Anda di halaman 1dari 2

Tragedi Double 6: Kemalangan atau KONSPIRASI?

mungkin ramai rakyat sabah yang tidak tahu apa itu Tragedi
Double 6.

Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini menjadi tragedi setelah


berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6
orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak
pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi
yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri


yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam
Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan
ketika itu. Come on la, tidakkah kamu rasa tragedi tersebut
merupakan KONSPIRASI?

Hot stuff, huh? But i’ll make sure i will behave this time. Nanti ada
pula pihak yang terasa dan sumbat aku dalam penjara. Kan? Kan?
Kan? Bukannya mahu membongkar X-Files tapi ternyata
perjuangan mereka yang terkorban ini ibarat sengaja dilupuskan
dari minda kita. Tiada maklumat dari internet, tidak dimuatkan
dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada
pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku.
Percayakah anda kalau aku katakan tugu peringatan DOUBLE 6 di
Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut?
Kononnya peringatan sejarah yang penting. Takkan nak buat cerita
pasal nahas tu pun susah? Di mana hormatnya pemimpin Sabah
sekarang kepada Bapa Kemerdekaan negeri ini? Atau mereka takut
rahsia lama terbongkar kembali? Ehem. Ehem…

Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double
6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih
pulak ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search
dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut
kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di
Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian
juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad:
Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal
menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan
minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula
pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT
MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir
baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 1
Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua
Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)

Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang


boleh dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam kemasukan
Sabah ke dalam Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun
tidak meninggalkan rakyatnya lebih awal…

Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang


mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk
mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah
termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa
kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak
yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan
bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang.
Sialan kan?

Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut


merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti
(malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan
konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya? Ada berani jawab?

Sumber : sabahforum.com

Suara Borneo
http://borneobersuara.blogspot.com Page 2

Anda mungkin juga menyukai