Anda di halaman 1dari 11

Sejarah dan Pengenalan

Lempar Cakera

Acara Lontaran
‡ Acara lontaran merupakan sukan yang dianggap kurang popular berbanding acara-acara sukan lain. ‡ Acara Lontaran sebenarnya sudah bermula sejak zaman kuno dan sering terlibat sebagai aktiviti harian manusia. Contohnya, lembing digunakan untuk memburu.

Kenapa wujudnya acara lontaran?

‡ Dahulu kala, tentera yang terlibat dalam peperangan terpaksa menggunakan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh dan sering menggunakan perisai. ‡ Pada masa itu juga, perisai diubah suai dan digunakan untuk tujuan lain, iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara melempar. Seseorang yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang.

Acara Lontaran terawal

LEMPAR CAKERA
‡ Lempar cakera merupakan acara lontaran yang pertama sekali dicipta sebagai acara sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam. ‡ Acara ini mula diperkenalkan sebagai acara sukan Olimpik kuno di Greek. ‡ Pada masa itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini.

Acara Lempar Cakera Olimpik Moden

‡ Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama pada tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2kg, iaitu 1.923kg. Cakera tersebut digunakan untuk untuk kategori lelaki. Bagi kategori perempuan pula ialah cakera seberat 1 kg.

‡ Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. ‡ Setiap peserta akan membuat lemparan pertama menggunakan sebelah tangan, dan lemparan kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. ‡ Walaubagaimanapun, cara lemparan ini tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baru diperkenalkan.

Pengajaran kemahiran di sekolah


‡ Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Hal ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera.

RUJUKAN
‡ http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic. php?f=52&t=177 ‡ http://www.scribd.com/doc/45310394/LEMP AR-CAKERA-lengkap-2 ‡ http://smksbpjpk.blogspot.com/2011/01/lem par-cakera-1.html

Anda mungkin juga menyukai