Anda di halaman 1dari 27

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDU3102
(SOSIO-EMOSI)
DISEDIAKAN OLEH :
NOOR ASMA BINTI ZAKARIA
NUR SHAHIRA BINTI ROSLI
PENGENALAN
Komponen Perkembangan Sosioemosi
-penguasaan kemahiran emosi yang matang.
-perkembangan emosi dan sosial yang sihat.
-perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami
dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi
yang positif.
-kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri,
semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
-keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid
memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang
lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang
kaum yang mesra dan harmoni.

[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]


TAKRIFAN
Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan
iaitu sosial dan emosi.

Kamus Pelajar Edisi Pertama


-Sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat atau kemasyarakatan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga


-Sosial sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Rohani Abdullah
-Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila
kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain
mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya.
Proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri,
orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial
kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi
dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan
kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan
kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua
peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri.

(Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).


Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek
iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”.
Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang
dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan
yang memberi makna kepada dirinya.
Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan
kepada perasaan emosi.
Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa
emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas
fisiologi dan pernyataan emosi.
Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti :
•gembira
•sedih
•takut
•marah

Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya


emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti
gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah
seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.
PRENATAL

PERKEMBANGAN
SOSIO-EMOSI

BAYI
PRENATAL

• Menurut Ashley Mentagu dalam buku 'Human


Heredity'
– Perubahan emosi ibu akan meransang perubahan kimia
dalam badan seterusnya mengganggu perkembangan janin.
– Gangguan emosi ibu pada 10 minggu pertama boleh
merisikokan melahirkan bayi cacat.
– Kandungan yang berumur 6 bulan ke atas:
• Jika ibu bersedih, bayi dalam kandungan turut akan merasa
kesedihan, jika ibu marah, benci, gembira, bayi dalam kandungan
akan turut merasakan.
– Sekiranya kandungan di cabar dengan sesuatu yang kurang
selesa, ia akan bertindak balas.
• Apabila ibu sering mengalami perasaan takut, janin
akan bergerak keras dan kuat bergerak. Keadaan ini
akan melahirkan anak yang kasar, cepat marah, gemar
menagis, sukar makan dan akan mengalami kencing
malam pada usia remaja.
– Pengalaman awal kandungan akan menentukan
watak dan personaliti anak yang bakal dilahirkan
kelak. Jika semasa hamil ibu sentiasa beremosi
marah, akan melahirkan anak yang pemarah.
• (Hepper & Shahidullah: The development of
fetal hearing. dalam Fetal & Materal Medicine
Review. 1994)
– Bayi memperlihatkan tindak balas kepada bunyi-
bunyian sekurang-kurangnya pada minggu ke-20
kandungan.
• Jika ibu menunjukkan reaksi stress ketika kandungan 5
bulan dengan memaki hamun serta memperkatakan
perkara-perkara yang tidak baik, dikhuatiri akan
memberi impak emosi kepada bayi yang dikandungnya.
• (Pagel 1990 & Copper 1996).
– sekiranya ibu menghadapi masalah psikologi
ketika mengandung, ia akan memberi kesan
kepada kandungannya.
• Jika seorang suami mencederakan isterinya ketika
mengandung dengan melakukan penganiayaan fizikal
berulang-ulang kali, maka anak akan lahir cacat atau
dilahirkan tidak cukup bulan.
BAYI
EMOSI BAYI
- Keseronokkan ( Bridges 1932 )
- Cinta , marah dan ketakutan ( Watson, 1919)
- Gembira , kesedihan , ketakutan, jijik,
terkejut, marah
( 12ard & Malatesta (1987)
-Sifat unik watak bayi boleh dikesan sejak ia dilahirkan
lagi.

- Apabila watak itu terus diberi pengukuhan, ia menjadi


sahsiah bayi itu apabila mereka dewasa.

-Bayi yang baru lahir menunjukkan perbezaan dalam


beberapa aspek misalnya sama ada dia seorang pemarah
ataupun periang sama ada dia mudah ataupun susah
hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu keadaan.
Perkembangan Sosio-Emosi – bayi
• Bayi mula menanam kepercayaan kepada ibubapa yang
memenuhi keperluan mereka seperti :

 menukar lampin basah ketika diperlukan


 memberi susu ketika lapar
 mendukung ketika menangis.

• Ketika ketakutan, bayi menangis dan kelihatan terkejut dan takut.


•Mereka juga menangis kerana marah, sakit atau lapar.
• Menangis adalah cara mereka berkomunikasi.
•Bayi amat mudah berubah antara suka dan sedih.
•Mereka perlu dimanja dan dibelai.
•Bayi akan tersenyum pada suara atau bunyi yang sedap
didengar atau ketika kenyang.
• Ketika berumur 6 minggu, mereka akan senyum untuk
membalas agahan orang lain.
• Ketika 4 bulan, mereka akan tersenyum dengan lebar,
tertawa jika suka dan belajar mengenal wajah dan suara
ibu dan bapa.
WATAK BAYI
Bayi yang mudah
- mudah menerima dan sentiasa positif
- tidur dengan lena
- senang menyesuaikan diri
- waktu malam tersusun dan boleh dijangka
- tekun membuat aktiviti

Bayi yang payah


- tingkah balas dan emosi berlawanan dengan bayi yang mudah
- menunjukkan reaksi menentang terhadap benda
- menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baru
- mudah terganggu semasa tidur
- tidak suka tempat baru @ orang baru dikenali
- makanan dan waktu makan mereka sukar dijangka
Bayi yang lambat mesra
- menunjukkan tindak balas pasif kepada benda,
orang ataupun tempat baru
- suka menolak makanan baru, tetapi boleh dipujuk
- lambat mesra dengan tempat @ orang baru
dikenali.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
- ketikalahir bayi sudah dapat mengeluarkan
bunyi dalam bentuk tangisan.
- 1-3 hari, bayi menangis antara 1-2 ½ jam sehari
- 3 bulan pertama, bayi menangis kira-kira 2 ½
sehari
- 1 tahun, bayi menangis 1 jam sehari
• Bayi yang kurang menangis tidak semestinya tidak
normal
• tingkah laku menangis yang terkawal mendorong
sistem pernafasan dan sistem peredaran berjalan
lancar .
• Tangisan merupakan satu bentuk komunikasi antara
bayi dan orang sekelilingnya.
• lapar, marah , sakit dan sebagainya.
• Ia dapat diperhatikan melalui nada, bentuk,
kekuatan dan sebagainya.
JENIS TANGISAN BAYI

- Wolf telah mengkaji jenis-jenis tangisan bunyi dan


mengklafikasikan kepada 4 faktor iaitu :-

* menangis lapar
- kerap berlaku apabila bayi berkenaan lapar / menunjukkan
jenis menangis yang lain selepas lama menangis
*menangis marah
- menangis secara kuat, memaksa udara melalui peti suaranya
*menangis sakit
- tidak meratap dan mendengus, menangis dengan memegang
nafasnya
*menangis kecewa
- 2-3 tangisan yang lama, tidak memegang nafasnya.
- Gewirtz (1965 ) mencadangkan bahawa bayi melalui 3 fasa
senyuman :~

1. senyuman refleks
- wujud selepas kelahiran
- kajian menunjukkan ia merupakan satu respon automatik
daripada saraf pusat dan juga sebelum bayi berkenaan tidur.

- hanya otot di bahagian bawah muka sahaja yang terlibat


bukan mata / dahi.

2. senyuman sosial

- bayi tersenyum sebagai respon kepada sesiapa yang mereka


lihat atau dengar tumpuan adalah kepada orang lain dan wujud
dalam minggu ke-4 selepas kelahiran.
3. senyuman sosial terpilih
-bayi akan senyum terhadap bunyi atau orang
yang dikehendaki, bermula dalam 3 ½ bulan.
Tumpuan kepada orang lain dan perhubungan
sosial.

-Ketawa wujud pada bulan ke-4, semakin membesar


semakin kerap ketawa, dan lebih banyak perkara
yang bayi akan ketawa.
-Kajian tidak menunjukan bahawa ibu atau kaum
wanita lebih pandai dalam melayan
bayi yang menangis berbanding si bapa.

-Apabila bayi membesar, ibu bapa akan lebih


pandai untuk membezakan kegelisahan
yang terdapat pada anak.
BIBLIOGRAFI
•http://orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=section&layout=bl
og&id=8&Itemid=83

•http://anakbonda.blogspot.com/search/label/Perkembagan%20Bayi
•http://www.scribd.com/doc/28304469/perkembangan-sosio-emosi
•http://cayangpapamama.multiply.com/journal/item/9
•http://el-children.blogspot.com/2007/03/perkembangan-emosi-kanak-kanak.html
•http://ivy-kanak-kanakawal.blogspot.com/
•http://www.slideshare.net/syafie90/perkembangan-kanak-kanak-kumpulan-1
•http://www.docstoc.com/docs/56670348/perkembangan-kanak-kanak
•http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2010/09/perkembangan-sosioemosi-kanak-
kanak.html
•http://anakbonda.blogspot.com/search/label/Perkembagan%20Bayi
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai