Anda di halaman 1dari 2

Sesungguhnya Ya Allah Tugas kami adalah ibadat kepada mu jua.

Ya Allah Ya Rabbal Alamin Dengan rasa tawaduk kami memohon perlindungan Dari sifat lemah, malas,alfa dan putus asa Juga dari sifat sifat keji yang engkau murkai Sebaliknya ya allah engkau satukan hati kami Engkau kukuhkan perpaduan kami Engkau tingkatkan keimanan kami dan ketakwaan kami Engkau bersihkan hati kami Engkau tambahkan ilmu kami Engkau permudahkan urusan kami Engkau ringankan beban kami Engkau tabahkan tekad kami Engkau kuatkan keyakinan dan iltizam kami Supaya terus berbakti Dengan jujur, bersih, cekap dan amanah Kepada bumi bertuah ini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami menyatakan rasa kesyukuran ukepada mu, Kerana di beri peluang untuk terus hidup Bagi mengejar dan memperjuangkan cita cita kami Untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Ya Allah ya tuhan kami Jadikanlah permulaan hari ini segala kebaikan bagi kami Pertengahan hari ini kejayaan bagi kami dan Akhirilah hari ini dengan segala pencapaian bagi kami Engkau jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam. Engkau jadikanlah setiap pekerjaan kami hari ini Lebih sempurna Dari semalam. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Dengan hati yang jujur dan ikhlas Kami mengulangi azam dan janji kami kepadamu Untuk melaksanakan segala tugas dan tangungjawab Dengan tekun dan rajin serta penuh keyakinan Akan terus berusaha dengan tabah dan gigih tanpa jemu Untuk memikul amanahmu Agar tugas kami berkesudahan dengan kejayaan cemerlang. Ya Allah Ya Tuhan Kami Perkukuhkan perpaduan dan kemesraan kami Bekerja dalam satu pasukan tanpa perasaan hasad dengki Dan kianat sesama sendiri Kami sedar dan insaf Ya Allah Bahawa tugas yang kami laksanakan itu Bukan untuk kepentingan diri sendiri Tetapi untuk kepentingan ugama dan negara tercinta

Anda mungkin juga menyukai