneo kepada Sultan Sulu atas keberhasilan dalam menyelesaikan sebuah perang saudara
yang berlaku di Brunei, tetapi banyak sumber mengatakan Brunei tidak pernah menyerahkan
sedikit pun tanah di bahagian Sabah kepada Kesultanan Sulu.

Borneo Utara British


Menurut Howard,Pada tahun 1761, Alexander Dalrymple, seorang pegawai Syarikat Hindia Timur
British menyimpulkan satu perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membolehkan beliau
menubuhkan sebuah pos perdagangan pada sebahagian kawasan Sabah yang terletak di bawah
kekuasaan Sulu, walaupun ramai yang menjangkakan ia akan menemui kegagalan.

Charles (1966),Ooi (2004) dan Keat (2004) berpendapat sama iaitu, pada tahun 1846, pulau
Labuan di pantai barat Sabah telah diserah kepada pihak British oleh Sultan Brunei dan pada
tahun 1848 ia telah menjadi jajahan British dengan perjanjian penyerahan dari Sultan Brunei
diperbaharui pada 1877, manakala bahagian pantai timur Sabah diserahkan oleh Kesultanan Sulu
pada 1878.

Menurut “Malaysia and Its Neighbours” The World studies series (1967), Berikutan satu siri
pemindahan, hak ke atas Borneo Utara telah dipindahkan ke Alfred Dent, dimana pada tahun
1881 telah terbentuknya Persatuan Provinsi Borneo Utara British yang merupakan pendahulu
kepada Syarikat Borneo Utara British.

Menurut maklumat daripada "Protocol of 1885", Pada tahun berikutnya, Syarikat Borneo Utara
British telah dibentuk dan Kudat telah dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Namun pada tahun
1883, pusat pemerintahan telah dipindahkan ke Sandakan. Pada tahun 1885, British, Sepanyol,
dan Jerman menandatangani Protokol Madrid bagi mengiktiraf kedudukan Sepanyol di
Kepulauan Sulu dan sebagai balasan, Sepanyol melepaskan semua tuntutannya ke atas Borneo
Utara.

Pada tahun 1888, Borneo Utara telah menjadi naungan British.

3
Pemerintahan Sendiri
Menurut Frans Welman (2017), selepas tamatnya Perang Dunia II, wilayah ini telah ditadbir oleh
Pentadbiran Tentera British dan kemudian dipindahkan kepada kerajaan Jajahan Mahkota pada
tahun 1946 disebabkan oleh Syarikat Borneo Utara British mengalami kesulitan disebabkan kos
yang tinggi untuk membina semula Borneo Utara.
Tugas memulihkan wilayah ini diambil alih oleh kerajaan jajahan Mahkota dengan gabenor
Jajahan Mahkota pertama yang dilantik iaitu Edward Twining, pada 5 Mei 1949. Ralph Hone telah
menggantikan beliau untuk meneruskan pembinaan semula Borneo Utara dan kemudian Roland
Turnbull sehingga gabenor terakhir Jajahan Mahkota William Goode.
Setelah semua projek pembinaan semula telah selesai, kerajaan Jajahan Mahkota kemudian
mengambil keputusan untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada Borneo Utara pada 31
Ogos 1963 iaitu 16 hari sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Tarikh 31 Ogos 1963 juga merupakan Hari Kemerdekaan Sabah.

Persekutuan Malaysia
Pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Jesselton, Borneo Utara pada 16 September 1963.
Pada 31 Ogos 1963, Borneo Utara telah mencapai pemerintahan sendiri dan pada tahun 1962,
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan oleh pihak British bagi memungut dan menentukan
pandangan rakyat negeri ini dan juga Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk
Persekutuan Malaysia ataupun sebaliknya. Suruhanjaya ini ternyata digemari oleh penduduk dan
kebanyakan pemimpin masyarakat etnik Sabah seperti, Tun Mustapha yang mewakili umat Islam,
Tun Fuad Stephens mewakili pribumi yang bukan Islam, dan Khoo Siak Chew yang mewakili kaum
Cina menyokong pembentukan. Akhirnya pada 16 September 1963, Borneo Utara dengan
rasminya bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan juga Singapura bagi membentuk
Persekutuan Malaysia.

4.1 Sarawak: Ciri Fizikal dan Sejarah Rujukan


Sarawak ialah negeri yang terbesar dari 13 buah negeri dalam Malaysia. Saiznya tanahnya
hampir sama dengan Malaysia Barat, Sarawak terletak di barat laut Pulau Borneo , dan
bersempadan dengan negeri Malaysia Sabah ke timur laut, Kalimantan (bahagian Kalimantan
Borneo) di selatan, dan Brunei di utara.

Ciri Fizikal Sarawak


Menurut "Geography of Sarawak", Jumlah kawasan tanah Sarawak hampir 124,450 kilometer
persegi, yang membentuk 37.5 peratus daripada keseluruhan kawasan Malaysia. Sarawak
terletak di antara latitud 0° 50' hingga 5° utara dan longitud 109° 36' hingga 115° 40' timur.
Jaraknya sejauh 750 kilometer dicelah di utara dengan kira-kira 150 kilometer pantai Brunei.

4
Sarawak dipisahkan dari Kalimantan Indonesia dengan sebahagian banjaran gunung dan bukit
yang terdapat merentasi Borneo.

Sarawak mempunyai iklim khatulistiwa dengan hutan hujan tropika dan spesies haiwan dan
tumbuhan yang banyak. Ia mempunyai beberapa sistem gua yang terkenal di Taman Negara
Gunung Mulu. Sungai Rajang merupakan sungai terpanjang di Malaysia; Empangan Bakun, salah
satu empangan terbesar di Asia Tenggara, terletak di salah satu anak sungai, Sungai Balui. Gunung
Murud adalah titik tertinggi di Sarawak. Spesies haiwan juga sangat bervariasi, dengan 185
spesies mamalia, 530 spesies burung, 166 spesies ular, 104 spesies cicak, dan 113 spesies amfibia,
di mana 19 peratus daripada mamalia, 6 peratus daripada burung, 20 peratus ular dan 32 peratus
cicak adalah endemik. Terdapat lebih daripada 2,000 spesies pokok di Sarawak. Tumbuhan lain
termasuk 1,000 spesis orkid, 757 spesis pakis, dan 260 spesis sawit.

Sejarah
Merujuk "Niah National Park – Early Human settlements", diketahui bahawa adanya penduduk
yang tinggal di sekitar mulut barat Gua Niah yang terletak 110 kilometer di barat daya Miri pada
40,000 tahun yang lalu. Buktinya, tengkorak manusia moden yang terdapat berhampiran Gua
Niah adalah manusia tertua yang masih terdapat di Malaysia dan tengkorak manusia moden yang
tertua dari Asia Tenggara. Menurut Zheng, seramik Cina yang berasal dari dinasti Tang dan Song
(8 hingga 13 abad Masihi, masing-masing) ditemui di Santubong (berhampiran Kuching) yang
menandakan kepentingannya sebagai pelabuhan.
Mengikut David (2001), Empayar Brunei ditubuhkan di kawasan pesisir Sarawak pada
pertengahan abad ke-15, dan kawasan Kuching dikenali oleh kartografer Portugis semasa abad
ke-16 sebagai Cerava, salah satu daripada lima pelabuhan besar Borneo. Menjelang abad ke-19,
Empayar Brunei semakin menurun, mengekalkan pegangan kecil di sepanjang kawasan pantai di
Sarawak yang dikawal oleh pemimpin Melayu separuh bebas. Menurut Alaistair (1993), Jauh dari
pantai, perang wilayah berlaku antara Iban dan persekutuan Kenyah-Kayan.

Menurut Trudy, Ring Noelle, Watson Paul, Schellinger (2012), penemuan bijih antimoni di rantau
Kuching yang membawa Pangeran Indera Mahkota, wakil Sultan Brunei, untuk meningkatkan
pembangunan di wilayah antara 1824 dan 1830. Peningkatan pengeluaran antimoni di rantau ini
menyebabkan Kesultanan Brunei menuntut cukai yang lebih tinggi, yang akhirnya Membawa
kepada pergolakan awam. Pada tahun 1839, Sultan Omar Ali Saifuddin II (1827-1852)
menugaskan pamannya, Pengiran Muda Hashim untuk memulihkan ketertiban, tetapi
ketidakupayaan Pengiran Muda Hashim untuk melakukan itu menyebabkan beliau meminta
bantuan pelaut British, James Brooke. Menurut James (2001) dan Graham (2013), kejayaan
Brooke dalam menghancurkan pemberontakan itu dihadiahi dengan antimoni, harta dan
gabenor Sarawak, yang pada masa itu hanya terdiri daripada kawasan kecil yang berpusat di
Kuching.

5
Keluarga Brooke, yang kemudiannya dipanggil Raja Putih, mula memperluaskan wilayah yang
telah diserahkan kepada mereka. Dengan perluasan ini ada perlunya tadbir urus yang cekap dan
dengan itu, bermula pada tahun 1841, Sarawak dipisahkan menjadi bahagian pentadbirannya
yang pertama dengan mata wang sendiri iaitu dolar Sarawakmula beredar pada tahun 1858. Pada
tahun 1912, Sarawak terbahagi kepada lima bahagian, masing-masing diketuai oleh seorang
Residen.

Keluarga Brooke pada dasarnya mengamalkan bentuk kerajaan paternalistik dengan birokrasi
yang minimum, tetapi digesa untuk menubuhkan beberapa bentuk rangka kerja undang-undang.
Memandangkan mereka tidak mengetahui adat istiadat tempatan, kerajaan Brooke menubuhkan
Majlis Penasihat Tertinggi yang kebanyakannya terdiri daripada ketua-ketua Melayu untuk
memberi bimbingan. Majlis ini adalah dewan perundangan tertua di Malaysia, dengan mesyuarat
Majlis Agung pertama yang berlangsung di Bintulu pada tahun 1867. Pada tahun 1928,
Pesuruhjaya Kehakiman, Thomas Stirling Boyd, dilantik sebagai hakim terlatih yang pertama.
Sistem yang sama yang berkaitan dengan perkara-perkara mengenai pelbagai masyarakat Cina
juga dibentuk.

Ahli-ahli masyarakat tempatan digalakkan oleh rejim Brooke untuk menumpukan perhatian
kepada fungsi-fungsi tertentu di dalam wilayah. Merujuk "The Borneo Company Limited", usaha
memperluaskan perdagangan membawa kepada pembentukan Borneo Company Limited pada
tahun 1856. Syarikat itu sehingga kini masih terlibat dalam pelbagai perniagaan di Sarawak
termasuk perdagangan, perbankan, pertanian, penerokaan mineral, dan pembangunan.

Menurut Ooi, Keat Gin (2013), antara tahun 1853 dan 1862, terdapat beberapa pemberontakan
terhadap kerajaan Brooke tetapi semua berjaya ditampung dengan bantuan suku-suku
tempatan. Bagi mencegah pemberontakan masa depan, serangkaian kubu dibina untuk
melindungi Kuching, termasuk Fort Margherita, yang siap pada tahun 1871. Pada masa itu
kawalan Brooke terhadap Sarawak adalah seperti pertahanan yang tidak perlu.

Charles Anthoni Brooke menggantikan bapa saudaranya pada tahun 1868 sebagai Raja Putih
seterusnya. Di bawah pemerintahannya, Sarawak memperoleh Limbang dan lembah Baram dan
Trusan daripada Sultan Brunei, kemudian menjadi tanah naungan pada 1888 dengan Britain
mengendalikan hal ehwal luar negeri tetapi kerajaan Brooke mengekalkan kuasa pentadbiran. Di
dalam negeri, Brooke menubuhkan Muzium Sarawak, muzium tertua di Borneo, pada tahun
1891. dan menegakkan keamanan di Marudi dengan mengakhiri perang antara suku di sana.
Pembangunan ekonomi diteruskan, dengan usaha menggali minyak dari tahun 1910 dan
pembukaan Brooke Dockyard dua tahun kemudian. Anthony Brooke, yang menjadi Rajah Muda
pada tahun 1939, dilahirkan pada tahun 1912.

6
Perayaan 100 tahun Brooke di Sarawak diadakan pada tahun 1941. Sempena itu, satu
perlembagaan baru diperkenalkan untuk menghadkan kuasa Rajah dan memberi rakyat Sarawak
peranan yang lebih besar dalam kerajaan. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini tidak pernah
dilaksanakan sepenuhnya kerana pendudukan Jepun. Pada tahun yang sama, pasukan British
menarik balik angkatan udara dan lautnya yang mempertahankan Sarawak ke Singapura. Dengan
keadaan Sarawak yang ketika ini tidak dikawal ketat, rejim Brooke mengamalkan dasar "bumi
hangus" di mana pemasangan minyak di Miri akan dimusnahkan dan lapangan terbang Kuching
diadakan selama mungkin sebelum dimusnahkan. Walau bagaimanapun, satu pasukan
pencerobohan Jepun yang diketuai oleh Kiyotake Kawaguchi mendarat di Miri pada 16 Disember
1941 dan menakluki Kuching pada 24 Disember 1941, dengan tentera darat British berundur ke
Singkawang di kejiranan Belanda Borneo. Selepas sepuluh minggu bertarung di sana, pasukan
bersekutu menyerah pada 1 April 1942. Charles Vyner Brooke, Rajah terakhir Sarawak, menuju
ke Sydney, Australia, sementara para pegawainya ditangkap oleh orang Jepun dan diasingkan di
kem Batu Lintang.

5.0 HASIL KAJIAN


5.1 Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu
Hubungan Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu berkait dari segi perdagangan dan keagamaan
:
 Kemunculan pusat pembuatan tembikar di Gua Niah, Sarawak.
 Penduduk di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah menjalankan kegiatan perdagangan
dengan orang luar.
 Kemunculan pelabuhan Chu-Pho pada abad ke-3 di utara Sabah menjadi tempat
mengeksport besi ke Funan dan Champa.
 Kemunculan kerajaan Santubong pada abad ketujuh, mempunyai pelabuhan di lembah
sungai Sarawak yang membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin lebah dan kulit penyu.
 Pada abad ke-13,muncul industry peleburan bijij besi di Santubong.
 Beberapa pusat perdagangan muncul di Sarawak menjalankan kegiatan perdagangan
dengan kerajaan Siam dan China iaitu Gedong, Bukit Sandong dan Kalka.
 Kerajaan Srivijaya pernah meluaskan pengaruhnya di selatan Sarawak bagi mengawal
perdagangan di Laut China Selatan.
 Kerajaan Majapahit turut mempunyai pengaruh di Sarawak dan utara Sabah. Bukti bagi
hubungan perdagangan kerajaan Majapahit antara utara Sabah telah dibuktikan dengan
perjumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Saba.
 Kemerosotan Majapahit telah membawa kepada perkembangan pengaruh Kesultanan
Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu di kawasan barat dan utara pantai Pulau Borneo . Di

7
Sarawak, berlaku penyebaran kuasa oleh Kesultanan Melayu Brunei. Pada abad ke-14,
Kesultanan Melayu Brunei telah muncul dan menjalankan persahabatan dengan kerajaan
Sambas. Persahabatan ini membolehkan kerajaan Sambas menyerahkan wilayahnya di
Sarawak kepada Kesultanan Melayu Brunei. Kesultanan Melayu Brunei juga meluaskan
pengaruhnya ke utara Borneo. Kemunculan Kesultanan Sulu di Borneo utara pula
membawa kepada tersebarnya pengaruh mereka di pantai timur laut Sabah.
 Kebangkitan Kesultanan Melayu Brunei telah melemahkan kerajaan Santubong, Kalka,
Samadong dan Melano di Sarawak kerana tumpuan perdagangan dialihkan ke Brunei.
Manakala Kesultanan Sulu yang muncul pada abad ke-15 telah meningkatkan kegiatan
perdagangan di utara Sabah. Kawasan ini kaya dengan hasil laut dan hutan terutama
sarang burung yang menjadi tarikan pedagang China. Kedua-dua kesultanan ini kemudian
mengalami kemerosotan menjelang abad-19 apabila bersaing dengan kuasa barat.
 Sarawak dan Sabah juga dipengaruhi oleh kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam.
Pengaruh agama ini dibawa secara tidak langsung oleh kerajaan di Alam Melayu di kedua-
dua kawasan ini. Pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya terdapat tinggalan objek-
objek agama Buddha di Santubong. Selain itu, terdapat penemuan patung Ganesha di
Limbang.
 Pengaruh Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak dan Sabah telah membawa penyebaran
agama Islam di pesisir pantai Sarawak dan Sabah. Kesan ketara penyebaran Islam ini ialah
penerimaan agama Islam oleh kebanyakan penduduk kaum Melayu dan Melanau di
pesisir pantai Sarawak dan Sabah. Kesultanan Sulu pula memainkan peranan penting
dalam penyebaran agama Islam di pantai timur Sabah.

5.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan

Aspek Sarawak Sabah


(a) Setiap kaum mempunyai ketuanya (a)Masyarakat pedalaman di
yang bebas daripada pengaruh Sabah telah mempunyai
kuasa luar kepimpinan kesukuan yang
(b) Gelaran ketua: tersusun dan bebas
1. Kepimpinan  Masyarakat Iban: Tuai Rumah daripada pengaruh kuasa
Kesukatan  Kaum Kayan: Kelunan Maren luar.
atau Hipun Uma (b)Contohnya:
 Kaum Kenyah: Peran Lepo  Kaum Kadazandusun
 Kaum Kelabit: Laih Rayeh  Kaum Murut
 Orang Sungai

8
Pengaruh kerajaan di Alam Melayu Terpengaruh dengan
2. Kepimpinan
meresap kepada Kaum Melayu Kesultanan Sulu, Kesultanan
Lembah Sungai
pesisir pantai dan lembah sungai. Brunei dan ketua bebas.
(a) Penduduk di kawasan pesisir (a)Kuasa pemerintahan wakil
pantai Sarawak dipengaruhi oleh raja adalah dalam aspek:
kerajaan Srivijaya, Brunei dan  kehakiman
Majapahit.  menjaga keamanan
3. Bentuk
(b)Wujud sistem berkerajaan sendiri  menjaga kebajikan
Pemerintahan
seperti krajaan Sawaku, dan penduduk
kerajaan Samadong. (b) Mereka juga mengutip
(c) Menggunakan gelaran raja seperti cukai daripada penduduk
Datu, Datuk Abang dan Dayang. dan aktiviti perdagangan.

Nota Sampingan;
Seorang ketua suku perlulah berciri-ciri bebas daripada kawalan kuasa-kuasa luar agar beliau dapat
membuat keputusan adil dan saksama serta tidak teragak-agak dalam membuat keputusan.

5.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah


Sejarah kegiatan konomi masyarakat di Sarawak dan Sabah berkembang di kawasan pesisir
pantai, lembah sungai dan pedalaman.

Negeri Sarawak Sabah


Aspek
Kegiatan Kaum Kegiatan Kaum
Lokasi
Pesisir  Perdagangan  Melayu  Perdagangan  Berunai
Pantai  Menangkap ikan  Kedayan  Menangkap ikan  Bajau/Sama
 Membuat  Melanau  Membuat perahu  Iranun
perahu  Mengutip hasil  Suluk
 Perusahaan laut
sagu
Lembah  Menanam padi  Melayu  Menanam padi  Kadazandusun
Sungai  Menanam buah-  Iban  Menanam pokok  Rungus
buahan dan  Bisaya buah-buahan dan  Orang Sungai.
sayur-sayuran  Melanau sayur-sayuran
 Bidayuh
Pedalaman  Mengutip hasil  Kenyah  Mengutip hasil  Murut
hutan  Iban hutan
 Memburu  Penan  Menanam padi
haiwan  Kayan  Mengutip sarang
 Menanam padi  Kelabit burung
 Punan

9
5.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak

MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH

Kadazandusun Bajau/Sama Murut Suluk Orang Sungai

Mendiami Kaum ini berasal Tinggal di Kaum ini berasal Tinggal di Sungai
kawasan dari Sambaungan kawasan Tenom- dari Kepulauan Kinabatangan,
Penampang, (Zamboanga) dan Kalabalakan Sulu. Sungai Sugut,
Papar, Tuaran, Johor. Sungai Paitan
Tambunan dan dan Sungai
Ranau. Nama "Murut" Menetap di Labuk.
Menetap di bermaksud orang kawasan pantai
kawasan pantai bukit orang dari timur Sabah.
Perkataan timur dan pantai pedalaman
"Dusun" diberi pergunungan yang
barat Sabah.
oleh orang Brunei terpencil
yang bermaksud
petani dalaman. Keunikkan budaya
menunggang kuda
berada di kawasan
pantai barat Sabah.

10
MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

Orang Ulu Melayu Bidayuh Iban Melanau

Terdiri daripada Kehadiran kaum Kaum ini berasal Kaum ini Kaum ini
kaum Kenyah, ini bermula dari Sungkung, berasal dari mendiami
Kayan, Punan, pada awal abad Kalimantan. Sungai Kapuas. kawasan tengah
Penan dan keenam. Sarawak sejak
Kelabit. dari dahulu.
Mereka berhijrah Berhijrah dan
ke selatan menetap di
Kaum Kenyah Kaum ini
menetap di Sarawak. kawasan hulu
dan dan Kayan
Belaga, Beram Sungai Batang
berasal dari
dan Skrang. Lupar.
Sungai Kayan.

Mereka berhijrah ke hulu


Sungai Rajang, Balui, Baram
dan Hulu.

11
Kepentingan Sungai Terhadap Masyarakat Sabah Dan Sarawak
Kegunaan Harian
 Bekalan air untuk minum,mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk.
Pengangkutan
 Sampan dan bot untuk membawa penumpang dan barang melalui laluan air.
Petempatan
 Kewujudan kampung air.
Sumber Rezeki
 Untuk penduduk kawasan sekitar sungai.
Perdagangan
 Melakukan aktiviti perdagangan dan jual beli.
Kegiatan Rekreasi
 Acara lumba perahu atau perahu berhias

Kesenian Dalam Masyarakat Sarawak Dan Sabah


Penghasilan barang kesenian merupakan salah satu keunikan masyarakat di Sarawak dan sabah.
Barangan yang dihasilkan mempunyai pelbagai kegunaan dan dihiasi dengan pelbagai motif yang
menarik. Pada peringkat awal, barangan kesenian yang dihasilkan adalah untuk kegunaan sendiri
dan dijual secara kecil-kecilan untuk sara diri. Apabila terdapat lebihan dan permintaan, barangan
kesenian ini dikomersialkan dan didagangkan. Secara tidak langsung, kegiatan ini menambahkan
pendapatan masyarakat.

Sabah
 Tenunan Kain
Hasil tenunan suku kaum Rungus dikenali sebagai inavol. Seni ini ditenun dengan motif
tradisi seperti orang-orang, fauna dan flora. Selendang ini juga terkenal sebagi
cenderahati di kalangan pelawat asing. Selain itu, selendang ini juga digunakan sebagai
sebahagian daripada pakaian tradisi suku kaum Rungus. Manakala Kaum Iranun
menghasilkan kain dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak.
 Kraf Tangan
Masyarakat di kawasan pedalaman menghasilkan bakul yang mempunyai pelbagai
kegunaan seperti waked untuk membawa barang yang besar. Wakid digunakan oleh
kaum Kadazandusun sejak turun-temurun kerana ketahanannya yang mampu
menanggung bebanan sehingga 70 kilogram. Selain wakid, Tayen pula merupakan sebuah
bakul untuk membawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan. Buan juga
merupakan sebuah bakul yang digunakan sebagai tampat menyimpan barang. Bagi

12
Kaum/Sama, mereka menghasilkan pelbagai barangan yang berwarna-warni daripada
daun serdang seperti tikar pandan dan duang (tudung saji).
 Pertukangan
Kaum Baja/Sama masih mewarisi cara pembuatan barangan besi seperti Guuk, Badi’
untuk memotong rumput dan Pida’ untuk upacara perkahwinan.

Sarawak
 Tenunan Kain
Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat
Sarawak. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan
dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima
barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah
panjang sebelum pengkebumian. Selain Pua Kumbu, terdapat juga Pua Sungkit dan Pua
Karap.
 Kraf Tangan
Sintung Duduk dihasilkan oleh kaum Iban untuk membawa benih padi, lanji untuk
membawa hasil padi dan basong untuk memburu. Bagi kaum Orang Ulu, mereka
menghias bakul mereka dengan manik. Simbol-simbol naga, manusia, burung kenyalang
dan harimau yang dihiasi pada bakulnya digunakan oleh golongan atasan. Bagi kaum
Melanau pula mereka menghasilkan penutup kepala,iaitu terendak. Terendak digunakan
semasa kerja-kerja harian dan adat tertentu, termasuk Pesta Kaul.

 Pertukangan
Tiang Totem dihasilkan oleh Orang Ulu yang melambangkan status masyarakat. Hanya
mayat golongan atasan boleh diletakkan tinggi diatas tiang ini. Selain itu, Patung Burung
Kenyalang merupakan lambing kepahlawanan kaum Iban. Ukiran patung ini digunakan
sebagai pemberi semangat kepada pahlawan Iban. Patung ini juga menjadi penjaga
rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit.

13
Perayaan dalam Masyarakat Sabah dan Sarawak

PERAYAAN

SARAWAK SABAH
a) Kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu a) Kaum Kadazandusun dan Murut
merayakan Pesta Menuai atau Gawai merayakan Pesta Kaamatan.
Dayak. b) Pesta Keaamatan dirayakan sebagai
b) Kaum Iban merayakan upacara Miring kesyukuran kepada semangat padi.
semasa Gawai Dayak. Ada acara Kumang c) Acara pertandingan Unduk Ngadau (ratu
dan Keling Gawai. cantik) diadakan.
c) Kaum Bisaya dan Kadayan mengadakan d) Kaum Baja/Sama merayakan Pesta Regata
Pesta Babulang (pesta menuai). Lepa (memperingati peranan lepa).
d) Makan tahun diadakan sebagai tanda e) Kaum ini akan menghiasi lepa.
kesyukuran. f) Acara perlumbaan perahu diadakan.
e) Kaum Melanau mengadakan Pesta Kaul
untuk mengelakkan malapetaka.

Tarian Masyarakat Sabah dan Sarawak

Tarian Datun Julud Tarian Ngajat Bermukun


•Kaum Orang Ulu. •Kaum Iban dan Orang Ulu. •Acara bergendang.
•Lambang kegembiraan dan •Jenis tarian ilah Ngajat Indu dan •Gendang dipalu oleh kaum
terima kasih. Ngajat Lesung. wanita.
•Terdapat bulu Burung •Pemberi semangat kepada •Hanya kaum lelaki sahaja
Kenyalang dan alat muzik Sape. pahlawan. menari.

Sumazau Magunatip Limbai


•Kaum Kadazandusun •Kaum Murut. •Kaum Baja/Sama.
•Di Penampang dan Papar •Menggunakan dua batang •Tarian berpasangan.
ditarikan semasa Pesta buluh. •Wanita memakai hiasan kepala
Keaamatan. •Dalam majlis keramaian. (sarimpak).

14
Seni Bina Masyarakat Sarawak dan Sabah

Seni bina Kaum Fungsi Bahan Pembuatan


1. Rumah Iban, Bidayuh dan Tempat tinggal,tempat Kayu keras seperti kayu
Panjang Orang Ulu berinteraksi dan belian dan daun tebal
mengadakan acara seperti daun rumbia
perayaan
2. Rumah Iban, Bidayuh dan Mengelak serangan Kayu keras dan bulat
Tinggi Orang Ulu musuh
3. Rumah Bidayuh Tempat penyimpanan Kayu keras iaitu kayu
Baruk tengkorak, senjata, belian, daun rumbia dan
pusat ritual, mesyuarat buluh
dan majils sosial
4. Rumah Rungus Kediaman dan kubu Kayu bulat, bulut, kulit
Panjang pertahanan kayu dan daun nipah
Rungus
5. Rumah Murut Faktor keselamatan dan Kayu bulat, kulit kayu
Panjang pertahanan, tempat dan daun tolidus
Murut pertemuan dan lantai
untul tarian atau
lansaran
6. Lepa Bajau/Sama di Pantai Mengangkut barang dan Kayu obasuluk, seraya,
Timur Sabah tempat kediaman mata-mata, gagir dan
daun nipah
7. Rumah Orang Suluk Serambi-salas
Suluk halaum dan pag-hali-
halihan-ha-guwa salas.
pag’tugan-tempat tidur
ibu bapa dan anak
lelaki. Angkap-bilik tidur
untuk anak perempuan.
Dapulan - menyimpan
makanan dan memasak

15
6.0 RUMUSAN
Daripada segi sejarah, bumi Sabah dan Sarawak mempunyai keunikan dan keaslian daripada segi
bentuk muka bumi, amalan turun temurun dan keaslian penduduk pribumi. Sabah dan Sarawak
telah menjadi sebahagian Malaysia bermula penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Penggabungan ini bukan sahaja dimanfaati daripada segi politik malahan lebih memartabatkan
Malaysia daripada segi budaya dan khazanah Negara. Namun, usaha-usaha kerjasama perlu lebih
digiatkan untuk peluang mengetengahkan bahasa dan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak
kepada generasi muda supaya mereka lebih menghargai semangat “Malaysia kita punya”.

16
7.0 LAMPIRAN
Peta Sabah dan Sarawak dahulu dan sekarang

17
Senibina Sabah: Rumah Suluk dan Lepa

Senibina Sarawak: Rumah Panjang dan Rumah Baruk

18
Kesenian Sabah dan Sarawak

19
8.0 RUJUKAN
"Bintulu – Places of Interest". Bintulu Development Authority. Dicapai 7 Oktober 2018.

"East Malaysia and Brunei". Ancient Chinese Trading Links. Periplus Editions: 30. Mac 2001.
ISBN 978-962-593-180-7. Dicapai 3 Oktober 2018.

"Geography of Sarawak". Official website of state planning unit Chief Minister's Department of
Sarawak. Dicapai 7 Oktober 2018.

"Gunung Tambuyukon, Sabah". Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur. Dicapai 3 Oktober 2018.
"History of Sarawak". Brooke Trust. Dicapai 7 Oktober 2018.

"History of the Great Cave of Niah". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai 7 Oktober 2018.

"Niah Cave". humanorigins.si.edu. Smithsonian National Museum of Natural History. Dicapai 7


Oktober 2018.

"Niah National Park – Early Human settlements". Sarawak Forestry. Dicapai 7 Oktober 2018.

"Pengenalan Kepada Sabah Geografi & Alam Sekitar". Kerajaan Negeri Sabah. Dicapai 3 Oktober
2018.

"Protocol of 1885" (PDF). Sabah State Attorney-General's Chambers. Dicapai 4 Oktober 2018.

"Sabah must celebrate Independence Day on Aug 31: Jeffrey". Daily Express. 27 Ogos 2013.
Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2014. Dicapai 7 Oktober 2018.

"Sabah's Heritage: A Brief Introduction to Sabah's History", Muzium Sabah, Kota Kinabalu. 1992

"The Japanese Occupation (1941 – 1945)". The Sarawak Government. Dicapai 7 Oktober 2018.

078-5.

About the Kinabatangan area, WWF. Capaian 3 Oktober 2018.

Broek, Jan O.M. (1962). "Place Names in 16th and 17th Century Borneo". Imago Mundi. 16 (1):
134. doi:10.1080/03085696208592208. JSTOR 1150309.

Charles ALfred Fisher (1966). South-East Asia: A Social, Economic and Political Geography.
Taylor & Francis. m/s. 147–. GGKEY:NTL3Y9S0ACC. Dicapai 4 Oktober 2018.

20
Charles, de Ledesma; Mark, Lewis; Pauline, Savage (2003). Malaysia, Singapore, and Brunei.
Rough Guides. m/s. 723. ISBN 978-1-84353-094-7. Dicapai 7 Oktober 2018.

Cuhaj, George S (2014). Standard Catalog of World Paper Money, General Issues, 1368–1960.
F+W Media. m/s. 1058. ISBN 978-1-4402-4267-0. Dicapai 7 Oktober 2018.

David Lea; Colette Milward (2001). A Political Chronology of South-East Asia and Oceania.
Psychology Press. m/s. 16–. ISBN 978-1-85743-117-9.

Donald F, Lach (15 July 2008). Asia in the Making of Europe, Volume I: The Century of Discovery,
Book 1. University of Chicago Press. m/s. 581. ISBN 978-0-226-46708-5. Dicapai 7 Okober 2018.

Faulkner, Neil (7 November 2003). Niah Cave, Sarawak, Borneo. Current World Archaeology
Issue 2. Dicapai 7 Oktober 2018.

Frans Welman. Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 159–. ISBN 978-616-245-

Graham, Saunders (5 November 2013). A History of Brunei. Routledge. m/s. 74–77. ISBN 978-1-
136-87394-2. Dicapai 7 Oktober 2018.

http://myunimaslife.blogspot.com/2009/02/kenali-kraftangan-sabah.html

https://sheilaakmar.wordpress.com/tenunan-pua/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/03/123807/wakid-makin-dilupakan

J. M. Gullick (1967), Malaysia and Its Neighbours, The World studies series, Taylor & Francis,
m/s. 148-149, dicapai 4 Oktober 2018.

James Leasor (1 January 2001). Singapore: The Battle That Changed the World. House of
Stratus. m/s. 41–. ISBN 978-0-7551-0039-2.

Kaur, Jaswinder (16 September 2008). "Getting to Root of the Name Sabah". New Straits Times.

Keat Gin Ooi (1 January 2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to
East Timor. ABC-CLIO. m/s. 265–. ISBN 978-1-57607-770-2. Dicapai 4 Oktober 2018.

Klemen, L (1999). "The Invasion of British Borneo in 1942". dutcheastindies.webs.com. Dicapai


7 Oktober 2018.

Lim, Kian Hock (16 September 2011). "A look at the civil administration of Sarawak". The
Borneo Post. Dicapai 7 Oktober 2018.

21
Mike, Reed. "Book review of "The Name of Brooke – The End of White Rajah Rule in Sarawak"
by R.H.W. Reece, Sarawak Literary Society, 1993". sarawak.com.my. Dicapai 7 Oktober 2018.

Ogmore (15 November 1956). "SARAWAK HL Deb 15 November 1956 vol 200 cc328-68". UK
parliament. Dicapai 7 Oktober 2018.

Ooi Keat Gin (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor. R-Z.
volume three. ABC-CLIO. m/s. 251–. ISBN 978-1-57607-770-2. Dicapai 4 Oktober 2018.

Ooi, Keat Gin (2013). Post-war Borneo, 1945–50: Nationalism, Empire and State-Building.
Routledge. m/s. 7. ISBN 978-1-134-05803-7. Dicapai 7 Oktober 2018.

Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil: "Sejarah Tingkatan 3, Buku
teks", published by Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)

Rozan Yunos (7 Mac 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times. Dicapai 3 Oktober.
Saiful, Bahari (23 June 2015). "Thrill is gone, state museum stuck in time — Public". The Borneo
Post. Dicapai 7 Oktober 2018.

Saunders, Graham E. (2002). A History of Brunei. RoutlegdeCurzon. m/s. 45. ISBN 978-0-7007-
1698-2. Dicapai 3 Oktober 2018.
Simon, Elegant (13 July 1986). "SARAWAK: A KINGDOM IN THE JUNGLE". The New York Times.
Dicapai 7 Oktober 2018.

Trudy, Ring; Noelle, Watson; Paul, Schellinger (12 November 2012). Asia and Oceania:
International Dictionary of Historic Places. SEAP Publications. m/s. 497. ISBN 978-0-87727-712-
5. Dicapai 7 Oktober 2018.

Zheng, Dekun (1 January 1982). Studies in Chinese Archeology. The Chinese University Press.
m/s. 49, 50. ISBN 978-962-201-261-5. Dicapai 7 Oktober 2018.

22

Anda mungkin juga menyukai