Anda di halaman 1dari 106

KLASSIFIKASI KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN KHAS
MASALAH
PENDENGARAN

PINTAR
MASALAH
CERDAS PENGLIHATAN

MASALAH KANAK –KANAK MASALAH


EMOSI DAN BERKEPERLUAN PERTUTURAN
TINGKAH LAKU KHAS DAN BAHASA

MASALAH
MASALAH MENTAL/TERENCAT
PEMBELAJARAN AKAL

MASALAH
FIZIKAL&KESIHATAN

Sumber IDEA:1990
KERENCATAN MENTAL/AKAL

 Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR)


mendefinisikan “ Satu kurang upaya yang
bercirikan kefungsian intelektual dan t/laku
adaptif yang terhad. Kerencatan mental lazimnya
berpunca sebelum umur 18 tahun.
(AAMR,2002).
KEFUNGSIAN INTELEKTUAL

 Menggunakan ujian kecerdasan(intelligence test).


Skor diperolehi yang dipanggil kuotient
kecerdasan(intelligence quotient) dan dikenali dengan
singkatan IQ. Soalan-soalan menguji dari segi penguasaan
bahasa, penyelesaian masalah, kebolehan memberi sebab,
ingatan kemahiran mengklassifikasi dsb.
 Ujian yang terkenal ialah Ujian Stanford-Binet dan Skala
Kecerdasan Weschler.
 Persatuan Kerencatan Mental Amerika telah
menetapkan bahawa seseorang kanak-kanak
memperolehi skor dibawah 70 dalam Skala
Kecerdasan Weschler atau dibawah 68 bagi Ujian
Stanford –Binet dikategorikan sebagai terencat
mental. Kalau skor 130 di kategorikan sebagai
pintar-cerdas.
Tahap Kerencatan Mental Berdasarkan
Skor
Tahap Kerencatan Mental IQ
RINGAN 50-70
SEDERHANA 35-49
TERUK 20-34
SANGAT TERUK BAWAH 20
TINGKAH LAKU ADAPTASI

 Sejauhmana seseorang kanak-kanak mempunyai kemahiran


praktikal, kemahiran sosial, kemahiran konseptual.
 Sekiranya kebolehan tidak sama dengan kanak-kanak
nomal dikatakan kerencatan mental
 Penaksiran T/Laku Adaptasi
 Skala Kematangan Sosial Vineland : pakai kasut; gnting
kertas, jaga kebersihan diri dll
 Skala Penyesuaian T/laku AAMR: Guna tandas, guna
wang, makan, waktu, bergaul dll
KURIKULUM KERENCATAN
MENTAL

 Kurikulum Kefungsian
 Mengurus diri sendiri
 Bergaul dengan rakan sebaya
 3M
 Kemahiran Hidup
Kemahiran Hidup untuk menyediakan pelajar
kerencatan akal berfungsi sebagai dewasa

Kemahiran Membaca Mengira


Pekerjaan Membaca surat khabar Mengira gaji dan potongan
untuk mencari kerja kosong KWSP
Keluarga Membaca Bil Letrik Mengira kos sewa rumah
Beriayadah Mencari maklumat Membelanja keluarga
berkenaan wayang gambar makan pizza
Emosi& Kesiharan Arahan tentang makan ubat Menggunakan termometer
Hubungan sosial Membaca e-mail Mengira kos melawat
kawan di negeri lain

M.Cronin & J.Patton 1993


Penentuan -Kendiri
 Tahu memilih
 Tahu apa yang dikehendaki
 Tahu bagaimana mendapatkannya
KAEDAH MENGAJAR : ANALISIS
APLIKASI TINGKAH LAKU
 Analisis Tugasan:Dijelaskan dengan terperinci mengikut
bahagian-bahagian kecil
 Penilaian : Setiap bahagian
 Gerak Balas Aktif: Libat aktif dsn buat catatan
 Maklum balas: Segera; Peneguhan positif
 Pemindahan Pembelajaran: Bawa ke situasi luar.
Masalah Emosi dan Tingkahlaku

 Keadaan yang menunjukkan satu atau lebih dari perwatakan berikut pada

jangka masa yang panjang. Keadaan ini mempengaruhi kemajuan

individu.

 Tidak ada kebolehan untuk belajar (penjelasan tidak boleh didapati

melalui kecerdasan, deria atau faktor kesihatan)

 Tidak dapat mengawas perhubungan dengan orang lain.

 Perasaan atau tingkahlaku yang tidak menentu pada masa biasa.

 Pada keseluruhannya berperasaan sedih atau tertekan.


2 contoh kes masalah
tingkahlaku yang berbeza.
 1.   Ah Lek adalah kanak-kanak yang :
 memencilkan diri
 tidak suka berkawan
 menolak perhatian
 sering dalam khayalan
 tidak mengindahkan persekitaran
 tidak memerlukan kasih sayang
 tidak menganggu orang lain.
 2.   Wang Li adalah kanak-kanak yang :
 agresif
 memerlukan perhatian lebih
 sering menunjuk perasaan
 mencederakan rakan-rakan
 merosakkan harta benda
 menganggu ketenteraman
 Ciri-ciri yang dinyatakan adalah yang boleh dilihat.
 Tingkahlaku-tingkahlaku yang diperhatikan adalah sebagai tanda-tanda
bukan sebagai sebab.
 Ciri-ciri ini tidak tetap, ia hanya menunjukkan apa yang sedang
berlaku.

 Kirk dan Gallaher (1979) menerangkan bahawa keadaan seseorang


yang mempunyai masalah tingkahlaku itu terbahagi kepada dua jenis.
Jenis 1.

Tingkahlaku yang ditunjukkan Ah Lek itu menghindar


perkembangannya.
 Tingkahlaku-tingkah laku tersebut menganggu kebolehan
bertutur atau berbahasa yang terjadi dalam jangka masa
yang lama.
 masalah bertutur ini bukan disebabkan oleh kelemahan
sensori, fizikal ataupun kecacatan lain.
Jenis 2

 Jenis kedua seperti Wang Li sering menimbulkan pertelingkahan dengan:


 adik beradik
 ibu bapa
 rakan-rakan
 guru-guru
 komuniti
 menganggu ketenteraman persekitaran
 mengacau keselamatan orang lain secara terus
Jenis kedua ini termasuklah mereka yang :
 salah penggunaan dadah
 sering bertelingkah
 merosakkan harta benda awam
 menunjuk perasaan
 pencapaian akademik yang tidak memuaskan
 tidak berminat untuk dibantu
 sering ponteng sekolah
 mengganggu orang lain
Sebab-sebab masalah emosi dan
tingkah laku
 1.Faktor persekitaran
 -   makanan yang tidak seimbang
 -    budaya hidup yang tertekan/terkongkong
 2.   Faktor Psikologi
 -   tidak dapat perhatian
 -   tidak dapat kasih sayang
 -   lain-lain sebab yang menimbulkan tekanan

perasaan
Masalah Bahasa dan
Pertuturan
 BAHASA RESEPTIF:
 Kemampuan memahami dan mengingat apa yang
dikatakan oleh orang lain
 BAHASA EKSPRESIF:
 Kemampuan utk menyatakan idea dalam
perkataan dan simbol
 1. Masalah bahasa
 tanpa bahasa
 perolehan bahasa yang lambat
 telah memperolehi bahasa tetapi kemudian hilang
(gangguan)
 kandungan bahasa yang tidak tepat (tiada kualiti)
 Tanpa bahasa disebabkan oleh

 masalah pendengaran
 kerencatan akal yang teruk
 Austisme
 kecederaan di otak yang serius
 psychosis
 Perolehan bahasa yang lambat

 kerencatan akal
 persekitaran yang terkongkong
 masalah pendengaran
- Kehilangan atau gangguan

 kerosakan di otak atau saraf ke otak (kemalangan


atau virus)
 kehilangan pendengaran
 Kehilangan atau gangguan

 kerosakan di otak atau saraf ke otak (kemalangan


atau virus)
 kehilangan pendengaran
- Kandungan bahasa yang tidak tepat (tiada kualiti)
 Autisme
 masalah emosi yang teruk
 kerencatan akal
 masalah pendengaran
 masalah pembelajaran
 2.   Masalah Pertuturan

 Tanpa pertuturan
 Masalah sebutan
 Masalah suara
 Masalah kelancaran
 Masalah pertuturan berpunca daripada:
 keadaan yang tidak normal di bahagian muka atau mulut
yang menganggu fungsi pergerakan lidah, bibir, rongga
hidung, gigi dan lelangit.
 Cacat pendengaran
 Lemah pengawalan otot
 Kecacatan pada kotak suara
 Masalah Deria
 Masalah melihat (penglihatan terhad)
 Masalah persepsi (disleksia)
 Masalah sentuhan
 Masalah hyper aktif
 Masalah Cacat Anggota
 1.   Tiada bahagian anggota
 dilahirkan cacat (genetik atau serangan virus)
 disebabkan kemalangan
 2.   Lemah bahagian anggota
 Polio
 cerebral palsy
 muscular dystrophy
 spina bifida
 Kecacatan anggota mengakibatkan kanak-kanak tidak
boleh melakukan pergerakan motor kasar dengan bebas
seperti:
 berjalan
 berlari,
 duduk, membongkok dan lain-lain.
 Pergerakan yang kekok atau janggal (clumsy).
 Pengendalian diri tidak sempurna.
 Bahagian anggota yang lemah mengakibatkan kanak-
kanak tidak boleh melakukan aktiviti pengamatan dan
pergerakan motor halus seperti :
 mencucuk manik,
 mengikat tali,
 memasang puzzle,
 menangkap dan membaling bola,
 melukis dan menulis.
 Kecacatan pada bahagian muka atau saraf di muka akan
menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah
pertuturan,
 melakukan mimik muka,
 makan
 dan minum.
 
 MASALAH
PEMBELAJARAN
DEFINISI

 Samuel Kirk(1963)
 Kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih
daripada proses pertuturan,pembacaan, penulisan,
pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.
 Tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti
kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau
pendengaran.
Definisi

 Akta Masalah Pembelajaran Spesifik,1969


 Kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan
kekurangan persepsi
 Kecederaan otak
 Kefungsisn otak yang minima
 disleksia
Definisi

 IDEA,1997
 Kebolehan mendengar yang tidak sempurna
 Kebolehan berfikir yang tidak sempurna
 Kebolehan bertutur yang tidak sempurna
 Kebolehan membaca yang tidak sempurna
Definisi

 Kementerian Pendidikan Malaysia,1995.


 Kebolehan kognitif
 t/laku sosial
 Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
 Penguasaan membaca
 Kemahiran matematik
kesimpulan

 Kurang kemampuan belajar disebabkan oleh


masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan
penyelesaian masalah matematik.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK
BERMASALAH PEMBELAJARAN
Masalah
Membaca

Masalah Menulis

Masalah
CIRI-CIRI
Mengira

Masalah
Interaksi sosial

Masalah t/laku
Sebab –Sebab Masalah Pembelajaran

Kecederaan Otak

Genetik

Ketidakseimbangan
Biokimia

Persekitaran
MASALAH PEMBELAJARAN
 Masalah Tingkah Laku
 Disleksia
 Autisme
 Hiperaktif
 Lembam (Slow Learner)
 Terencat Akal Ringan
 Pintar Cerdas
DISLEKSIA
 Buta huruf atau alexia.
 Perkataan disleksia berasal dari 2 perkataan Greek iaitu ‘dys’ dan ‘lexia’.
 ‘Dys’ bermaksud kesukaran manakala ‘lexia’ bermakna perkataan.
 Disleksia didefinisikan sebagai ketidakupayaan memperoleh
pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran
mentafsirkan kod ayat.
 Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis dan
mengeja tetapi ramai yang tidak menyedari hal ini dan menyangka
kanak- kanak itu malas, bodoh dan lembab.
 Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap
seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah
memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan
Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam
kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan
ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of
Neurology, 1968).
 Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang
berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
-Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia
yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
-Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang
bermasalah dalam bahasa
-Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang
bermasalah dalam ko- ordinasi moto-mata-tangan
Jenis-jenis disleksia

 Disleksia visual (penglihatan)


 Disleksia auditori (pendengaran)
 Disleksia visual-auditori
Disleksia visual(penglihatan)
 Berkaitan dengan masalah kanak-kanak
dalam menggunakan deria penglihatan.
 Walaupun dapat melihat dengan baik
tetapi ia tidak dapat membezakan apa
yang dilihat ataupun menginterprestasi
serta mengingatinya.
Disleksia auditori (pendengaran)

 Berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam


menggunakan deria pendengaran
 Walaupun boleh mendengar tetapi ia mengalami
kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi,
membezakan persamaan dan perbezaan antara
bunyi, mengenal pasti bunyi bagi perkataan
ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
Disleksia visual-auditori

 Kanak-kanak dalam kategori ini berada


dalam keadaan yang agak teruk kerana
kedua-dua deria penglihatan dan
pendengaran tidak dapat membantunya
menginterprestasi apa yang dilihat dan
didengar.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia
 Tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan
menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan
gabungan perkataan.
 Suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang
membaca.
 Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q"
dan huruf "b" dianggap "d".
 Mata mereka tidak dapat mengimbas huruf, kata dan ayat yang berlainan
dan ini mengakibatkan banyak yang ditinggalkan ataupun dilangkau.
 Tumpuan dan pemahaman kanak-kanak ini
menjadi lemah dalam aspek bacaan, dan seterusnya
mereka tidak memahami apa yang mereka baca.
 Kekerapan ini selalu terjadi kepada pasangan
kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.
 Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-
kanak itu meningkat dewasa.
MASALAH KANAK-KANAK YANG
MENGHADAPI DISLEKSIA
1. Mengeja

 kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;


m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d
 Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf
seperti
t–hf–v
2. Membaca

 Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:


Batu – tuba
Gula - lagu
 Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti
berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
 Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya
Jam – jem
cat - cat
3. Menulis

 Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas.
 Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut
garisan yang disediakan.
 Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

4. Nombor

 Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama.
 Contohnya
3–5-8

9-6
5. Bercakap dan mendengar

 Terdapat juga diatara mereka yang mengalami


kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan
seperti tidak mendengar atau mempedulikan.
 Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses
maklumat yang diperolehi.
 Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu
mengikut susunan.
6. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

 Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai


membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
 Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan
kelihatan bodoh
 Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan,
belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford


dan Grosser,1996,

1. Keturunan atau genetik

2. Biologi

3. Kematangan
Keturunan atau genetik
 Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga
yang mengalami masalah-masalah yang sama.
 Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang
membezakan adalah darjah keterukannya.
 Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16
yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
BIOLOGI
 Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa
dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen
semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
 Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau
ketidaksempurnaan perkembangan.
 Sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah
belajar
Kematangan
 Terdapat kanak-kanak yang lambat
perkembangannya pada bahagian tertentu dalam
sistem saraf.
 Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat
matang daripada kanak-kanak perempuan.
 Kelewatan kematangan pada kanak-kanak
merupakan salah satu kemungkinan punca
disleksia
IMPLIKASI MEMBANTU
KANAK-KANAK DISLEKSIA
 Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi
klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya
 Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza
dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
 Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau
kebolehan semulajadi
 Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.
 Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan
ibu bapa
 Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki
tadika
 Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam
mengekalkan suasana harmoni
 Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang
akademik
 Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal
identiti sendiri
 Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya
bagus, pandai   
AUTISME
 Berasal dari perkataan autos yang bererti diri
sendiri dan Isme yang beerti aliran.
 Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat 91

- Autisme merupakan gangguan mental yang mula


muncul pada peringkat kanak-kanak yang
menyebabkan seseorang berkelakuan tidak
normal dan sukar berkomunikasi dengan
masyarakat.
Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang
dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi,
interaksi sosial, gangguan deria, pola
permainan dan perilaku emosi.
Gejala ini kelihatan sebelum kanak-kanak
berumur 3 tahun
Sering menimbulkan kekeliruan bagi
penjaganya kerana mereka kelihatan normal
tetapi memaparkan tingkah laku dan pola
perkembangan yang berbeza.
 Kebanyakkan kanak-kanak autisme mengalami
terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap.
 Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada
mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih
maju dalam aspek itu dan kemahiran lain.
 Mereka tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan
dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin
mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu,
panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.
 Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya
mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang
diperkatakan orang lain.
 Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung
dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut
pada sesiapa sahaja.
 Contohnya
 Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga
mereka.
 Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi
sesuatu yang tidak disenanginya.
PUNCA-PUNCA
1. Faktor genetik
 Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur
didapati kemungkinan mengalaminya
2. Penyakit
 Pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil seperti
rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat,
pendarahan, keracunan makanan juga mempengaruhi
pertumbuhan sel otak yang menyebabkan fungsi otak bayi
yang dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi
pemahaman, komunikasi dan interaksi.
3. Akibat pencernaan

 Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat
dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein dalam makanan itu
tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton iaitu bentuk rantaian yang
mana akhirnya dibuang melalui kencing.

 Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki
aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan
gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak
terganggu.
 Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi
reseptif,perhatian dan tingkah laku.
Ciri-ciri autisme

1. Komunikasi
2. Interaksi sosial
3. Gangguan deria
4. Pola bermain

5. Tingkah laku
6. Emosi
Komunikasi
 Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung
 Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan orang lain
 Jarang menggunakan bahasa dan sukar diajak bercakap
 Kadangkala dapat bertutur sesuatu tetapi sekejap sahaja
 Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
 Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia)
 Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya
 Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu
Interaksi sosial

 Suka bersendirian
 Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak
memandang muka orang lain
 Tidak gemar bermain dengan rakan dan
menolak ajakan rakan
 Suka menjauhkan diri dan duduk disuatu sudut
Gangguan deria
 Sensitif pada sentuhan
 Tidak suka dipegang atau dipeluk
 Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup
telinga
 Suka mencium dan menjilat mainan atau
benda-benda lain
 Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
Pola bermain
 Tidak suka bermain seperti kanak-kanak sebayanya
 Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka
memutar-mutar atau membaling alat mainan atau apa
saje yang dipegangnya
 Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin
 Apabila menyukai sesuatu benda akan dipegang dan
dibawa kemana-mana sahaja
Tingkah laku
 Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif
 Melakukan gerakan atau perbuatan yang
sama berulang-ulang seperti jalan
mundar-mandir, bergoyang-goyang dan
mendekatkan mata ke televisyen
 Tidak suka pada perubahan
 Dapat duduk tanpa sebarang reaksi
Emosi
 Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab
 Mengamuk tanpa terkawal, jika tidak menuruti
kehendaknya ataupun melarangnya membuat
sesuatu
 Merosakkan apa sahaja yang berada disekitarnya
jika emosinya terganggu
 Adakalanya mencederakan diri sendiri
Implikasinya dalam proses
P &P
 Keperluan pembelajaran yang efektif melibatkan kawalan
tingkah laku yang kurang sesuai, kemahiran komunikasi dan
sosial
 Bekerjasama dengan ibubapa
 Mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan
menggalakkan ransangan
 Mengenalpasti faktor pengukuhan seperti pujian dan
peneguhan sosial untuk menunjukkan tingkah laku yang baik
HIPERAKTIF

 Ataupun gangguan penumpuan ( Attention Deficit


Disorder)
 Kanak-kanak aktif yang berumur 3 tahun biasanya
menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani
aktiviti yang pasif selama 20minit
 Begitu juga dengan kanak-kanak berumur 5 tahun
yang mana umur mentalnya adalah pada tahap 3
tahun
PUNCA-PUNCA KANAK-KANAK
HIPERAKTIF
 Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme
sistem saraf.
 Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering
dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti
masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan
kepada makanan mungkin lebih berpengaruh.
 Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.
CIRI-CIRI HIPERAKTIF

1. Tidak memberi
tumpuan

2. Impulsif

3. Hiperaktif
Tidak memberi tumpuan

 Selalu tidak mematuhi arahan


 Gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja
harian dan tugas.
 Sukar memberi tumpuan pada sesuatu
aktiviti
 Tumpuan perhatian singkat
IMPULSIF
 Bertindak tanpa berfikir
 Bertukar kepada satu aktiviti ke aktiviti lain
 Sukar mengendalikan sesuatu aktiviti
 Perlu diberi perhatian yang lebih
 Sukar menunggu giliran
Hiperaktif
 Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
 Suka mengganggu orang lain
 Selalu bercakap banyak
 Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan
warna.
 Tidur yang tidak tetap.
 Terlalu kerap menangis atau ketawa.
 Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
 Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
 Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Implikasinya dalam P&P
 Memberi perhatian yang lebih kepadanya di dalam kelas
 Guru perlu memberikan reaksi yang positif kepadanya ketika
kanak-kanak memaparkan tingkah laku yang menganggu
 Memerlukan persekitaran yang konsisten untuk mempelajari
peraturan dan kawalan kendiri
 Memberi ganjaran kepada tingkah lakunya yang baik seperti
memuji ataupun hadiah
 Mengenalpasti had kemampuan kanak-kanak untuk memberi
tumpuan supaya keadaan kelas dapat dikawal.
LEMBAM (SLOW LEARNER)

DEFINISI:

 Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di


kelas, kurikulum , di sekolah biasa
 terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif
pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek
 mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang
lemah atau rendah.
CIRI-CIRI:

 Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.


 Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
 Sukar menerima arahan.
 Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika
membaca dan menulis.
 Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
 Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
 Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun

 Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan


perkataan.
 Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan
saiz - besar dan kecil.
 Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan
tidak tepat.
 Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak -
kanak biasa.
 Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah,
bertukar-tukar.
 Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan
idea yang tidak teratur.
 Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa
PUNCA-PUNCA
o Baka
o Tersekat pengalaman
o Intelek yang rendah
o Masalah emosi
o Kekecewaan
o Rasa rendah diri
o Kemantangan yang lambat
o Lemah daya ingatan
o Mudah terganggu tumpuan
SAMBUNGAN……..

o Faktor-faktor kesihatan
o Persekitaran
o Amalan makanan
o Kesan semasa mengandung
o Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
o Ubat semasa mengandung.
o Kemalangan.
o Sosio - ekonomi.
o Kurang rangsangan
STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
 Temubual.
 Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan.
 Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai & menyeronokkan.
 Senang ke susah.
 Konkrit ke abstrak.
 Melibatkan seberapa banyak pancaindera
 Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
 Jauhkan dendaan yang negatif
TERENCAT AKAL RINGAN
 Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal
adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran
yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.
 Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental
retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau
menjaga diri.
 Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya
mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup
seperti menjaga diri.
KATEGORI KANAK-KANAK KERENCATAN
AKAL RINGAN……..
 Idiot

› Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

› Mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49%


 Imbersil
› Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

› Kadar kecerdasan 50-70%


 Moron
› Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

› Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

› Lambat berjalan dan lambat bercakap.


 Lembab
› Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

› Darjah kecerdasan 50-70%


SAMBUNGAN……..
 Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat
kerencatan akal.
 Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah
kecerdasan (Intelligent Quotient, IQ) di antara 35-85.
 Kanak-kanak dalam ketegori ini biasanya menghadapi
kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran,
kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat
makanan atau gangguan horman dan sebagainya.
Ciri-ciri kanak-kanak cacat yang mempunyai kecerdasan di antara
50-70%.
 Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4,
sehingga mereka mencapai umur 16 tahun.
 Taraf pencapaian akademik: ½ hingga ¾ daripada taraf
pencapaian murid-murid biasa.
 Hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara
formal apabila umur mencapai 9-12 tahun.
 Ingatan tidak kekal dan mudah lupa.
 Belajar lambat dan perlukan bnayak aktiviti pengukuhan untuk
kekalkan kemahiran.
Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai tahap
kecerdasan di antara 35-49%:
 Boleh dilatih untuk menguruskan hal peribadi diri
sendiri, seperti memakai baju, makan, menjaga
kebersihan diri dll.
 Tidak berupaya belajar kecuali dengan cara
menghafal.
 Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah
biasa.
Ciri-ciri kanak-kanak
yang mempunyai tahap kecerdasan di bawah 35%:
 Tidak boleh berdikari langsung.
 Mudah dikenal pasti kerana mereka tidak boleh
menjaga diri dalam sebarang urusan hal peribadi.
 Memerlukan bantuan orang normal untuk menolong
mereka.
Implikasi
 Difokuskan kepada kemahiran-kemahiran kesediaan

untuk belajar
 Kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial pula
perlu di latih
 Kanak-kanak perlu ditekankan dengan kemahiran
yang dapat membantu mereka berdikari
 Perlu diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang
telah dipelajari
 Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid denganpelajaran

yang menarik serta bermakna

 Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit

waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal

jawab, dan rumusan

 Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan

pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas

dan mendalam

 Peranan ibubapa di rumah juga diharapkan dan digalakkan dalam

membimbing proses pembelajaran


PINTAR CERDAS

 Secara am, kanak-kanak pintar cerdas merujuk kepada

kanak-kanak yang Darjah Kecerdasan melebihi 120.

 Tergolong dalam 3 kategori iaitu:


I. Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.

II. Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.

III. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan,

drama, muzik, kraftangan,sukan dll.


SAMBUNGAN……..

 Menurut Dr. Chua Tee Tee, pelajar pintar cerdas

ialah kanak-kanak yg menunjukkan

potensi/kebolehan dengan cemerlang dalam

aktiviti intelek.

 Mereka juga mempunyai daya ingatan yang

tinggi serta berbakat mencipta/berbakat khas.


SAMBUNGAN………

 Dr. Chua Tee Tee mengenal pasti 7 ciri pelajar


pintar cerdas:

1. Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif.


2. Memperolehi kebolehan intelek am.
3. Memiliki kebolehan akedemik khusus.

4. Berbakat dalam satu atau lebih kesenian.


5. Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.

6. Boleh bervisi jauh.

7. Mempunyai bakat memimpin.


MENGENAL PASTI KANAK-
KANAK PINTAR CERDAS DAN
BERBAKAT.

 Ciri-ciri am:

› Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi.

› Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara.

› Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti.

› Menunjukkan motivisi yang kuat.

› Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.


 Ciri-ciri spesifik dari aspek positif:
› Boleh belajar dengan mudah dan cepat.

› Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang


dipelajari tanpa banyak latihan berulang-ulang.
› Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang
mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca.
› Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan
ditonjolkan dalam pemikiran dan pendapatnya.
› Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan.

› Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang.

› dll
 Ciri-ciri spesifik dari aspek negatif:
› Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh
menumpukan perhatian dan sering menggangu rakan-rakan
di sekeliling.
› Silap dalam ejaan,tulisan kurang kemas/ silap dalam kira-
mengira kerana kekurangan kesabaran.
› Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh
guru.
› Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka
rakan-rakan dan guru.
Implikasi
 Penyediaan pembelajaran murid pintar cerdas - menyediakan
bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar
 perlu diberi peluang kepada murid membuat pilihan dan
keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin
dilaksanakan.
 guru-guru perlu mengadakan program pengayaan
 Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang
membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik
anak pintar cerdas

Anda mungkin juga menyukai