Anda di halaman 1dari 2

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD HUSNI

HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN II.

Sirih Berlipat Sirih Pinang,

Sirih Dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata Selamat Datang,

Awal Bismillah Pembuka Bicara,

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalatuwassala....

Rabbisrahli.....

Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia, dan Assalamualaikum w.b.t...

Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II,

Yang Berbahagia Datuk Aminuddin Hanafiah, Setiausaha Politik Yang Berhomat Menteri Kewangan
II,

(list of protocol)

Alhamdulillah, marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana diberi peluang
untuk dipertemukan dalam MAJLIS PERTEMUAN KHAS & MAKAN TENGAHARI MENTERI
KEWANGAN II BERSAMA DEWAN PERNIAGAAN DAN PERSATUAN PERNIAGAAN
SARAWAK.

Majlis sangat berbesar hati dan mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato’ Seri
Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II dan rombongan beliau serta hadirin sekalian yang
sudi hadir ke majlis pada hari ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Baik Lelaki Mahupun Perempuan,

Janganlah malu, janganlah segan,

Makanan yang terhidang,jemputlah makan.


(MAKAN TENGAHARI)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kita teruskan majlis dengan menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah,
Menteri Kewangan II bagi menyampaikan ucapan dan membentangkan *

Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum mengundur diri, saya ingin memohon maaf
sekiranya terdapat kekurangan, kesilapan, atau terlanjur kata sepanjang saya mengendalikan majlis ini.
Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah kerana kelemahan
dan kekhilafan saya sendiri. Saya akhiri majlis dengan serangkap pantun :

Tidak bertemu hatiku resah,

Rindukan si dia kekasih hati,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin Tuhan, Insyaallah kita jumpa lagi...

Wabillahi taufik walhidayah...

Wassalamualaikum wbt..

Salam Satu Malaysia dan Semoga Berjumpa Lagi...

Anda mungkin juga menyukai