Tarik nafas dan tahan di dua jari di bawah pusat sambil tangan kanan
anda membuat gerakan isyarat pembinaan perisai diri bermula dari sisi
kiri, melalui atas kepala ke sisi kanan, dan kemudiannya ke kiri sekali lagi
sambil berdoalah dalam hati;
"Ya Allah Ya Robbi, tidak ada sesuatu pun yang memudaratkan dapat
menembusi perisai diriku ini, melainkan dengan izinMu"
Seterusnya yakinlah yang anda sekarang telah dibenteng dengan nur wirid dan
tidak ada sesuatu yang dapat mendatangkan mudharat kepada anda dengan izin
Allah s.w.t. Untuk memagar orang lain, gunakan kaedah yang sama seperti
Perisai Diri.
Akhiri gerakan dengan memutar pergelangan tangan mengikut arah jam beserta
hembuskan nafas dengan niat kunci sambil bertakbir, Semasa memagar orang,
bayangkan dirinya dibungkus oleh nur bercahaya putih keemasan sebagaimana
pemagaran diri sendiri.
Wallahu a'alam.