Anda di halaman 1dari 3

DOA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
َ
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى آلِ ِه‬ َ َ
َ ‫السال ُم َعلى‬
َّ ‫الصالة َُو‬ َ َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َو‬
َ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫اب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬ ْ َ‫َوأ‬
ِ ‫ص َح‬
          
 

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Sesungguhnya kami tautkan dua tangan pada pagi ini, ingin merafa’kan
kesyukuran dan penghargaan terhadapMu, di atas kurniaan dan keizinanMu jua,
kami berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Abdul Jalil
Hulu Langat, bermuhasabah dan menilai hasil kerja yang telah dilaksanakan.

Kami tadahkan juga dua tangan kami dan memohon kehadratMu agar majlis
yang meriah ini , yang menjadi kemuncak pencapaian anak-anak kami
sepanjang tahun 2010 akan mendapat rahmat serta inayah daripadaMu.

Ya Allah….., Betapapun engkau telah memilih anak-anak kami menjadi anak


yang cemerlang pada hari ini, namun kami akan sentiasa memohon agar engkau
jadikan mereka anak yang sentiasa cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat ,
anak yang taat pada perintah Allah dan perintah rasulNya, patuh pada suruhan
ibubapa, menghormati guru-guru dan rakan-rakan mereka.

Ya Allah ya Fattah, Ya Baari


Hamparkan dalam kotak pemikiran anak-anak didik kami lukisan-lukisan
kejayaan dan arca-arca harapan yang boleh mereka beli serta kaut dengan
usaha dan kesungguhan.

Ya Allah Ya Maani, Yaa Nur


Elakkanlan permandangan mereka terkeliru dek keindahan angan2 dan impian
atau tertinggal dibelakang persaingan kehidupan dek lilitan kejahilan atau terus
lena berbuai dalam dakapan kemalasan.

Ya Allah Ya’Alim

Kami sedar, sesungguhnya bagi mencapai pendidikan yang berkualiti dan


berinovasi bukanlah suatu tugas mudah tanpa redha dan restu Mu. Justeru,
Ilhamkanlah dalam fikiran para pelajar dan kami idea-idea yang kreatif,
semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami perancangan yang positif, hiasilah
diri kami dengan keazaman dan komitmen yang proaktif, kurniakanlah kami
semangat dan daya juang yang inovatif, agar kami menjadi insan yang
bermotivasi , aktif dan produktif.
Ya Allah Ya Ghaffar

Kami juga memohon kepadaMu keampunan dan keredhaan terhadap kedua ibu
bapa kami serta sekelian guru-guru kami. Kurniakanlah kepada mereka
keredhaan, keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jadikanlah
segala kebaikan dan pengorbanan mereka semasa mendidik kami sebagai
sedekah jariah dan tempatkanlah mereka di kalangan mereka yang Engkau
redhai.

Ya Allah kami juga memohon kepadaMu agar pertemuan kami pada hari ini
menjadi pertemuan ukhuwwah serta mengeratkan persahabatan sesama kami.
Tautkanlah antara hati-hati kami supaya kami dapat bersatu mengembeling
tenaga menyempurnakan tugas yang diamanahkan dan membantu pihak
sekolah membina kecemerlangan anak-anak kami .

Ya Allah, Ya Aziz Ya Jabbar


Kau lindungilah sekolah kami ini daripada perkara-perkara yang tidak baik,
daripada perkara- perkara yang boleh menjejaskan keharmonian sekolah,
daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah sekolah dan
seterusnya kami bermohon petunjuk dan hidayahmu agar sekolah ini sentiasa
mendapat kerahmatan dan kemakmuran

           

          
         

‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر أَ ْع َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه‬


ِ ‫اج َعلْ َخ ْي َر أَ ْع َم‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
َ ‫س َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

23 April 2011

,
.

Anda mungkin juga menyukai