Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERUNTUKAN
AKTIVITI
TAHUNAN
2008

PERSATUAN KEBANGSAAN

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA

DI INDONESIA

CAWANGAN SURABAYA

(PKPMI’CS)

SESI 2007/2008
1. KATA-KATA ALUAN YANG DI- PERTUA PKPMI CAWANGAN
SURABAYA

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan beribadah kepada-Nya hingga ke hari
ini.

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Surabaya


(PKPMI’CS) , yang ditubuhkan pada 10hb November 1972, telah merancang pelbagai aktiviti
tahunan bagi sesi 2007/2008. Tujuan dari aktiviti ini dijalankan antara lain adalah :

i) dapat mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin


antara pelajar-pelajar baru dan lama.

ii) dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama yang erat antara ahli di
cawangan melalui aktiviti yang dijalankan.

iii) dapat melatih sifat kepimpinan dan menjana personaliti terpuji dari para ahli bagi
mempersiapkan bakal golongan professional.

Sehubungan itu, bantuan dalam bentuk peruntukan sangat kami harapkan agar
perancangan dari aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur bagi meneruskan
tradisi kecemerlangan persatuan dari sesi-sesi yang sebelumnya. Kerjasama dan bantuan amat
kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERILMU, BERAMAL,BERTAQWA ’’

Yang benar,

……………………….
( AIMAN BIN ZAINOL ABIDIN)
Yang Di Pertua
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia
Cawangan Surabaya
Sesi 2007/2008
2. SEJARAH PENGENALAN PKPMI’CS
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Surabaya
atau ringkasnya, PKPMI’CS telah dtubuhkan pada 10hb November 1972. Dalam usia
melebihi suku abad keberadaan PKPMI di Surabaya ini,banyak peristiwa dan kenangan
yang mampu diukir sebagai sejarah yang membawa erti besar kepada ahli-ahli
PKPMI’CS yang berorientasikan kebajikan dan sentiasa mendahulukan kepentingan serta
mengutamakan kebajikan ahli lebih-lebih lagi dalam urusan keimigrasian serta sebarang
permasalahan dalam mengharungi liku-liku kehidupan di rantau orang.
Pada sudut lain, sebagai generasi penerus kesinambungan perjuangan ini, PKPMI’CS
memberi ruang kepada kita untuk melihat kembali pencapaian kita selama ini, sama ada
kita terus maju ke hadapan tanpa tersisihnya ingatan kita pada perjuangan yang lalu
ataupun kita masih ditakuk lama dan cenderung mundur kerana alpa dibuai kejayaan serta
kegemilangan yang dicapai dahulu.
Walaubagaimanapun, melalui kejayaan dan kekurangan jugalah yang akan memberi
alternatif dan idea-idea baru bagi kepimpinan seterusnya dalam memperbaiki pengurusan
serta meningkatkan usaha mencapai kejayaan lain sesuai dengan kemampuan diri,
mengakui bahawa jawatan adalah amanah dari ahli dan bukan untuk kepentingan diri
sendiri.
3. AHLI JAWATAN KUASA PKPMI’CS
Yang Di Pertua : Aiman Bin Zainol Abidin

Naib Yang Di Pertua : Suriani Binti Sabdin

Setiausaha : Noor Zulaika Binti Rusli

Timbalan Setiausaha : Noor Fatehah Binti Jamel

Bendahari : Mohd. Tarmizi Bin Udin

Timbalan Bendahari : Mohd. Syamir Bin Mohamad Shukeri

Juru Audit I : Ahmad Safwan Bin A. Rahman

Juru Audit II : Nurul Jannah Binti Abdul Latiff


Biro Akademik : Thilagamalar a/p Maniam
Anis Nadhia binti Roslan
Ismail bin Md. Tajuddin
Biro Sukan dan Rekreasi : Ahmad Syukri bin Hassan
Muhd. Hakim bin Che Hamat
Biro Data dan Publisiti : Arina Aliaa binti Mohd Azman
Nurul Zarifah binti Abd. Aziz
Biro Kemahasiswaan : Muhd. Firdaus Izzani bin Ibne Walid
Biro Kerohanian : Amirul Syafiq bin Kamaruddin
4. OBJEKTIF
4.1. Menyatupadukan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia khususnya di Surabaya.

4.2. Menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia dalam segala hal yang
berkaitan dengan pengurusan kemahasiswaan, imigresen serta perkembangan semasa
dunia luar amnya, khususnya tanah air Malaysia.

4.3. Mengeratkan hubungan antara pelajar Malaysia di Surabaya dengan pelajar-pelajar dan
masyarakat Indonesia serta pelajar-pelajar asing lain di Indonesia.

4.4. Meningkatkan motivasi di kalangan pelajar Malaysia melalui program-program seminar


serta dialog bersama pelajar-pelajar setempat.

4.5. Bekerjasama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia khususnya dalam
Bahagian Pendidikan (Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia) dalam segala hal
terutama yang menuju tercapainya tujuan di atas.

4.6. Menanam semangat kepimpinan di kalangan pelajar, agar mempunyai kekuatan jati diri
yang teguh demi kepentingan agama, bangsa dan Negara.

4.7. Melahirkan generasi yang aktif dan dinamis dalam mengharungi cabaran yang
mendatang.
5. RANCANGAN AKTIVITI-AKTIVITI BESERTA KOS ANGGARAN
5.1 Rancangan Bulanan

Bulan Perkara/Aktiviti Kos anggaran (Rp)

Disember 1. Sambutan Hari Raya Haji 1428H 520,000


- Bahan mentah untuk memasak : Rp. 500,000
- Pengangkutan : Rp. 20,000
Januari 2. Hari Sukaneka PKPMI’CS 900,000
- Makanan peserta(Rp. 5,000x100 org) : Rp. 500,000
- Hadiah dan cenderahati : Rp. 300,000
- Peralatan dan pengangkutan : Rp. 100,000
Mac 3. Karnival Sukan PKPMI’CS 800,000
- Acara: Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton
- Makanan peserta (Rp.5,000x80 org) : Rp. 400,000
- Peralatan : Rp. 50,000
- Hadiah : Rp. 350,000
April 4. Malaysian Food Festival 600,000
- Bahan mentah untuk memasak : Rp. 500,000
- Peralatan : Rp. 100,000
Mei 5. Karnival Sukan Antara Cawangan PKPMI’CS Dengan 2,000,000
PKPMI Cawangan Lain
- Pengangkutan : Rp. 600,000
- Penginapan : Rp. 400,000
- Makanan peserta( Rp. 6,000x 100org) : Rp. 600,000
- Sewa lapangan : Rp. 400,000
Jun 6. Hari Keluarga PKPMI’CS 2,800,000
- Alat : Rp. 100,000
- Hadiah dan cenderamata : Rp. 500,000
- Makanan peserta(Rp. 8,000x 125 org) : Rp. 1,000,000
- Pengangkutan (Rp. 400,000x3 biji bas) : Rp. 1,200,000
Julai
Ogos 9. Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-51 500,000
- Makanan (Rp. 10,000x50org) : Rp. 500,000
September 10. Majlis Berbuka Puasa 500,000
- Makanan ( Rp. 5,000x100org) : Rp. 500,000
11. Program Suai Kenal Pelajar Sessi 2008/2009 1,000,000
- Makanan (Rp. 15,000x40org) : Rp. 600,000
- Sewa tempat : Rp. 350,000
- Pengangkutan : Rp. 50,000
12. Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1429H 1,000,000
- Makanan per orang ( Rp. 10,000x100org)
: Rp. 1,000,000
Oktober 13. Majlis Makan Malam Tahunan PKPMI’CS 6,500,000
- Sewa dewan : Rp. 1,200,000
- Makanan (Rp. 35,000x150org) : Rp. 5,250,000
- Kad undangan : Rp. 50,000
14. Mesyuarat Agung PKPMI”CS Kali Ke-36 1,200,000
- Sewa dewan : Rp. 350,000
- Makanan(Rp.5,000x70 org) : Rp. 750,000
- Fotokopi laporan : Rp. 100,000
JUMLAH 17,320,000

5.2 Rancangan Sampingan

Bil. Perkara Kos Anggaran (Rp)


1. Kad Ahli PKPMI’CS 300,000
2. Mendapatkan Pusat Pelajar Cawangan Surabaya 50,000,000
3. T-Shirt PKPMI’CS 500,000
4. ‘Button Badge’ PKPMI’CS 100,000
5. Piala Pusingan Anugerah Cemerlang PKPMI’CS 300,000
6. Buletin PKPMI’CS 200,000
JUMLAH 51,400,000

JUMLAH KESELURUHAN : Rp. 17,320,000 + Rp 51,400,000

= Rp. 68,720,000
6. ALAMAT SURAT MENYURAT
Untuk keperluan surat-menyurat, sila hubungi :

Alamat : Jl. Kedung Tarukan Baru 4/28,

60285 Surabaya, Jawa Timur,

Indonesia

Nombor telefon yang boleh dihubungi :

YDP – Aiman : 085-850909109

NYDP- Suriani : 085-645953559

Setiausaha : 085-730415050

Nombor fax PKPMI’CS :

+62-31-593 9789

7. BUTIRAN AKAUN PEMBAYARAN


Nama Bank : Bank Niaga

Nama Pemegang Akaun : Mohd. Tarmizi bin Udin

No. Akaun : 033-01-99239-12-3

Nama Cawangan : Cawangan SBY-IBC Dharmahusada


8. PENUTUP

Sesungguhnya kami amat berbesar hati kiranya pihak Tuan sudi memberikan bantuan
peruntukan dan kerjasama dalam menjayakan rancangan aktiviti tahunan Persatuan Kebangsaan
Peajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Surabaya (PKPMI’CS). Harapan kami agar
pengajuan Kertas Kerja ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

“ BERILMU, BERAMAL, BERTAQWA “

Yang benar,

…………………………………

( AIMAN BIN ZAINOL ABIDIN )

Yang Di Pertua,

PKPMI Cawangan Surabaya,

Sesi 2007/2008

Anda mungkin juga menyukai