Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444/2022

HOSPITAL AVISENA, SHAH ALAM


CUE ANN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,

SALUTASI & PEMBUKA Selamat datang untuk semua.

BICARA
Assalamualaikum w.b.t.

Yang Berusaha,
Puan Elina binti Omar,
GCEO Hospital Avisena Shah Alam,

Yang Berusaha,
Dr. Razman bin Abdul Karim & Puan Tettie Hidaya binti Mohyi,
CEO Hospital Avisena Shah Alam,

Yang Berusaha,
Encik M. Ridhuan bin ………………..
Presiden Kelab Rekreasi Awam Hospital Avisena,

Yang Berusaha,
Puan Fathiyah binti …………………
Timbalan Presiden Kelab Rekreasi Awam Hospital Avisena,

Yang dihormati,
Al-Fadhil Ustaz Abd Rahim bin Azhari,
Selaku penceramah jemputan kita pada hari ini,

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, barisan staf dan seterusnya hadirin-hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Hadirin yang dihormati,


Alhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana di bawah rimbunan kasih-Nya,
maka kita semua dapat berkumpul pada pagi yang berbahagia di surau yang indah ini bagi sama-
sama menjayakan dan mendengar ceramah sempena Sambutan Maal Hijrah 1444M yang akan
disampaikan sebentar sahaja lagi.

Sebelum bibir mengatur bicara dengan lebih jauh, saya ingin mengambil kesempatan mewakili pihak
majlis khususnya Kelab Rekreasi Avisena merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih atas keprihatinan dan kesudian Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian untuk sama-sama hadir
memeriahkan majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran hadirin sekalian bukan sahaja
menyerikan majlis malah amat bermakna buat kami semua.

Untuk itu, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan SELAMAT DATANG & AHLAN
WASAHLAN WA MAR HABAN BIKUM kepada semua.

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
BIODATA Besar hajat kami menjemput,
PENCERAMAH Besar niat di dalam hati.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum ceramah dimulakan sebentar sahaja lagi, elok kiranya saya kongsikan sedikit-sebanyak
mengenai latar belakang Ustaz jemputan, tuan penceramah kita pada hari ini. Bak kata pepatah, tak
kenal, maka tak cinta.
***BACA BIODATA***

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Abd Rahim bin
Azhari untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “Langkah Menuju Muharram”.Dipersilakan.

***CERAMAH***

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Abd
Rahim bin Azhari atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Mudah-mudahan dengan apa yang
disampaikan mampu menjadikan kita sebagai seorang Muslim yang semakin mantap Akidah dan
kuat Ibadah. Lebih-lebih lagi dengan keberkatan tahun baru ini, semoga kita akan setiasa
dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk meneledani pengorbanan dan ketaqwaan generasi
Islam terdahulu. Perbanyakkan salam dan selawat kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW.

Hadirin sekalian,
PENYAMPAIAN Dengan berakhirnya ceramah itu tadi, maka majlis kita sudah pun berada di penghujung acara.
CENDERAHATI Sebelum saya menangguhkan majlis, saya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
………………………………………………………………… untuk menyampaikan cenderahati kepada
Al-Fadhil Ustaz Abd Rahim bin Azhari, selaku penceramah kita pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

****PENYAMPAIAN CENDERAHATI****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ………………………………………………………….


atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebelum berakhirnya majlis kita, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas
kelapangan masa pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kita mengambil ibrah dari
perkongsian ceramah pada hari ini.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang lemah itu merupakan kelemahan dan
kekurangan diri saya sendiri. Akhir kata, mohon maaf andainya ada terkasar bahasa dan tersilap
bicara yang tidak saya sengajakan sepanjang mengemudikan majlis pada hari ini. Sehingga kita
berjumpa lagi pada masa yang akan datang.

Di atas dahan pohon tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai